Politik begitu mencabar di negara
ini. Politik sudah tidak lagi berbudaya baik dan kini sudah tidak lagi dapat di
kesan yang mana betul dan yang mana yang tidak betul. Politik dimainkan untuk
kepentingan peribadi dan ia sudah di jadikan modal perniagaan untuk
pemimpin-pemimpin yang memainkannya secara giat. Politik menjadi tindakan hidup
mati untuk ramai pemimpin, sehinggakan pemimpin, tidak kira dari parti kerajaan
atau pembangkang menjadikan politik ini untuk warisan keluarga yang sedang
berkuasa.
Yang inginkan kuasa pula akan
meletakkan ahli keluarga yang terdekat untuk menggantikan dirinya untuk merebut
kuasa dan yang sedang bertahan juga menjadikan ahli keluarga mereka untuk
mewarisi kuasa kerana bagi mereka kuasa itu adalah modal perniagaan keluarga mereka.
Dulu, ada pemimpin besar UMNO
mahukan Melayu tidak lagi patut bersandar dan mempunyai tongkat untuk memajukan
bangsanya. Pemimpin itu meminta supaya tongkat itu dibuang dan bersaing secara
sihat tanpa tongkat-tongkat itu. Pemimpin itu meminta mahukan orang Melayu
tidak bersandar kepada kerajaan dan UMNO untuk maju.
Tetapi pemimpin yang sama telah
membuktikan yang anak-anak beliau sendiri bersandar kepada kuasa UMNO itu
sehinggakan anak-anaknya menjadi orang besar negeri dan orang yang terkaya di
negara ini dengan menggunakan tongkat yang sama.. Bagi yang mempunyai tongkat
dan tidak mahu menggunakannya, tongkat itu jangan di buang tetapi di simpan di
dalam setor. Ada
waktunya tongkat itu akan berguna terutamanya semasa sudah tua nanti dan tidak
berdaya berjalan dengan betul lagi.
Semuanya ini adalah kerana sikap
‘hypocrite’ pemimpin ini dan tidak berdaya untuk menahan nafsunya yang
menjejaskan sifat kepemimpinannya. Kuasa dan kepimpinan itu hanya hak keluarga
mereka yang sedang memimpin sahaja dan yang lain hanya di gunakan untuk menjadi
alat pembedil untuk membedil sesiapa yang cuba untuk mengkritik tindakan
seperti itu. Kroni-kroni ini hanya diperlakukan sebagai parang bengkok untuk
menebas belukar yang menghalang mereka untuk majukan keluarga mereka sahaja.
Di pihak pembangkang juga jika
mendapat mandat pun tidak kurang hebatnya. Ada pimpinan pembangkang yang lebih teruk
dari pimpinan kerajaan yang mempraktikan nepotism itu. Jika pemimpin dalam UMNO
mewarisi kepimpinannya selepas mereka bersara pimpinan dalam pihak pembangkang
pula sudah menyediakan asas untuk mewariskan kepada ahli keluarga terdekat
belum pun mendapat kuasa. Ada
yang terus tidak merasakan apa-apa untuk menonjolkan isterinya sendiri dan
bersedia untuk menyambung warisan itu sudah ada anak dan keluarga yang lain.
Najib menjadi Perdana Menteri
setelah 29 tahun selepas bapanya meninggal dunia. Jika Mukhriz menjadi PM nanti
beliau menjadi PM setelah Dr
Mahathir bersara agak lama juga. Mukhriz hanya memerlukan yang beliau lebih
berkelayakan untuk mengatasi Khairy Jamaludin dalam kepimpinan UMNO itu.
Hishamudin jika menjadi PM
seperti yang dikehendaki oleh Najib sepupunya, beliau akan menjadi pemimpin
utama selepas puluhan tahun Hussein Onn meninggal dunia.
Tetapi jika PKR mendapat kuasa di
Putrajaya yang akan mewarisi kepimpinan utama negara ialah Wan Azizah. Beliau
akan mewarisinya dari suaminya Anwar Ibrahim. Lim Guan Eng telah mendapat
warisan dari bapanya Lim Kit Siang secara 'direct'. Oleh itu jika pembangkang
menggunakan isu ‘nepotism’ terhadap UMNO ia merupakan perbahasan yang tidak
mempunyai moral.
Sesungguhnya kedua-duanya sama
dan kedua-duanya membawa kepada perpecahan negara yang dipunyai oleh rakyat
yang ramai dan bukannya kepada segelintiran keluarga sahaja. Sifat ‘nepotism’
ini telah sampai kekemuncaknya dengan apa yang berlaku di Selangor dalam mana
jawatan Menteri Besar itu menjadi rebutan dan hendak direntap secara ‘hostile’
dari penyandangnya Khalid Ibrahim oleh keluarga Anwar Ibrahim.
Jika berlaku pun perpecahan
diantara PAS dengan PKR yang di sokong oleh DAP itu, ia bukanlah kejadian yang
membawa banyak perbezaan jika mereka masih bersatu. Hasilnya sama dan
‘consequence of events’ akan tidak berbeza dengan kepimpinan dalam UMNO dan BN
itu.
