20 July 2014

Mahathir amalkan 'cronyism' dan 'nepotism', yang Anwar buat bukan 'cronyism', bukan 'nepotism'

PKR sudah mengambil keputusan untuk mengganti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, dan secara rasminya ia adalah keputusan parti yang disesuaikan dengan kehendak Ketua Umumnya. Ketua Umum PKR itu sendiri sepatutnya telah dijadikan Menteri Besar tetapi terhalang oleh keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dengan kes sodomi beliau. Maka ‘Kajang Move' itu tidak dapat terlaksana dengan sepenuhnya, maka isterinya Wan Azizah akan mengambil alih jawatan Menteri Besar itu.

Jika Wan Azizah itu hanya isteri seorang Ustaz atau seorang guru tentulah beliau tidak akan nampak kepandaian beliau yang membolehkan beliau memegang jawatan Ketua Eksekutif negeri terkaya di Malaysia ini. Selalunya dalam politik negara ini, yang sudah pasti baik dan mempunyai peluang itu adalah ahli keluarga yang bersara atau telah mati.

Ia bukan sahaja berlaku dalam parti kerajaan, malahan ia berlaku dalam parti-parti pembangkang dalam mana mereka yang mengetuai parti itu akan mewakafkan jawatannya itu kepada anak atau sesiapa yang terdekat dalam keluarga itu. Parti dan kuasa itu adalah hak dan milik yang memegang kuasa itu.

Oleh kerana budaya ini terlalu biasa, maka akhirnya rakyat ramai yang lebih cerdik di kawal dan di pimpin oleh mereka yang hanya mendapat kuasa dan tempat menggunakan tiket bapa, suami atau mertua sahaja. Itu sebabnya politik dan kepimpinan sekarang sudah tidak dihormati oleh rakyat ramai, tidak kira ia dari parti kerajaan atau parti pembangkang.

PKR, kononnya adalah parti anti-kronisma, malahan Ketua Umum PKR sendiri menggunakan isu ‘kronisma’ dalam UMNO sebagai bahan untuk menghentam Dr Mahathir dahulu. Apa yang Mahathir lakukan dahulu itu adalah ‘cronyism’ tetapi apa yang beliau lakukan sekarang ini adalah kehendak ramai dan bukan kemahuan beliau.

Anwar memberi jaminan peralihan kuasa itu akan dilakukan dalam keadaan baik dan lancar. Walaupun beliau belum menyebut isterinya akan menggantikan Khalid, tetapi hampir keseluruhan rakan dalam PKR yang berjumpa saya semalam memberikan ‘confirmation’ yang Wan Azizah akan menjadi Menteri Besar Selangor mengganti Khalid Ibrahim dan juga menggantikan suaminya yang sepatunya menjadi Menteri Besar yang terhalang oleh undang-undang itu.

Dengan terangkatnya Wan Azizah sebagai Menteri Besar itu, pada hakikatnya Anwarlah yang Menteri Besarnya dan banyak keputusan kerajaan itu akan di buat di Segambut dan bukannya di Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam lagi.

Rupa-rupanya perjuangan menentang Dr Mahathir kerana isu kronisma dahulu bukannya untuk membenterasnya, tetapi sebaliknya ialah untuk beliau mendapatkan kuasa dan melaksanakan budaya ‘cronyism’ itu sendiri. Oleh itu kita sepatutnya mendesak supaya tidak ada parti yang menggunakan isu ‘cronyism’ ini kerana ia berlaku dalam semua parti yang aktif di negara ini.

Seperti yang saya katakan tadi mereka yang tidak mempunyai suami, bapa, ibu atau mertua yang memegang kuasa adalah terlalu tipis harapan untuk memimpin walaupun ada yang masih muda dan mempunyai kepimpinan. Mereka sebaliknya dipimpin oleh mereka yang mendapat kepimpinan dari budaya ‘cronyism’ dan 'nepotisma' itu. Maka rakyat yang ramai yang lebih berkepimpinan tidak mempunyai rasa hormat kepada mereka yang mendapat kepimpinan itu melalui warisan kuasa dari keluarga mereka yang pernah menjadi pemimpin utama negara dan parti.

Mungkin buat sementara ini kita elok memikirkan jalan yang terbaik untuk meruntuhkan benteng kuat budaya ‘cronyism’ ini. Mungkin rakyat terpaksa memilih pemimpin yang tidak mempunyai anak untuk memimpin. Jika pemimpin seperti ini menjadi pemimpin adalah peluang mereka yang tidak mempunyai keluarga pemimpin tetapi mempunyai ciri-ciri kepimpinan berpeluang untuk menjadi pemimpin bagi ‘ordinary citizens’ pula.

