Keadaan di Selangor pada
pandangan setengah pihak hanya boleh diselesaikan dengan pilihanraya negeri
sahaja. Empat puluh tiga (43) kerusi yang disandang oleh Pakatan Rakyat ini adalah mandat yang diberikan kepada barisan aternatif ini semasa mereka bersatu dan se tangan dalam semua
isu politik kita.
Dalam keadaan berkecamuk sekarang
ini, untuk menumpukan kepada sokongan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap
Wan Azizah itu bukannya kehendak rakyat, itu adalah kehendak pimpinan yang
menggunakan mandat itu untuk berperang sesama mereka yang mendapat mandat itu.
Ini bukan isu perlembagaan dan
undang-undang tubuh semata-mata, tetapi ia adalah isu untuk mendapatkan
kepastian samada rakyat masih bersetuju dengan pemegang mandat ini berperang
sesama sendiri. Rakyat memberi mandat dahulu bukan untuk mereka jatuh
menjatuhkan di antara satu dengan yang lain.
Tetapi mereka mendapat mandat
dahulu kerana rakyat tidak tahu semasa itu yang mereka ini, akan menggunakan
kepercayaan rakyat itu sebagai senjata untuk menyembelih di antara satu dengan
yang lain. Rakyat merasakan yang mereka tidak aman dalam pemikiran mereka
semasa pentadbiran UMNO dahulu. Maka mereka membuat pilihan untuk menyokong
calon-calon PR untuk memberikan ketenangan keadaan kepada negeri Selangor
bukannya untuk mengeruhkan lagi keadaan.
Pakatan Rakyat boleh dapatkan surat sokongan dari
ADUN-ADUN seramai mana tetapi rakyat belum tentu bersetuju dengan tindakan
mereka itu. Rakyat perlu ditanya samada mereka bersetuju dengan tindakan itu.
Cara untuk bertanya rakyat ini ialah untuk mengadakan undian melalui pilihanraya negeri sekali lagi.
Tanya rakyat sekali lagi jika
mereka bersetuju dengan tindakan pimpinan yang mendapat mandat dahulu. Tanya
rakyat samada mereka bersetuju dengan setengah pihak yang cuba untuk menekan Tuanku Sultan
dan memaksa Baginda memilih calon mereka yang baru itu.
Tanya rakyat jika PAS diberikan
sokongan dahulu ialah untuk bersekutu dengan yang bermain politik peribadi dan
keluarga dalam PKR ini. Tanya juga rakyat samada mereka setuju dengan PAS
berdolak-dalik sekarang ini.
Terlebih penting lagi cuba bertanya
kepada rakyat samada mereka sekarang ‘bergumbira’ dengan permainan politik
‘hostile’ sesama sendiri ini? Tidak guna kita bercerita yang pihak ini mendapat
43 undi di Dewan Undangan atau mendapat dua atau berapa sekali pun. Semuanya
itu adalah permainan politik di antara mereka yang telah menyalahgunakan mandat
ramai dahulu.
PKR yang menghadapi masalah
dalaman yang besar di setiap peringkat hasil dari pemilihan parti yang baru
selesai ini, telah dikatakan akan kehilangan kerusi-kerusi penting. PAS juga
akan merasakan keperitannya jika parti itu terikut-ikut rentak dan silat PKR di
Selangor dan seluruh negara sekarang ini.
Tidak tahulah samada PAS sedar
yang cita-cita untuk mendapatkan sebuah negara yang bersatu seperti yang diidamkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat itu tidak akan tercapai selagi keadaan
perpecahan yang tidak mempunyai cara untuk ‘mitigate’ masalah-masalah dalaman
mereka (PKR).
Isnin ini, walaupun ramai yang
tidak mengambil ‘pot’ terhadap apa yang akan diputuskan oleh mesyuarat PAS
dalam penentuan isu MB Selangor ini, waktu untuk membetulkan keadaan masih
terbuka untuk parti itu melakukannya. PAS wajar bertindak secara ‘decisive’
dalam isu ini.
Apa pun seperti yang disebutkan
tadi, pilihanraya negeri wajar, kerana hendak bertanya kepada rakyat Selangor
samada betul atau tidak apa yang dilakukan sekarang oleh PKR, untuk memilih MB
baru. Kita hendak juga tahu samada rakyat Selangor bersetuju untuk mematahkan
yang ada dan menggantikannya dengan yang baru.
ReplyDeleteBetul Pak AA, dulu I undi PR di Sekinchan. Semua keluarga saya undi PR. Tapi degn apa yang berlaku sekarang kami mungkin tidak mengundi langsung, atau saya undi BN sajalah.
