20 August 2014

Rakyat sedang tercengang-cengang di persimpangan, tak tahu nak ke mana

Dr Mahathir menyesal menggantikan Badawi dengan Najib, kerana beliau tidak menyangka yang Najib mempunyai prestasi yang lebih buruk dari penggantinya yang beliau belasah dahulu.  Bagi seorang seperti saya, pengakuan Mahathir itu sangat menggembirakan.

Saya gembira kerana pandangan saya selama ini Mahathir adalah pemimpin yang tidak pernah memilih penggantinya yang betul dikritik oleh ramai orang. Dari Musa Hitam kepada Najib, tidak seorang pun yang beliau menyokong sampai keakhirnya. Apa yang saya sebut ratusan kali selama ini adalah benar akhirnya.

Itu sebab tuduhan saya yang Mahathir adalah penyebab utama kepada kejatuhan kualiti kepimpinan negara semakin terserlah kebenarannya. Beliau pernah mengakui yang beliau tersalah pilih Abdullah Badawi dan sekarang ini beliau mengakui yang orang yang beliau sokong dan pilih untuk menggantikan Abdullah yang beliau menyesal memilih dahulu, mempunyai prestasi yang lebih buruk.

Saya bukan bercakap tentang Najib kali ini, kerana Najib itu tidak perlu dibincangkan lagi tentang isu beliau. Najib adalah ‘conclusive’ sebagai Perdana Menteri yang paling tidak berprestasi sekali dan beliau wajar diganti..

Jika ditinjau dari kalangan pimpinan tertinggi UMNO (Majlis Tertinggi UMNO), parti itu menghadapi masalah besar. Benar, Najib itu perlu diganti dan jika tidak diganti kita telah melakukan ‘disservice’ yang terlalu besar kepada negara. Tetapi masalah ini adalah yang terlalu ‘compounding’ apabila pada hakikatnya tidak ada seorang pun dalam barisan Majlis Tertinggi parti itu berkebolehan untuk memimpin waimma untuk menunjukkan kualiti kepimpinan yang lebih sedikit baik dari Najib sendiri.

Beliau tidak senang hati dengan Najib yang terlalu tunduk kepada negara jiran, dan ia tentulah Singapura yang dimaksudkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Daripada tata-cara kata-kata Dr Mahathir itu, seolah-olah beliau akan beranggapan Anwar lebih baik dari Najib. Senang sahaja alasannya. Maksudnya jika Najib tunduk kepada Singapura, lebih baiklah lagi Anwar, kerana Anwar boleh terus berurusan dengan Washington secara terus.

Lagi pun Anwar sedang disokong oleh PAS dan Nik Aziz. Secara tidak langsung Anwar berjaya membawa PAS yang sentiasa dalam ‘sleep-walking’ itu, secara tidak disedari mereka menyokong agenda AS di negara ini secara tidak langsung melalui Anwar, dan Malaysia pula akan menjadi dalang AS melalui ketundukan Najib terhadap Singapura.

Itulah seolah-olah yang hendak disampaikan oleh Dr Mahathir. Saya tidak mahu menolak isu ini kerana tidak ada negara terutamanya negara kecil di dunia ini tidak ada permainan kuasa asing.

Pandangan Dr Mahathir tidak semestinya salah tetapi jika Najib itu perlu ditukar, Mahathir juga tidak mempunyai calon aternatif dikalangan barisan Majlis Tertinggi UMNO yang ada sekarang mempunyai ‘fitness’ untuk menggantikan Najib itu. Bukan sahaja Mahathir tidak mempunyai gantian kepada Najib, tetapi rakyat juga tidak dapat mengenal pasti siapa yang layak di kalangan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi itu.

Jika dulunya kita boleh mengharapkan pihak pembangkang untuk menjadi pilihan selepas ini, tetapi kalau ditilik dari prestasi dan sikap serta nilai pihak pembangkang sekarang, masalah yang sama yang kita sedang hadapi akan kita hadapi lebih cepat dan agak ‘instantaneous’ sebaik sahaja mereka menguasai Putrajaya itu.

Dikalangan parti-parti dalam pembangkang sekarang, walaupun telah menunjukkan mereka bersatu tetapi luka-luka dan pendarahan dalaman diantara mereka tetap wujud dan perlu pemeriksaan yang rapi.