Selalunya anak pemimpin besar ini mudah untuk menjadi pemimpin walaupun tidak berkepimpinan, sebab rupa dan kulitnya lebih halus dari yang tidak datang dari keluarga pemimpin itu. Ada pemimpin lelaki yang bibir merah kerana zat makanan yang seimbang dalam keluarga pemimpin itu. Bentuk badan serta pakaian mereka yang lebih kemas dan ini semuanya ini lah yang mengelirukan dalam memilihan pemimpin dijawatan-jawatan yang penting negara dan politik itu.

Itu sebabnya kerajaan sekarang dan akan berlaku juga kepada kerajaan ‘alternative’ jika berlaku peralihan kuasa, barisan kepimpinan yang tidak mempunyai roh kepada kepimpinan mereka. Politik itu akan hanya dianggap sebagai siapa yang menang dan kalah sahaja.

Tidak akan ada lagi pemimpin yang membangunan negara secara ‘spiritual’ dan ‘planning’ yang betul. ‘Aku menang undi, maka aku jadi pemimpin’. Apabila sudah menjadi pemimpin, ini lah yang berlaku dan kita menyaksikan mereka dari jauh kerana kita tahu mereka pemimpin yang keliru, kerana tidak memahami kenapa mereka berada di situ.

Di Britain misalnya PM Cameroon tidak mempunyai bapa atau ibunya yang pernah menjadi Perdana Menteri Britain sebelum ini. Begitu juga dengan Tony Blair atau Gordon Brown.  Di antara mereka ini tidak ada cucu kepada Harold Mac Millan atau anak tiri Edward Heath. Malahan di Zimbabwe sekali pun, Robert Mugabe tidak membuat perancangan untuk anak beliau menjadi Presiden negara itu. Di negara kita sebaliknya pimpinan negara diwarisi oleh anak-anak pemimpin utama negara walau selemah mana pun kepimpinan mereka.

Maka wujud pemimpin yang berangan untuk menjadikan rakyatnya berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang tinggal tidak berapa ketika lagi. Tetapi rakyatnya masih menyelesaikan masalah mereka melalui BRiM dan sebagainya. Jika hendak menjadikan rakyat itu berpendapatan tinggi kenapa mereka masih di lekakan dengan BRiM yang sejemput itu yang hanya boleh membayar satu saman kesalahan trafik yang tidak disengajakan sahaja?

Mana mungkin seramai 7 juta rakyat yang menerima BRIM pada tahun 2014 akan menjadi rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020 itu? Ucapan PM Najib dan pemimpin lain yang melaungkan yang rakyat Malaysia akan menjadi rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020 itu adalah mengarut dan tidak dapat diterima akal.

Sasaran itu tidak akan tercapai selagi pimpinan tidak dari seorang yang berkualiti sebagai seorang 'planner' yang mahir dalam kepimpinan kita. Angan-angan itu tidak ubah seperti angan-angan pemimpin negara Bangladesh yang berjanji untuk melakukan transformasi negara untuk setanding dengan AS dan Britain menjelang 2020.

Kita tidak nampak jalan yang sedang di lakar kerajaan untuk mencapai negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi sehingga !5,000 dollar setahun menjelang 2020 itu. Dengan harga barang keperluan dan bahan api yang sedang meningkat naik ini, sasaran 15,000 dolar setahun itu pun akan tidak boleh mencapai negara berpendapatan tinggi kerana ‘disposal income’ rakyat yang kian hari kian menguncup.

Sasaran untuk mencapai rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020 itu hanyalah mimpi di siang hari sahaja.

16 comments:

  1. Pak Aspan Kak Wan tu Presiden PKR cuba hormat sedikit. Apa President Parti tak boleh ke jadi MB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja TAPI biarlah cara terhormat. Menentang kronisme dan nepotisme adalah agenda PKR dan rencah utk menumbangkan umno @ BN khasnya. Namun apa yg tuan presiden PKR buat skg adalah tidak sehaluan dgn perjuangan mereka. Menyerahkan atau paksa diserahkan jawatan MB tu samalah peel kronisme. So utk apa perjuangan ini. Adakah semata2 utk meniru gaya umno???? So PKR dan umnno itu adalah sama. Acuan yg sama, kreadibiliti yg sama cuma platform yg berbeza. Slm Ramadhan al mubarak.

