PAS secara tidak sedar telah di
jadikan pengalas kaki oleh PKR serta satu lagi parti yang bersekutu dengannya.
PAS dengan tenaga kerjanya yang begitu gigih dalam pilihanraya yang lepas
mendapat keputusan yang berkurangan jumlah kerusi yang dimenanginya berbanding
dengan PRU 2008. Parti itu hanya memangi 21 kerusi, satu berkurangan dari PRU
2008.
Yang mendapat lonjakan jumlah
kerusi yang di menangi, ialah DAP dari 28 kepada 38. maka ramai yang bercakap
dengan saya yang mereka tidak berpuas hati dengan ungkitan pemimpin dari DAP
yang mengatakan “PAS is nowhere without DAP and the Chinese support”.
Sesungguhnya keadaannya adalah
terbalik, PAS mendapat berkurangan kerusi jika dibandingkan dengan pilihanraya
2008 dahulu. Bak kata pepatah, 'sakit peha kanan peha kiri pun menumpang rasa
juga sakitnya'. Saya terasa keadaan yang PAS akan kehilangan banyak kerusi dalam
pilihanraya yang lalu.
Saya telah mengorbankan masa
membantu calon-calon PAS terutamanya di Kedah dalam PRU itu dan dalam
pengamatan saya orang Melayu Islam walaupun sudah tidak berapa selesa dengan
UMNO mereka tidak dapat menumpukan sokongan terhadap PAS kerana beberapa
isu yang panas yang di sentuh oleh DAP. Hanya saya tidak begitu pasti semasa
itu kerana saya melihat sokongan secara terbuka amat jelas yang rakyat
menyokong PAS dengan kuat.
“Kenapa Guan Eng menyentuh
tentang isu nama Allah dalam ucapannya semasa menyambut hari Christmas sebab
itu merupakan isu sensitif kepada orang Melayu kita? Kenapa PAS tidak berjaya
memasukkan bersama hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat, sedangkan itulah salah
satu isu perjuangan PAS yang besar?” tanya ramai dikalangan yang hadir secara
berbisik kepada saya.
Saya telah merasakan sedikit
sebanyak risiko yang bakal dihadapi oleh PAS, tetapi oleh kerana semasa itu
adalah masa kempen pilihanraya saya hanya memberikan jawapan yang setakat saya
mampu menjawabnya. Selama tiga minggu saya berulang alik ke Kedah saya tidak
berada dalam ketenangan kerana ‘feedback’ negatif yang saya terima dari yang
hadir dalam ceramah saya.
Saya juga terasa bimbang tentang
kerajaan PAS Kedah kerana saya merasakan dan nampak yang ramai pengundi diatas
pagar tidak akan memberikan undi kepada PAS kerana isu siapa yang akan jadi Menteri Besar. Kebanyakan dari rakan kaum Cina saya memberikan ‘feedback’ yang
PR Kedah akan kalah jika Uztaz Azizan masih dikekalkan sebagai MB. Apabila sah Uztaz
Azizan di umum akan terus memegang jawatan MB jika kemenangan berpihak kepada
PR, saya lihat dengan jelas yang orang ramai terutamanya kaum Cina telah beralih
menyokong BN yang telah mengumumkan seorang yang muda sebagai MB Kedah jika
mereka menang, iaitu Mukhriz Mahathir.
Saya menyebut isu ini kerana jika
pucuk pimpinan PKR mengambil keputusan untuik meletakkan seorang calon lain
menggantikan Khalid Ibrahim, ia tidak semestinya di ikuti oleh ahli-ahli dan
penyokongnya lebih-lebih lagi kepada pengundi-pengundi di atas pagar.
