Pengumuman ringkas dari Ketua
Umum PKR yang parti itu telah memutuskan untuk membawa cadangan untuk Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid. Beliau
memberitahu yang PAS dan DAP telah bersetuju pada prinsipnya cadangan PKR itu
dan kedua-dua parti itu akan berbincang dengan pimpinan di peringkat pusat
masing-masing selepas hari raya nanti.
Pengumuman Anwar ini telah
menimbulkan berbagai-bagai reaksi dari ahli-ahli dan pimpinan bawahan PKR dan juga PAS. Ramai yang tidak berpuas hati kerana membuat keputusan yang sangat penting ini
tanpa diajak ahli-ahli yang ramai untuk bersama membuat keputusan. Ramai
ahli-ahli dibawah kesal kerana keputusan pucuk pimpinan PKR yang membuat
keputusan secara ‘unilateral’ tanpa merujuk kepada ahli dengan mengadakan
perhimpunan khas untuk mendapatkan pandangan dan sokongan ramai.
Ada suara di Pulau Pinang sendiri
menolak dakwaan Anwar yang Wan Azizah akan menstabilkan parti sedangkan PKR
pimpinan Wan Azizah ini sedang berhadapan dengan kekecohan dalam pemilihan
parti mereka yang sehingga hari ini belum lagi muktamad. Banyak cabang telah
melalui kekecohan dan pemilihan itu tidak aman dan ini menunjukan parti itu
juga mempunyai masalah besar. Lantaran untuk mengakui yang Wan Azizah akan
membawa kestabilan kepada PKR itu adalah satu jangkaan yang pastinya satu
jangkaan yang salah dari awal lagi..
PAS Selangor tidak sebulat mana
dalam isu ini kerana ramai di antara pemimpin mereka di Selangor menentang
keputusan PKR untuk menggantikan Khalid dengan Wan Azizah, isteri kepada Anwar
Ibrahim. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Salehen Muhyi telah secara terbuka
memberikan tentangan untuk Khalid digantikan dengan sesiapa pun buat sementara
waktu ini.
Ramai di antara ahli-ahli DUN
Selangor pun membuat penentangan terhadap keputusan ini, termasuk ADUN Batang
Kali yang secara terang-terangan mempersoalkan keputusan untuk menggantikan
Khalid Ibrahim. Pendeknya andaian awal yang menggantikan Khalid sebagai Menteri
Besar buat ketika ini akan menjadikan negeri Selangor lebih stabil dan aman itu
meleset samasekali.
Jika ramai di kalangan pemimpin
dan wakil Rakyat PAS sendiri menunjukan tentangan mereka ia juga akan
membuatkan PAS sebagai parti yang tidak stabil di masa-masa yang akan datang.
Ramai yang akan memberikan sebab yang kuat kerana tentangan mereka itu, tetapi
di sebelah yang mahukan Khalid dibuang ini hanya mampu untuk memberikan alasan
yang lembek sahaja.
Walau bagaimana pun DAP
memberikan lampu hijau untuk Khalid diberhentikan kerana parti ini tidak selesa
dengan cara Khalid menyelesaikan isu air, Kidex dan rampasan bible berbahasa
Melayu oleh MAIS beberapa ketika dahulu. Keputusan DAP untuk menyokong seratus
peratus untuk Khalid diganti tidak lah mengejutkan kerana itu sahaja caranya
bagi parti itu untuk terus berkuasa bersama PKR di Selangor.
“DAP has tasted blood (kuasa)”
kata seorang pensyarah IPTA kepada saya. Itu lah sebabnya DAP tidak mampu untuk
tidak bersama Anwar dan pimpinan PKR mengambil keputusan berhubung dengan isu
Khalid Ibrahim ini walaupun risiko bagi DAP menghadapi masalah pada masa depan
itu ada.
Keputusan DAP bersama menyokong
keputusan Anwar ini sebab tindakan Anwar ini adalah sebahagian dari Kajang Move
untuk Pakatan menjejakkan kaki di Putrajaya. Anwar mengambil tindakan ini
sebagai perancangan yang di fikirkan beliau akan menyelamatkan beliau dari
keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan bersidang untuk mendengar rayuannya
dalam isu sodomi yang beliau sedang hadapi sekarang. Mahkamah Rayuan telah
mendapati beliau bersalah dalam isu sodomi ini,
Pendeknya tindakan PKR ini
semata-mata untuk menyelesaikan masalah Anwar dari dahulu sampai sekarang dan
tidak banyak yang kena mengena dengan pentadbiran atau pembangunan rakyat
Selangor. Hanya mereka menggunakan isu Kidex dan air Selangor dan beberapa isu
yang lain hanyalah isu yang memberikan ‘expediency’ kepada Anwar untuk
menghalalkan usaha menumbangkan pemimpin yang telah banyak memberikan jasa
kepada PKR dan kepimpinan Anwar itu sendiri.
Ini di sedari oleh ramai pimpinan
bawahan dan tentangan yang hangat dirasakan oleh PKR dan juga ahli-ahli PAS
terhadap partinya juga akan membawa perpecahan yang amat jelas dan akan
memberikan impak besar terhadap Pakatan Rakyat keseluruhannya. Kesoronokan
Anwar itu merupakan kesangsaraan kepada ahli-ahli PAS dan ramai diantara ahli
PKR sendiri.
