22 August 2014

Nak demo lagi ke?...cukup-cukuplah!

Shamsul Iskandar Mat Akin berkata Kongress PKR tahun ini merupakan Kongress terakhir bagi Anwar sebelum dipenjarakan yang berkaitan dengan tuduhan meliwat pembantu peribadinya. Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk menghakimi rayuannya terhadap ‘conviction’ 5 tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan Mac lepas.

Shamsul berkata yang rakyat akan bangun menentang penghakiman itu dan beliau meminta hakim benar-benar adil dalam membuat penghakiman itu. Bagi beliau jika Anwar masih didapati bersalah, maka itu merupakan penghakiman yang tidak adil. Jika Anwar dilepaskan itu penghakiman yang adil. Jika boleh saya cadangkan jika ada caranya, biarlah Anwar sendiri menghakimkan rayuan beliau sendiri. Ia sudah pasti adil dipandangan Shamsul.

Shamsul membayangkan jika penghakiman itu mengesahkan Anwar ke penjara, rakyat akan marah dan gerakan reformasi akan berulang.  Itu sahajalah perjuangan PKR, untuk menyelesaikan masalah Anwar Ibrahim semata-mata. Selain dari Mahkamah Persekutuan tidak kita ketahui siapa dan apakah badan yang boleh dianggap oleh Shamsul adil untuk membicarakan Anwar ini.

Kalau semua keputusan mahkamah tidak betul, elok kita bertanya keputusan siapa yang betul? Walaupun Shamsul menafikan beliau menekan badan kehakiman, tetapi kenyataan beliau jelas itu adalah satu penekanan. Tidak siapa yang boleh memberikan ‘alternative’ kepada Mahkamah untuk mendapatkan penyelesaian undang-undang.

Tetapi apa pun, tekanan seperti itu tidak mungkin membangkitkan gerakan reformasi seperti dahulu.kerana rakyat tidak lagi berselera untuk memperjuangkan peribadi seseorang sehinggakan meletuskan kekacauan di kalangan rakyat kerana rakyat sekarang mahukan penyelesaian kepada kemelut negara, bukan penyelesaian untuk peribadi seseorang.

Semua tindakan kita itu ada hadnya kerana dengan membangkitkan gerakan reformasi itu melibatkan ramai manusia dan ia bukan lagi gerakan yang direstui oleh ramai. Rakyat mahukan keamanan dan sudah tidak mahu lagi terlibat dengan demonstrasi yang tidak akan memberikan apa-apa kebaikan, baik kepada individu, rakyat mahu pun negara. “Enough is enough” kata seorang penyokong PKR yang telah pernah terlibat dalam siri demonstrasi semasa gerakan reformasi dahulu.

Rakyat mahu memberikan fokus untuk perubahan dan transformasi dan tidak mahu lagi memikul beban dan menjinjing masalah peribadi. Rakyat mahukan perundingan secara politik dalam keadaan yang baik kerana melalui perarakan dan demonstrasi hanya memberikan padah kepada negara.

Sekarang adalah masa untuk semua pihak berunding dan memulakan ‘ambiance’ baru yang dikendalikan oleh pemimpin yang mempunyai kewibawaan untuk menyatukan semua pihak. Rakyat tidak mahu lagi pemimpin yang ‘solicit’ kuasa dan mandat secara kasar dan tidak berhemah kerana jika dilakukan secara ini pemimpin yang akan berkuasa tetap dari mereka yang tidak berhemah tinggi.

Rakyat tidak mahu lagi dibohongi dengan tuduhan 40,000 pengundi dari Bangladesh mengundi untuk satu pihak kerana setelah diketahui yang perkara itu adalah pembohongan, amat susah bagi rakyat pemilih untuk mempercayai pimpinan seperti ini lagi.

Itu pembohongan yang diketahui rakyat. Entah berapa banyak lagi rakyat telah dipesongkan dengan pembohongan yang masih belum dapat diketahui ramai. “The lies were real insult to us and we can’t digest the deceits” kata seorang guru yang telah mengasingkan banyak masa untuk bersama menggerakkan apa yang dikatakan pembaharuan oleh pihak ‘alternative’ itu semasa pilihanraya dahulu. “Sekarang mereka hendak membohongi kita lagi, dan nak minta kita berarak lagi di tengah panas terik itu” sambungnya lagi.

Kata perbilangan, ‘once a liar, he or she will remain a liar’.

15 comments:

  1. And how do you know its a lie? You believe that saiful been sodomised? Cukup lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes we believed it and we believed also you one of his victims.

      Delete
  2. Harini seluruh negara berkabung dan bersedih dgn kepulangan jenazah mgsa mh17..tp aku tgk pemimpin PR tak sensitif lgsung...aku dah mula muak dan menyampah. ..rasa nyesal lak pangkah diorang ituhari...lepas ni no way...

    ReplyDelete
  3. Bila menang kes saman tidak pulak jari ditudung kepada mahkamah..."tidak adil!"

    Kalau saiful kelak menang jangan pulak ada pihak buat pusingan U..."tidak adil!"

    ReplyDelete
  4. Masih ramai bermimpi di siang hari. Umpama MH 17. Maka sang bodoh bingai tetap menyalahkan PM. Mengutuk menghina tanpa bukti kukuh.

    Sehingga di bukti terbukti, terakhir munajat Saiful di Mekah, masih jadi persendaan dari gelandangan PKR ! Atau umpama nya ibu bapa mereka di bunuh depan mata, masih mengatakan tidak apa? Yahudi membunuh semua lapisan rakyat Palestin tidak berupaya tanpa sebab, masih mengata tidak apa ?

