Dalam Kongress ke-10 PKR yang
baru selesai semalam, beberapa kenyataan dari pimpinan PKR yang menarik didengar dan ia menggerakkan saya untuk memberikan pandangan sebagai seorang ditepian politik tanahair. Ia menarik kerana dalam ghairah untuk menunjukkan
kewibawaan mereka, pemimpin pemimpin dalam parti itu seolah-olah mengakui
hakikat sebenar yang dihadapi oleh parti itu.
Yang paling menarik lagi ialah
kenyataan Anwar yang PKR tetap hidup walaupun beliau dipenjarakan, dan ia
tentulah kenyataan yang berkait dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan
membicarakan kes sodomi 2 beliau penghujung oktober ini.
Sesungguhnya PKR tetap akan hidup
jika beliau dipenjarakan oleh undang-undang negara. Malahan saya berpendapat
PKR akan lebih mantap lagi kerana jika beliau sudah tidak berada buat sementara
dalam politik perdana, PKR tidak akan terbeban dengan masalah peribadi beliau.
Ia akan tetap merupakan sumbangan
besar dari Anwar untuk partinya yang diketuai oleh isterinya Dr Wan Azizah.
Saya selalu berkata sumbangan pemimpin itu bukan sahaja dengan memegang jawatan
dan kuasa, bersara dan mengenepikan diri dari kegiatan politik itu juga boleh
dianggap sebagai sumbangan besar terhadap perjuangan parti. PKR tidak akan
menghadapi masalah mempertahankan peribadi Anwar dan parti akan lebih bersih
dari pandangan kaca mata rakyat yang ramai.
Begitu juga dalam UMNO sekarang
ini. Ramai berpendapat jika Najib mahu terus memberikan sumbangan kepada
partinya, beliau lebih baik bersara supaya partinya tidak terhimpit oleh
kelemahan beliau mentadbir negara. Memberikan ahli-ahli partinya dan rakyat
peluang untuk menyusun semula siasah negara itu akan dianggap sebagai
pengorbanan kepada rakyat dan negara yang sangat berharga dan ditunggu-tunggu
oleh mereka yang serius untuk melihat perubahan kepada negara.
Pendeknya sekarang sumbangan
besar boleh diberikan kepada parti dengan tidak bergiat lagi dalam politik dan
ia nampaknya pandangan dan cadangan ini begitu relevan baik kepada pemimpin
kerajaan dan pemimpin-pemimpin pembangkang.
Masalahnya pemimpin yang sudah
jelas lemah dan bermasalah tidak begitu sudi untuk memberikan sumbangan secara
begini. Mereka ini 'ibarat dedalu yang tumbuh subur di atas pokok yang lain'.
Dedalu ini akan memakan segala apa yang ada pada pokok itu dan akhirnya pokok
itu akan menjadi kurus dan mati akibat dipanjat oleh dedalu yang menghisap
segala makanan yang sepatutnya digunakan untuk pohon yang besar tadi.
Baik dalam PR mahu pun BN, pimpinan mereka adalah pokok dedalu yang dalam bahasa biasanya ialah
‘parasite’. Dedalu ini pasti akan membuatkan pokok yang dihinggapi dedalu itu
akan mati. UMNO menjadi begini kerana pimpinan dedalu, Pakatan Rakyat pun sarat
dengan dedalu yang membunuh ini.
Salah satu dari penyebab Khalid
menjadi begini ialah kerana beliau terlalu kedekut dan amat payah bagi
dedalu-dedalu dikelilinginya untuk menumpang hidup di atas kuasa PKR di
Selangor itu.
Kata setengah orang dedalu dalam
PKR itu adalah penghijrahan dedalu-dedalu dari UMNO dahulu. Dedalu-dedalu ini
yang membuatkan kerajaan Selangor itu dipimpin oleh orang lain. Jika pimpinan
ditukar mungkin dedalu-dedalu ini akan mempunyai peluang untuk memanjat dan
hidup di atas pokok yang rendang di Selangor ini.
