Tuanku Sultan Selangor berkenan
untuk TS Khalid terus menjadi Menteri Besar. Itu adalah isu pokok yang ingin di
ketahui oleh rakyat yang tertunggu-tunggu perkembangan terakhir yang melibatkan
krisis PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor. Mengikut perundangan dan
undang-undang tubuh Negeri Selangor, Khalid boleh berfungsi sebagai Menteri
Besar dengan sekurang-kurangnya empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan
empat ahli Exco ini boleh diisi dari kalangan empat ahli Exco kerajaan negeri
sekarang ini.
Mengikut undang-undang tubuh
Negeri Selangor ia memerlukan untuk sekurang-kurangnya empat orang ahli Exco
dan jumlah maksima keanggotaannya seramai sepuluh orang. Jika itu keputusannya
maka jelas PAS akan terus bersama Khalid Ibrahim dan tentunya PAS di beri tanggungjawab
yang besar bagi menangkis usaha setengah pihak untuk menggunakan kerajaan
Negeri Selangor bagi kepentingan peribadi mereka sahaja.
Sementara itu Muhyiddin Yassin,
Timbalan Perdana Menteri telah membuat kenyataan yang UMNO akan menyokong tindakan
Tuanku Selangor untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar dan dengan itu
Khalid sudah mendapat undi pukal dari 12 kerusi UMNO dalam Dewan Undangan
Negeri Selangor.
Besok TS Khalid akan bertemu
dengan Exco yang ada sekarang ini untuk bertanya samada masih mahu bekerja
dengan beliau. Jika mereka tidak mahu, dengan hanya melantik semula empat
ADUN dan Exco dari PAS sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan dan kerajaan
akan berfungsi seperti biasa. Perkembangan ini amat menarik kerana sedikit demi
sedikit kebenaran tentang kenapa ‘Kajang Move’ dahulu di lakukan oleh PKR pada bulan mac yang lalu.
Bagi pandangan setengah orang
yang bercakap sesama sendiri yang saya dengar, dengan perkembangan mutakhir ini
ia telah merungkai sedikit sebanyak
punca berlakunya pergeseran di Selangor ini. Justeru yang pasti dilihat
sekarang ini adalah ‘the end is near for Pakatan Rakyat’ di Selangor.
Krisis keyakinan sedang
menghantui Pakatan Rakyat dan untuk mengembalikan aura sokongan yang pernah
kita lihat, akan mengambil masa yang agak lama. Sesungguhnya percubaan Anwar
dan PKR untuk menunjukkan otot politiknya telah gagal dan ia bukan sahaja di
rasai oleh PKR tetapi akan juga di alami oleh DAP, bukan setakat di Selangor
tetapi ia menyeluruh di seluruh negara.
Selepas ini polimik tidak akan
berakhir malahan polimik ini dijangkakan akan sampai ke tahap yang lebih tinggi
lagi dengan pertengkaran di khalayak ramai yang akhirnya akan membuatkan lebih
ramai naik bosan dengan kerakusan Pakatan Rakyat. PR bukan untuk membina negara tetapi untuk
mereka berebut-rebut dengan harta rampasan selepas memenangi peperangan.
Apa yang sedang terjadi di
Selangor ini akan membawa ‘consequence of events’ yang mungkin tidak boleh di
jangka. Polimik akan bertambah hebat.
Salah satu hasil dari pergelutan
ini, banyak pihak sekarang mempersoalkan kejujuran Anwar Ibrahim. Tuduhan
terhadap Khalid kesemuanya berdasarkan kepada syak wasangka yang bertujuan
politik bagi setengah mereka dalam Pakatan Rakyat. Tetapi pihak Anwar dan
penyokongnya tidak pula membuat apa-apa tindakan terhadap pemimpin tertinggi
mereka yang telah secara undang-undangnya di dapati bersalah dalam isu liwat
beliau.
Mereka sebaliknya akan menuduh
keputusan mahkamah itu adalah mengikut telunjuk BN dan UMNO. Segala keputusan
yang tidak memihak kepada mereka, itu keputusan ‘conspiracy’ politik terhadap
Anwar. Tetapi Khalid hanya diperlukan untuk menampilkan syak wasangka sahaja
sudah di minta dan di desak untuk berhenti.
