Seandainya Khalid Ibrahim berjaya
di ketepikan maka keseluruhan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor
perlu meletakkan jawatan mereka dari menjadi Ahli Majlis Mesyuarat tersebut.
Tetapi jika mereka dilantik kembali oleh penggantinya maka itu tidak menjadi
masalah. Tetapi yang pentingnya mereka wajar berhenti secara ‘gentleman’ kerana
mereka adalah kabinet negeri yang dilantik oleh Menteri Besar Khalid.
Itu adalah semangat kepada
demokrasi itu. Ini ialah kerana Menteri Besar semasa dilantik adalah disebabkan
kepercayaan Dewan Undangan dan dipersetujui oleh Tuanku Sultan, dan seterusnya
Menteri Besar telah memilih dan melantik dikalangan ahli-ahli Dewan Legislatif
Selangor untuk membentuk kabinet negeri yang di panggil sebagai Majlis
Mesyuarat Kerajaan itu.
Maka adalah tinggi moralnya jika
sesiapa yang dilantik oleh Menteri Besar yang bersara atau berhenti itu untuk
bersama-sama meletakkan jawatan bersama Menteri Besar yang melantik mereka itu.
Tetapi tidak ada salahnya jika menerima tawaran oleh Menteri Besar yang baru
untuk kembali menyertai Majlis Mesyuarat Kerajaan yang baru itu. Tetapi yang
penting sekali ialah untuk mereka menyempurnakan tanggungjawab moral mereka
untuk berhenti bersama dengan Menteri Besar dan seluruh anggota Majlis
Mesyuarat Kerajaan itu.
Amalan ini jarang berlaku di
negara ini, tetapi ia perlu diambil perhatian tentang isu ini kerana demokrasi
itu ada semangatnya. Tetapi dahulunya isu ini menjadi perkara yang asas
dalam melaksanakan demokrasi di negara ini. Pemimpin pre Mahathir merupakan
pemimpin yang kebanyakannya adalah dari ‘perfect gentlemen’ dan bersara untuk
memenuhi tuntutan semangat demokrasi itu. Mereka berhenti bersama dengan
pemimpin yang melantik mereka dalam kabinet itu.
Di Britain jika seorang Perdana
Menteri itu berhenti separuh penggal yang berjalan, semua ahli kabinet Perdana
Menteri yang bersara itu secara automatik berhenti sekali. Jika mereka masih
berkehendakkan bersama dalam kabinet baru, mereka boleh mengharapkan yang mereka
akan di panggil dalam tempuh 24 jam dari waktu persaraan itu. Tetapi selepas
jangka masa itu dan masih tidak dipanggil oleh Perdana Menteri yang baru, maka
mereka menerimanya sebagai waktu mereka untuk bersara terus dari menjadi ahli
kabinet baru itu.
Jika Idris Ahmad di pilih untuk
menggantikan Khalid menggantikan Wan Azizah, maka Idris mempunyai hak untuk
memilih sesiapa sahaja dikalangan Ahli Dewan Undangan itu untuk menduduki
Majlis Mesyuarat Kerajaan itu. Idris boleh melantik bekas ahli Majlis Mesyuarat
kerajaan yang telah bersara bersama Khalid itu atau memilih semuanya dari
mereka yang tidak ada dalam Majlis Mesyuarat itu semasa Khalid menjadi Menteri
Besar.
Idris Ahmad seorang pengamal
perubatan adalah ADUN Ijok dan telah dispekulasikan sebagai gantian kepada Dr
Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai calon kompromi bagi
jawatan Menteri Besar itu. Telah dikatakan yang Khalid bersedia untuk
memberikan laluan kepada calon selain dari Azmin Ali dan Wan Azizah dan jika
inilah calon komprominya maka Idris pada saya merupakan seorang yang layak
untuk duduk di jawatan penting itu.
