TS Khalid Ibrahim mencabar PKR
untuk membuat laporan terhadapnya jika benar beliau menghadapi masalah
intergriti. PKR boleh membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah jika mereka
yakin beliau mempunyai bukti kukuh tentang apa yang mereka dakwa melalui kenyataan Saifudin Nasution, Setiausaha
Agung PKR.
Saifuddin telah membuat kenyataan
yang beliau akan membentangkan laporan setebal 50 muka surat dalam mesyuarat tertinggi Pakatan
Rakyat 10hb Ogos ini. Jika apa yang di bentangkan itu tidak ada kebenarannya maka
secara natural tindakan itu hanyalah satu konspirasi setengah pihak untuk
menjejaskan intergriti beliau sebagai pemimpin kerajaan negeri Selangor.
Tetapi beliau (Khalid) juga patut
mempunyai ruang untuk membuat tindakan mengadu kepada pihak badan undang-undang
untuk membersihkan nama beliau pada pandangan rakyat khususnya di Selangor.`
Diantara yang di sebut oleh
Saifudin ialah isu ‘outside court settlement’ dengan Bank Islam sebanyak RM66
juta berhubung dengan pinjaman Khalid dari Bank Islam yang membiayai pembelian 5 peratus saham Guthries semasa beliau
menjadi Ketua Eksekutif Syarikat Perladangan itu.
Isu ini sememangnya telah menjadi
pengetahuan umum semasa beliau belum menjadi aktif dalam politik PKR ini. Di
mana letaknya kesalahan Khalid dalam isu ini Saifuddin sahaja lah akan
membentangkannya dalam perjumpaan dengan ketua-ketua parti komponen Pakatan
Rakyat nanti.
Tentunya Saifudin dengan pimpinan
PKR yang mahu Khalid keluar itu sedang mencari segala kesalahan atau kesilapan
Khalid sebelum ini. Sememangnya susah untuk mencari kesilapan itu dan jika ia
masih dilakukan ia ibarat 'mencari kutu dalam rambut yang tebal'. Tidak kira apa,
baginya Khalid mesti berhenti kerana itu adalah kehendak Anwar Ibrahim.
Saya seolah-olah tidak mahu
mempercayai yang Saifuddin sanggup menunjukkan dendamnya sehinggakan berikrar
akan menunjukkan segala kesalahan Khalid dan terpaksa keluar dari Pejabat
Setiausaha Kerajaan di Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Bagi Saifuddin
tindakan beliau untuk berkata dan bercakap dengan nada tinggi yang disulami
dendam itu adalah satu tindakan yang ‘heroic’ untuk menzahirkan sokongan kepada
Anwar Ibrahim.
Saifuddin mesti menunjukkan segala
tuduhan beliau itu semuanya benar yang tidak boleh diragukan dan dipersoalkan.
Jika kurang dari itu adalah hak Khalid Ibrahim untuk mengambil tindakan
undang-undang dan apabila sampai ketahap itu Saifudin perlu meletakkan jawatan,
jika beliau ada apa-apa jawatan yang beliau pegang sekarang ini.
PAS dan TGHA nya mungkin dipaksa
membuat ikrar bersama untuk menyokong Khalid di ketepikan pada 10hb nanti,
tetapi hakikatnya mereka adalah berbeza pandangan dan pegangan. TGHA pula akan
menjadi sasaran pihak lain yang akan menganggap TGHA sebagai seorang yang
mempunyai sikap ‘flip-flop’ seperti juga pemimpin dan pucuk pimpinannya yang
selalu melakukannya. TGHA semasa itu akan dianggap seperti pemimpin yang
senilai dengan pimpinan UMNO yang terlalu banyak dipersoalkan oleh orang ramai.
Bagaimana pun itu adalah hak TGHA
untuk meletakkan dirinya di mana kata pepatah, selalunya, ‘raja bertitah hanya
sekali’. Tidak tahu pula kita samada TGHA bertitah berkali-kali dan dalam
setiap titahnya sentiasa berbeza-beza niat dan tindakannya.
Walau bagaimana pun dalam politik
dunia ketiga seseorang pemimpin itu membuat tentangan hanya untuk diubah
selepas ada perundingan. Sesungguhnya isu Khalid Ibrahim ini bukan sahaja
melemahkan sokongan terhadap PKR, tetapi ia juga memberikan risiko yang tinggi
terhadap sokongan rakyat terhadap PAS sendiri.
Kata pepatah lagi, ‘jika kerbau
dipegang pada talinya, manusia dipegang dari kata-katanya’. Kalau kata-kata
tidak dapat dipegang lagi, tidak tahu apa yang boleh dipegang dari seseorang
manusia itu.
Walau bagaimana pun itu tidak
menjadi perkara dan isu besar lagi hidup dalam akhir zaman ini. Dalam politik Malaysia kini semnemangnya slogan ‘Malaysia boleh’
itu terpakai di mana-mana dan bila-bila.
Semua mengharapkan isu Khalid
Ibrahim ini akan selesai secepat yang mungkin walaupun penyelesaiannya terpaksa
ada pihak yang mengubah pendiriannya
Jika terpaksa membuat U-Turn, elok bagi alasan yang kuat untuk
melakukannya.
Takut-takut nanti ada yang
terfikir untuk meminta mereka membuka mulut seluas-luasnya untuk melihat jenis
apa lidah yang ada di dalam mulut mereka itu. Pemimpin yang berbohong akan
memberikan bekas yang sangat mendalam dalam pemikiran mereka terhadap pemimpin
seperti ini.
Kekalutan dan kemelut dalam,PKR walaupun semakin keruh tetapi di penghujungnya sudah nampak jernih.
ReplyDeleteMalangnya yg menderita dan akan merana seumur hidup ialah PAS yg tidak pandai membawa diri sehingga terpalit terseret menikam diri sendiri.
Semua pemimpin PAS walau mereka cenderong kpd siapapun telah memainkan peranan memalu dan merosakan parti sendiri.
Saya tidak nampak salahnya khalid disingkirkan. Beliau dipilih oleh parti bukan rakyat untuk jadi MB. Sama seperti Mahathir ke Abdullah ke Najib. Parti yang pilih.Kalau Anwar berjaya mempengaruhi keputusan maknanya berjaya usaha penukaran itu. Kalau nak ikut pilihan rakyat pakatan sudah perintah Malaysia dengan sokongan 52% rakyat. Tetapi Barisan menang perwakilan dan majoriti perwakilan pilih Najib jadi PM.Kalau ikut teori Saudara Aspan hanya orang baik jadi Ketua baik dianjurkan pemilihan presiden seperti di Indonesia dan Amerika Syarikat.
ReplyDeleteJawatn MB bukn 'personal to holder'. Parti yg mlantik. Maka klw parti dh buat kputusn, brhenti sje la ... sblum dpecat. Tk reti malu ke? klw parti dh tk suke, paham2 jer la.
ReplyDeleteJangan lupa, disebabkan raja bertitah hanya sekali itulah yang menjadi punca Tuah dan Jebat bertikam.
ReplyDeleteJika benar ada 'settlement' di luar mahkamah atau jika benar TSKI mempunyai hutang sebanyak itu, maka ia dengan sendirinya tidak melayakkan beliau menerajui kerajaan negeri. Rakyat tidak mungkin menaruh kepercayaan mereka yang menanggung hutang sebesar gunung sebagai pemimpin mereka. Hutan itu sendiri menjadi beban ke atas diri beliau.
ReplyDeleteBerundurlah Khalid!