Kita sudah sangat hendak mengakui
yang sifat ‘nepotism’ ini tetap akan menjahanamkan negara dalam masa yang tidak
lama. Saya telah sebut Harold Mac Milan dan Callaghan tidak mewariskan
kepimpinan Britain
kepada anak dan keluarga mereka. Begitu juga pimpinan yang baru dalam sejarah negara itu seperti
John Major, Edward Heath, Iron Lady Margeret Thatcher, Tony Blair dan Gordon
Brown. Mereka tidak di warisi oleh anak-anak atau menantu mereka.
Jika ada usaha dikalangan mereka
yang mahukan kepimpinan negara diwarisi oleh ahli keluarga mereka, rakyat Britain akan
memandangnya sebagai pemimpin yang tidak bermoral dengan kepimpinan mereka, tetapi di sini perkara waris mewarisi kepimpinan negara kepada keluarga itu
tidak menjadi hal. Ia menjadi isu biasa yang tidak penting bagi kita di sini
kerana kepercayaan yang kepimpinan itu hanya boleh timbul dari keluarga yang
memimpin amat menebal.
Jika tidak datang dari keluarga
Perdana Menteri mereka tidak boleh menjadi pemimpin. Jika tidak datang dari
keluarga mereka yang membangkang, tidak ada kelayakan bagi yang lain untuk
mewarisi kepimpinan pihak pembangkang pula.
Elok pemimpin negara kita diambil alih orang yang tidak mempunyai anak pinak buat sementara kita membina budaya yang lebih baik dalam mewarisi kepimpinan negara ini. Itu sebabnya kita mulakan politik dan negara baru. Blog ini telah menyebutnya selalu dan tidak jemu-jemu mengulanginya.
Elok pemimpin negara kita diambil alih orang yang tidak mempunyai anak pinak buat sementara kita membina budaya yang lebih baik dalam mewarisi kepimpinan negara ini. Itu sebabnya kita mulakan politik dan negara baru. Blog ini telah menyebutnya selalu dan tidak jemu-jemu mengulanginya.
Kenapa tak sentuh Negara Pendokong Kuat Israel dan Pendokong Kuat DAP?
ReplyDelete
ReplyDeleteSdr kluangman...kalau nak sentuh panjang sangan artikel ni. Orang tak suka baca tulisan panjang-panjang.
Ulaslah macam mana sekalipun, asas hakiki adalah Asalkan Bukan UMNO. ABU!
ReplyDelete
ReplyDeleteAnon 15:24,
Betul, asalkan buka Umno. Tetapi yg lebih hakikinya ialah ABAI, (bukan anwar ibrahim)!
Jadi asalkan bukan Umno dan Anwar Ibrahim selesai banyak masalah walupun bukan semua.
ReplyDeleteOk, asalkan jangan Anwar Ibrahim, ABAI. Setuju!!!
Pak Aspan,
ReplyDeleteTebal sungguh perasaan tak suka dekat DAP. Kemelut politik PKR pun kaitkan DAP. Klu benar-benar ikhlas dan jujur, minta analisis kenapa tak sentuh PAS? Parti PAS juga banyak yang bapa anak menantu dan sebagainya.
Hakikatnya, di Malaysia pekara sebegini 'diterima' oleh semua. Klu tidak mengapa ia berlaku? Siapa yang mengundi Mukriz, Lim Guan Eng, Wan Azizah dan sebagainya? Pengundi Malaysia yang mengundi. Tona dan tulisan Pak Aspan semakin serong mengutuk DAP dan sekali-sekala PKR. Dah jarang dengar Pak Aspan mengulas UMNO dan sering kali Pak Aspan menjulung tinggi Parti PAS.
Klu benar benar ikhlas, jujur dan seimbang - sila mengulas keburukkan PAS juga. Jgn salah faham, PAS sebagai parti memang banyak jasa kepada Negara dan Rakyat. Tapi tidaklah sampai tak Salah. DAP memang banyak masalah, MP Seremban pada pandangan peribadi saya tak elok jadi YB. Tapi takkan DAP tak pernah berjasa kat Negara dan Rakyat.
Jangan bersembunyi dibelakang factor kaum/bangsa dan membaling batu. Saya penyokong PAS tapi Whatsapp Dr. Zuhdi menguris hati saya.....namun saya belum bersedia untuk 'throw in the towel
Jgn terguris hati dgn whatsapp Dr zuhdi.umno tetap akan merintah Malaysia sampai bila bila.cina India susah hati kalau melayu bersatu.melayu terlampau terbuka DLM politik.dia org rosak.sedar lah bangsa ku
DeleteDr Mahathir yang kuat temberangnya dengan rakyat suruh jangan harapkan kerajaan tetapi anak2 dapat projek dari kerajaan.Siapa yang memilih beliau dulu juga perlu bertanggungjawab dan siapa yang memilih Anwar juga perlu dipertanggungjawab.