Satu pandangan yg iklas dari empunya blog.
ReplyDeleteMangan no mangan no
ReplyDeleteSemua pergolakan pasal duit. Seperti Umno, dedalu parasit ini, tidak dapat atau mengawal laluan membuat duit, lantas dari pengalaman yang ada, 'join' parti baru atau parti lain yang agak menonjol demi kelangsungan hidup mencari kekayaan sekelip mata.
ReplyDeleteJadi, jagoan PKR sememang nya mabuk ketum, yang di mulakan KetUm mereka, bujur lalu melintang patah. Senario politik demi rakyat hanya mainan semata-mata. Mana halatuju, di anggap alternatif, tidak lain menjatuhkan maruah sendiri yang sembrono nya kesalahan mereka di pupuk kepada Umno! Kini sudah melibatkan tengkuk PAS pula !
Tiada beza nya melayu berpolitik. Jangan lah menuding sesiapa. Semua nya salah diri sendiri.
Tiada yang terbaik, Dun mesti di bubarkan. Bersaing semula secara adil. Pasti Selangor dapat di selamatkan. Lagi hebat membuat onar, maka Allah SWT buka satu persatu kekalutan ini (sekarang P.Kubur pula).
Jika tiada sempadan dan iktibar untuk bersatu, tunggu sahaja kemusnahan kita, Bangsa Melayu, yang sudah tidak reti menghayati Islam...
kepada penghinaan !
Dear AA.
ReplyDeleteI smell FISH in your write up lately.
Haha...Dato...
ReplyDeleteNk tergelak saya baca posting Dato...u really hit the nail..
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteKita perlu mencari jln bagaimana hendak menghapuskan dan membasmi dedalu dedalu yg ganas yg sentiasa bermaharajalela membunuh pokok pokok yang menaungi rakyat jelata utk tumpang berteduh.
Lebih menakutkan lagi rangkaian dedalu dedalu ini telah begitu lama membelit pokok
induk sejak berpuluh puluh tahun lamanya.
Hutang negara telah mencecah ratusan billion ringgit hasil belitan dari dedalu dedalu yg masih rakus membelit harta rakyat walaupun usia sudah sampai di pinggir tanah perkuburan.....
Rakyat sudah jemu dengan politik yang berpanjangan - tak sudah-sudah... Semua nya kerana DUIT dan KUASA. BOSAN,JEMU dan JELAK.....
ReplyDeleteTak paham paham ke orang politik nih!!!! Banyak benda yang berfaedah kepada rakyat boleh dibuat selain dari berpolitik.....
ReplyDeleteSelagi Anuar tidak dapat jadi PM, beginilah keadaan kita. Semua orang akan di haruknya.
Bayangkan kalau dia ni jadi PM, habis semua orang di bahamnya...berdendam, dan berdendam..
Yg untung Cina Dap sajalah.
Pak Aspan...
ReplyDeletesaya fikir lebih baik Pak AA fokuskan tentang kelemahan Najib sebagai pemimpin kerana beliau memimpin negara ini yg punye penduduk 28 juta serta beri desakan kuat supaya beliau bersara cepat kalau itu buleh menyelesaikan banyak masalah. Anwar pula cuma pemimpin parti yg punye banyak masalah kata Pak AA...hairan juga saya kenapa Pak AA beria-ria betul mahu Anwar bersara dlm politik juga.
Lepas Khalid lepas jawatan MB nanti kita sama2 nengok kalau budak2 PKR akan kendurikan 3 billion ringgit yg disebut2 Faekah Husin tu. Tkasih.
ReplyDeletesuffian,
you are blinded by your own fanaticism towards Anwar and you can do so, as it's your right.
I have written more than i should about Najib if you care to to reminisce everything that I have written so far.