Keputusan meletakkan Uztaz Azizan
sebagai Menteri Besar itu adalah keputusan PR yang dipersetujui oleh semua
parti yang berada di dalamnya tetapi akhirnya Uztas Azizan pun tidak berdaya
mempertahankan kerajaan yang di pimpin beliau. Isu ini berlarutan sampai
keseluruh negara dan jika DAP benar-benar berpengaruh untuk menentukan
kemenangan bagi PAS, kenapa PAS mendapat kerusi yang berkurangan dari DAP yang
telah melonjak kemenangannya dari 28 kepada 38 kerusi dalam PRU yang lalu?
Sebenarnya PAS menjadi korban
kerana kebaikannya. Sesungguhnya isu hudud dan nama Allah yang di sebut oleh
DAP itulah yang merenggangkan pengundi kaum Cina dan Melayu terhadap PAS dan
ini tidak boleh dinafikan. PAS hanya menjadi korban rakan-rakan kongsinya
dengan ‘intrigue’ politik yang telah mengaibkan PAS.
Lantaran kenyataan DAP yang “PAS
is nothing without DAP and Chinese support” itu adalah kelakar dan sangat tidak
jujur. Sebaliknya jika PAS dan orang melayu tidak serius menyokong DAP semasa
itu masakan DAP mendapat lonjakan jumlah kerusi yang di menanginya.
Bagi saya kebaikan dan
keterbukaan parti itu terhadap rakan kongsinya itu diambil sebagai kelemahan
oleh parti-parti lain dalam PR. Mereka mengambil semuanya ‘for granted’
terhadap PAS. Seperti yang saya sebutkan beberapa kali rakan-rakan PAS hanya mahu menjadikan PAS sebagai orang semenda, 'dipanggil datang, di suruh pergi' sahaja.
Jika itu juga sikap parti-parti
rakan kongsi dalam PR di Selangor kita tidak lagi berkeyakinan yang PR akan
kekal mentadbir Selangor selepas ini.saya sebutkan dalam posting saya yang lepas, 'saya berharap pandangan saya ini salah'.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteDari senario yg berlaku berikutan cadangan untuk menukar MB Selangor mutakhir ini, apa yg jelas dgn tidak semena-mena UMNO menyokong TSKI. Kenapa tempua bersarang rendah? Mereka sedang dipermainkan sebenarnya.
PAS perlu faham satu perkara, iaitu penggunaan ugama sebagai alat politik tidak ada lagi pasaran di Malaysia. MAlaysia makin moden dan fikiran rakyat makin terbuka. Kalau PAS terus konservatif, maka PAS akan terus kekal sebagi satu parti kecil yang hanya dapat sokongan di Kelantan. Sokongan di Kelatan pun tidak boleh dianngap sebagai sokongan terhadap PAS; rakyat Kelantan sebebarnya sokong TG Nik Aziz, tanpa TG NIk Aziz, PAS bakal hilang Kelantan kepada UMNO di PRU 14.
ReplyDeleteKalau orang Islam ( Melayu) hendakan hukum hudud seperti yang dijajakan oleh PAS, PAS sepatutnya sudaah lama memerintah negara ini, tetapi PAS kalah teruk selain daripada Kelantan. Negeri yang diperintah, Kedah dan Terangganu pun tak dapat dipertahankan !
PAs perlu sokongan bukan Melayu, DAP perlu sokongan orang Melayu. Ini satu hakikat politik yang tidak dapat dinafikan. Ini bermakna kedua-dua parti ini perlu cari jalan tengah; tidak semua aspirasi parti dapat dijadikan kenyataan. Kedua--dua parti perlu saling hormat menghormati , bukan berbalah secara terbuka.
Dari kengkawan yang dok Kelantan, PAS Kelantan akan bungkus dalam PRU 14 nanti. UMNO akan dapat Kelantan secara free sebab dalam PAS Kelantan, puak ulamak dah cantas abis golongan yang menjadi jambatan dan kekuatan kerajaan PAS selama 23 tahun dulu. Puak ulamak tak perlu golongan profesional menjadi tunggak yang menompang kepada kepimpinan ulamak di Kelantan selama ini. Geng depa semua merasakan dengan faqeh ugama depa lagi hebat mengusai ilmu-ilmu duniawi, hatta, bijak sains angkasa lepas pun depa terer!....itu yang kerajaan Kelantan tercunggap-cunggap sekarang ini.
