25 July 2014

Nak turunkan TS Khalid hanya dengan usul undi tidak percaya sahaja

TS Khalid berkata, mana-mana parti melalui ahli-ahli Dewan Undangan Negeri boleh mengemukakan kepada Speaker Dewan Undangan untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada beliau kerana prosidiur itu sememangnya ada dalam perlembagaan negeri.

Beliau menyatakan di Kajang malam tadi itu sahaja caranya yang boleh mengundurkan beliau dari jawatan Menteri Besar itu. Selain dari itu beliau akan tetap Menteri Besar sehingga pilihanraya yang akan datang.

Kata-kata Khalid itu benar, dan Selangor pernah mengalami isu ini semasa Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan Dato Harun Idris dan undi tidak percayalah yang menurunkan Harun dari jawatan itu pada tahun 1976 dahulu. Melantik seorang Menteri Besar itu mudah tetapi hendak menyingkirkannya terpaksa melalui prosidiur yang rumit.

Negeri Selangor menghadapi krisis seperti ini pada tahun 1975/1976 apabila Perdana Menteri Dato Hussein Onn yang baru sahaja mengambil alih kepimpinan negara, tidak sehaluan dengan Dato Harun Idris, Ketua Permuda dan Menteri Besar Selangor dan beliau mahukan Harun diturunkan dari jawatan Menteri Besar.

Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO untuk menurunkan Harun kerana beliau mendapat sokongan padu dari Dewan Undangan Negeri Selangor. Dewan Undangan Negeri Selangor telah secara sebulat suara membuat ketetapan untuk membawa undi tidak percaya kepada beliau pada 18 November 1975 bagi menentang kehendak pucuk pimpinan UMNO di peringkat persekutuan semasa itu.

Hampir kesemua ADUN Selangor telah di punggah oleh pihak yang mahukan Harun turun dari jawatan beliau itu ke Bukit Frazer untuk memaksa ADUN-ADUN ini mengemukakan usul tidak percaya kepada Harun Idris sehari sebelumnya iaitu pada 24 hb Mac 1976.

Akhirnya Dewan Undangan Negeri Selangor telah tunduk dengan kehendak pucuk pimpinan semasa itu dan satu usul tidak percaya terhadap Harun telah di bawa dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pada 25 mac 1976 beberapa bulan selepas usul kepercayaan yang telah dibuat oleh Dewan yang sama pada 18 Nov 1975.

Usul itu telah dicadangkan oleh Pemangku Menteri Besar Dato Hormat Rafei dan usul itu berbunyi, “Bahawa Dewan ini tiada lagi kepercayaan terhadap YAB Dato Harun Idris sebagai Menteri Besar Selangor, dan ketetapan mengenai kepercayaan terhadap beliau yang dibuat oleh Dewan ini pada 18 hb November 1975 dengan ini terbatal”

Maka Dato Harun pun telah jatuh sebagai Menteri Besar walaupun ramai-ramai yang membuat usul itu melakukannya dengan berat hati. Mereka semua adalah anak-anak didik Dato Harun sendiri tetapi oleh kerana tekanan yang begitu hebat dari pusat maka mereka tunduk dengan tekanan itu.

25 orang Ahli Dewan Undangan Negeri telah memberikan sokongan dan empat orang berkecuali yang terdiri dari Salmah Shamsudin (Semenyeh), Zakaria Yahya (Gombak) Onn Haji Ismail (Sementa) dan Jabar Mohamed Yusuf ( Bebas Batu Laut). Dua orang tidak hadir yang terdiri dari Hj Hamdan Haji Bakri (Sg Panjang) dan Fan Yew Teng (DAP Petaling).

Jika ia hendak dilakukan terhadap Khalid Ibrahim ia boleh dilakukan. Tetapi berjayakah Anwar menekan PAS untuk memberikan sokongan terhadap tekanan Anwar jika ia berlaku?

Tidak boleh dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada Harun kerana semasa itu jumlah ADUN dari UMNO itu adalah ramai sedangkan PKR hanya mempunyai 14 ahli Dewan Undangan Negeri dalam DUN Selangor. Bolehkah dan adakah PAS sanggup merendahkan moralnya untuk menyokong usul tidak percaya kepada Khalid kerana ‘consequence’ kepada parti itu akan merudum jika PAS bersetuju untuk menyokong kehendak pucuk pimpinan PR itu. Rakyat ramai sedang memerhatiklan segala tindakan PKR dan Anwar ini serta memberikan tumpuan terhadap sikap PAS dalam isu ini.

