08 June 2014

Bagaimana Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan alternatif?

PKR dalam keadaan kelam kabut kerana ketidak telusan dalam pemilihan partinya di setiap peringkat. Hendak juga kita bertanya, jika pemilihan parti pun tidak mampu dilakukan dengan betul, bagaimana kah parti ini boleh mengaku yang mereka boleh membetulkan keadaan negara yang juga dalam keadaan yang amat membimbangkan ini. Belum lagi kita menyaksikan pemilihan sesebuah parti seburuk itu seperti yang berlaku dalam PKR.

Sebenarnya Anwar dengan keluarganya tidak berkemampuan untuk menjaga partinya dengan baik. Tuduhan oleh ahli-ahlinya tentang berlakunya penipuan dalam pemilihan parti itu nampaknya tidak akan terlerai. Kini tahap keyakinan rakyat terhadap parti ini yang mengaku untuk menjadi parti ‘alternative’ kepada UMNO dan BN merudum keperingkat yang terendah sekali.

Komen seperti ini sememangnya tidak digemari oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat, kerana mereka tidak boleh dan pantang mendengar kritikan. Apabila mendengar kritikan, mereka akan melatah ke darat dan ke baruh dengan marah dan carut marut mereka. Mereka hanya gemar dengan cerita yang syok sendiri dan mengaku yang parti itu parti yang telus, tidak seperti UMNO atau BN.

Itu sebabnya akhir-akhir ini saya katakan secara terbuka yang pembangkang tidak akan dapat menjamah Putrajaya itu setidak-tidaknya dalam dua atau tiga pilihanraya lagi. Kerajaan akan tetap dengan kerajaan BN, walaupun kita tahu jika kepimpinan yang ada hari ini dalam BN itu masih berkeliaran di Putrajaya itu, negara akan terus berada dalam keadaan yang mengelirukan.

Apakah hikmahnya yang kita akan dapati dengan kegagalan PKR sebagai sebuah parti, tidak dapat kita ukur dengan sebenarnya. Tetapi kita sebagai seorang yang bertuhan mengakui segala yang buruk itu ada hikmahnya. Itu terpulang kepada interpretasi masing-masing.

Apa yang berlaku dalam PKR akan menyusahkan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat dan seperti yang saya selalu sebutkan akhir-akhir ini, keputusan yang mereka perolehi dalam pilihanraya umum yang lalu merupakan keputusan yang terbaik bagi mereka. PRU ke13 yang lalu merupakan ‘pinnacle’ kejayaan mereka dan mereka tidak akan mendapat keputusan yang lebih baik dari itu lagi.

Rakyat tidak akan mengubah pihak yang berkepimpinan keliru dengan pihak yang lebih bercelaru seperti PKR. Sebenarnya PR sedang menghadapi masalah keyakinan tentang kemampuan untuk menjadi parti pilihan kepada BN.

Mari kita bercakap secara telus dan yang sebenarnya. Jika ada pihak yang garang-garang dalam PR terdengar dengan komen ini, cuba turunkan kemarahan dan bawa berfikir tentang pandangan blog ini. Jika Yang Berhormat-Yang Berhormat bercakap dalam parlimen, kita Yang Berharap (YB) ini juga ada parlimen kita di masjid, dikedai kopi, di warung-warung dan dalam majlis perkahwinan dan kenduri kematian. Parlimen ini lebih besar dari Parlimen negara dan yang bercakap dalam dewan bawahan ini adalah mereka yang tidak berkepentingan peribadi dan bercakap secara telus. Mereka ini adalah pihak yang paling berpengaruh dalam penentuan masa depana sesebuah parti politik yang bergiat.

Pendeknya rakyat ramai tidak mempunyai keyakinan terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat. PAS merupakan parti yang agak hampir dengan jiwa orang melayu apabila terlihat gelagat pimpinan UMNO yang sudah kurang daya pemikiran mereka. tetapi masalahnya sejak puluhan tahun parti itu wujud, ia masih belum memperolehi ‘skill’ untuk memimpin sebuah kerajaan.

Kegagalan PAS mengekalkan pentadbirannya di Terengganu yang mereka perolehi dalam PRU 1999 dahulu telah dilupakan rakyat dan mereka telah memberikan semula keyakinan untuk mentadbir Kedah dalam tahun 2008 yang lalu. Tetapi ini juga gagal dipertahankan oleh PAS bukan kerana tidak kemampuan tetapi apa yang berlaku dalam PAS Kedah itu sendiri.

PKR diberikan peluang untuk mentadbir negeri Selangor, negeri yang terkaya dalam negara, tetapi kita tengok lah apa yang sedang berlaku dalam kepimpinan  PKR itu sekarang. Masalah dalam PKR jika kita lihat lebih tertumpu kepada Selangor. Kenapa begitu? Jawapannya ialah kerana kekayaan negeri itu dan masing-masing mahukan kuasa dalam negeri itu kerana kekayaan negeri termaju itu.

