WhatsApp salah seorang pemimpin
tinggi PAS yang telah bocor yang mahukan PAS keluar dari Pakatan Rakyat sedang
menjadi isu besar yang di gunakan oleh PKR dan DAP terhadap PAS. Isu ini
menambahkan kebarangkalian perpecahan dalam Pakatan Rakyat lanjutan dari isu
usaha Anwar mahu menukar Menteri Besar Selangpr dengan isterinya sendiri.
Ini isu yang agak besar
‘consequence’ nya jika ia tidak ditangani dengan cepat dan betul. Apakah dia tindakan yang betul dan tepat itu biarlah
masing-masing pihak menentukannya kerana perbezaan dan pertelingkahan
dikalangan pemimpin dalam Pakatan Rakyat sekarang bertambah besar. Kita tidak
tahu apa yang tepat kepada PKR dan PAS mahu pun DAP.
Tetapi pandangan yang tidak
sepertinya dari orang seperti saya tindakan yang tepat itu ialah dengan
membatalkan sahaja niat Anwar meletakan isterinya itu sebagai MB Selangor.
Biarkan ‘status quo’ berjalan seperti biasa. Parti ada hak untuk menentukan
siapa Menteri Besar selepas pilihanraya umum yang akan datang. Tetapi keadaan
ini payah untuk diperbetulkan lagi kerana setiap pemimpin dalam Pakatan dan
yang terakhir sekali ialah serangan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Seremban,
Loke terhadap PAS semalam.
PKR dan PR sudah tiada masa untuk
menumpukan terhadap isu negara. PKR dan DAP sedang menumpukan masa dan tenaga
mereka untuk menegakkan benang basah mereka sambil mendesak PAS mengambil
tindakan terhadap Mohd Zuhdi Marzuki, pengarah 'operation research centre’ PAS
yang memberikan respond kepada whatsApp rahsia seorang pemimpin tertinggi PAS.
Walaupun Zuhdi tidak menyokong
tindakan keluar dari PR tetapi beliau mempunyai imaginasi yang jika PAS keluar
dari Pakatan Rakyat, PAS boleh kekal sebagai pemegang kuasa tetapi kali ini
bersama UMNO dan Khalid pun diterima oleh UMNO jika dijadikan Menteri Besar
terus-terusan. Kenyataan Zuhdi yang ini merupakan cara untuk mengekalkan kuasa
politik Melayu dan Islam dan dengan kuasa yang diperolehi dengan undi
kemenangan yang simple dalam DUN Selangor itu boleh menyelesaikan banyak
masalah orang Melayu Islam.
Kuasa ini boleh dikekalkan dengan
melakukan perubahan kawasan pilihanraya tahun hadapan yang memberikan
keuntungan kepada Melayu, dan ia tentulah memberikan keuntungan kepada PAS
juga. Ramai dikalangan pemimpin PKR dan DAP begitu berang dengan kenyataan Mohd
Zudi ini dan mahu PAS mengambil tindakan terhadap pengarah operasi ‘research
Centre’ PAS ini.
Apa yang disebut oleh pemimpin
PAS ini sememangnya perasaan dan pandangan pihak bawahan (rakyat) yang ramai
ini. Sesungguhnya PAS sememangnya tidak sesuai dengan DAP kerana banyak perkara
yang bersalah-salahan diantara kedua pihak dalam isu agama dan kerajaan Islam
yang diperjuangkan oleh PAS itu. Perasaan saling tidak mempercayai diantara
satu dengan yang lain itu memangnya wujud selama ini, tetapi kerana keterdesakan
masing-masing bekerjasama hanya untuk mendapatkan kuasa kerajaan di Putrajaya sahaja.
PAS mulai sedar yang mereka telah
diperkudakan oleh pihak yang tidak mahu Islam itu diutamakan.
Apabila sudah berlaku
perselisihan ini secara terbuka maka ramai diantara ahli-ahli PAS dan mungkin
pemimpinnya sekali yang kerjasama dengan UMNO itu merupakan jalan yang terbaik,
jika tidak dapat melaksanakan hukum islam itu setidak-tidaknya serangan
terhadap hukum islam itu akan berkurangan dari UMNO, kerana sebusuk-busuk UMNO mereka
adalah Islam yang boleh bercakap tentang isu kerajaan islam itu. Busuk-busuk
bau UMNO itu ia adalah bau orang Melayu islam juga. Carik-carik bulu ayam, lama
kelamaan bercantum juga akhirnya. Cincang air tidak akan putus.
