Mengikut ‘insider’ DAP Anwar
Ibrahim akan berjumpa dengan TGHA Khamis ini untuk menyelesaikan masalah yang
sudah berpanjangan di Selangor. Di Selangor sekarang Menteri Besarnya ada tapi
tidak berparti hasil dari pemecatannya tiga hari yang lepas. Ini bermakna
kerajaan Pakatan Rakyat secara automatik gugur di Selangor bersama dengan
Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) dari Pakatan Rakyat sendiri.
Sekarang ini kerajaan Selangor
ialah kerajaan Khalid Ibrahim. Sementara Khalid di ketepikan, Khalid boleh
membentuk dan memilih Exconya sendiri dan tidak dapat kita ketahui samada
memecat Khalid sebagai ahli PKR itu adalah jalan penyelesaian yang betul.
Oleh kerana Khalid tidak berparti
lagi maka pada lojiknya Khalid boleh menyertai PAS atau DAP. Tetapi jika pun Khalid
memilih mana-mana parti, PAS adalah parti
yang paling hampir untuk di sertai Khalid. Tindakan Anwar mahu berjumpa TGHA
itu pastinya merupakan perjumpaan yang sangat penting kerana pada Anwar dan
kita semua, penyelesaian sangat perlu didapati bagi menentukan untung nasib
Pakatan Rakyat dan Kerajaan Selangor.
Pakatan Rakyat sudah retak seribu
dan apa caranya untuk menghilangkan keretakan ini terpulang kepada 'wisdom' kepimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekarang ini. Sebagai sebuah
‘coalition’ yang longgar diantara parti-parti dalam Pakatan tanggungjawab
setiap parti terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat itu tidak lah
permuafatan yang kukuh. Ia merupakan setakat persefahaman diantara ketiga-tiga
parti itu sahaja dan tidak ada perjanjian yang kukuh dan muktamad diantara mereka.
Buat masa ini, perhubungan
diantara PAS dan PKR sudah sampai ketahap perpisahan kerana itu sahaja yang
boleh menyelesaikan perselisihan kedua-dua parti ini. Sekarang ini lestari
kehidupan rakyat Selangor adalah isu terpenting sekali. Kita tidak boleh
membiarkan keadaan ini berterusan bagi menguruskan kerajaan bagi rakyat
Selangor ini.
Jika demi kepentingan rakyat
berbilang kaum di Selangor ini terlindung dari bahang pergaduhan diantara
pemimpin dalam PKR ini, maka adalah tanggungjawab parti seperti PAS untuk
melakukan tindakan yang drastik dan jangan di biarkan rakyat Selangor terjejas
kehidupan mereka.
Nampaknya PAS merupakan parti
yang berkebolehan untuk memainkan peranan untuk menyelesaikan dengan
mengutamakan rakyat Selangor dahulu dan lupakan untuk menyelesaikan masalah
peribadi seseorang yang rakus untuk mendapatkan kuasa.
Apa pun orang kata, PAS perlu
bertindak dan mengambil alih kerajaan negeri Selangor agar kesulitan ini tidak
sampai dirasai oleh rakyat biasa negeri Selangor. Tidak ada masa lagi bagi PAS
untuk berunding semata-mata untuk kepentingan peribadi seseorang yang tidak
mendahulukan kepentingan mandat yang di berikan oleh rakyat Selangor dalam
pilihanraya yang lalu.
Selangor tidak ada masa untuk
diberikan kepada Wan Azizah untuk menyesuaikan dirinya sebagai Menteri Besar.
Bila masa hendak menyesuaikan diri lagi dan bila pula masa nya untuk merancang
pemulihan semangat rakyat Selangor yang kini semakin lemah sekarang ini. Jangan
di biarkan nasi yang kini sudah menjadi bubur bertambah teruk dan tidak dapat
di perbetulkan lagi.
Semoga keberanian PAS dalam
membela rakyat Selangor akan memberikan keberkatan kepada parti ini sambil
memperbaiki keadaan dalam sistem rapuh yang di amalkan oleh BN sejak beberapa
lama dahulu.
Anwar sepatutnya di beritahu yang
rakyat tidak boleh di jadikan alat permainan kanak-kanak kerana mereka juga
mempunyai perasaan seperti Anwar sendiri. Cukup-cukuplah permainan politik yang
menyimpang jauh dari adat dan budaya kita orang Melayu dan rakyat Malaysia
keseluruhannya.