Khalid Ibrahim menjadi sasaran kritikan oleh partinya sendiri dan DAP yang menganggotai Pakatan Rakyat itu, sedangkan kejayaan Khalid merupakan ‘testimonial’ besar dalam pilihanraya yang lalu yang menyebabkan kemenangan banyak kerusi diperolehi oleh PKR dan DAP serta PAS dalam pilihanraya yang lalu. Kini ‘testimonial’ itu telah dikoyak-koyakkan dan tidak dapat lagi menggunakan kejayaan negeri Selangor dalam ketelusan mengurus kewangan negeri itu.

Sekarang jika Pakatan Rakyat hendak memaparkan ‘testimonial’ baru, bolehkah sesiapa memberitahu semua apakah testimonial yang baru itu? DAP sudah nyata bukanlah parti yang begitu ‘invincible’ kerana parti itu juga mampu dikalahkan dan ia terbukti dengan keputusan pilihanraya kecil Teluk Intan. Semua pihak boleh memberikan alasan kerana kekalahan itu, tetapi ia tetap kalah, dan jika kalah ia bermakna kemenangan akan didapati oleh BN juga.

Apa pun parti yang bercita-cita ia memerlukan sokongan orang Melayu yang merupakan 60 peratus dari rakyat negara ini. Maka DAP akan bergantung kepada sokongan orang melayu sama ada suka atu tidak. Tetapi imejnya sebagai parti chauvinis itu masih menebal dan sebab yang ia masih menebal itu bukannya kerana UMNO atau BN, tetapi kerana parti itu sendiri. Bolehlah tuduh BN itu dan ini, tetapi sebab utamanya datang dari parti itu sendiri. ‘Packaging’ nya cantik, isinya tidak setara mana.

Saya suka untuk menyambung artikel ini besok atau lusa. Sudah terlalu panjang artikel ini. Panjang-panjang orang tidak baca.

10 comments:

  1. Tuan,

    Adakah maksud tuan bahawa kita harus membenarkan UMNO-BN terus memerintah kerana PKR caca marba?

    ReplyDelete

  2. anon 18:08

    Boleh pilih mana-mana parti pun. Sama sahaja mereka tu. Undi yang ini tidak salah, undi yang lagi satu pun tidak salah. Mereka sama sahaja. Natijahnya sama dan kita juga akan masih berada dalam situasi yang sama.

    ReplyDelete
  3. Rakyat secara jujur mahukan pemimpin yang mampu menyelamatkan mereka. Antara PR dan BN, kebimbangan orang Melayu adalah pada nasib bangsa dan agama mereka. Orang Melayu masih curiga dengan cita-cita terlindung DAP. Sukar untuk mereka memilih calon DAP jika bertembung dengan calon Melayu. Kebimbangan orang Cina juga pada survival bangsa dan cita-cita mereka. Mereka tidak sekadar mahu berniaga tetapi tetap mempunyai cita-cita politik agar mereka mampu mencatur negara mengikut citarasa mereka. Jika PKR berupaya menjadi model terbaik dalam segenap sudut harapan rakyat, mereka pasti akan berjaya sampai ke Putrajaya. tetapi jika kekecohan dalaman tidak diperbaiki, mereka tidak akan sampai ke mana. Keupayaan DSAI dalam mengurus hal-hal dalaman PR mengecewakan ramai golongan yang mengharapkan wujudnya alternatif bagi pemerintahan negara. Apa boleh buat, kita tidak ada manusia pemimpin yang berkelibar besar - sekurang-kurang seperti Tun Dr Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir pemimpin berkaliber besar? Biaq betul sdra. Seperti kata Anon 19.07, dia lah punca masaalah hari ini. Lainlah jika sdra boleh catitkn dimana kaliber pemimpin besar yang dimileki Mahatir. Francis Yeoh baru saja mendedahkn salah satu puaka yg dicipta oleh Mahathir. Bangsa apakah Francis Yeoh ini? Saya keliru....sejenis melayu ke?

      Anon 18:51

      Delete

  4. Anon 18:51

    Dr Mahathir adalah penyumbang besar kepada keadaan politik hari ini. Ingat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyumbang terbesar dalam kemelut politik dan negara kini adalah pemansuhan ISA. Pemansuhan inilah yang menyebabkan berkembang segar anasir-anasir yang mengugat keamanan yang telah kita kecapi semenjak zaman kemerdekaan. Chauvinist dari kedua dua belah pihak yang menimbulkan rasa tak senang hati kepada pihak yang lain.

      Inilah penyumbang sebenar kemelut yang kita hadapi kini. Ingat tu....

      Delete
  5. Asalam,

    Klau ikut hujjah aspan, pr tak layak mnjadi kerajaan msia. Ini makna hanya bn umno shj yg mmpu dan boleh ? Atas alasan pmilihan pkr sangat buruk dan daif ? Apakah umno selama ini tdk pernah mngalami permasalahan yg lebih teruk dan tempang hingga terpaksa di haramkan oleh mahkamah ?


    Permasalah yg berlaku ada di mana2 parti di msia. di sebalik permasalahan itu timbul kematangan dan pengajaran, pada semua.


    Kini sangat jelas dan terbukti bahawa PR..yg kini menarajui kerajaan selangore , p pinag dan kelantan, lebih baik dari kerajaan bn umno selama ini. Dan ini juga di buktikan oleh laporan audit negara.


