21 August 2014

PAS, terhempas sebelum berlepas

Apakah yang akan dihasilkan jika masing-masing bercakap untuk menyejukkan pimpinan dan menyorokkan perasaan sebenar yang ada di dalam benak masing-masing? Kedua-dua pihak mempunyai nilai dan budaya yang sama, untuk memberikan ‘amusements’ terhadap pimpinan puak masing-masing.

Setelah Dr Mahathir membuat gerakan untuk meminta Najib dipersoalkan semua tindakan dan kelemahan beliau, maka ramai di antara menteri-menteri lantikan beliau (Najib) memberikan kenyataan dan memberikan berbagai-bagai alasan kenapa mereka mempertahankan Najib itu. Dan semuanya mengakui yang Dr Mahathir mempunyai niat yang baik untuk memberikan teguran itu.

Di sebelah pembangkang pula kenyataan ini boleh kita fahami dengan berlakunya kekecuhan di Selangor yang berkait dengan isu mengganti Menteri Besar dengan Wan Azizah. PAS yang begiru hebat dipandang rakyat, telah menjadi parti yang dipersoalkan ramai tentang kewibawaannya setelah berpusing ‘U’ selepas mesyuarat khas parti itu pada 17hb Ogos yang lalu.

Akhirnya PAS seolah-olah menjadi seperti ‘pussy’ yang rupa-rupanya boleh diurut tengkoknya dan terlentuk-lentuk dalam keputusan mereka. Parti itu menjadi parti yang sangat manja dengan rakan kongsinya di atas nama persatuan dan kesatuan, saling ‘asih mengasih’ diantara satu dengan lain diantara mereka yang menjadi ahli kepada kumpulan alternatif kepada kerajaan pimpinan BN sekarang ini.

Ternyata apa yang dirasai oleh ahli-ahli PAS dan orang ramai yang merasakan dekat dengan perjuangan PAS selama ini merasakan PAS begitu lentuk dan tidak boleh diyakini membuat keputusan yang tegas dalam masa yang terdesak. Akhirnya dalam isu Menteri Besar Selangor sekarang ini, Khalid bukannya yang kalah, tetapi yang mendapat kekalahan teruk ialah parti PAS.

Justeru itu, kita menyedari sekarang yang PAS secara tidak disedari oleh parti itu sendiri, pimpinan mereka bukan lagi bertuankan kepada pucuk pimpinan PAS, disebaliknya ramai diantara pemimpin PAS rupa-rupanya lebih memberikan ‘allegiance’  Anwar dan betul lah tuduhan setengah pihak yang PAS dipenuhi dengan apa yang dikatakan sebagai ‘Anwaris’ di dalamnya.

Itulah sebabnya selalu blog ini menyatakan yang jangan sekali-kali kita mengambil dengan cepat apa yang dilihat sebagai cantik dan molek, kerana mungkin ada kecelakaan di sebaliknya. Begitu juga jangan kita mencampakkannya dengan cepat apa yang kita lihat buruk dan berduri, kerana di sebaliknya mungkin mempunyai hikmah yang besar.

Maka ramai yang mempersoalkan samada mereka di dalam PAS itu yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan mereka itu, benar-benar terlandas di atas agama suci kita ini? ATAU mereka hanya sekadar ‘worshippers of God’ dan bukannya ‘servants of God’?

Jika mereka hanya setakat menjadi ‘worshippers’ maka PAS bukanlah ada perbezaannya dengan parti-parti lain dalam negara ini, dan mereka hanya bermain politik dan menggunakan nama Islam untuk kepentingan mereka. Dalam isu di Selangor sangat jelas kelihatan yang PAS juga bermain politik yang mengikut resmi air, ‘dimana lekuk di situ berhenti’. Terkepit sedikit terus tidak dapat hendak ‘menguet’.

Rupa-rupanya terlalu ramai didalam barisan pimpinan parti itu adalah pada hakikatnya ahli-ahli kepada PKR yang terlalu rakus untuk jawatan MB di Selangor sambil sanggup menghina pemimpin yang baru sahaja dipuji ramai itu. Sekarang segala usaha ditumpukan untuk mencari kesalahan seperti orang mencari 'kutu dalam rambut'.