Anwar sepatutnya mengawal
perasaan rakusnya kerana ia hanya memberikan kegelisahan rakyat yang ramai.
Seorang pemimpin yang baik ialah pemimpin yang tidak mencetuskan keresahan
rakyat. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang memberikan kesejukan terhadap
rakyat yang ramai apatah lagi setelah rakyat memberikan keputusan muktamad
dalam pilihanraya yang lalu.
HANYA PAS YANG MEMIKIRKAN RAKYAT..
ReplyDeletePKR DAN DAP SEKARANG HANYA MEMIKIRKAN JAWATAN,PANGKAT DAN KUASA...
Jika PAS menyokong PKR apa bentuk sekalipun dan menjadikan ancaman kepada Khalid - DUN akan dibubarkan dan PAS sukar menang untuk jumlah kerusi yang sama.
ReplyDeleteJika dalam jangkapendek PAS berkecuali dan tidak memberi ancaman kepada Khalid - Rombakan Exco akan berlaku di mana PAS akan mendapat tambahan dan kemungkinan besar UMNO juga dapat satu atau dua dan selebihnya dari ADUN PKR yang melompat Bebas.
Jika PAS sokong Khalid - Khalid kekal MB dengan dengan rombakan exco memperlihatkan PAS menguasai sebahagian besar exco.
Krisis Mb Selangor dan tindakan saman Lim Guan Eng terhadap Nasarudin Tantawi adalah permulaan titik perbalahan yang berterusan dan dendam mendendami sesama mereka.
Kalau macam ni - kenapa tak cakap dari dulu !!!
Melayu hanya melihat menerusi kaca mata mereka tetapi bagaimana dengan bukan Melayu (seperti Cina) apakah yang mereka lihat?
ReplyDeleteDari kaca mata apa pun isu ini dilihat fakta yang sahih ialah inilah pertama kali kerusi MB jadi sedemikian rupa. Betulkan?
Satu fakta lain yang mengiringi fakta di atas ialah inilah pertama kali kerusi Cina diletakkan di satu barisan dun dan tidak ada satupun kerusi Cina di barisan bertentangan.
Dalam konteks fengshui, susunan kerusi harus betul dan seimbang untuk menghasilkan gelombang yang harmoni dan progresif.
Sebaliknya susunan kerusi yang tidak seimbang antara dua barisan bertentangan menjejaskan penghasilan gelombang yang baik-baik.
Justeru, kalau sebab musabab dewan jadi tidak menentu adalah kerana susunan kerusi Cina yang tidak seimbang, bukankah jalan penyelesaiannya ialah dengan mengatasi ketidakseimbangan berkenaan.
Bukan sedikit pihak cuba menyelesaikan masalah ini tetapi hingga setakat ini ianya masih belum tercapai sepenuhnya? Kenapa?
Jawapannya adalah jelas iaitu formula penyelesaian yang digunapakai tidak tepat untuk permasalahan sebenar? Pengundi yang faham feng shui akan nampak jalan di depan.
Makanya kalau ada pengundian semula, pengundi yang berasakan feng shui harus ditukar supaya kemelut ini tidak berpanjangan atau berulang, kerusi Cina dalam dewan harus kembali dalam kedudukan seimbang seperti sebelum PRU 13-kerusi Dap disusun bertentangan kerusi MCA/Gerakan.
mereka sudah salah langkah. nak undur, serba salah, mahu tak mahu nak teruskan juga. bukan soal kalah atau menang. kemelut di Selangor ini lama kelamaan mengheret kepada "kuasa" lain untuk campur tangan bagi membunuh semua peluang yang diidam-idamkan oleh pihak yang "sangat mengidam" jawatan. kematangan dalam berpolitik diperlukan. jika tidak PR akan jadi sejarah politik negara. percayalah!
ReplyDeleteIf PAS is political party with wisdom then its leader such as son-in-law of Hadi Awang would not support organization such as ISIS. Did you know ISIS killed innocent children? Please remember people such as me voted for PAS because of Dr zul, husam, mat sabu, khalid samad and others. We do not support the ulama
ReplyDeletePR sebenarnya hanyalah dipergunakan sebagai lambang keadilan perjuangan bersama antara parti bergabung. Tetapi setelah separuh jalan berlalu terpancarlah niat asal perjuangan parti parti bergabung ini. Berlakulah pertelingkahan ,bertindak menjatuhkan batu penghalang, perjuangan memertabatkan kuasa dalam keluarga sendiri dan saling membuka pekung busuk masing masing atau menegakkan fitnah sesama sendiri.
