Saya ingin memberikan ‘response’
kepada kenyataan Muhyiddin Yassin yang 13 Mei mungkin akan terjadi sekali lagi
jika perselisihan faham diantara kaum masih tidak dapat dihentikan. Rusuhan
kaum itu berlaku pada tahun 1969 , 13hb Mei, kerana tidak ada persefahaman
diantara kaum semasa itu yang akhirnya telah berlaku pertumpahan darah diatas
perselisihan diantara kaum. Titik hitam itu tidak mustahil akan berlaku seperti
yang diandaikan oleh Timbalan Perdana Menteri kita itu.
Beberapa hari yang lepas blog ini
telah menulis yang kejadian 13 Mei itu sudah pun berlaku tanpa disedari oleh
banyak pihak. Rusuhan kaum sedang berlaku dalam jiwa semua kaum terutamanya di Semenanjung ini. Yang belum berlaku
hanyalah pertumpahan darah, bunuh membunuh dan bakar-membakar rumah kediaman
dan deretan kedai sahaja. Yang lain sudah pun berlaku.
Kita telah melihat bagaimana kaum
yang menguasai bidang perniagaan dan industri sedang membunuh peluang kaum yang
ketinggalan seperti Bumiputra dengan mengetatkan syarat untuk diterima bekerja
dalam syarikat-syarikat besar awam yang tersenarai di Bursa Saham negara. Bukankah
ini seperti kejadian 13 Mei juga?
Banyak syarikat-syarikat besar
sekarang ini mahukan hanya mereka yang fasih dalam bahasa Mandarin sahaja untuk
diterima bekerja sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Isu ini
telah pun disebut oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin setelah ratusan kali
isu ini disebut oleh banyak pihak terutamanya blog ini. Tetapi itu sahajalah
yang kita dengar selepas itu kita tidak mendengar apakah pelan tindakan Pemuda
UMNO untuk menyelesaikan masalah ini.
Memberikan syarat seperti ini
boleh dianggap sebagai berperang dengan rakan-rakan bangsa yang tinggal bersama
dalam sebuah negara yang telah merdeka selama 58 tahun ini. Dalam hampir
kesemua syarikat awam yang dikuasai oleh bangsa bukan Melayu sekarang ini boleh
dikira jumlah bumiputra dan Melayunya, malahan ada yang tidak ada langsung
orang Melayu yang diambil bekerja dalam syarikat kepunyaan awam ini.
Ini merupakan keadaan yang baru
berlaku tanpa disedari oleh pihak yang berwajib yang begitu lantang dalam isu menyatu
padukan rakyat berbilang kaum melalui penyertaan berbilang kaum dalam bidang pengurusan syarikat awam dan bidang-bidang yang berkaitan dengan ‘industry and
commerce’. Dulunya banyak syarikat yang mengambil initiatif untuk mengimbangi
penyertaan semua kaum dalam syarikat-syarikat awam ini kerana menghormati hasrat
kerajaan yang mereka hormati semasa itu. Ini hanya segelumit contoh dan banyak
contoh-contoh yang lain yang boleh kita saksikan dengan jelas dan terang.
Tindakan pihak ini amat dirasakan
bahangnya dan jika bidang ini tidak dapat melambangkan keseimbangan penyertaan
semua kaum dalam bidang pengurusan syarikat awam ini, ia adalah satu kegagalan
pihak berwajib. Pihak berwajib telah gagal untuk memberikan pantauan kepada isu
yang sangat penting ini jika benar kita memperjuangkan keseimbangan dalam
bidang ini dalam kontek perpaduan nasional.
Dasar ini telah pun ada tetapi
sejak tiga puluh tahun dahulu pimpinan negara yang terlalu asyik dengan
pembangunan kilat, isu ini dilupakan dan dilalaikan oleh mereka. Untuk
memulakannya kembali sangat lah susah kerana generasi semua kaum sekarang
sudah begitu rasis dan susah untuk menerimanya sebagai satu tindakan yang amat
baik untuk negara yang berbilang kaum ini. Baik dari MCA mahupun dari DAP dan Gerakan, mereka sedar tentang perkara ini sudah menular tetapi mereka menyangka
yang sikap mereka ini tidak akan disedari ramai.
Mereka sedar yang pimpinan UMNO
tidak peduli dengan isu ini kerana mereka tidak memahami apa itu perpaduan
kaum, dan hanya beretorik semata-mata seperti mereka faham apa yang berlaku,
sedangkan mereka adalah terlalu naïf dan tidak tahu apa-apa. Pemimpin dan
rakyat bukan Melayu dan bukan Bumiputra gemar dengan kelemahan Melayu dan
pimpinannya yang sentiasa ‘melopong’ dan ternganga selalu tanpa menyedari
segala dasar yang telah diwujudkan oleh pimpinan semasa dahulu itu dilalaikan
oleh mereka sendiri.
Pendeknya apa yang disebut oleh
Muhyidin Yassin yang 13 Mei mungkin akan berlaku itu kurang tepat kerana
peperangan ini sudah pun berlaku tanpa disedari oleh Muhyiddin sendiri.