Jika perjuangan untuk islam itu
adalah lebih baik dengan UMNO kata setengah orang PAS sekarang ini kerana jika
diminta dari DAP untuk membantu usaha PAS dalam hal islam ini tidak mungkin
diperolehi. DAP pernah bercakap yang mereka tidak akan menyokong perjuangan
Islam PAS itu, dan ada pemimpin parti itu berkata perjuangan islam itu akan
hanya boleh dilakukan ‘over his dead body’ dan berbagai-bagai lagi.
Semua perlu ingat penyatuan
Melayu itu adalah perkara yang amat di geruni oleh setengah pihak dalam Pakatan
Rakyat itu. Apa yang dirasakan oleh setengah pimpinan PAS yang mengekalkaan kuasa di Selangor dengan UMNO
itu mungkin jalan yang terpaksa diambil kerana kerjasama dengan PKR,
lebih-lebih lagi dengan DAP itu merupakan kerjasama yang tidak mantap kerana
terlalu banyak perbezaan dari ‘attribute’ parti-parti itu yang bertentangan
dengan PAS.
Tuduhan PKR yang PAS memungkiri
janji yang telah secara senyap-senyao dipersetujui diantara parti-parti dalam
PR itu tidak perlu dijadikan halangan untuk membuat apa-apa tindakan untuk PAS untuk kepentingan Melayu Islam tadi. Jika ada perjanjian yang boleh memudharatkan keadaan
negara dan Islam itu yang belum terlaksana tidak ada sebab PAS tidak boleh
mengubahnya jika didapati perjanjian itu adalah perjanjian yang memungkinkan membawa
kerosakan bangsanya sendiri, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agamanya.
Jika ada persetujuan unyuk
membunuh seseorang misalnya, maka kita boleh menarik balik persetujuan itu
kerana membunuh itu adalah kesalahan. Begitu juga dengan PAS jika dilaksanakan
perjanjian atau ‘understanding’ yang belum terlaksana, PAS boleh untuk tidak
menghormatinya jika ia membawa mudarat kepada kepada kerajaan dan rakyat Selangor
yang sudah tersedia baik sekarang ini.
Hanya jika PAS berbincang untuk
bersama kepimpinan pusat UMNO hari ini sahaja yang memungkinkan tindakan itu
sebagai tindakan yang salah kerana tidak mungkin PAS boleh memperbaiki akhlak
pimpinan UMNO terutamanya diperingkat pucuk pimpinannya.
PAS boleh memainkan peranan untuk
membetulkan UMNO itu sendiri jika parti ini seriius untuk membawa perubahan
yang sejati. Alang-alang sudah berada dalam situasi sebegini, PAS boleh membawa
perubahan itu kerana parti itu (PAS) merupakan parti yang sangat ber
‘consequence’ sekarang ini.
PAS boleh bersama setengah pimpinan UMNO memainkan peranan untuk melihat ‘new politics’ di negara kita yang amat memerlukan perubahan ini. Blog ini tidak pernah jemu menyebut isu perubahan yang drastik yang membawa kebaikan hakiki untuk semua bangsa dan negara kita ini.
PAS boleh bersama setengah pimpinan UMNO memainkan peranan untuk melihat ‘new politics’ di negara kita yang amat memerlukan perubahan ini. Blog ini tidak pernah jemu menyebut isu perubahan yang drastik yang membawa kebaikan hakiki untuk semua bangsa dan negara kita ini.
Jatuhkan umno barulah ahli umno yg baik bebas dari belenggu ahli umno batil yg menuasai umno sekarang, maka dari situlah berpaut ahli ahli2 umno yg baikterbentuk kekuatan ukhwah jemaah ; jika tidakm- sorry, bye ! bye!lah beb , aku x akan sokong mana manapun.
ReplyDeleteHoi ! Umno bukan melayu lagilah, umno dah bumiputra (kura kura - hidup segan mati tahu, perut buncit dengan rezeki haram ), dan lagi melayu bukan lagi menandakan sebagai islam seperti mana zaman islamnya parameswara kerana dalam umno sendiri terdiri dari orang bukan islam, maka x hairanlah ada ahli umno yg makan babi, x salah dan x boleh nak diperslahkan kerana itu adalah hak dia, kena hormati dia, serius ni !
