Dalam negara menghadapi
perpecahan ini sesiapa yang keluar meminta dan ‘solicits’ sokongan untuk
membetulkan keadaan tidak akan pergi kemana-mana. Sebabnya mudah kerana jika ia
berjaya, ia tidak akan menyelesaikan masalah kerana yang menang tidak akan
menang semua dan yang dikalahkan tidak akan kalah semua.
Itu pun demokrasi tetapi masalah
yang kita hadapi melangkaui batas-batas keunggulan demokrasi itu kerana negara
kita sedang menuju kehancuran yang tidak akan dapat di selamatkan lagi bagi pandangan
setengah pihak.
Sekarang bukan masanya untuk
mencari kemenangan kerana jika menang sekalipun sebagai yang dikatakan tadi,
masalah tidak akan selesai kerana ia akan sangat susah untuk membetulkan
keadaan negara yang begitu berkecamuk ini. Apabila terjumpa seseorang yang
berkemampuan untuk memimpin dengan secara natural itu, semua pihak yang
bergaduh dan berlumba-lumba itu patut bersatu dan meminta orang itu untuk
memimpin dan membina sebuah negara yang baru.
Sekarang adalah masanya untuk
mencari siapa yang boleh menyelesaikan kita yang berkelahi ini. Jika suami
isteri bergaduh yang mungkin akan meruntuhkan rumah tangga kita ada tempat
untuk merujuk iaitu di Jabatan Agama dan Mahkamah untuk menentukan nasib
keluarga itu.
Bagi yang bersorak kehulu kehilir
untuk menyelesaikan isu-isu besar tidak akan dapat menyelesaikan keadaan.
Akhirnya yang menang akan hanya mentadbir penyokong mereka dan sikap dendam
mendendam akan tetap terjadi. Itulah keadaaan sekarang. Yang sedang berusaha
mengambil alih mereka yang menyandang akan mengambil tindakan berdendam terhadap
pihak yang mereka kalahkan dan mengambil alih kuasa itu tadi.
Masa akan ditumpukan untuk
memperkuatkan kedudukan mereka sahaja kerana mereka tahu mendapat kuasa melalui
perpecahan dan pertandingan sengit ini tidak akan mendapat sokongan sepenuhnya.
Jika Pakatan Rakyat mengambil alih ramai yang akan terluka dan ia pasti tidak
mendapat sokongan bulat rakyat. Akhirnya ia akan menjadi seperti UMNO sekarang
ini juga dan mengambil tindakan membeli perasaan rakyat dengan berbagai-bagai
cara seperti memberi BRIM yang tidak boleh mengekalkan rasa hormat rakyat itu.
Perpecahan sudah sampai ketahap
yang sangat buruk, maka siapa atau mana-mana pihak yang menang atau yang kalah
tidak akan membantu serta menumbang kepada pembangunan dan transformasi yang
diperlukan oleh negara itu.
Blog ini acapkali meminta agar
semua pihak mencari ketua yang boleh mencatarkan haluan kearah pembinaan
kembali siasah dan politik negara dan akhirnya mencapai ‘ultimate’ kita, iaitu
perpaduan nasional yang sejati dan berpanjangan.
Penyelesaian kepada masalah
negara kini, memerlukan pimpinan yang mempunyai ‘wisdom’ dan bukannya pemimpin
yang popular atau dipopularkan oleh ampuan yang melangit dari ‘sycophants’ yang
hanya berniat untuk mendapatkan ‘tali pengelak dan tangkai penjinjing’ dari
pimpinan utama negara semata-mata.
Kita perlukan pemimpin yang
berpengalaman dan serius dan seorang ‘planner’ yang mempunyai bukti berjaya
dalam segala yang dipertanggung jawabkan kepadanya.
Ibarat tali yang sudah terbelit
sebegitu kuat bukan mudah untuk dileraikan. Orang boleh meleraikan
belitan tali yang sudah tersimpul mati itu memerlukan orang yang telah terbukti
kesabarannya dalam menghadapi politik yang sangat keliru pada hari ini.
Pak AA
ReplyDeleteIn short, we need Allah fearing leader who always reckon about his Akhirat, who always ask himself how am I gonna face Allah & answer His question. Please dont say what I said is illusion. Warning, if you all say so then Allah will not change our condition & most probably Allah will worsen our condition
Alhamdulillah....saya sokong pendapat tuan...ini memang wajar untuk semua pemimpin melaksanakan nya.
ReplyDeleteTetapi amatlah sukar untuk kita mendapatkan pemimpin yang bersifat ikhlas dan jujur dalam melaksanakan nya kerana kebanyakkan mereka2 ini mempunyai nawaitu dan agenda tersendiri...selagi kita tidak sama2 berfikiran terbuka dan saling menerima teguran , lalu berubah kearah yang lebeh baik , selagi itu kita akan berada di dalam keadaan yang gawat seperti sekarang ini.
Terima kaseh tuan Aspan...semuga dapat memberi manfaatnya kepada pemimpin yang ada sekarang.
ReplyDeleteTuan AA, saya tahu siapa yang sdr maksudkan sebagai pengganti yang terbaik dalam keadaan kemelut poklitik sekarang....Tengku Razaleigh.
Saya setuju tetapi bagaimana nak lakukan?
Tuan AA,
ReplyDeleteSetuju sangat Tengku Razaleigh mengambil alih pimpinan Negara ini.
Harap2 ada caranya beliau di pilih.
Pada hemat saya,beliau boleh mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen BN,begitu juga ahli Parlimen PR dan tak lupa juga ada sokongan dari Sarawak.
Moga2 harapan kita boleh jadi kenyataan.
Nas
ReplyDeleteJangan lah AA berangan untukmendapatkan pemimin seperti lagi. Kita akan menjadi negara Afrika, hanya nama yang berlainan saja.
You feel this country is not good anymore just leave. Zahid has already told us to do so AA.
If you want to stay here, just accept the truth. The adage that says, hujan batu dinegara orang, hujan emas dinegara sendiri, elok lagi negara lain sudah tidak terpakai lagi.
Apa susah, kalau hancur negara ini bukan kita saja yang kena, jutaan yg lain akan sama merasakannya.
Faham tak?
ReplyDeleteSaya menyambung apa yang saya komen diatas AA. Dalam keadaan yang susah saya akan menanda tangani borang 5 untuk ke tempat lain.
Sayua tahu susah ditempat baru yang saya nak pergi ni. Tetapi saya tahu ia masalah yg baru. Jemua dengan masalah yang sama sejak hampir 30 tahun.
Saya bukan putus harapan tetapi yakin saya mengambil keputusan betul.