Tahap keyakinan rakyat terhadap
Pakatan Rakyat menjunam setelah isu pertukaran Menteri Besar Selangor menjadi
hangat sejak beberapa ketika dahulu. Beberapa ‘survey’ telah di jalankan dan
didapati sokongan rakyat terhadap PR khususnya di Selangor menjunam dari 50
peratus kepada 35 peratus dan ini merupakan satu indikasi yang jelas Pakatan
Rakyat sudah dianggap sebagai ‘unsustainable’ sebagai parti alternatif kepada
BN dan UMNO.
Berita yang mengatakan yang PKR
dan Anwar telah mendapat sokongan dari parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk
menggantikan TS Khalid dengan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor telah
di nafikan oleh PAS Selangor sendiri. Dalam PAS sendiri pendirian ahli-ahlinya
dalam Dewan Undangan Negeri pun berbelah bagi dan telah memberikan tanggungjawab
untuk menentukan pendirian kepada PAS Pusat.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar
Samad berkata PAS masih berusaha untuk mendapatkan ‘consensus’ bagi menentukan
pendirian dan PAS Selangor adalah selari dengan pendirian Presiden PAS Haji
Hadi Awang yang dikatakan tidak bersetuju Khalid Ibrahim di gantikan dengan Wan
Azizah. Dengan penafian Iskandar Samad dalam temuramahnya dalam satu portal
berita semalam boleh di anggap oleh ramai yang kenyataan PKR yang semua pihak
telah bersetuju untuk Wan Azizah mengambil tempat Khalid Ibrahim itu sebagai
berita yang tidak benar.
Dalam masa yang sama, kita nampak
yang Anwar dengan Khalid sudah berada di posisi pertembungan diantara keduanya
dan inilah penyebab yang tahap keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat
menjunam sebegitu dalam sekali. Jika berjaya pun PKR dan Anwar meletakkan
isterinya ini menjadi Menteri Besar Selangor, maka kita harus yakin yang
kemasukan Wan Azizah ke bangunan Sultan Abdul Samad di Shah Alam itu merupakan
permulaan kepada keretakan besar dalam PKR dan Pakatan Rakyat umumnya.
Sesungguhnya PKR adalah parti
yang tidak berjaya menguruskan mandat dan keyakinan rakyat Selangor selama ini.
Telah diberitakan juga yang PAS
mempunyai ‘apprehension’ yang kuat untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan
Azmin Ali. Malahan dalam kem-kem yang ada dalam PKR Selangor sendiri mempunyai
perbezaan dalam isu Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar itu. Itu
sebabnya PAS mengambil pendirian yang menggantikan Khalid setengah jalan ini
akan menjejaskan Pakatan Rakyat yang sudah sedia dengan perselisihan dalam
banyak isu itu untuk mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB sehingga tamat
penggal keduanya ini.
Jika TS Khalid kekal sehingga
tamat penggal ini, ia akan lebih menstabilkan Pakatan Rakyat kerana perbalahan
dengan istana akan dapat di elakkan, dan perhubungan sesama parti
dalam Pakatan Rakyat itu tidak akan luka mendalam. Hanya yang pentingnya,
pemimpin dalam PKR itu bersabar dan kesat air liur untuk menukar MB itu buat
sementara ini. Jangan tergesa-gesa.
Itu pepatah orang dulu ini tak pakai boleh dah. Mereka pakai steering lock.
ReplyDeleteSaya pun kurang arif dgn sikap pimpinan PR terutamanya PKR. Pihak yg menyuruh MB diganti didengari walaupun tanpa alasan munasabah. Tidak pulak pihak ini di kenakan tindakan, sebaliknya MB yg sudah dipilih menerusi proses yg betul, yg dipersalahkan utk turun. Sepatutnya bila sokongan kpd PR menurun, maka pihak yg mendesak itu patut bertanggungjawab.
ReplyDeleteMUNGKIN ADA BAIKNYA...MGKIN YG BARU AKAN LEBIH BAIK DR YG LAMA...CONTOH..KRJAAN BN..KITA GANTI DGN PR...MUNGKIN AKAN JD YG TERBAIKKKK...
ReplyDelete
ReplyDeleteZUA AH,
PR nak ganti BN? Belum dapat pun dah bergaduh, berperang tikam menikam sesama sendiri. Kalau PKR dapat kuasai Putra jaya, tak tahu apa yang akan kita lihat terjadi...cakap bergegar-gegar, buntut penuh dgn taik...
Setuju bario.
DeleteRamai kawan2 saya atas pagar sudah berfikir banyak Kali utk undi PKR
PKR menuju kehancuran dan Paktan berkuburan jika anwar IBrahim dibiar masih `angau jadi PM!'
ReplyDeleteINI taarif saya dengan alasan demi alasan diberi terutama percaturan `Kajang Move!'
Yang pelik bagaimana selepas 2013 PAS masih termakan `jarum' Anwar Ibrahim.
Dari segi moral, meragukan, dari segi kepimpinan lagi menghampakan kini lorat menggantikan MB yang dipilih sendiri oleh Presiden (proxy rupanya selama ini) Parti PKR?
Berapa lama dan berape kali Azizah nak keSyorga mendengar dan mengikut telunjuk Suami kalutnya!
The detour route to Putrajaya, Wan Azizah? Lainkali lah!
Kami tak sangkan kamu beitu lemah tapi lechek juga!
ReplyDeleteIf one bothers to think a bit, PKR is a party just for Anwar Ibrahim. PKR has nothing to do with political development and struggles for betterment of the people and the nation. His sweet talk and concerns for the people are just his cock and bull stories. He is no better than his nemesis Dr Mahathir and Umno. He does not appreciate good work of anybody if that good work stands by his path. I don't bring others to think the way I think, but to make up the real description of this man,he is a real fake leader who is just a stage performer, nothing more and nothing less. Sorry to say this about this man, but what else can i say about him?
So sorry AA for being blunt, but the truth is always painful to bear.
I promise you that this is my first and last comment. I won't say anything any longer.
TAKAN TAK KENAL NEGARA MALAYSIA BUMI BERTUAH INI.YANG BAIK TAK MENCURI TAK SONGLAP HASIL NEGARA TAK AMBIL KOMISEN KAPAL SELAM ATAUPUN TAK AMBIL DUIT LEMBU ATAU PUN TAK ADA KES MACAM PKFZ. PEMINPIN TIADA BERKAITAN MESTI DIHAPUSKAN AGAR SENANG PENYAYAK NI MENYPU BERSIH HARTA NEGARA
ReplyDeleteDua perkara BN kena buat kalau nak tawan balik Selangor
ReplyDelete1)Biar Wan Azizah jadi MB
2)Sokong Kelantan laksana Hudud
Maka akan hancur Pakatan Rakyat.