ReplyDeletela ni dah x ada masa lagi, dah nak mai dajai - elok tinggalkan umno, pkr dan pas songsang - perbanyakkan bacaan serta haflan spuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi dan amnya azam untuk menghafal dan beramal dilandaskan pada Quran, Hadis dan Sunnah. Sesungguhnya politik adalah ciptaan yahudi dan pas ni pun x kan menang bila bilapun kerana platformnya x betul.
ReplyDeleteNgam banar ni
ReplyDeleteDAP tu ikhlas ke Aspan.? Aspan lebih mengenali DAP kerana Aspan masih lagi ahli DAP setahu saya..di puji puji melambung langit bila Aspan masuk DAP dulu..
ReplyDeleteKalau DAP ikhlas dah lama dulu beri jawatan exco Pulau Pinang kat PAS, apalah salahnya beri satu jawatan exco..ini tidak ..hanya berkongsi kuasa dengan PKR.
Kat Selangor, bila PAS menang lebih kerusi dari PKR sepatutnya secara automatik PAS berhak ambik kerusi Menteri Besar..tapi tidak berlaku kerana salah satu sebab DAP menentang. Sebab ape ye?
Bagi saya orang Melayu Islam perlu berfikiran stratejik sebagaimana orang Cina berfikiran strategik untuk memastikan hak mereka sentiasa terpelihara. Saya lihat kalau Najib boleh minum teh dengan Anwar Ibrahim, boleh melawat TGHH dan TGNA bila dia orang sakit, tiada sebab kerjasama politik tidak boleh diadakan atas dasar kepentingan orang Melayu/ Islam sentiasa terpelihara.Tentangan terhadap Islam/ Melayu ketika ini mungkin akan berhentisendiri bila melihat orang Melayu bersatu tak kiralah dia orang dari PKR, PAS atau dari UMNO.
Saya lebih sayang kepada parti yang amanah dan berintergriti tak kiralah ia dari bangsa dan ugama mana. Saya lihat negara-negara yang bukan islam dan juga bukan melayu yang jauh lebih amanah dan lebih islamik dari negara-negara yang diperintah oleh bangsa melayu dan beragama islam sendiri.
ReplyDeleteSelamat hari Raya Tuan Aspan,
ReplyDeleteApa pun politik hari ini saya beranggapan PAS sudah tersilap langkah.Apa pun alasannya, PAS sebagai parti islam perlu mematuhi perjanjian.Jikapun PAS cuba mendapat kuasa secara pintu belakang,ia tidak akan kekal lama.Saya kira PAS akan hancur akibat memungkiri janji, dan saya bersetuju dengan pesanan Dato' NIk Aziz yang, "Pas tidak akan dipatuk lagi oleh ular yang sama dari lubang yang sama sebanyak 2 kali".
ReplyDeleteAnwar tu cukup-cukuplah! Porak peranda kita di buatnya. Berunding di belakang untuk memancaung kawannya sendiri sebab nafsu nafsi peribadi. Jemulah!
Dalam hal pakatan rakyat ni siapa sebenarnya yang mungkir janji, menikam kawan dari belakang dan bermuka-muka? Adakah Anwar bersalah melantik isterinya sedang isterinya adalah Presiden PKR setaraf dengan Hj Hadi dan Lim Kit Siang. Lainlah wan Azizah tiada apa-apa jawatan. azizah juga ada pengalaman sebagai ahli parlimen dan Presiden PKr sejak ditubuhkan. Dari segi kelayakan tiada salahnya Wan Azizah. Siapa lagi pemuka PKR yang layak jadi MB. Azmin ? Tuan Aspan jika tuan berada dikedudukan Azizah pun tuan akan dicalon sebagai MB. Khalid Ibrahim memang dah banyak salah silapnya. Melainkan kalau sengaja buat tak nampak. Kembali lah ke pangkal jalan PAS. Janganlah hendak untuk segera tapi PAS menjadi parti yng tidak boleh dipercayai. Itulah matlamat UMNO sebenarnya. Anda menerima nasihat yang salah Hj Hadi!