Apa yang Muhyiddin katakan itu
tidak ubah seperti mengangkat kain sendiri yang menampakkan punggung yang tidak
terurus itu. Sepatutnya beliau sudah menyelesaikan masalah ini bukannya membuat
kenyataan untuk memperlihatkan kelemahan beliau sendiri.
Itulah sebabnya saya selalu
katakan jika tidak boleh mencari cara pemerintahan yang betul, beliau bersama
kabinetnya berhenti sahaja kerana ini adalah kepentingan rakyat, lebih-lebih
lagi bangsanya sendiri yang sudah terasing dari kemajuan dunia sekarang ini.
Utamakan negara dari diri sendiri. Begitu juga kepada Menteri-Menteri yang
sedia ada.
Kita mesti menerima hakikat jika
kita tidak mampu untuk menyeliakan negara cara yang paling baik untuk berkorban
untuk negara ialah berhenti dan memberikan kepimpinan kepada mereka yang mampu
memperbetulkan keadaan ini. Berkorban untuk negara tidak semestinya mengekalkan
jawatan. Bersara dari jawatan itu pun merupakan pengorbanan.
Itu sebabnya Najib, Muhyiddin
serta ahli jemaah kabinet yang lain mempunyai peluang keemasan untuk berkorban
untuk negara sekarang ini dengan mengundurkan diri sahaja dari memegang
tanggungjawab yang dipikul mereka sekarang ini. Tindakan bertanggungjawab itu
tentunya akan dikenang oleh rakyat dan generasi yang akan datang.
Berundurlah! Jika benar akan
berlaku 13 Mei dibawah tadbirannya, beliau akan membawa perasaan kegagalan
beliau sehingga beliau mati. Apa yang beliau katakan itu adalah pengakuan
pentadbiran yang beliau adalah ahli terkanannya telah gagal mentadbir negara
dan rakyat dengan baik.
Betul tu Aspan..kali ni setuju dengan Aspan.
ReplyDeleteKalau dah tak reti mentadbir berundurlah.Harap TDM kembali betulkan keadaan. Harap haraplah beliau bersetuju
ReplyDeleteKalau TDM kembali lagi teruk keadaan kerana beliau adalah punca kelemahan yang ada hari ini.
13 Mei tidak mungkin berlaku kalau dikawal dan dibendung oleh semua pihak. Tetapi ia mungkin boleh terjadi sekiranya digerakkan atau dirancang oleh pihak yang ingin terus memegang kuasa. Sebenarnya inilah syaitan yang sebenarnya iaitu hawa nafsu yang menguasai dirinya mereka yang sebenarnya dan mereka inilah yang merancang 13 Mei dahulu.
ReplyDeleteKenapa dulu dulu .. isu yang menyentuh AGAMA TIDAK ADA LANSUNG.. TAPI SEKARANG ISU AGAMA TERANG TERANG DIMAINKAN SETIAP HARI..
ReplyDeleteSALAH SIAPA KAH INI ..
Percayalah bahawa isu 13 Mei yg ditimbulkan oleh Muhyiddin itu, tidak lebih dari hanya sekadar gertakan beliau semata-mata. Ini bagi membolehkan BN terus menjarah rakyat dengan cubaan mengekalkan masa. Umpama menakut-nakutkan orang kampung oleh Tok Pawang modus operandinya.
ReplyDeleteJawapan kpd "lahir 1961" rasa2nya begini:
ReplyDeleteIsu agama dimainkan setiap hari pasal org2 Melayu tetap masih teguh beragama Islam. Cuba kalau semua org2 Melayu menganut pulak agama Kristian contohnya, sbgmana yg sangat2 diharapkan oleh kristian evangelista (sesetengah penganut kristian sendiri kata mrk dah sesat) pimpinan DAP, pasti isu agama dah tak kedengaran lagi.
Dan kpd anon 7:07, bacalah sejarah dan lapuran Mageran kalau nak tau siapa pencetus peristiwa berdarah 13 Mei 69 tu. Tak tau sejarah jgn tuduh2 membabi buta. Atau anda cuba menafikan bagi pihak ketua anda?
Pak Aspan, saya pengikut blog Pak Aspan yang jarang komen. Tak tahu apa hala tuju Pak Aspan, namun posting Pak Aspan kini nampaknya mengeruhkan keadaan 'racial tension' di negara ini.
ReplyDeleteSaya bukan Melayu, namun ramai member melayu sbb membesar di kampung. Mengapa Pak Aspan tak nampak dari segi lain? Byk company di Malaysia skr berniaga di China. Bahasa Mandarin adalah Bahasa Global sekarang ni. Terimalah hakikat ini.
Skr ramai budak melayu yang fasih Mandarin. Klu tak percaya marilah ke Shanghai, saya perkenalkan rakyat Malaysia bangsa Melayu yg fasih Mandarin. Klu tak terima hakikat ini dan belajar Bahasa Mandarin dan 'jerit racist' bukannya boleh solve problem.
Yakni ramai orang barat sedang giat belajar bahasa Mandarin. Kenapa orang Asia dari Malaysia berfikir sebegini bahawa fasih dan belajar Mandarin adalah salah?