If you want to read what you like please organize your own blog. There you can can express what you own feelings about you hero.
I have tolerated you quite a lot and if you feel that you are not happy with my write ups, I won't stop you from staying away from my blog.
Thanks suffian
Suffian 1800hrs,
ReplyDeleteKalaupon awak taksub dgn Anwar, jangalah sampai berlaku jahat terhadap Pak AA. Komentar beliau sebetulnya jauh lebih banyak mengkritik Najib dan kerajaan BN berbanding pemimpin kesayangan awak. Empunya blog yakni Pak AA jugak manusia maka bukanlah semua komentarnya sempurna. Tapi jangan sekali2 penulisan beliau difitnah. Setidak2nya sila berlaku adil kepada ketulusan Pak AA.
Saya rasa Suffian ni orang yang sama dengan Din Melaka di blog The Scribe.
ReplyDeleteMungkin Saudara Suffian dilahir selepas 1997. Pasal itu beliau tidak tahu bahawa Mat Sabu adalah orang pertama yang memberi gelaran Al-Juburi kepada idola beliau.
Salam.Tuan,
ReplyDeleteTerimakasih atas pencerahan yang diberikan.
Walaupun rakyat marhain ditimpa malang hasil dari kerja kerja tidak bermaruah golongan "dedalu (parasit)" yg wujud dikedua belah pihak; BN maupun PR, namun kita tidak boleh berputus asa untuk terus berjuang utk menyelamatkan rakyat dan negara tercinta....
Stuju dgn pak aspan..Kami golongan muda kdg2 rasa meluat sudah dgn politik nie..suatu masa dlu kami lah yg panjat pokok ganteng bendera..pergi kerumah2 dgn muka yg tebal ajak rkyat berubah..tp bila prangai pemimpin2 pr mcm nie kami ckup rasa meluat..Kami rasa malu dgn politik yg x berkesudahan..smpailah kami bkerja di borneo..tnpa rasa malu kami mengantung bendera pr diluar rmh kami krn bangganya slps kmenangan pr dlm pru tnpa rasa malu dan takut dlm keadaan sekeliling jiran2 kami penyokong2 BN yg rmai...dlm masa yg sama kami sntiasa berbual2 dan mengharapkn rkyat dsini juga berubah..tp syg blm habis penggal lg rmai pula wakil2 rkyat pkr disini berpaling tadah...melompat..btapa kecewanya hati kami..
ReplyDeleteApa yg kami mau jelaskn pd rkyat marhaen disini? Tiba2 berlaku pula politik yg tidak berkesudah di slgr..dlm keadaan rmai rkyat marhaen brasa hebatnya pr memerintah slgr..tiba2 dijatuh kn pemimpin itu..Kami bkn taksub pd pemimpin..tp cara politik yg menampak kerakusan kuasa..sntiasa tidak puas hati..sombong dan bongkak..merasakan dirinya saja yg btl tnpa melihat kbawah...adakah pr merasa boleh memimpin negara dlm keadaan bgini..? Jgn hrp...simpan sy kata2 reformasi..simpan saja kata2 jom berubah..ubah dlu diri kamu wahai pemimpin2!!
Smuanya mahu org lain mengikut telunjuknya..bila ada parti dlm pr yg tdk bersetuju dan menyokong habis dihentamnya di maki hamun tidak kira sudah sama ada dia tokguru atau apa..!!
Ckuplah dgn permainan politik kalian..Kami ckup merasa meluat..malangnya masih rmai juga pentaksub2 politik yg mrh bila kami mmberi komen dan meluah kan isi hati kami rkyat marhaen ini..klu kami yg dari dlunya bsama pr merasa meluat..apa lagi rkyat marhaen yg beradab diatas pagar???
Ckuplah duduk lah dibumi yg nyata..anda bkn blh naik hnya dgn sokongan pentaksub politik dan pengikut2 parti anda sahaja!!