    Lihat PBB yang di kawal, di bawah kovnvensyen geneva, Israel sebenar nya penjenayah perang, masih tidak apa... bukti-bukti zahir di depan mata namun masih menyatakan Palestin jua yang salah ?

    Mahkamah tertinggi masih tidak mampu memberi keadilan ? Betul Sdr AA. Mahkamah mana lagi untuk Anwar? Begitu tinggi darjat nya dari iktirafan Samsul dan sewaktu nya, Anwar tidak layak di hakimi, sekonyong satu tekanan yang tidak masuk akal dari segi ilmu perundangan kepada sistem perundangan Malaysia !

    Akhir nya demonstrasi. Tidak lain sifat 'Demon' semata-mata ! Masih tidak sedar di perbodohkan dan di pergunakan. Berpolitik sehingga meruntuhkan negara demi individu, tidak lain boleh di kategorikan sebagai pengganas !

    Saya setuju pandangan Sdr AA. Bila kita terlibat membina Bangsa, Agama Islam dan Negara, maka fisabilillah itu berada di landasan yang betul. Ada kita merasa rugi ?

    Politik Assobiyah itu hanya tafsiran jumud kerana AlQuran itu di turunkan dalam Bahasa Arab ! Arab itu memertabatkan Nabi Muhammad SAW sebagai bangsa yang di hormati. Bukan yahudi atau nasara yang jelas di tolak dalam bacaan Fatihah yang di baca berulang-ulang.

    Sesungguh nya mata satu itu ternyata musuh Allah SWT jua ....

    ReplyDelete
  5. Pak Aspan,
    Let them do it and this time we can see who and who will accompany these PR goons.Without the Lalat Hijau [PAS] joining the demo,do you mata sepet DAP want to participate.For the Police if any demo held,suffice to send only Women Constable of the FRU.Demonstraters in Malaysia tak ada telor.

    ReplyDelete
  6. Macam mana saya nak percaya pada Pak Sheikh...google nama Pak Sheikh...macam macam benda kita jumpa..gambar, audio, video, dokumen ...Cukuplah tu kena kelentong sekali

    ReplyDelete
  7. Rakyat dah cukup serik dengan harga barang dan perkhidmatan. Sudah tidak ada masa lagi untuk merarak mempertahankan integriti individu. Pakatan Rakyat kena tumpukan dan fokus terhadap masaalah harian rakyat, menerangkan keburukan kerajaan umno/bn yang salah tadbir negara dan ketirisan, rasuah, nepotisma dan kronisma yang berleluasa menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos pentadbiran yang melambung tinggi. Rakyat sudah muak dengan isu2 peribadi dan parti.Diharap pemimpin2 Pas tidak lagi mengheretkan diri mereka dalam isu2 remeh yang dimulakan oleh PKR.

    ReplyDelete


  8. "Pembohongan"

    Ada kalanya berjaya ada kalanya gagal. Malangnya di Malaysia ini ramai orang yang perchaya kapada pembohongan dari kebenaran, sahingakan pembohongan satu kewajipan kalau ingin menarik perhatian.
    Olih kerana begitu popular dan "power" pembohongan ini yang berserbanpon kononya dengan imeg Islam, tidak terkechuali sehinga islam itu di pandang hina dan rendah ,dimata masyarakat terutama ,yang bukan Islam.
    Berjayanya pembohongan ini mungkin kerana rata masyarakat ,kurang berpengahtawan dan cetek akal.

    Kobou Den kalau disogokan selain rumput dikatokan rumput ,mau ditondangnyo,itu yong poliknyo dengan manusio ,sogok apopon jadi.


    ReplyDelete
  9. kekuatan dalaman parti perlu kuat untuk berjuang. Lumrah dlm parti parasit dalaman perlu di bersihkan untuk survival dalam perjuangan menegakan keadilan..PR adalah parti baru tak seperti BN yg 57 tahun usia tapi masih tidak keruan. Kehilangan pemimpin berwibawa kerana haluan berbeza menyebabkan menjadi tak relevan masa sekarang. Negara perlu kekuatan pemimpin baru,wadah baru,perjuangan mantap untuk membawa negara ke depan dlm segala aspek.PR adalah gabungan parti yang berani dalam perjuangan dan sedang membuktikan kepada rakyat mampu menjadikan alternatif negara untuk maju.

    ReplyDelete
  10. Dah meluat dengan PKR. Terlalu angkuh dan zalim tehadap ahli serta rakan terbaiknya.Menyesal undi PKR tempohari.

    ReplyDelete
  11. Saya amat yakin dan tanpa ragu-ragu mengatakan bahawa Anwar Ibrahim seorang lelaki tua yang ada nafsu dan ketagih atau gian main lobang j...r, terutama lelaki muda jambu, berdahi licin.

    Kalau tak percaya sila tanya Mat Sabu, seorang pejuang Agama Islam bersama PAS, mengapa pada 1997, beliau dan Karpal Singh tergamak menuduh Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Mennteri ketika itu, seorang peliwat, di Parliament. Malah Mat Sabu adalah orang pertama yang mempopularkan gelaran 'Al-Juburi' terhadap Anwar.
    Anak-anak muda tidak tahu hakikat ini.
    Karpal Singh sudah tiada. Cepat, tanyalah Mat Sabu.

    ReplyDelete
  12. Najib sometimes Ada sikit otak juge. Tarikh berkabung umum klash dgn hari mtg pkr

    ReplyDelete
  13. anak dia nurul izzah pun sudah mengaku fitnah raja nong chik masa pru13 sampai nangis2 konon x mau buat lagi. Dia belajar dari siapa kalau bukan bapak dia? bodoh lah kau percaya dgn pkr ni, parti sial seumur hifup

    ReplyDelete