Sekarang PAS yang mengakui sebagai parti Islam itu perlu melakukan usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang mereka bukan setakat ‘worshippers of God’ tetapi sesungguhnya mereka adalah ‘the servants of God’ dan melaksanakan Islam itu sebagai cara hidup atau yang disebut sebagai ‘addin’ itu.

Sesungguhnya menjinjing nama Islam itu adalah satu kerja yang amat berat kerana kesucian agama dan perjuangannya. Islam itu maha suci dan sememangnya jalan ke arah syurga itu penuh dengan duri dan onak, sedangkan menempuh jalan ke neraka itu adalah penuh dengan roti dan keju yang enak-enak.

Sesungguhnya PAS perlu ‘restart and redefine’ perjuangan mereka semula. Setakat ini perjuangan mereka telah ‘terhempas sebelum berlepas’. 

15 comments:

  1. Pak Aspan
    Apa bolih buat skrg,rajin sgt buat U turn kah dah dilanggar olih bulldozer,habis penyet,nak repair formen cakap susah malainkan tukar semua termasuk enjin baru he
    he...he

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn penulis. pAS sudah hilang jati diri dan sebhgn besar pimpinan atasannya berkiblatkan Pkr. Sama ada mereka sedar atau tidak tahap keyaakinan rakyat semakin terhakis. Pas berada di dlm denial syndrome, bila di tanya berkenaan keputusan tempohari. Jawapan mrk hanya html menyedapkan diri sendiri - iaitu - strategi! Strategi ape kebenda camtu. Rakan seperjuangan yg di jatuhkan tanpa bermaruah dibiar tanpa pembelaan....kalau anwar dijatuhkan dulu bukan main. Maklumlah sokong khalid bukan dpt political mileage mcm sokong anwar dulu2.

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Aspan,

    Dimalam jumaat yg mulia ini, banyakkan beristigfar dan tenangkan hati dan fikiran.
    Mohon Allah SWT lindungi kita semua dari bisikan dan hasutan iblis dan syaitan ....amiinn

    ReplyDelete

  4. re, Bagitu juga jangan kita menchampakanya dengan cepat apa yang kita lihat buruk, kerana sebaliknya ia mempunyi hikmah yang besar.

    I like that !.

    Aden kebaruh sekojap tengok kobou , disebaik kobou Den yang hitam ,banyak menafaatnya.

    ReplyDelete
  5. Tukar saja nakhodanya insya Allah kapal akan mudik semula mengikut arah layar dikembangkan bukannya menutup layar untuk memaksa kapal belayar nanti kapal tenggelam nakhoda juga akan turut tenggelam,jangan biarkan kapal belayar diatas air tapi dalam kapal tiada air hinggakan penumpang menebuk lantai kapal untuk mendapatkan air.Fikir sendiri.

    ReplyDelete
  6. UMNO gitu, PAS gini.......orang Melayu nak sokong sapa sekarang ni?

    ReplyDelete
  7. PAS tidak lari dari landasan cuma PAS bertukar strategi. Kalau pemimpin pemimpin pas kemaruk harta dan kekeyaan dah lama mereka join UMNO untuk rembat kekeyaan negara.

    ReplyDelete
  8. Apakah Pas sudah hilang jati diri seperti didakwa? Bagi saya Pas telah melakukan sesuatu yang bijak dan berhikmah. Sebagai sebuah parti yang matang, tidak mungkin Pas melakukan sesuatu tindakan tanpa sebab. Pas sebenarnya telah menyelamatkan Selangor dari menjadi huru hara politik yang sudah tentu menjejaskan pentadbiran dan rakyat jelata. Pas menyokong Khalid kerana di masa itu Khalid masih menjadi ahli PKR dan telah melakukan tugas dengan cemerlang. Anwar sendiri pernah mengakui hakikat ini. Apabila Khalid dipecat, exco2 Pas kekal menyokong kerana jika tidak, Khalid sebagai MB tanpa parti boleh saja melantik exco2 dari umno dengan perkenan Sultan.Jika ini berlaku di mana kedudukan dan maruah PR? Dan setelah diyakini Selangor masih selamat untuk PR, Pas sedia melayan kemahuan PKR itu pun dengan menyediakan calon "backup" sekiranya istana menolak Wan Azizah.Inilah yang dikatakan matang dan pintar dalam politik tanpa mengorbankan prinsip.Lainlah kalau terjadi wakil2 rakyat Pas melompat seperti yang biasa berlaku dengan parti2 lain.

