Jika orang ramai yang bernasib
baik kehidupan, mereka akan merayakan Aidilfitri dengan riang gembira setelah
berpuasa sebulan lamanya di bulan Ramadan. Bagi Khalid Ibrahim, MB Selangor
beliau rasanya tidak akan beraya seperti rakyat yang lain kerana beliau
dikatakan akan bersara secara paksa oleh ramai pemimpin partinya.
Secara sistematik Anwar Ibrahim
memainkan peranan untuk memaksa Khalid meletakkan jawatan dengan menggunakan
kaedah ‘baling batu sembunyi tangan’. Sememangnya Anwar tidak begitu gemar
dengan cara Khalid mengendalikan kerajaan Selangor walaupun Khalid merupakan ‘testimonial’
besar dalam pilihanraya umum yang lepas. Tetapi begitulah politik dalam PKR
kerana mereka bukannya tertubuh dengan perjuangan yang telus, hanya tertubuh
kerana Anwar di pecat dari UMNO itu pada tahun 1998 yang lalu kerana sebab
yang semua maklum.
Dalam politik tiada kawan yang
berkekalan dan tiada musuh yang kekal. Dalam politik berkuasa yang kekal
hanyalah perasaan cemburu dan perasaan amarah terhadap orang yang kita anggap
merentasi dan menjadi penghalang kepada kemahuan mana-mana individu. Politik
itu ‘is all about personal greed, anger and foolishness’. Tidak ada untuk
melaksanakan apa yang dijanjikan atau kemahuan ramai.
Yang menyebabkan kekusutan dalam
PKR Selangor ini hanya kerana perebutan kuasa yang sedang berlaku tanpa ada
batasannya. Khalid yang dikatakan seorang MB yang baik malahan yang terbaik
dalam negara ini suatu ketika yang tidak lama dahulu kini menjadi seorang MB
yang mendapat tekanan, bukannya dari rakyat tetapi rakan seperjuangan sendiri
sahaja. Kekuatan dan ketelusan Khalid mentadbir Selangor itu membuatkan Khalid
menghadapi masalah kerana ia akan menjadikan beberapa orang yang berkepentingan
dalam PKR itu susah untuk mengambil alih jawatan Khalid itu.
Maka keluarlah semua cerita dan
propaganda yang tidak baik terhadap beliau, dari isu bekalan air bersih
sehingga isu Lebuhraya Kiddex dan banyak yang lain. Apa yang tidak disukai oleh
setengah pihak itu dijadikan isu 'criminal' terhadap Khalid. Mereka belum lagi
tahu samada mengalih dan menganjak Khalid itu perkara yang mudah dilakukan.
Sesungguhnya isu ini sudah
bermula sebaik pilihanraya umum lalu kerana PR tidak berjaya mengambil alih
Putrajaya. Maka wujud satu tindakan politik untuk menjadikan Anwar sebagai
Menteri Besar Selangor bagi membolehkan ketua umum parti itu satu tempat
eksekutif dan tempat itu hanyalah dengan menjadi MB Selangor.
Timbul tindakan ‘Kajang Move’
dengan memaksa pilihanraya kecil Kajang yang sepatutnya di tandingi oleh Anwar.
Tetapi oleh kerana masalah mahkamah yang dihadapi Anwar maka Wan Azizah telah
dijadikan 'ayam tambatan' bagi ‘kajang move’ yang ramai dikatakan adalah
perancangan Rafizi Ramli seorang yang telah lemas dengan publisiti yang hebat
untuknya.
Tentunya ‘Kajang Move’ itu telah
terbantut sedikit sebanyak kerana orang yang hendak ditonjolkan itu tidak dapat
melunaskan keperluan undang-undang untuk dijadikan calon bagi kawasan dewan
undangan negeri itu.
Kini tinggal Azmin Ali dan
mungkin Wan Azizah akan menjadi Menteri Besar untuk Selangor jika alasan untuk
mengenepikan Khalid Ibrahim itu berjaya ditemui.
Apa pun masalah yang dihadapi
oleh Selangor ini tidak diselesaikan oleh Anwar dan Wan Azizah. PKR mempunyai
dua orang yang mengetuainya yang terdiri dari pasangan suami isteri, TS Khalid
yang rapat politiknya dengan Wan Azizah dan Azmin yang begitu hampir dengan
Anwar tidak dapat menyelesaikan masalah PKR Selangor. Sepatutnya keadaan ini
boleh diselesaikan dalam bilik tidur Anwar sahaja kerana kedua-dua Azmin dan
Khalid ini mempunyai mentor yang berada dalam bilik tidur yang sama.
Tetapi ia tidak juga selesai
kerana permainan politik ‘baling batu sembunyi tangan’ yang dimainkan oleh
Anwar itu. Yang berbalah ialah pimpinan yang dibawah mereka (Anwar suami
isteri) sehinggakan banyak perkara buruk dilambakkan dihadapan mata orang
ramai.