Saya berpendapat Bahasa Melayu amat indah inti patinya. Semua orang Malaysia patut fasih dlm Bahasa Kebangsaan. Yg tak fasih Bahasa Kebangsaan betul tak betul boleh dikira kurang patriotik. Ini pendapat saya. Namun fasih English dan Mandarin(kedua-dua Bahasa Global) dpt meningkatkan daya saing kami di persada dunia.
Orang Cina di China kurang fasih English. Orang Barat kurang fasih Mandarin. Jikalau Orang Malaysia dpt menjadi 'jambatan' di antara benua Timur dan Barat, kita akan menemui 'business niche' kita.
Akhirnya, Fasih Bahasa English ataupun Bahasa Mandarin tidak akan kurangkan KeMelayuan seseorang. Klu difikir dari sudut ini, lebih 'best dan productive'
It's time my Malays brothers & sisters rise up and show their leadership skills. I want good Malay leadership not narrow minded self defeatist and afraid of challenges leader. And I believe my Malays brothers&sisters can do it. Takkan Melayu hilang di dunia?
Peace.
Salam semua,
ReplyDeleteSy kurang setuju sekiranya dikatakan bumiputera tidak mendapat peluang, byk dan lama peluang yg diberikan..kpd kita sebenarnya kita perlu juga belajar dr masyarakat cina tentang hubungan 'Guanxi'? bagaimana masyarakat cina berjaya sejak beribu2 tahun dulu..dr Tanah besar, sehingga ke selatan china yg mana rata2 berhijrah keluar asia pasifik iaitu, Tanah melayu, Thailand, Indonesia, Vietnam malahan ke serata dunia..dgn peniagaan..beribu2 tahun dulu telah ada money laundering, pelacuran, candu dll...sehingga rakyat china ini membentuk satu bank...yg diiktiraf utk menyimpan, menyalurkan duit beribu2 juta ringgit...kepada saudara2, kawan2 yg berniaga di seluruh dunia..mereka ini adalah gate keeper sekiranya negara2 lain..seperti US, British, Deutch malahan bangsa melayu sendiri utk berniaga disini perlu melalui mereka..supplier saper?...malahan ada org cina yg menjadi ahli politik (cthnya dlm Negara,Lim kit Siang, Chua Soi Lek dll, penyanyi, pelakon dan tycoon besar (Cth dlm Negara Vincent Tan, Lim Goh Tong dll) kalau dilihat datuk nenek mereka ini asal usulnya dr Selatan Tanah besar China iaitu Fujian, Feochew..dgn pelbagai etnik seperti hokkien, teochew, mandarin, cantonese..yg sebenarnya utk membina empayar...besar yg demi cucu dan cicit akan dtg..yg sy ingin nyatakan bukan perniagaan haram mereka ini..atau agung2 mereka ini..tetapi hubungan atau ' Guanxi' sesama mereka...ini yg perlu kita belajar..dlm hubungan ini ada sifat kepercayaan..demi kepentingan dan faedah bersama..
sy merasakan sifat ini kurang dlm masayarakat kita..kerajaan dh bagi peluang byk kpd bumiputera pinjaman dll...tetapi kita tidak ambil peluang duit pinjaman bank tidak dibayar, atau digunakan utk kepentingan peribadi dan keluaraga..maksud sy tidak semua la..org melayu macam tu..tetapi kebanyakan, apatah lagi ingin kembalikan hasil2 atau peluang tersebut kepada masyarakat..dlm erti kata lain ' Giving Back to the society to share'
Itu sbb dlm islam pun..kita diajar memberi semula kpd masyarakat..sbg contoh zakat..atau dlm erti kata lain..'maqasid syariah'..malahan pengurusan tidak kira dr pihak kerajaan,pembangkang, glc dan usahawan tidak memain peranan dan pemantauan yg halus dan rapat..kita perlu transparent..yg salah kita betulkan..kadang2 sy terfikir..itu sbb rata2 org melayu..kita lihat..buat 2 kerja..siang dan malam atau part time...kesannya..family value..akan berkurangan...ayah dan anak tak sempat berbual, dgn emak..dan anak..atau suami..sbb apa..sbb ekonomi..malahan rata2 pagi2 kita pergi kerja..org kita naik motor..suami dan isteri..ye faham nak cepat atau erti kata save duit minyak..tapi kalau berlaku kejadian tidak dingini kan risiko tu..jadi..byk factor yg perlu dilihat semula..bkn dr segi ekonomi..malahan pendidikan..juga..kita kena ada pembangunan pendidikan yg baik dan teratur..bukan hendak melahirkan ramai graduan..tapi kita berbicara soal pembangunan intelektual...dimana ia akan membantu anak2 muda berfikir..dan membuat sesuatu..bukan utk diri shj..tetapi fikir bersama masyarakat sekiling kita..jadi sama2 kita fikir..sy mohon maaf sekiranya pendapat sy disalah erti..bukan niat utk menburuk2kan..tapi sy rasa kita perlu perubahan fikiran..dgn melihat perkara pokok, punca2 dan langkah yg perlu diambil..secara holistic..wassalam..