      Delete
  2. Tak payah pergi jauh.Kalau nak tengok model terbaik seorang pemimpin.Ambil saja contoh Tun Mahathir, sewaktu beliau menjadi PM tak seorang pun anak anak beliau dapat pegang jawatan politik.

    Malangnya standard Tun Mahathir tak diikuti pula pengganti beliau.Pak Lah menaikkan KJ.

    Kroni dalam PKR dan DAP lebih teruk lagi. Kalau kau bukan keturunan LKS atau Karpal Singh, jangan harap lah.Di PKR, semua keputusan berlandaskan kepentingan AI.

    ReplyDelete
  3. jgn lupa jugak PAS..

    Hadi Awang jadi Presiden,

    1) anaknya jadi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Khalil

    2) menantunya jadi Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat. Zaharudin

    3) menantunya ke 2, Akhmal jadi Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.

    4) menantunya Zaharudin jadi Ahli Majlis Syura ULAMA PAS.

    5) menantunya Zaharudin jadi Ketua Pegawai Agama, GLC Selangor

    6) menantunya Akhmal, bertanding di DUN Selama, Perak


    #HADI LETAK JAWATAN
    HUSAM FOR PRESIDEN

    ReplyDelete

  4. Anon 11:23,

    Betul ke Kak Wan tu Presiden? Bukankah Anwar yang control kak wan? She is just fronting her husband.

    Tapi kalau presiden betul, kenapa tak tunggu PRU dan jadi PM? Nanti Presiden jadi MB yang tak presiden jadi PM.

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan Aspan,

    Saya pelik di Malaysia bila Bapa/bapa mertua jadi PM semestinya jawatan itu untuk diwakafkan pula pada anak/ menantu.Ini satu penipuan bagi rakyat Malysia.Tetapi ia tak kisah sekiranya rakyat melalui jarigan parti masing2 memilih mereka sekiranya ia pilihan ramai dan berkelayakan dari segi kepimpinan dan mempuyai pendidikan serta memahami perasaan rakyat. Malang di Malaysia anak/menantu dipilih dari kalangan mempunyai pendidikan tetapi tidak secerdik mana peribadinya dan tidak berkepimpinan.Cakap2 mereka sampah saja tapi perasan lebih pandai dari orang lain.Yang ketara ini terjadi pada anak bekas PM dan menantu bekas PM.Semuanya jenis NATO.Cakap berdegar-degar tetapi rakyat bawahan yang lebih cerdik kata mereka ini semua tin kosong dan hanya pandai mengamalkan kronisma.

    ReplyDelete
  6. 11.23
    Poorah Presiden,Presiden taik kucing,sudah sudah lah membela orang yang dianggap patung sebab seluruh dunia pun tahu.

    ReplyDelete
  7. wlp Mahathir tak lantik anak2 utk jawatan penting, tapi anak dia boleh beli kilang san Miguel, boleh beli sykt esso dan mobile, boleh bekal minyak jet pada mas, boleh bekal arang batu pada tnb. boleh beli bugati viron. kokak2 pun Mahathir ada usd44bilion!

    sy tak nak Khalid Ibrahim sbb hutang dia dgn bimb. pasal apa dia boleh dpt diskaun dr bimb? lantik dia jadi mb supaya boleh buat pembangunan di Selangor tp dia pegi simpan duit sampai rm3bil utk apa? kawasan rumah saya tak ada org sapu sampah sekrg. pungut sampah dah jadi tak menentu. sila belanjakan duit tu supaya kawasan perumahan saya bersih dan pungutan sampah teratur.

    ReplyDelete
  8. Betul dan saya setuju dengan saudara Aspan.Diharap komen saya yang tidak selari dengan kepentingan saudara dapat diluluskan agar menjadi blog yang dihormati.

    ReplyDelete
  9. Jika TS Khalid digugurkan dar jawatan MB Sekangor, maka aku tidak akan mengundi PR lagi. Lebih baik aku sokong Noh Omar jadi MB untuk PRU15...

    ReplyDelete
  10. tuan kena pikir survival anwar penting dlm impiannya, jadi bila dipenjarakan seakan2 terbantut kehendaaknya dn pengikut2 beliau.

    Apa perlu Isterinya jadi MB? Kena ingat dimana nanti anwar akan dipenjarakan? Pastinya diselangor sbb kesnya berlaku di sekitar KL iatu penjara yg terdekat tempat kes berlaku disitulah pesalah akan ditempatkan kecuali dia sendiri meminta dipindahkan ketempat lain atas alasan2 tertentu.