    ReplyDelete
  9. Pada saya PAS sangat matang dan berpusing mengikut pusingan yg berhikmah dan unsur2 dakwah politik berfungsi ditengah2 kekalutan. Banyak tafsiran yg boleh dibuat dlm kekalutan ini. Ilmu dan iman sahaja yg boleh membuatkan seseorang itu rasional. Pas telah memilih keputusan yg baik diantara keputusan2 yg buruk.

    ReplyDelete
  10. PAS jangan berbohong utk melepaskan diri! Ingat rakyat bodoh......setelah beberapa hari Khalid dipecat, Majlis Syura Ulama (MSU)dan Presiden masih menyokong Khalid! Kenapakah MSU dan Presiden PAS tidak awal2 lagi menolak Khalid? Strategi apa sebodoh ini dimainkan oleh PAS? Kalau PAS tidak 'berstrategi' spti itu saya kira isu ini dapat diselesaikan dgn mudah dan DS Wan Azizah sudah menjadi MB Selangor!

    ReplyDelete
  11. Kalau Tuanku tak bubar DUN,memang semestinya ADUNPAS jadi MB.Tuanku akan mesti nama calon MB dari komponen PR.DAP tak layak,calon PKR Tuanku tak kenan,maka automatik calon PAS dilantik,apatah lagi PAS mempunyai 15 ADUN dan PKR hanya 13.Logiknya telah nyata,PR tak bolih salahkan Tuanku.Jika ditakdirkan ianya terjadi,sekali lagi kita akan disajikan drama hemtam menghemtam yang pelakonnya terdiri dari kalangan anggota PR sendiri.Sama sama kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete

  12. Itu sebab PAS tidak pernah berjaya menubuh kerajaan, selemah mana pun UMNO itu.

    ReplyDelete
  13. Saya tabik strategi Pas. Pemimpin Pas sudah pandai main politik. Dulu pemimpin Pas hanya layan kejujuran. Pemimpin Pas sekarang melayan kejujuran disertai dgn kecerdikan. Buktinya pas maseh dlm kerajaan wpun Khalid tak de parti sbb angkara Anwar.

    ReplyDelete
  14. Golongan Ulama PAS tidak pernah hendak menjadi Pemimpin contoh. Sekurang-kurang nya sebahagian dari apa Nabi contohkan. Sama PKR , golongan ini hanya suka merujuk glamor bahasa Arab tetapi tiada pengisian. Mana mungkin boleh mendabik membina negara berkebajikan!

    Lagi satu puak di panggil anwarinas. Gaya dan cara amat berlawanan Ulama. Iya di depan, tidak di belakang. PAS di olah agar menjadi sekular. Ahli-ahli nya di olah liberal. Jadi, Islam nya di mana ?

    Penyakit lain ialah Ketua Pemuda PAS. Sentiasa kontroversi, melangkaui Presiden nya (perkataan politik). Ikut rasa. Juga, platfom Islam nya di mana?

    Parti Pas sudah di murtadkan oleh kawan-kawan setia nya. Kini syahadah mereka berbeza-beza. RIP (rest in peace) ? Kira sudah terhempas, hanya persoalan yang tinggal. PAS memperjuangkan apa sebenar nya ?

    ReplyDelete
  15. kong kali kong....
    terbaik... pas selalu di liwat oleh pkr & dap dan pas tak pernah dapat meliwat mereka....hanye menadah sahaja... bangkitlah ahli pas......

    ReplyDelete