Tetapi andaian itu masih jauh
dari kenyataan dan hakikat senario di Selangor sekarang ini. Memilih seorang
Menteri Besar itu mudah tetapi untuk memberhentikannya adalah satu ‘enterprise’
yang amat membebankan. Itu sebabnya yang paling baik ialah untuk membiarkan
Khalid untuk terus memegang jawatan itu sehingga tamat penggal keduanya itu.
Khalid itu bukan dilantik oleh PAS. Beliau dilantik oleh PKR untuk menjawat
jawatan itu.
Ini merupakan kompromi yang
terbaik, malahan lebih baik dari memilih pengganti kepada Wan Azizah untuk
menggantikan Khalid Ibrahim itu. Anwar mungkin ada sebab kenapa beliau perlukan
pengganti Khalid itu secepat yang mungkin. Biarlah itu diketahui olehnya
sendiri walaupun ramai yang faham kenapa beliau tergesa-gesa untuk
memberhentikan Khalid. Mungkin Khalid sendiri tahu sebabnya dan kita tidak
layak untuk memberitahu sebab yang sebenarnya.
Tetapi jika Khalid memilih untuk
memberitahu sebab-sebab sebenarnya itu adalah satu perkara yang agak baik untuk
pengetahuan ahli-ahli parti dan rakyat Selangor. Ramai yang tertanya-tanya
kenapa hendak diberhentikan Khalid dengan tergesa-gesa? Kenapa hendak gantikan
selepas Aidilfitri? Kenapa tidak selepas Hari Raya Korban misalnya. Kenapa
tidak selepas Hari Christmas atau selepas Deepavali September ini?
Semua persoalan ini biarlah
berada dalam benak dan dalam diri Anwar sendiri. Tindakan tergesa-gesa ini
tentu bersebab. Anwar tidak akan memberitahu sebab sebenarnya dalam usaha
membersarakan Khalid sebagai Menteri Besar itu.
Tetapi ramai juga rakyat yang
mempunyai pandangan yang sebab utamanya ialah kerana masalah yang beliau
(Anwar) sedang hadapi sekarang. Bak kata anak-anak muda sekarang ini, ‘lu
pikirlah sendiri’.
Tak payah nak fikir lama..lama..Sekilas kocak air dah tahu jantan betina..sekilas politiking parti yang dikatakan PKR ni..dah tahu untuk Anwar, Anwar dan hanya Anwar..orang lain boleh tolak ketepi.
ReplyDeleteElok tukar PKR kepada PKA..parti keluarga Anwar..senang cerita
Tn AA.
ReplyDeleteSekarang ini bukan lagi masaalah siapa yg paling layak jadi MB. PKR pecah pun tidak jadi hairan pasal PKR pun wujud hasil daripada sepihan UMNO. Yang jadi paling malang pecahan boleh wujud dalam PAS sebab jawatan MB tu.
Yang mengaibkan PKR adalah TSKI sendiri. MB adalah jawatan yg di lantik oleh Parti, Bukan buat business sendiri, lantik diri sendiri. Ini jawatan politik, Kalau TSKI dah menolak utk letak jawatan, ini memberi prespective yg TSKI gila kuasa dan mementingkan keuntungan diri sendiri, Mungkin ada udang di sebalik batu. PKR dah memberi notis dgn cara baik tapi dibalas dgn kesombongan TSKI sendiri. Dah byk yg bertanya , kenapa TSKI patut letak jawatan dan apabila dijawab oleh PKR tentang integirti, ramai yg tak leh terima pulak. Bukan itu saja...byk benda yg tidak didedah.
ReplyDelete
ReplyDeleteAnon 11:17
Anwar itu apa intergritinya? Hanya orang ramai takl nak sebut lagi. We all know what he didi last summer bro!!!
....dan begitu juga perletakan jawatan adun Kajang tempohhari krn nak gantikan dgn anwar....Anwar memang licik dan bermasaalah.