    Yg membolehkan seseorang peslah yg dihukum oleh mahkamah dibebaskan atau diampun adalah dgn kuasa Lembaga Pengampunan negeri dimana pesalah dihukum, Lembaga ini diketuai oleh MB negeri, dimana lembaga ini akan mengajukan keputusan kpd Sultan dn dgn perkenan sultan pesalah akan diampunkan. Pengampunan ini boleh berlaku kpd semua kes termasuk pesalah hukum gantung.

    Napa azizah? apa masalah dgn khalid? Bila kita plan sesuatu maka segala yg kita plan mesti kita pastikan dan yakin bahawa tiada unsur defect, jadi % khalid utk zero defect adalah rendah, sbb itulah azizah dipilih.

    Itulah sebenarnya kajang move iaitu segala plan utk menghadapi PRU14 mesti diutamakan, dan anwar sbg sosok utama(ikut pemerhatian PR) sbg PM dlm pembikinan merupakan faktor yg dianggap mempunyai momentum dlm suasana politik negara.

    wallahualam.

    ReplyDelete

  11. I m for certain not wth Pkr anymore after this...

    ReplyDelete
  12. Dalam kita menilai kedua-dua individu tersebut sebaik nya kita menilai dari segi sumbangan, pencapaian dan kejayaan Malaysia dalam tempoh yang sepatut nya.

    Untuk membangunkan negara bukan mudah. Tambah pula rakyat berbilang kaum dan bangsa. Bangsa Melayu Islam majoriti dskn secara otomatik nya pentadbiran negara di tampuk Melayu yang ingat tentang keperluan tuntutan Agama Islam, perintah Allah. Maka Malaysia di lihat dunia sebuah negara Islam progresif dan berpengaruh. Maka :-

    1. Era Tun M kita banyak menyaksikan visi beliau dan 'cara beliau' membangunkan dan membentuk Malaysia. Kita saksikan jua secara Islamik keperluan pembangunan Islam di selarikan. Dalam bentuk apa pun tomahan dan kebencian sebahagian 'pencari untung besar' melalui kuasa politik beliau - hanya yang terpilih yang di percayai boleh memberi faedah terakhir. Ini yang di istilah kronisma dan nepotisma yang sememang nya datang dari orang kepercayaan beliau sendiri(Anwar) di pilih, di asuh dan di beri kepercayaan penuh di mana akhir nya di nyahkan kerana sikap dan perangai kerakusan dan autokriti tuntas yang boleh menjahanamkan sistem pentadbiran politik dan kerajaan. Apa yang kita tahu di paparkan.

    2. Dari segi sumbangan Anwar kepada ekonomi dan pembangunan negara, sebenar nya tiada cerapan nya. Apa di lihat pembangunan yang di cakna gerakkan kerajaan semesti nya di bawah pengawalan beliau. Saya tahu, Sdr AA amat jelas dengan situasi ini. Siapa yang terpelihara dan siapa yang merasa dan siapa yang 'memberitakan' tanpa belah bagi, ini lah pengaruh, kuasa dan keupayaan beliau. Sehingga Tun M hilang sementara dalam bayangan.

    3. Saya tidak mahu mengulas siapa yang terbaik. Dalam politik hanya ada baik dan jahat. Sehinggah kini kita lihat jenis manusia berpolitik, semua nya
    berprinsip kronisme dan nepotisme, belah mana pun. Lihat lah Dap, Pas dan Pkr sendiri. Nyata dan Jelas.

    Buruk nya hanya pada Umno. Di fokuskan untuk 'di matikan' parti keramat akibat dendam dan kerakusan. Satu peluang keemasan kepada yang konon nya di sisihkan ! Pembohongan jelas dan media cetak/elektronik pembangkang ( kecuali Utusan, NST, Bernama ) semua milik pembangkang memainkan isu dan sentimen yang sengaja di ada-ada kan. Ditambah sokongan media sosial yang di gerak kawal saraf secara besar-besaran.

    Kebathilan, retorik dan persepsi di 'lihat' dan 'momok' menjadi kebenaran dan di tuding, di kambing hitamkan kepada Melayu Umno ! Stail yahudi.....

    Pengundi yang waras akan berfikir dan memilih realiti. Pengundi yang tertipu, terpengaruh dan di pengaruh dengan 'input' kedajalan sudah tentu taksub tanpa perlu membaca dan mengkaji kerana di sediakan demi mengekalkan status quo.