Pendeknya apa yang diperkatakan Dr Mahathir itu mungkin mempunyai kebenarannya tetapi beliau juga perlu menerima hakikat yang beliau mempunyai saham yang besar dalam menjadikan keadaan sekarang berlaku dan tidak mungkin dapat diselesaikan dengan begitu mudah.

Kita perlu negara dengan siasah baru. Jangan jemu-jemu mendengar pandangan ini. Buang emosi dan campakkan sentimen peribadi ke tepi. Baru kita boleh melihat kewajarannya. Sesungguhnya kita sedang berada dipersimpangan, tercengang-cengang hendak ke arah mana.

15 comments:

  1. Aku nampak Ku Li sahaja yg sesuai sebagai penyelamat keadaan. Madaalahnya semua ahli UMNO tak nampak yg umno itu sedang bermasalah. Yg nampak buat2 tak paham... yg paham pulak penakut sbb takut hilang kedudukan... rakyat pergi mampuslah...

    ReplyDelete
  2. Pak Aspan....

    banyak kali sebelum ini Pak Aspan mengatakan tentang masalah moral Anwar...masalah persepsi masyarakat tentang moral Anwar atau moral buruk dia yg sebenarnya? Mana satu .
    kali ni Pak Aspan beri clue yg Anwar punye hubungan dgn Washington. Hubungan bentuk macam mana? spy US atau proxy US ? Mana satu .
    Tkasih.

    ReplyDelete

  3. Pak AA, biar saya jawab suffian ni... Jawapannya ialah semua sekali bukan yang mana satu.

    ReplyDelete
  4. Bagus ulasan bernas. Mari mengajak org melayu khususnya. berfikir dan bertindak mengguna akal
    Dari saya siti. Subang

    ReplyDelete
  5. Betul Mahathir tersilap lagi..Sepatutnya selepas Musa Hitam Mahathir pilih Tengku Razaleigh..malangnya TR jadi ketua Team B..tak pernah jadi kat mana mana seorang pemimpin memilih pengganti dari seteru politik.

    Kena terimalah hakikat TR tak ada rezeki nak menjadi PM.

    ReplyDelete
  6. Pak Aspan silap... Najib la yg punya hubungan kuat dengan Washington.. buktinya.. selfie Najib dgn Obama..

    ReplyDelete
  7. Pas akan dimoderatekan oleh anuwarisma. Itu pasti. Dan itu strategi amerika utk dunia2 islam. Pas dh terlalu byk anai2...lebih baik tinggalkan shj pas utk anuwarist2 dan tubuh parti baru. Get rid of thesr anuwarists once n for all. Jgn terlalu srntimental pd nama parti.
    If not...once pas di conquer 200% oleh geng2 ni...tgklah...mula2 depa akan buka keahlian pas pd sesiapa saja...islam atau tidak...supaya jadi redundant...then next step...serap terus pas bwh pkr mcm psm. 5 to 10yrs...pas x ujud lg

    ReplyDelete
  8. Whatever org nk fitnah but actually tski ni gentleman...for sure dia call tghh n ask pas not to protect him n pecahkan pr. Tski xnak dikenang sbg pemusnah pr...bcoz his fight is only with anuwar. Tski xnk membebankan tghh n pas.
    But then tghh pun clever...drag the issue longer a bit just to reveal pd org2 pas...siapa pkr betopeng pas..
    These ppl tgh panas...boomerang effect bila u khianat pd parti.

    ReplyDelete

  9. PAS sudah nyata lemah kerana terikut rentak Anwar dan PKR. Rasanya berat hati hendak menggalkan PAS ini, tetapi sudah terpaksa. Saya ucapkan selamat kepada PAS dan hadapi hari muka dengan keadaan yang ada. Assalaamualaikum PAS

    ReplyDelete

  10. PAS will soon become a lonely party licking its own wound. This is the last that could happen to PAS, but it happens' Husam and the rest of the vice presidents have got they wish to have the slow demise of the people's support.

    We are eagerly waiting how DAP is going to treat that party.

    For all intents and purposes, PAS does not deserve any support from us. Go and rely with DAP and Anwar for your survival.

    ReplyDelete

  11. I think PAS should be disbanded and all its members join PKR under Wan Azizah the proxy.

    PAS leaders bleeds us seriously bang! No more PAS, no more Hadi and Nik Aziz and of course no more Husam and the other Vice Presidents.