ReplyDeleteKalau kita kata semuanya salah Anwar Ibrahim, sila senaraikan kesalahan beliau supaya kita boleh faham dan share ramai-ramai supaya kita boleh menghentam nya.
ReplyDeleteKalau kita cakap tanpa bukti atau fakta menunjukkan kebencian kita pada orang itu hanya lebih kepada jiwa kacau saja disebabkan kita tidak mampu bersaing dengan dia maka kita tuduh macam-macam.
Zaman sekarang, nak pengaruh orang lain supaya percaya cakap kita mesti disertakan dengan bukti dan fakta. Baru orang boleh terima dan percaya apa yang kita cakap itu betul bukan sekadar melayan emosi saja.
Nak bukti..kau nak video, audio, dokumen, gambar, court judgement semuanya ada..rajin rajin google..letak aje nama anwar ibrahim bersepah kau akan jumpa..masalah kalau bukti berlori tapi mata celik tapi mata hati tertutup..kau pun akan menafikan...
DeleteKalau kau berani suruh Anwar bersumpah dan kalau Anwar tak berani bersumpah dengan Quran, sekurang kurangnya mintak dia berani angkat sumpah di kandang mahkamah.Kalau sumpah takut, bukti DNA pun tak terima, panggil alibi pun takut...jadi macam mana,??
ReplyDeleteAnon,
Bukti macam mana lagi. Confirm dan legally established, the court has given the confirmation.
Nanti u kata mahkamah tak betul pulak? itu kesalahan besar dan tak bulih memimpin
Yang terlampau percaya dengan DSAI dah terlampau taksub,cakap apa saja lah dia tetap pertahankan DSAI,mungkin satu hari nanti dia atau sudara mara dia jadi mangsa macam Saiful agaknya barulah beliau buka mata.Percayakah beliau hal 16 Sep,40k Bangladesh,tak menang GE 13 bersara dan banyak lagi yang DSAI tidak berbohong.Wake up and do not be a fool and kena kelentong lagi.
ReplyDeleteMasa mb ahmad said disuruh berhenti...tak ada pula kmen tuan aa spy semua ahli mesyuarat negeri juga perlu letak jawatan..hehehe...
ReplyDeletePemimpin kena licik kalau tidak jadi seperti Tg Razaliegh dan Hadi Awang. Baik & lurus bendul.Tidak semestinya orang agama dan ekonomi boleh jadi ketua dan berurusan dengan masyarakat dunia.Ia mesti dari pemimpin yang licik.
ReplyDeleteMasa Mahathir pecat Anwar dulu pun dia melawan, apa salahnya Khalid melawan kalau dia rasa dia di pihak yg benar sebagaimana Anwar rasa dia dulu di pihak yang benar. Apa salahnya Khalid mencanang prestasi kewangan sebagaimana Anwar mencanangkan prestasinya di MoF dulu. Dan apa salahnya kalau Khalid bercadang membuat demonstrasi jalanan sebagaimana mentornya dulu...
ReplyDeleteTak betul ke TS Khalid compromise isu perjanjian air dan KIDEX disebabkan keputusan Bank Islam lupuskan hutang RM66 juta? Itu kita perlu tahu sebab ia berkait dengan integriti.
ReplyDeleteCakap bolehlah..Ada bukti????
DeleteAnom 18:16
ReplyDeleteKalau nak kaitkan air dgn bank islam, kenapa tak kaitkan jugak isi air dgn pimpinan Pkr yg melobi utk bayaar Lebih? Baca interview tski dgn the star. Baca jugak kenyataan rafizi bila dia kata mb baru akan revise payment air. Apa maknanya semua ini? Jgn insult intelligent org la....tski dah cakap, kalau tak betul buat laporan, apa Takut?
Kalau nak buat persepsi semua orgboleh buat. Satu soalan cepumas - kenapa sampai sekarang Anwar tak saman dato shazryl pasal video tu? Aku malas nak tulis Lebih2...
Kalau saman shazryl lagi banyak yg terdedah kut.
Delete