Kalau PKR sama saja dgn Umno saya pilih Umno. Tak payah hendak bermasam muka dgn jiran tetangga.
Selesai, habis cerita. Politik membosankan Yang ini macam ni yang itu macam tu. Tak tahu saya yg mana yang betul, yg mana yang salah.
Harapan untuk perubahan hancur berkecai.
Setuju bubar DUN untuk rakyat memberi mandat semula kerana Pakatan Haram Pembangkang tidak uruskan isu dengan baik.
ReplyDeleteMungkin dapat pertambahan, dikurangkan atau gagal berkuasa semula.
Pak Aspan, apa kata buat pilihan raya seluruh negara? Sebab dalam parti yang memerintah pun nampaknya dah tak sehaluan? Dah penat melihat parti2 ini bergaduh sesama dia. Tak boleh ke nak bersatu padu demi negara?
ReplyDelete
ReplyDeleteAnon 11:13
Cadangan sdr itu pun betul
Tuan. Kenyataan mengatakan rakyat membuat pilihan untuk menyokong calon-calon PR untuk memberikan ketenangan memang betul.
ReplyDeleteTapi RAKYAT kena sedar pemerintahan yg adil atau Islamik tidak akan 'tenang' dengan mudah. Ini kerana pensabotaj, pembelot,...... dan mereka yg mata duitan masih ramai di dalam dan di luar lingkungan perjuangan.
RAKYAT juga harus nampak penyelewengan(walaupun ada) tidak seperti di zaman dahulu kerana ia terdedah cepat. Kalau dulu...... rakyat tak tahu langsung...
Yang bergeser sekarang banyak di peringkat kepimpinan.
Lebih baik berkocak dari rakyat rugi/tertindas dalam ketenangan.
Betul2 tu Pak Aspan alang2 bubar Dun... bubar Parlimen sekali... masa ni le Najib kena buktikn sokongan rakyat yg dikatakn bersatu lepas insiden MH17 tersebut. Masa ni juga Najib kena buktikn yg rakyat masih menyokong umno disebabkn menang dgn undi popular yg minoriti pru lepas.
ReplyDeletebiarlah Sultan Selangor yg buat keputusan.... baru tau negeri ini ada sultan/raja... macamana mau sistem khilafah klu keputusan sultan @sistem beraja tak mau ikut...
ReplyDeletesekadar pandangan...
Betul..betul..betul. Bubarkan Dun dan Parlimen sekali. Kita lihat sape yg kenaaa...
ReplyDeleteRakyat Selangor mahu DUN di bubarkan, kita mahu undi the Third Force which will be launched very soon....
ReplyDeleteBumbam bunbam psl tski...alih2 nk ganti dgn bini...x logik langsung psl bini...kot ganti dgn org lain...maybe rakyat still can accept. Perceptiom rakyat...another kroni...x kirela ada 75 dalil knp jijah lbh baik sekalipun.
ReplyDeleteRakyat Selangor memerlukan pemimpin mcm TSKI tak kira dari parti mana pun. Dulu dah silap kerana menyangka TSKI mencerminkan parti yg diwakilinya. Rupanya silap, nak betulkan semula melalui kertas undi.
ReplyDeleteAmat tepat sekali nukilan Pak aspan. Saya sebagai pengundi di Selangor tak sabar menunggu PRN, sekali lagi.
ReplyDeletePKR mesti dipersalahkan dalam kemelut politik Selangor, bermula dengan 'langkah Kajang' yang tidak bermoral dan bertentangan dengan prinsip democracy. Jika ahli politik PR tergamak menyalah-guna process democracy, demi kepentingan diri, jangan pula menyalahkan Institusi Raja yang terseret bersama. Segala pembaziran WANG Rakyat akibat PRN semula ini, mesti di longgokkan keatas kepala geng Anwar Ibrahim dan Pakatan, terutamanya DAP. Oleh kerana PKR, PAS juga menhadapi perpecahan.
Harap Rakyat sedar, bertapa besarnya musibah dan malapertaka yang dibawa oleh manusia bernama Anwar ini. Beliau merupakan kesilapan terbesar TDM yang membawanya masuk UMNO. Nasib baik TDM 'tersedar' walaupun agak terlambat sehingga tidak sempat melatih bakal penganti kedua, selain Anwar.
Sepatutnya TDM sudah 'tersedar', apabila Karpal Singh dan Mat Sabu menuduh Anwar Ibrahim seorang peliwat, di Parliament, 1997.