DeleteHebatnya depa, sampai mahkota perjuangan depa, perlaksanaan hukum hudud pun depa dah serah dengan kotak dengan pembungkusnya sekali kepada UMNO! Itu bab bidang yang depa teramat arif. Bidang lain lagi le. Lebuhraya rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu pun depa dah serah kat Najib. September 2014 ini Najib akan memulakan pembinaan pakej pertama. Comfirmed.....
Habis dalam kempen PRU 14 nanti, geng ni nak jual modal apa lagi kat rakyat kelantan? Semua dah serah kat UMNO dan Najib....
Betul kata Anon 05:24, PAS akan menjadi parti nyamuk yang kuat di Kelantan. Kuat apa? Kuat sebagai PEMBANGKANG. Dalam bab membangkang ni, depa tak perlu ramai. Cukup 2 atau 3 orang ustaz jadi ADUN PAS je, DUN boleh jadi bising.....
Dah lama tauu.....
ReplyDeleteKalau dah PAS merasa semua ahli sebagai pengalas kaki pada gabungan parti dalam PR kenapa dok tunggu lama lagi pun dalam PKR dan DAP ada kafiaq harbi dan dalam PAS seratus peratus islam tapi banyak yang tak ikut tertib islam lebih baik kafiaq harbi sekurang-kurangnya ada tertib jika hendak mengumpat, kita lihat bagaimana kafiaq harbi berpadu tenaga melawan islam dengan pelbagai provokasi tapi islam sendiri bercakaran sesama sendiri bila dah ada kuasa ditangan,imbas kembali diNegeri Kedah semasa PAS berkuasa adakah kafiaq yang mula cerita tentang hilang percaya pada pimpinan Almarhum Ustaz Azizan , bangsa sendirikan yang mulakan,itulah yang ada pada PAS tapi bila orang cuba tunjukkan kesilapan yang memberi tunjuk pula dipersalahkan dengan mengungkit semua perkara yang lepas untuk menegakkan yang basah.Renung dan berfikirlah sepanjang masa dan semasak-masaknya.
ReplyDeleteDlm kumpulan orang buta...yg bermata satu akan diangkat jd pemimpin....bilo pengikut memilih pemimpin yg bodo utk memimpin kumpulan nya....maka akan jelas la kebodoan pengikut berkenaan dan hanyut dn tenggelam la kumpulan tersebut dlm lautan kebodoan hasil pilihan mereka sendiri...
ReplyDeleteSelepas saja pakatan rakyat memerintah selangor, harga rumah di selangor naik 3 kali ganda....sekarang tiada lagi rumah 1 tingkat 20x70 kaki berharga dibawah RM 150,000.00 ataupun rumah teres 2 tingkat berharga RM 220,000.00.
ReplyDeleteOh ya..kebanyakan pengundi yang mengundi pakatan dalam pru13 sudah pun memiliki beberapa rumah untuk diwasiatkan kepada anak-anak sebagai harta pesaka.
Tokoh korporat memang bijak berniaga, air hujan pun boleh ditukar menjadi gunung-gunung duit, inikan pula tanah subur. Bukan lagi dikira relung dan ekar tetapi dikira kaki persegi malah inchi persegi.
Tiada lagi rumah murah, rumah kos sederhana, bila tanah negeri sudah dijual dalam inchi persegi.
Dulunya pemaju tukar bina rumah murah dengan tanah negeri, semua rakyat dapat subsidi.
Sekarang kutipan negeri mau tinggi, tanah negeri dijual dalam inci persegi , pemaju mana yang mau rugi kalau tanah tak disubsidi?