ReplyDeleteTidak dinafikan rakyat Selangor sudah bagitu mual dengan permainan munafik bagini.
Tuan,
ReplyDeleteApalah yang boleh diharapkan dari parti PAs?PAS bukan parti yang berjaya di Malaysia.Sejarah dah buktikan.Memerintah negeri-negeri yang pernah dimenangi hanyalah sepenggal saja,Pas wajib di bubarkan,kerana pemimpin-peminpin mereka hanya sebagai penonton sahaja di Selangor.
Mengapa kita membicarakan gila kuasa anwar...mengapa kita tidak fikir orang yang berkuasa itu gila kuasa...seperti kata yb khalid samad..TSKI hanya perlu jawab soalan2 yang dibangkitkan...yang saya ingin tahu bagaimana TSKI bolih selesaikan hutang rm60juta itu...kerana saya ingin tahu kerana bolih bantu saya menyelesaikan hutang...jangan
ReplyDeleteAh kita hanya menyerang anwar tanpa melihat isu sebenar
anom 22:34
ReplyDeletekita tengok la parti mana yg akan dibubarkan. Bila buat langkah kajang tak beritahu PAS, sekarang ni baru anwar nak melutut depan presiden PAS sampai sangggup ke terengganu....huhuhu
TSKI khalid menjadi MB disebabkan parti kenapa ingkar tak macam MB terangganu, jika ini dah menjadi satu tauladan pening kepala PM jika nak tukar MB dibawah penguasaan BN jika tak nak ikut arahan parti.
ReplyDeletePAS cannot be trusted! As a friend or a political ally. The moment an opportunity present itself, PAS will grab power.
ReplyDeleteI am not a Muslim. I have voted for PAS because they claim PAS is for ALL.
Now I know. PAS is only for PAS. The rest can be thrown away like used-rags.
PAS is tak boleh caya.
00:51,
ReplyDeleteBecause of the slogan "pas for all", you gave ur vote to them but do you aware that it has also given more votes to Pkr and Dap?
So if you said that slogan tak boleh caya and if it is shared by those who have the same opinion as u, what will happen?
Logically the votes will go back to where they belongs, Mic and Mca isnt it? And bet ya that will be true.
ReplyDeletez-mOLAN..KALAU FAHAM eNGLISH LAH YA..In the original suit filed in 2007, Bank Islam had sued Abdul Khalid to recover RM70 million given to the latter under an Islamic loan facility. The money was used by Abdul Khalid to buy a 5% stake in Kumpulan Guthrie Bhd, of which he was chief executive officer.
Abdul Khalid subsequently countersued Bank Islam and, among other things, said the bank had wrongfully sold the Guthrie shares that were pledged as collateral. The two cases were subsequently consolidated into one.
Out of court settlement bukan perkara baru. Anwar Ibrahim pun ada out of court settlement.
Aku bukan sokong TSKI. Tapi tak setuju cara dia dituduh. Perangai aku sama dengan TSKI kot? Kalau kena tuduh macam tu...aku mmg naik angin.
ReplyDeleteBIMB & TSKI Dua-dua piohak pun ada kes. Berapa jumlah syer TSKI yg Bank Islam jual kau tahu ker? Kalau jumlahnya bersamaan atau lebih banyak dari RM 70 juta dan BIMB memang boleh didapati bersalah menjual saham TSKI tanpa kebenaran, out of court settlement tak mustahil. Contoh, kau buat biz loan RM 65k gunakan rumah kau sebagai cagaran. Lepas tu tak semena-mena kau sangkut bayar 2 bulan jer bank dah lelong rumah ko yg berharga RM 100k. Kau saman tak bank tu? Tengok2 tahun 2014 rumah ko naik pulak valur RM 145 k..naik angin tak? Yang lain pikirlah sendiri..Bumiputera kena banyak mengaji sendiri macam mana nak buat urus niaga..jangan salahkan non-bumi sahaja. Untuk makluman, kompeni aku kena tipu dengan kontraktor bumi jugak...yg siapkan kerja non-bumi..apa lah nak jadik dengan politik ni..sakit hati betul dengan semua..