    Persoalan mngapa kita sering takut pada perubahan yg lebih baik dari kerajaan bn yg agak statik dgn transformasi yg di lakukan ? Hingga ke saat ini , jelas perubahan yg di harapkan dan di laongankan oleh bn umno, sekadar mimpi2 yg tdk ada penghujung .

    iklas,
    mo dol.
    wasalam.


    ReplyDelete
  6. Dah tiba masanya kita tingkatkan kesedaran org2 melayu generasi ke2 dan ke3 selepas merdeka dalam pemilikan hartanah.. jangan fikir harta pusaka yang kita akan warisi... kesedaran org melayu tentang pemilikan hartanah amat rendah. Apa yang akan kita warisi untuk anak2 kita dan generasi kita yang akan datang. Mentaliti Bangsa melayu yang akan pulang kekampung setelah bersara harus diubah. bangsa2 lain terutamanya cina berlumba2 untuk memiliki hartanah kerana mereka asalnya sehelai sepinggang datang ke Tanah melayu. Rata2 org melayu yang menyewa di bandar2 besar menyewa dengan tuan rumah yang berbangsa Cina. Oleh itu saya mohon kerajaan tingkat kan kesedaran terutamanya anak2 muda Melayu kita agar berlumba2 dalam pemilikan hartanah agar dapat meyeimbangi pola penduduk berbilang kaum terutama dibandar2 besar. Syarikat2 pembinaan sekarang lebih cenderung dalam membina hartanah yang mewah2.. yang menyebabkan golongan sederhana tidak mampu untuk memilikinya... ketidak keseimbangan ini haruslah di kawal.. tetapkan keseramataan pembangunan bersekala Mewah, sederhana dan rendah di setiap daerah.. iklankan kuota bumiputra yang masih kosong.. agar dapat diisi pada yang layak.. dan kurangkan birokrasi dalam permohonan pinjaman bank... Didik generasi muda2 melayu pentingnya menceburi bidang hartanah sebagai pelaburan masa depan yang menguntungkan.. ank2 melayu semua hayatilah lagu WARISAN... apakah nasib bangsa anak melayu kita di masa hadapan?.... sekarang dah ada ura2 sabah & Sarawak nak keluar dari Malaysia... apa nk jadi dgn Malaysia skrng ni ? sanggup gadaikan Maruah Bangsa Dan Negara untuk kepentingan politik individu... "Anwar Ibrahim has created enough trouble for the country"

    ReplyDelete
  7. Memilih memang hak individu jika berdaftar. Cuma yang kurang ialah kebijaksanaan menganalisa secara waras. Itu kerana pilihan menjadi salah akibat terpengaruh dengan sentimen, persepsi dan kenyataan provokasi.

    Lihat cara melayu. Lebih kepada mengikut perasaan, pengaruh fitnah. Kebenaran langsung tidak di cari.

    Lihat cara cina. Mereka tetap bersatu dalam apa jua keadaan. Ini survival mereka yang menginginkan 'keuntungan' di tolak atau di tarik. Mereka tidak mencelakan pemimpin-pemimpin mereka. Itu sebab kemana arah di tunjukkan 'sifu' mereka, di situ lah cara majoriti mereka pergi.

    Lihat cara india. Bangsa ini atas pagar. Dulu mereka sokong BN. Sekarang pakatan pembangkang. Jika di umpan, ia akan berkecoh di di mana umpan berada. Bangsa ini mengikut kelas. Kelas terpelajar tertinggi di hormati. Kelas pertengahan akan cuba menjadi kelas tertinggi. Ego. Kelas bawahan hanya membawa nasib untung. Malah tidak peduli sekeliling kerana mencari sesuap nasi.

    Lantaran itu, seperti artikel AA , boleh membantu penilaian individu pemilih. Cuma biasa melayu itu kurang bijak dalam merencanakan masa depan mereka. Tidak mengikut saranan Al Quran dan mencampur-adukkan Sunnah Nabi dengan lagho dan kebathilan. Kadangkala terlalu naif apabila memprotes dan berdemonstrasi, majoriti tidak tahu apa tujuan nya ! Ini lah kelemahan melayu.

    ReplyDelete
  8. Apa yg cuba dilakukan oleh Pkr tidak pernah dilakukan oleh mana2 parti selama ini, iaitu 1 undi untuk 1 ahli. Umno memilih pemimpin hanya melalui mesyuarat bahagian dan undi ketua2 bahagian masa di pwtc nanti. Rasuah saja pemimpin2 bahagian maka mudah untuk mendapat undi. Kalau setakat pergaduhan tunggu saja masa pemilihan umno nanti, tiap kali pemilihan ada saja kerusi yg berterbangan. Ini pemilihan yg dilakukan setelah lebih 60 tahun perintah, apatah lagi yg baru melakukan sekali 2 pemilihan. Beri peluang Pkr, sekiranya mereka berjaya menyelesaikn masalah sebelum ini , bukankah cara Pkr adalah demokrasi sebenar dlm memilih pemimpin.

    Ahmad Albab

    ReplyDelete