ReplyDeleteJika Anwar dilihat kebelakangan ini seakan2 melebihkan kepentingan peribadi dalam pkr maka hj hadi juga samalah melebihkn kepentingan peribadi demi survival politik....presiden yang kurang bernas dlm hal2 politik melibatkn pr....biarlah pr bergasak...atau pas berpecah...asalkan puas hati yg brkepentingn
ReplyDeleteDemokrasi Barat telah lama bermula. Oleh kerana mereka yang memulakannya maka merekalah yang terlebih dahulu menempuh pahit dan maungnya.
ReplyDeleteSetelah menempuh pahit dan maung tersebut barulah demokrasi barat memperolehi `kesenangan'. Sebelum sampai di tahap sekarang, mereka juga tidak ubah seperti masyarakat jahilliyah.
Justeru apa yang dilalui oleh demokrasi barat bermula dari lahir, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari akan juga dilalui oleh mereka yang mahu membesar dalam persekitaran dan tumbesaran yang sama.
Akhirulkalam, semua nilai yang positif adalah selari dengan nilai keagamaan. Dan banyaknya nilai positif dalam demokrasi Barat sedikit sebanyak disumbangkan oleh faktor agama jua. Tanpa agama, Barat tidak mungkin keluar dari era kegelapan.
PAS dicadangkan bekerjasama dgn pelopor ulung fitnah di Malaysia, oh lebih baik jangan. Nanti tak pasal2 PAS dikatakan telah bersetuju dgn fitnah mereka selama ini. Ingat tu.
ReplyDelete
ReplyDeleteNasib baik Anwar tak jadi PM. Kallau jadi sekarang ini setiap orang diselilingnya kena temberabg debgab tepuk belakang dan macam-macam lagi.
Yang tak layak akhirnya tak boleh juga..
K
ReplyDeleteberbaik dengan umnu ni umpama berkawan dengan israel tapi umnu lebih teruk dari israel.orang melayu pun mereka tipu mentah2.kerana umnu ni ibarat taik kemana2 pun tetap busuk lagi menjijikan.
ReplyDeleteSanggupkah PAS bersubahat dengan pihak UMNO seperti isu lembu condo, isu penggunaan hak kerajaan oleh Kak Rosmah.
ReplyDeleteBeranikah PAS mendesak tindakan keatas pemimpin UMNO seperti isu diatas. Itu antara persoalan PAS-UMNO. He..... Jawap jangan tak jawap.
ReplyDeleteAnon 21:31, Saya nak nak jawab sebab hendak sangat ia dijawab. Tak payah tuan Aspan jawab.
Saya jawab degn soalan. Jangan kata saya nak fitnah. Sanggupkah kah Pas terus bersekongkol degan pemimpin yang telah bersalah dengan tuduhan yang kita semua tahu/ Nak sebut pun salahnya tu tak sanggup. Paham??
Puas hati dgn jawapan tu? nanti kata fitnah pulak!!! Tuduhan anwar kep[ada Umno itu benar, tuduhan manusia terhadapnya fitnash?
Persoalan yang perlu dijawab di sini :
ReplyDelete- Perlukah PAS bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak konsep negara Dan perundangan Islam?
-'Perlukan PAS mengutamakan Anwar yang ingin melihat isterinya menjadi MB sedangkan rakyat Selangor menolaknya?
Kembali atau bergabung dengan UMNO adalah soal kedua kerana PAS penah bersendirian menjadi pembangkang mahupun memerintah Kelantan selama bertahun-tahun.
ReplyDeleteAnwar ini lurus di luar rencong di dalam dengan rakan-rakannya sendiri.
Yang menyokong dia ni hanya jadi kaldai dia sajalah. Tidak memngapalah, nanti mereka akan merasakannya sendiri macam rakan-rakjan ABIMnya dahulu yang sudah lari jauh dari Anwar ni.
Mereka kena rasa penangan anwar ni dulu, baru mereka tau.
ReplyDeleteJika Pas tidak bersama Anwar, kami boleh sokong Pas kembali. PRU yang lepas kami tidfak mengundi sebab P{as dan Anwar sama-sama dalam satu saf.