    Jika kebencian Sdr AA kepada Tun M menjadi satu dendam, begitu juga kepada yang lain-lain menjadi cemuhan perbandingan, realiti nya orang yang kita sokong juga bukan bersikap malaikat. Umpama nya kita letak diri sendiri di dalam kasut mereka, bagaimana pula keadaan nya ?

    Sikap membenci bangsa sendiri, tiada pada bangsa lain. Hanya pada Bangsa Melayu sehingga boleh menjual maruah dan negara. Satu perangai pelik yang tidak di tuntut pun dalam Islam. Kita jenis bangsa ikut nafsu dan bukan bersandarkan Ilmu dan Nahu. Lihat lah generasi kita yang ramai menjadi musyrik dan munafik.

    Salah perbuatan kita yang tua, yang berbangga menjadikan mereka bakal papa segala-gala nya.... usah di harap bukan Islam redho dengan Islam.
    Ini sudah jelas. Maka Melayu Islam tetap di nafi dan di mangsakan dalam kepura-puraan seiring agenda mendapatkan genggaman politik dan kuasa.

    ReplyDelete
  13. Sdr maae, bukan menafi atau menidakkan yg Tun Mahathir ada jasanya pada negara, tapi perlu diterima hakikat bahawa ianya hanya mainan wayang Tun Mahathir mengabui khalayak. Semua kacau bilau yang berlaku ini, adalah produk hasil kerja Tun Mahathir sendiri, bila mana beliau berkeras untuk enggan melepaskan kuasa setelah tewas dalam pemilihan parti 1988. Sistem kehakiman dimanipulasi sepenuhnya supaya beliau dapat kekal berkuasa. Sebelumnya isu kekebalan raja-raja diliwatnya, sehinggalah menggunakan hasil negara dan dana awam untuk menyelamatkan perniagaan anaknya daripada muflis. Banyak lagi keburukannya berbanding kebaikan yang tidak seberapa itu. Sesungguhnya beliau tidak layak pun mendapat kredit pujian yang anda perkatakan itu.

    ReplyDelete
  14. Salam, TM seorang yang bijak. Beliau tahu tanpa kekuatan kewangan, tak mungkin seorang miskin dapat menjadi pemimpin atau ketua. Tak ada dalam sejarah Malaysia seorangt miskin menjadi pemimpin negari atau negara. Betulkan saya jika silap. TM menyediakan tapak kekayaan untuk anak-anak beliau. Mana ada anak2nya yang miskin. Bangkrap pun masih boleh guna ferari.Sekarang seorang anaknya sedang meniti laluan untuk menjadi PM. Datuk Mukhriz, MB Kedah sekarang dalam laluan yang betul untuk menjadi PM. TM seorang strategis berpandangan jauh. Sokongan akar umbi terhadap Datuk Mukhriz sudah tentu meningkat dengan kekayaan beliau dan juga nasihat bapanya.Datuk Mukhriz juga antara pemimpin UMNO yang paling kurang bermasalah dan juga ada moral yang lebih bersih berbanding pemimpin UMNO lain. Kalau tak salah kiraan, Datuk Mukhriz akan berjaya menjadi PM dalam 10 tahun akan datang.Itu pun kalau dia tak disabotaj lebih awal oleh musuh politiknya (bukan PR)dalam UMNO. Kita tunggu saja untuk melihat keajaiban TM dalam menyediakan warisannya untuk menjadi PM. Saya rasa tuan Aspan pun setuju dengan pendapat saya ini. Kronism yang tak nampak kronism..... Hebat bukan TM ini.

    ReplyDelete
  15. saudara maae..

    Mahathir jadi PM Malaysia selama 22 tahun . Anwar tak pernah jadi PM. Soal sumbangan siapa lebih besar pada Negara tidak relevan disini.
    saudara sudah buat kajian media pro krjn atau pembangkang , yg mana satu asyik kena saman dan kalah saman . Panglima Cyber umno Papagomo skrg kepayahan melunaskan saman Anwar.
    Tidak ada sapa2 lagi yg baik lagi dlm umno melainkan mereka yg nak buat duit semata-mata. Dalam pemilihan umno yg lepas ada 1000 aduan rasuah yg dibuat kepada disiplin committee . Hidup Melayu Pakai Duit Bukan Melayu ! Tkasih.

    ReplyDelete