    Many PAS leaders are with Anwar but a few are with DAP in particular Mohamad Sabu who is fed by LGE through Penang state GLC's.

    ReplyDelete
  12. Pak Aspan,

    Bacalah sejarah, bacalah mainan lalu....apa kata Tunku selepas 13 Mei 1969....siapa yang Tunku kata yang telah keluar negara.... menjalar buat hubungan dan cari sokongan.....sebelum meletusnya peristiwa itu.....siapa?

    Nak tahu? Bacalah biography Henry Kissinger oleh Walter Isaacson. Kalau dua nama ini kita tak tahu, maka usahlah nak sebut pasal kuasa luar, kroni, proksi, dalang.....

    Ingat, Kissinger mai Malaysia buat seminar dengan DSAI pada 1997. (inilah modal utama/ramuan umno dalam buku 50 dalil itu).

    Terdahulu, bila DSAI baru dilantik TPM, beberapa senator US mai ke Malaysia menjalin hubungan baik dengan dia....(Berita ini keluar dalam CNN USA!). INI RENCANA SIAPA??? DSAI sendiri?

    Bab Singapura, alah wayang orang tu bermula dgn LKY!

    Selamat membaca!

    Sekian,

    The MIND!

    ReplyDelete
  13. Tiada siapa yang tidak ingin berkuasa dalam politik. Tiada siapa yang tidak ingin mengejar wang kerana nya. Berpolitik demi mewakili rakyat hanya kosmetik semata-mata sekarang ini. Apa lagi memperjuangkan kekurangan demi kekurangan merentas zaman dan kemajuan yang sering meninggalkan sebahagian dunia yang di cakna demi NWO yang sentiasa memegang erat tampuk kuasa dunia tanpa kompromi.

    Malaysia tidak terlepas dari pengaruh tersebut. Cuma kita sebagai rakyat biasa tiada akses sahih tentang apa-apa yang di ketahui pemimpin2 tertinggi politik.

    Maka amaran Tun M yang berpengalaman luas dalam pentadbiran negara, juga hubungan nya dengan dunia luar, jangan di perlekehkan. Baik atau buruk, Malaysia telah du kenali dan berada di persada dunia.

    Satu waktu dulu Malaysia, tidak langsung di kenali kerana kewujudan Singapura yang tidak melayakkan kita sebaris dengan nya kerana Malaysia itu Melayu dan sinonim Islam. Ingat lagi rambutan Malaysia di canang 'longan singapura' ? Satu contoh yang semesti nya di jadikan iktibar di atas kealpaan kita.

    Perangai buruk melayu, suka memfitnah, terlalu ego mengiktiraf kejayaan bangsa sendiri. Kita amat teruja dengan bangsa dan budaya orang lain. Kita sama-samha menjahanamkan masa depan anak cucu kita. Tidak terjadi kepada bangsa asing yang setiap waktu memperkasakan bangsa, budaya dan ketamadunan nya untuk tetap unggul dan di kenali.

    Siapa yang menjadikan kita tercengan-cengang ? Bukan salah orang lain tetapi pilihan kita yang sentiasa salah kerana MENOLAK sunnah Nabi SAW agar Islam itu dalam saf-saf yang kukuh berjamaah. Amati solat dalam perang. Tidak kah Allah SWT itu lebih mengetahui ?

    Kenapa kita mesti memilih kekufuran atau bukan Islam menjadi pemimpin? Bertambah hina lagi apabila kita tergolong menjadi munafik ! Maka itu yang di tangiskan Nabi Muhammad SAW, " ummatku, ummat ku, ummat ku..." Apa yang di sedihkan, makin berilmu tetapi tiada kepakaran nya ATAU kepakaran ilmu itu di salahguna, membinasakan manusia dan alam nya !

    Pilihan kita juga.

    ReplyDelete
  14. bukan tk ada pemimpin tapi tidak diberi peluang dn ketengahkan. pemimpin pula memonopolikan dgn wujudnya group atau team. team berbeza kita musnahkan dgn pelbagai cara. paling mudah fitnah guna undang 2. bila dah rasa tua dn dah tk banyak hari lagi... rasa bersalah datang. itulah sebab nya jadi keliru. dlm pas ramai. pkr ada umno ada dap ada di luar pun ada.

    ReplyDelete
  15. 10 BUDAK HITAM serang putra Jaya dan istana raja serentak.

    ReplyDelete