Tindakan terdesak sekumpulan
pemimpin dalam PKR untuk memaksa TS Khalid Ibrahim meletakkan jawatan telah
sampai ketahap yang sudah mengarut apabila berbagai-bagai andaian dan spekulasi
yang disebarkan melalui teks pesanan rengkas dan berbagai-bagai ruang media
yang lain.
Di sebaliknya TS Khalid masih
sibuk menjalankan tugas beliau seperti biasa sebagai Menteri Besar tanpa
halangan dan membuangkan segala spekulasi itu kedalam bangkul sampah. “Ia
membuang masa!” katanya apabila disoal oleh pemberita dari berbagai-bagai
media.
Khalid telah dapat mengatasi
pihak yang berkerumun hendak membinasakan beliau dalam PKR itu kerana tindakan
membuat spekulasi ini hanya memberikan pihak yang mendesak Khalid berhenti
kerja ini sebagai kumpulan yang terdesak.
Selalunya pihak yang terdesak itu
adalah yang paling banyak membuat spekulasi seperti ini. Ia tidak membawa
apa-apa keuntungan kepada mereka yang melakukan desakan secara ‘robust’ ini
tetapi ia hanya akan melemahkan parti itu dipandangan orang ramai. Orang ramai
hanya memandang dari jauh kerana itu adalah isu PKR sahaja. Jika mana-mana parti
komponen yang berada di dalam PR itu mengambil kedudukan atau 'stand' yang jelas
ia mungkin memberikan ‘consequence’ yang negatif terhadap parti-parti itu.
Sekarang Khalid dengan terancang
telah pun ditewaskan sebagai ketua cabang Kuala Selangor tetapi jika kita
bertanya balik apa sebenarnya yang mereka dari anti Khalid ini boleh lakukan?
Khalid buikannya Menteri Besar untuk Kuala Selangor sahaja tetapi Menteri Besar
untuk keseluruhan Selangor. TS Khalid telah mendapat kemenangan dari segi undi
dari 11 cabang di Selangor dan mereka dari cabang-cabang yang memberikan
kemenangan kepada Khalid juga wajar diberikan penghormatan.
Apa yang akan seterusnya berlaku
dalam PKR ini tidak dapat kita pastikan. Yang pastinya parti itu sedang dalam
perpecahan dan tidak ada kenyataan dari pucuk pimpinan PKR yang kita dengar
sehari dua ini. Lagi lama pucuk pimpinan parti itu berdiam diri dan membiarkan
isu ini berpanjangan, ia akhirnya akan menjejaskan keyakinan ahli-ahli parti itu
terhadap pucuk pimpinan parti itu dalam masa yang singkat ini.
Apa yang sedang berlaku dalam PKR
sekarang menjadi fokus kepada orang ramai yang ingin tahu perkembangan
seterusnya. Khalid sedang berada dalam dugaan kepimpinan yang besar dan jika
beliau berjaya melepasi dugaan ini beliau akan menjadi pemimpin yang matang
dalam PKR dan parti itu pula sebaliknya telah melekat dengan ‘stigma’ sebagai
parti yang berpecah belah kerana pemimpin-pemimpin mereka tidak sehaluan di
antara satu dengan yang lain.
Itulah yang dihadapi oleh UMNO
sekarang. Jika ada anak muda yang berniat untuk menaikkan diri dalam politik
sesudah mempunyai ijazah berbagai-bagai peringkat melalui UMNO, anak muda
itu akan mati dan terjun menjunam sebelum pun mendapat tempat yang rendah dalam
UMNO itu. Mereka akan terhempas sebelum berlepas. Maka itulah yang kita lihat
berlaku dalam UMNO sekarang ini yang menyebabkan parti itu sarat dengan
pengampu dan pengamal politik songsang.
Untuk naik dalam politik UMNO
seseorang itu terpaksa tunduk dan akur kepada budaya bunuh membunuh karektor
yang baik itu. Itu sebabnya ada anak muda dalam UMNO sudah diterima sebagai
pemimpin sekarang ini tetapi anak-anak muda itu terpaksa mengikut budaya yang
mengaibkan untuk bersama menjadi pemimpin dalam parti itu. Mereka terpaksa
bercakap apa yang mereka sendiri pada awalnya tidak percaya.
Sesungguhnya PKR selalu dikatakan
oleh blog ini merupakan DNA kepada UMNO. Mereka tidak suka mengekalkan
kejayaan. Mereka akan runtuhkan apa yang terbina. Mereka akan tercari-cari isu
untuk membunuh mana-mana individu yang mereka tidak suka dan hendak
dihancurkan. Kesilapan-kesilapan dianggap sebagai perlakuan jenayah. Apa jenayah
yang sebenarnya berlaku itu dilindungi dan menyalahkan orang lain diatas
jenayah yang mereka lakukan sendiri.
Jika yang mengganti itu sama
sahaja dengan yang diganti, elok tidak bersusah payah untuk mengganti. Pepatah
ada berkata, ‘patah tumbuh hilang berganti’. Tetapi jangan dipatahkan
semata-mata untuk mengganti.
Memang benar tu Pak Aspan sebab ini memang berlaku dalam UMNO. Ini pengalaman saya, saya pernah membantah tentang pemilihan Ketua Kampong saya, Kg. Mertang, kerana orang yang dipilih bukanlah dari Cawangan Kg.Mertang. Apa yang berlaku selepas tu ialah saya yang telah dicalunkan sebagai Nazir Masjid telah dicantas oleh ADUN Kawasan Seri Menanti. Jika baginilah lagak pemimpin2 UMNO saya tak tahulah berapa lama lagi Umno akan bernafas.
ReplyDelete
ReplyDeleteAA, you are still fighting eh? I hope you will succeed even though there are mountable hurdles ahead of you sir.
Best wishes and may god bless you.
Apa masalahnya dengan Tan Sri, Bukankah beliau ini dapat menjadikan duit 1RM menjadi 10 RM?
ReplyDeleteYang lain tu apa yang boleh dibuatnya terutamanya yang dari Melaka tu lihat negeri sendiri dahulu jangan sebok dengan negeri orang
wahai PKR...
ReplyDeletejgn buat kerja bodoh..
jika tak mau Selangor jatuh
jgn buat perangai hodoh
kembalikan sokongan yg utuh
buat MB Khalid & Kerajaan Selangor
p/s: kalau iya pun tak suka dengan TS Khalid, bertahan dulu sehingga pilihanraya akan datang.... OK..!!