ReplyDelete
ReplyDeleteAA..apa nak buat ramai yang mendengar kelentong Anwat tu...LKS, TGHA dan TGNA juga yg mendengar kelentong Anwar tu...Dah merasa bahangnya macam khalid san PAS beru mereka tahu. Tetapi mereka kena lalui bahang kelentongnya dulu.
Salam Pak Aspan...
ReplyDeletemewariskan kepimpinan politik kepada anakcucu,sedara kerabat bukanlahlah perkara baru dan memang diterima baik oleh masyarakat kita. saya rasa tak perlulah Pak Aspan tulis panjang2 mengulasnya kerana tidak banyak impaknya kepada para pembaca.
Cuma bagi pemimpin2 yg mengamalkan politik pewarisan....kita diluar cuma perlu menunggu supaya pemimpin tersebut melakukan kesilapan iaitu menggunakan kedudukannya dlm krjn utk memberi kelebihan kpd sanak-saudarnya. TG Nik Aziz nyaris2 melakukannya bila beliau melantik menantunya jadi GM PKINK beberapa tahun lepas. Namun sempat patah balik.Tapi dalam umno dan krjn perkara menyalahkan kedudukan krjn bagi memberi kelebihan kpd anakcucu kerabat....dah sampai kanser tahap 4.Tkasih.
ReplyDeleteSuffian...betullah kita akan tunggu dan mengambil tindakan apabila terdapat berlakunya nepotism itu.
Tetapi dalam isu ini sudah pun berlaku dan Anwar memilih bininya untuk menjadi MB.
Itu paasal ambil tindakan sekarang
ReplyDeleteAbang AA, dulu apabila kita kritik Umno cybbertrooper nya berbahasa kotor seperti longkang, maka jatuhlah sokongan rakyat kepada Umno. Kini apabila PKR dan Pakatan di kritik mulut penyokong mereeka lebih kotor dari longkang. Kalau gitu jgn terkejut PKR dan PR akan terlingkup dalam pilihanraya nanti. Kalau nak kempen dengan bahasa seperti orang tidak ada emak bapak maka usia PKR akan pendek, seperti usia politik anuar ibrahim yang akan tamat tidak lama lagi. Berbahasa kotor itu menunjukan keterdesakan, dn itulah yang membuatkan rakyat lemah sokongan terhadap mereka yg terdesak itu.
Saudara AA
ReplyDeleteWe have to accept the fact that in our country, politics is controlled by those who have deep pockets. And who else can have deep pockets other than the ones in power.
Bagi kita orang Islam ada hikmahnya perkara ini - yang pasti akhirnya Islam akan menang.
ReplyDeleteTidak perlulah buntukan fikiran kita kerana Rasullalah saw pernah bayangkan sifat manusia akhir zaman yang terlalu cintakan dunia dan bencikan akhirat, mereka akan lakukan apa sahaja hatta melanggar batasan agama untuk laba duniawi yang sedikit. Ingatlah hukum dari Allah swt amat dahsyat dan pedid.
Suffian,
ReplyDeletePse open your eyes.. who practiced Nepotism the most,bukan cucu lagi tapi daripada bini,anak,sampai ke jambu...poorah
Salam, pada saya kemelut ini bolehlah diibaratkan seperti seorang yang berkunjung ke rumah urut, dan mendapat penyakit akibat kunjungan ke rumah urut tersebut. Lalu orang itu pergi berjumpa dengan doktor dan diberi rawatan serta ubat oleh doktor tersebut, malangnya penyakitnya tidak sembuh dengan rawatan dan ubat doktor tersebut. Akhirnya dia menyalahkan dokor tersebut malah mencanangkan ke seluruh dunia yang doktor tersebut tidak bagus kerana tidak mampu memulihkan penyakit yang dihindarinya.
ReplyDeletemaaf...dihidapi bukan dihindari.
ReplyDeletesementara itu rakan2 si pesakit tersebut turut sama berkokok di sana sini menyokong rakannya dalam menyalahkan doktor tersebut.
akhirnya seluruh isi dunia masih menunggu jawaban kenapa orang tersebut berkunjung ke rumah urut yg masih belum dijelaskannya akibat kesibukannya menyalahkan diktor tersebut
Biarlah diorang. Nanti muka sendiri yg macam tempurung tertangkup. Relakan hati.
ReplyDeleteUrutan keutamaan:
ReplyDelete1. ABU = Asalkan Bukan UMNO.
2. ABCD = Asalkan Bukan Cap Dacing.
Kemudian barulah diikuti dengan yang lain.
ReplyDeleteAnwar won't be the PM. Just that. You people can yell and cry, he will never be the PM, and it all because of his own doing... you know that!
But his followers are in denial mood..what can we do with these kind of followers? Nothing isn't it? So...let them be..
Listen! 'I have a dream'...Martin Luther King
'I am dreaming!'....Anwar Ibrahim