Pendeknya sejak 16 tahun dahulu tugas penyokong pembangkang hanya untuk
menyelamatkan Anwar dari menghadapi zaman gelapnya dalam politik yang di
hasilkan oleh kelalaian dan moral buruk beliau sendiri.
Bagi pendapat setengah orang,
selama 16 tahun politik Malaysia
asyik berlegar di keliling Anwar, untuk menutup perlakuannya dan cuba
untuk menyelesaikan masalah peribadi beliau sahaja. ‘Kajang Move’ yang membawa
padah kepada PKR sendiri ini adalah salah satu dari tindakan untuk meyelesaikan
masalahnya sahaja.
Akhirnya nanti apabila pembetulan
itu sudah sampai, orang yang selalunya mampu menyelesaikan masalah seperti ini
adalah orang yang mempunyai lebih kesabaran, kerana kesabaran itu tidak akan
dapat di lawan oleh sesiapa. Yang sabar itu akan selalu menang walaupun ia
memakan masa untuk memperlihatkan buktinya. Itulah sebabnya blog ini selalu dan
tidak berhenti menulis yang negara perlukan politik yang baru. Yang akan
membawa ‘ambience’ yang baru terhadap situasi siasah negara.
Apabila situasi yang baru itu
wujud, barulah parti-parti seperti DAP dan mana-mana parti yang membangkang akan
dapat menjamah kuasa di Putrajaya. Ia memerlukan pembaharuan politik secara drastik
berlaku baru ada perubahan.
Saya bukan ahli nujum, tetapi
saya tahu yang Anwar tidak akan dapat menjejak kaki ke Putrajaya selagi beliau
tidak membersihkan hati dan jiwa beliau dalam politik ini. Pendeknya mana-mana
pihak yang bersama mendukung Anwar dalam politik sekarang atau di masa yang
akan datang ini, segala cita-cita mereka akan hanya tinggal cita-cita dan semua
tindakan mereka semuanya merupakan ‘misadventure’ politik yang sangat mahal
harganya.
Sdr. Aspan,
ReplyDeleteAda perangkap telah dipasang, sama-samalah tunggu dan lihat siapa yang akan terjerat nanti. PKR? DAP? PAS? UMNO? Atau yang lain.
Apakah segala dakwaan dan kesangsian terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah dikemukakan angka dan fakta tersebut harus dibiar sepi tanpa jawapan daripada empunya diri yang kena tuduh? Apakah wajar dalam masa beliau sepatutnya membuktikan bahawa segala tuduhan dan syak wasangka tersebut adalah rekaan semata-mata tetapi digunakan lebih banyak mempertikaikan aspek teknikal yang kononnya cacat dan tidak mengikut perlembagaan parti? Rakyat sekarang pun bukan terlalu naif untuk mempercayai segala dakwaan dan tuduhan sebagai benar tetapi jika yang tertuduh kelihatan tidak berusaha untuk menyangkal segala tuduhan tetapi lebih berminat kepada perkara lain serta berputar-putar membelitkan isu, maka secara umumnya rakyat melihat yang menuduh lebih berkredibiliti daripada yang dituduh.
ReplyDeleteAmat berbeza dengan fakta pertuduhan kes liwat DSAI yang menampakkan bahawa yang menuduh tampil dengan bukti2 yang tidak konsisten dan meragukan manakala pihak yang dituduh berusaha bersungguh-sungguh membawa segala bukti dan alibi untuk mempertahankan diri.
Saya sangka mulanya Tuan Aspan seorang yang amat matang berpolitik hasil tindakan Tuan meninggalkan UMNO dan mempertaruhkan kerjaya politik Tuan di dalam arus politik baru, namun seolah jangkaan tersebut meleset jika diperhatikan kepada penulisan Tuan yang seolah-olah banyak menjurus kepada menzahirkan kebencian kepada DSAI secara peribadi.
Wallahua'lam.