En. solihin,
ReplyDeleteMembaca ulasan anda menampakkan anda termakan dgn dakyah UMNO. Pergi kpd prinsip undang2, hakim mestilah membuat keputusan tanpa memihak dan gentar serta fahami takrif adil mengikut pandangan syarak. Jika bukti2 diada-adakan serta saksi yg boleh dipertikaikan kesaksiannya, mana mungkin keputusan perbicaraan itu adil? Anda tidak kenal lagi mainan fitnah UMNO dan jenteranya. Tengku Razaleigh Hamzah pernah difitnah memakai tanjak berlambangkan salib. Dia masih lagi bernafas untuk dirujuk dan Tuan Aspan tentu maklum akan perkara ini. Demi survival politik dan pemimpin UMNO, mereka sanggup membuat fitnah, malah sehingga membunuh hatta sesama ahli sekalipun. Jika anda kurang mengikuti perkembangan politik tanah air sebelum dan selepas kemerdekaan, ada baiknya anda mendapatkan maklumat sejarah yg sebahagiannya sengaja ditutupi oleh UMNO. Jika tidak anda memaparkan diri sebagai buta sejarah tapi masih hendak memperkatakan sejarah tanpa mengetahui hujung dan pangkal.
ReplyDeletePak AA, Pas should be realistic. We all know the PR will never win in coming GE as PR is having unmitigated problems in facing the people.
So, in that scenario it is not a wrong move if Pas goes on its own.
There wont have any difference staying in PR or stands on its own.
Kenapa tidak UMNO sahaja yang masuk PAS, bubarkan saja UMNO tu. Kemudian baru senang ceritanya. Jika sungguh UMNO hendak memperjuangkan Melayu dan Islam, apa lagi yang perlu dipertahankan parti sekular yang memisahkan agama dengan urusan politik? UMNO menjadikan agama Islam ditadbir bukannya mentadbir selama ini. Judi contohnya menjadi halal bisnesnya setelah dilesenkan dan membayar cukai, jika tidak memenuhi keduanya itu barulah dikelasifikasikan haram. Persoalannya, tidakkah UMNO terliur dengan hasil dapatan daripada aktiviti perjudian itu?
ReplyDelete
ReplyDeleteYou are talking through yr ass Anon 02:29
ReplyDeleteIt's unacceptable to let Anwar to be the PM for reasons known to all.
Gentlemen,
ReplyDeleteI had observed that since PAS joined PR it had deviated nearly all their initial cause and totally abandoned their principles.Whether their leaders aware or just ignore,it really hurts their grass root ,members feeling,They have been laballed as Pak Turut and Hamba to esp DSAI and it looked to be true.In actual fact PAS is more experienced than DAP and PKR and can stand on his own as Oppo .I had the feeling come GE 14 the scenerio will be different from GE 13,where the Chinese were duped by DSAI and they voted PR.With all these bickering and power crazy goons fighting each other in PR,these Chinese esp the simple minded and businessmen will again come back to their senses as they only want a stable government with good economics planning.BN is no Saint either but at least there is record to prove that they can deliver.My advice to PR lords,buck up and pull your socks up or face humulating defeat in GE 14.Thanks
pah aspan dah jd setpol hadi ya...tak pa, harap2 lepas ni semua parti dlm pakatan mampus terus...hidup umno...kerosakan kalian adalah disebabkan oleh kelicikan najib, keangkuhan anwar, ketamakan khalid dan yg paling penting KEBODOHAN hadi...kah3
ReplyDeleteDisebabkan PAS sekarang ada 15 kerusi dan UMNO 12 Kerusi serta 1 kerusi TSKI maka selayaknya PAS menjadi Menteri Besar.
ReplyDeleteMaka PAS bolehlah meneruskan hukum HUDUD di laksanakan di Selangor dengan sokongan UMNO. PAS boleh teruskan HUDUD, jangan jadi kuda tuggangan UMNO pulak selepas itu. Pedulikan bantahan MCA, MIC, Gerakan dan ahli komponen BN.
Maka selepas itu bolehlah ditutup pusat judi, maksiat, kilang arak. Maka ditukar slogan kepada HIDUP PAS-UMNO. He.... Jawap jangan tak jawap.
Dato as common people on the street we done care what are pas ajk discussions on their wassap. His racist remark that we are angry about which you didn't mention in your writting which is very bias.
ReplyDelete