Tetapi inilah politik dan kita
wajar menerima hakikat yang politik ini boleh mewajarkan perkara yang tidak
wajar dalam tindak tanduk mereka yang mempunyai pengaruh ke atas parti mereka.
Kalau kita tinjau yang sebenarnya
bermasalah ialah Anwar dan PKR. Jika tercampak pun Khalid keluar kepimpinan
kerajaan negeri Selangor ia merupakan satu insiden buruk parti kerana masalah
peribadi Anwar itu sendiri. Yang tidak tenang jiwa ialah Anwar sendiri dan
beliau telah mengambil tindakan dengan mengenepikan pandangan akar umbi. Jika
Anwar mengambil konsesus dari ahli-ahli PKR melalui perhimpunan agung Khas
terlebih dahulu, PKR tidak akan menghadapi apa yang sedang mereka hadapi
sekarang.
Jika perhimpunan agung Khas yang
memberikan lampu hijau, keadaan celaru ini tidak akan sampai ketahap
ini sekarang. Sekarang PAS akan menghadapi masalah dalaman sendiri kerana
keputusan untuk menyokong tindakan menggantikan Khalid ini.
Pada pandangan kita yang tidak
setara ini, elok PAS mengadakan perhimpunan atau muktamar khas bagi
membincangkan tindakan mengganti Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah ini. PAS
sepatutnya mengambil langkah untuk memanggil muktamar khas untuk membuat
keputusan secara ‘collective’ dengan ahli-ahli parti Islam itu.
Jika muktamar Khas itu membuat
keputusan menyokong menggantikan Khalids sebagai Menteri Besar itu, parti itu
tidak akan mengahadpi risiko pemberontakan pemikiran dalam mengahadpi isu
Khalid ini.
PAS sewajarnya mendapatkan
‘legitimacy’ untuk memberikan sokongan kepada PKR yang akan mengadakan
penyembelihan kepada Khalid Ibrahim ini.
Pendeknya jika PKR tidak
mengadakan perhimpunan agung khas ini, PAS sebaliknya patut memanggil muktamar
khas bagi membincangkan isu ini dan jika muktamar khas itu mengambil keputusan
untuk menyokong penyingkiran Khalid ini, untuk memperolehi tindakan yang
‘legitimate’ dalam sokongan mereka kepada cadangan PKR itu.
PAS yang mempunyai kerusi lebih
banyak dari PKR itu tidak wajar menerima bahana dari ahlinya sendiri
semata-mata kerana pengorbanan yang belum tentu berguna untuk kerajaan negeri
Selangor dan parti itu sendiri
Bagi Khalid menerima penolakan
Anwar itu dan bersetuju untuk bersara akan memberikan makna dan fahaman yang
Khalid mengakui kelemahannya seperti yang dituduh oleh partinya sendiri itu.
Khalid lebih baik terpecat dari
partinya sendiri dari dianggap mengakui tuduhan pimpinan partinya terhadap
beliau sejak akhir-akhir sebagai benar. Biar mati dalam gelanggang dari mati
beragan ditepian.
ReplyDeleteBetul Tuan AA, saya ahli Pas di Kuala Langat dan saya tahu Pas kepunyaan kami, bukan kepunyaan TGHA atau TGNA. Panggil ahli ahli Pas macam kami dulu, tanya kami dan kami buat keputusan.
Mengganti MB bukannya perkara kecil. Jangan pusing kepala kami dibawah ni.Pilihanraya nanti kami yang teruk berkerja bukan TGHA atau TGNA. Kami buat kerja kerana parti ini parti islam. Dimana Islamnya menggantikan Tan Sri khalid cara begini. Kami fed up dengan Pkr termasuk ahli parlimen kami yang glamor semacam ni. Kami bukan dunggu di bawah ni TGHA.
Wassalam
ReplyDeleteRTeman tak paham kenape betine pulak jadi MB.Bini teman dah eksyen dengan teman sejak semalam bila dengar betine jadi MB selangor.
Main buoh ketior le teman lepah ni...
i9smail a k said....ambil kat kau ler jadi MB Selangor...
ReplyDeletePerceptions creates prejudice and slanderous are still the games around us. How long we have to accept all these slanderous to control our mind? The fact is, we do not know the truth about this matter and just hanging our mind to the perceptions which arosed slandering in our community.
ReplyDeleteBetul tu. Panggil muktamar dan terima keputusan ahli. Takut dapat MB baru, tapi ahli di bawah ada yang berang dan panas. Padahal merekalah yang berkerja mati2an masa PRU dulu. Peluh mereka belum kering lagi....
ReplyDeleteJangan hendakkan untung sekilo, tapi nanti rugi satu tan !
Cantikkkk....knapa pkr x buat prhimpunan umum bncang mb baru...xkan nk suruh pas pulak....
ReplyDeleteAtau dap buat msy ....
Sebenarnya ketua umum dok atuq sapa yg nk jd mb bru selangor dlm bilik tidur saja...pas ni parti pelapik pkr n dap saja..