Jika benar pandangan setengah
pihak yang TS Khalid Ibrahim akan diketepikan selepas hari lebaran ini,
tentunya Khalid dan ramai penyokong-penyokongnya tidak dapat menikmati
kelazatan kemenangan bulan puasa ini di hari awal Syawal nanti.
Dalam keadaan ini jika masih ada
dan kuat tindakan setengah pihak dalam PKR masih mahu mengenepikan TS Khalid
ini, ia adalah permulaan kepada kejatuhan parti itu dalam politik tanahair dan
ia tentunya akan memberi akibat kepada rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat
itu.
Kita mesti akui yang Pakatan
Rakyat bukannya mendapat sokongan dari kekuatan mereka sendiri, sebaliknya
sokongan itu adalah disebabkan kelemahan UMNO dan rakan-rakannya dalam Barisan
Nasional sahaja.
Mana-mana parti yang mendapat
sokongan oleh kerana kelemahan parti lawan sahaja tidak akan kekal sokongan
itu. Pakatan Rakyat tidak boleh berpaut dari sokongan mereka yang hendak
melepaskan geram terhadap BN sahaja.
PKR tidak boleh membiarkan parti
itu diperlakukan sebagai ‘cina buta’ sahaja. Sokongan akan kembali kepada pihak
yang telah mereka menceraikan talak tiga itu. Setelah berkahwin dengan Pakatan
mereka kembali kepada pasangan yang asal setelah berkahwin dengan orang lain
secara ‘Cina buta’ tadi.
Dalam isu Selangor ini tidak
hairan jika rakyat Selangor mampu mencari pemimpin yang mampu diyakini oleh
rakyat negeri terkaya dalam negara ini. Maka proses ‘cina buta’ tadi akan
lengkap terlaksana di Selangor.
khalid jual tanah half price 1200 ekar kat danny tan.danny flip and made abt 500k an acre.celaka punya melayu.
ReplyDeleteWhy did you not highlight mistake done by current MB? For instance, kidex, water agreement with BN, using water from old mining pool that might have heavy metal, etc. Please provide a more balance comment. The rakyat is getting tired of recent MB actions. He seems to changed after Islamic Bank change its charges against. Why?
ReplyDeletePak Aspan..
ReplyDeleteTSKI pun satu, dah cantik perintah Selangor dia buat benda yg menyakitkan hati partinya sendiri dan Dap terutamanya dalam isu Projek Langat 2 dan isu Lebuhraya Kidex. Bukan sedikit bantahan rakyat Selangor terhadap 2 isu ini sehingga lupa semua kebaikan2 yg telah dilakukannya sebelum ni. Saya percaya seteruk mana pun masalah PKR dengan Khalid ni sokongan rakyat hadap pakatan tidak banyak berubah sebab Umno terlampaulah teruknya untuk terus disokong rakyat Selangor.
Din Itik
"Dalam politik berkuasa yang kekal hanyalah perasaan cemburu dan perasaan amarah terhadap orang yang kita anggap merentasi dan menjadi penghalang kepada kemahuan mana-mana individu" - Aspan Alias - Molek sungguh ayat-ayat diatas merungkai kelibat politik Anwar Ibrahim
ReplyDelete
ReplyDeleteHai..Yaa... ,apa pasat sebut itu Cina ?, manyak sensitif loo..oo.
Cian ,atak sepet ,tapi tatak buta lea..a , Bulayu selalu tatak nampak ,selupa buta maa.a .
Dari segi KPI Selangor, TS Khalid berjaya. Dari segi pengurusan persepsi politik, TS Khalid telah gagal. Semua ini bermula setelah beliau mendapat "habuan" daripada Bank Islam.
ReplyDeleteDalam politik, persepsi amat penting. Macam Pak Najib, tujuan dan kaedah pemberian BR1M dapat membantu/meringankan beban rakyat yang sepatutnya tetapi PR memainkan persepsi bahawa BR1M adalah satu pembaziran dana negara. Beginilah realiti politik.
TSKI adalah seorang yg akan buat apa yg terbaik utk rakyat selangor. Pengkritik2 nya sering menggunakan isu air dan kidex sebagai alasan. Cuba lihat isu air - di mana salahnya? Tujuannya adalah utk mengambil alih drpd syarikat yg tidak bertanggungjawab. Adakah ini untuk kepentingan politik atau rakyat selangor? Malah pemimpin Pakatan Rakyat turut setuju akhirnya dgn tindakan khalid ini. Isu Kidex - adakah kerjaan Selangor sudah lulus pembinaannya? harus diingat kelulusan akhir akan diberi sekiranya semua syarat2 yg ditetapkan oleh Kerajaan selangor di patuhi. Sila rujuk minit mesyuarat yg telah dikeluarkan. Jangan jadi buta mata hati - bising aje lebih terutamanya DAP. Betul jugak kata2 - kalau pandai membangkang - elok selamanye jadi pembangkang.
ReplyDelete