Dalam kes Dato Harun ia hanya memerlukan sokongan dari UMNO sahaja, dan itulah sebabnya tekanan itu mudah membuahkan hasil. UMNO semasa itu tidak perlu meminta sokongan dari parti-parti yang lain.

Usul tidak percaya akan hanya berjaya jika PAS bersetuju sebulat suara. Kenapa pula PAS mengambil risiko menyokong satu pihak dalam parti yang lain bersabit dengan usul ini. PAS mempunyai representasi yang terbesar dalam DUN Selangor. Jika parti ini mahukan usul ini dijalankan bukankah lebih baik mencadangkan ahli Dewan dari partinya untuk menjadi Menteri Besar.

Jika di sokong oleh UMNO maka PAS dan UMNO mempunyai 28 orang yang menyokong jika ia termasuk sokongan dari Khalid sendiri. Alang-alang hendak mengambil risiko, lebih baik PAS mencadangkan calon MB itu dari parti mereka. Apa yang membuatkan Anwar percaya yang semua Ahli Dewan dari PKR sendiri akan menyokong usul ini jika mereka melihat PAS tidak bersetuju untuk menyokong usul itu?

Jika pun Khalid di titahkan oleh Tuanku Sultan untuk berundur, Dewan Undangan Negeri Selangor perlu meluluskan undi tidak percaya kepada Khalid selepas arahan untuk berhenti dari Kebawah Duli Tuanku Sultan. 

Persoalannya bersetujukah Tuanku untuk memecat Khalid yang baginda anggap Khalid sebagai Menteri Besar yang telah membawa pembahuruan sikap dan nilai tambah kepada ketelusan pentadbiranya.

7 comments:

  1. DS Anwar sendiri pun tidak mampu memimpin kalangan parti usalah mengeruhkan suasan yg baik di Selangor. Bagi kami apa yg dikecapi sekarang lebih baik berbanding pimpinan umno yg membesarkan telor je. Buat DS Anwar biarlah DSKI habiskan 1 penggal lagi. Mcm Azmin dan DSWA saya rasa mereka tidak mampu mengharung negeri yang penuh jerung, naga dan buaya melaimkan untuk memenuhi kantung para nepotism n kronism yg umpama tokak tokak yanh menanti pecah. Biarpun masa terus berlalu biarkan DSKI sempurnakan segala urusan diselangor. PKR SEL yg jumlah adun yg bkn majori di Sel buatla cara jgn lebih sudu dari kuah.

    ReplyDelete
  2. Selamat berjaya kepada ADUN-ADUN PKR... Dan jika PAS menyokong usul PRK ini, maka akan berakhir juga hayat Pakatan Rakyat dan juga PAS di Selangor. Itu janji kami rakyat Selangor yang mahukan TS Khalid terus menjadi MB sehingga PRU14

    ReplyDelete
  3. Masa nak singkirkan Nizar di Perak dulu, ada Umno peduli semua prosidur menurunkan MB? Hancingnya hinggalah sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. Nampak kebebalan penyokong penyokong PR yg terikut ikut rentak Anwar Ibrahim. Khalid telah berjaya menambah kerusi di Selangor kerana Rakyat suka akan tidak tanduk dan Cara kerja beliau. Kurang berpolitik dan lebih terus / bersih serta efficient. Bila Anwar dilucutkan jawatan Malaysia dibakarnya. Kini Anwar mahu Khalid pergi. Jauh reaksi manusia yg berpendidikan dan gentelman berbanding DKK Anwar Ibrahim

    ReplyDelete

  5. Anwar or Wan Azizah should retire as this country is troubled for the past decades by and people like him.

    Anwar wants everybody to submit to him to the extend of destroying leadership and the party he leads.

    No Anwar in Pkr will strengthen the party in facing the next General Election. Bet you.

    ReplyDelete

  6. Anwar and telling lies are synonymous.

    ReplyDelete
  7. Teruskan kerja ts khalid. Jangan peduli masalah anwar ibrahim, azmin ali dan pkr. Syabas kepada pesuruhjaya pas dan pemuda pas selangor. Pas kena dominan dalam kes selangor ini. Jangan jadi kuda tungangan pkr da dap

    ReplyDelete