Macam main catur pulak Aspan. Satu saje pergerakan, a grandmaster dah pikir 4 ke 5 langkah kehadapan dan pikir macam macam senario. Kau tolak ni..aku tolak itu. Silap langkah kena checkmate.
ReplyDeleteSekarang the kingmaker adalah PAS bukan DAP ataupun PKR.PAS boleh ranapkan Khalid ataupun PAS boleh beri talian hayat pada Khalid. Kalau PAS tarik sokongan pada Khalid, PAS tak kemana mana, jadi alas kaki DAP dan PKR seperti kata Aspan dulu.Secara stratejik PAS kena fikir apa yang baik untuk orang PAS dan Islam keseluruhannya.Inilah masanya dan peluang tak datang berulang kali.
Saya amat setuju dengan kupasan saudara. Isu cubaan menggugurkan Khalid ini mendatangkan banyak hikmah dan membuka mata bagi mereka yang mahu membuka mata. Ia menjadi titik atau "Moment of Truth"; merungkai dan menelanjangi berbagai2 sifat politik dan individu.Sedikit demi sedikit rakyat mula memahami sifat2 seseorang pemimpin terutama Anwar Ibrahim yang selama ini disaluti oleh selimut simpati rakyat.Slogan2 yang dilaungkan oleh PKR selama ini rupa2nya hanyalah untuk halwa telinga, sedangkan apa yang dilakukan terhadap seorang ahlinya sendiri amat bertentangan dengan slogan2 tersebut.Pemimpin2 Tertinggi Pas telah menunjukkan kematangan politik dalam menangani kemelut ini; menapakkan kebijaksanaan menenpatkan kepentingan rakyat di hadapan kepentingan politik. Saya lebih cenderung berpendapat bahawa di akhirnya Pas akan keluar sebagai "the winner'.
ReplyDeleteAs salam mualaikum tuan Aspan dan slmt hari raya, saya tertarik drngan coretan tuan yang mengatakan DSAI moral nya kurang elok justeru tak sesuai menjadi pemimpoin negara, tetapi apakah pemimpin negara yang sedia ada ini tinggi nilai moralnya
ReplyDeletePak Aspan....
ReplyDeletemakin banyak Pak Aspan menyebut nama Anwar Ibrahim dlm tulisan Pak Aspan, makin terserlah kebencian yg tak tertanggung tu pada Anwar Ibrahim. Anwar cuba digambarkan sebagai "menace" dalam politik tanahair kita. Bagi saya jenama Anwar adalah terlalu besar utk digambarkan sebagai "menace". Menace ialah orang spt. Ibrahim Ali, Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim skrg ni, Zamil Ibrahim, Zulkifli Nordin dan byk lagi.
Anwar memimpin Pakatan Rakyat yg memenangi lebih 50% undi popular dan menawan beberapa buah negeri dlm keadaan padang yg tak samarata. Adakah orang macam tu kita gambarkan sebagai "menace" . Kecuali Pak Aspan skrg dah jadi penyokong umno BN. Tkasih.
Anon 09.06,
ReplyDeleteSaya rasa nilai moral pemimpinx negara sekarang secara amnya adalah baik sebab belum ada setakat ini mereka terlibat di dalam kesx peribadi yang serious atau dihadapkan ke makhamah.Apa yang Pak Aspan katakan mengenai DSAI adalah satu fakta yang jelas dan telah dibukti dalam makhamah,Saya tak payahlah sdr nak pertikaikannya,melainkan sdr masih dibuai mimpi atau sengaja menutup mata dan telinga di atas apa yang berlaku sekarang melibatkan AI.
Saya berpendapat kemelut MB Selangor sekarang bermula dari pengumuman DSAI ingin menggantikan MB sedia ada. Sebeleum itu tenang saja.
ReplyDeleteApa salahnya cadangan ganti MB sekarang ditangguhkan sehingga tamat penggal MB sekarang supaya kemelut itu senyap ?.
Kalau Wan Azizah jadi MB pun masih ada suara tidak puas hati, sebab beliau bukan rakyat Selangor tulen.
Dari sebuk bertengkar, lebih baik kekalkan MB sekarang. Itu kemahuan majoriti rakyat bawahan.
Anon 12:56 disyorkan juga melihat moral pemimpin sekarang yg bila mana kesnya dilaporkan, mereka menggunakan segala peluang supaya mereka tidak didakwa oleh siapa, tidak lain dan tidak bukan Peguam Negaralah yg melakukan pendakwaan terpilih.
ReplyDeletePendawaan terpilih....Kalau tidak ada bukti yang sahih mascam mana nak dakwa.Apa awak ingat senang nak mendakwa sasorang itu tanpa bukti sebab jika dibawa ke makhamah pun ia nya akan dibuang.Terlalu banyak kes yang bolih lepas terutama atas alasan teknikal.Contoh yang paling saya rasa sdr tak mahu ungkit kes sodomi 1 AI.
ReplyDeleteTeringat kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Nor..
ReplyDelete"Bila musuh mula memuji menyokong kita, maknanya ada sesuatu yg tak kena"
Buat anon 16:53, tidak faham atau sengaja buat tidak faham ia itu jentera kerajaan dipergunakan untuk merosakkan bukti bagi hakim mendapati ianya ragu. Natijahnya maka terlepaslah dari pendakwaan ataupun keputusan sabit kesalahan. Ia mudah diatur.
ReplyDeleteSdr Anon 1.17,
ReplyDeleteSila komen sikit kes Sodomi 1 KETUM kamu tu dan Keputusan Kes Sodomi 2 di Makhamah Tinggi.You are just a very lousy hypocrite.Give facts,I say again facts not preceptions.
Anon 12:34, anda cuba untuk mengalihkan isu yg diperbincangkan. Anda ingat lagikah kisah Prebet Adam yg akhirnya dihantar ke Hospital Permai/Hospital Bahagia, sedangkan dia siuman? Bagaimana sistem keadilan dimanipulasi untuk menutup pekung penguasa sewenang-wenangnya. Jika anda cukup matang untuk berfikir, jawap persoalan itu terlebih dahulu!
ReplyDeleteBetul ke apa yang sdr nyatakan? jangan ianya hearsay evidence.Kalau benar pun memang dia deserved pun,nobody that possessed a sound mind will do like he did by doing a shooting spree in the middle of the city.Luckily he was tried in Civil Court if he was tried by Gen Court Martial and found guilty AKTA 72 of the Army Act ,the max sentenced will be death by firing squad.Puas hati dan bukan nak mengalih isi tapi saya mahu kita berbincang berserta fakta bukan auta...skrg sila pula tuan persoalan saya..ok, no hard feeling.
ReplyDeleteLebih 14 jam menunggu jawapan anon 12:34, tapi langsung tiada. Adakah tidak berani, atau tidak cukup maklumat ataupun tidak tahu langsung mengenai peristiwa tersebut.
ReplyDeleteJika input kurang janganlah beri output berlebihan.
Either my reply is block sebab saya sudah jawab di mana di antara isinya saperti berikut,mengenai Pbt Adam,saya rasa dia deserved dikenakan tindakan begitu sebab tidak ada orang yang berminda sehat berkelakuan saperti beliau melepaskan tembakan liar di khalayak ramai.Luckily dia dihadapkan dimakhamah awam,kalau dia diadili di General Court Martial di antara hukuman yang bolih dikenakan kepada beliau kalau didapati bersalah di dalam AKTA 72 Army Act adalah Death BY Firing Squad.By the way you test the wrong person,Pse check with Lt Gen[R] Abdul Ghani about Pbt Adam case as he was the BGS totally involved in the case.Now it is your term to answer my question on KETUM Sodomi 1 and 2 in relation to selective prosecution.
ReplyDeleteDalam aspek perundangan pendakwaan boleh memilih,dipilih atau terpilih,sebarang bukti boleh direkacipta atau dilupuskan..lihat kata kata ini "rupa macam saya,suara macam saya tapi itu bukan saya " atau "itu bukan saya,rupa tidak seperti saya tapi hakim putuskan itu adalah saya"
ReplyDeleteANON 5,52
ReplyDeleteAbove is the answer foe selective prosecution,read carefully.