18 August 2014

Sekarang Dr Mahathir pula bersuara lantang mengkritik Najib

Masalah bukan sahaja dihadapi oleh PR dan PKR serta PAS. Seperti biasa masalah besar juga yang dihadapi oleh Najib, Perdana Menteri kita yang suka membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit yang sejemput itu. Najib tidak terjumpa dengan penyelesaian untuk mentadbir negara kita.

Terakhir sekali Dr Mahathir telah membuat deklarasi yang beliau menarik balik sokongan beliau terhadap Najib untuk terus memimpin negara ini. Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi.

Dr Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk ‘performances’nya daripada Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.

Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan UMNO dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.

Tetapi apa tindakan Dr Mahathir sekarang? Adakah Dr Mahathir mempunyai calon gantian kepada Abdullah, seperti PR sedang tercari-cari gantian kepada kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor? Setidak-tidaknya Anwar di pihak Pakatan Rakyat telah berjaya untuk mencari pimpinan gantian kepada Khalid, iaitu isterinya sendiri. Anwar tidak tunduk kepada tuntutan mana-mana pihak, termasuk PAS, dan beliau telah berjaya ‘mengembilikan’ parti islam itu dan beliau boleh perlakukan apa sahaja kepada PAS melalui agen-agennya dalam PAS itu sendiri.

Tetapi untuk memilih gantian dengan cadangan Dr Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihan Dr Mahathir tidak pernah pilihan yang betul. Mula-mulanya beliau pilih Musa Hitam, tetapi Musa Hitam tidak betul kepada beliau. Selepas itu pilih Ghaffar Baba tetapi akhirnya Ghaffar Baba tidak layak untuk meneruskan hasratnya hendak menjadi pengganti beliau.

Dipilihnya Anwar dan meminta Anwar menggugurkan Ghaffar, tetapi apabila Anwar menjadi Timbalannya, beliau dapati Anwar telah melakukan kerja yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pemimpin Islam katanya. Anwar pula telah didapati sentiasa melakukan ‘insubordinations’ terhadap pimpinan beliau, maka Anwar ditendang dengan alasan yang beliau tahu dari awal lagi.

Sesudah itu Abdullah Badawi menjadi ‘pelapik’ beliau dan akhirnya pelapik beliau ini juga menjadi sasaran beliau dan akhirnya pelapiknya itu berhenti dan bersara. Selepas Abdullah, beliau gunakan Muhyiddin untuk menaikkan Najib sehinggakan Muhyiddin berani untuk bersikap kurang ajar kepada Abdullah. Maka Najib jadilah Perdana Menteri.

Sekarang baru beliau sedar Najib lagi tidak berguna kepada beliau dan juga kepada negara. Beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib, tetapi jika kali ini kita mendengar cadangan siapa yang akan beliau mahukan untuk mengganti Najib, rakyat mesti berfikir ratusan kali kerana mengikut apa yang kita alami dengan pilihan Dr Mahathir, siapa yang menjadi pilihan beliau akan menjadi pemimpin yang tidak berguna lagi.

Pendeknya, siapa yang ditunjuk oleh Dr Mahathir sudah pasti pilihan yang salah. Itulah formula penting dalam pemilihan siapa yang hendak menggantikan Najib.

Mahathir selama beliau memimpin parti tidak pernah mahukan sesiapa yang berkepimpinan bersama beliau. Beliau hanya membina kumpulan yang asyik untuk mendapatkan kuasa untuk menjadi ketua-ketua dalam semua pertubuhan tetapi yang tidak berkepimpinan.

Akhirnya inilah yang kita warisi.  ‘Ism’ Dr Mahathir sekarang juga jelas dalam Pakatan Rakyat kerana PR itu dipimpin oleh orang yang terdidik dari kepimpinan beliau dan Anwar itu terbentuk dalam acuan Dr Mahathir sendiri. Itu sebabnya Dr Mahathir dan Anwar itu adalah dari acuan yang sama. Apa yang terhasil dari kepimpinan Dr Mahathir, itulah yang akan terhasil dari kepimpinan Anwar.

Itulah hasilnya seperti yang kita lihat berlaku di Selangor sekarang. Itu belum lagi kita jengah apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Keadaan di sana pun teruk juga dan ianya bersabit dengan kelemahan pimpinan Persekutuan juga.

Malahan tidak ada tempat yang tidak bermasalah di negara ini. Tidakkah Dr Mahathir terasa yang penyebabnya datang daripada hasil politik beliau sendiri?

13 comments:

  1. tengku razaleigh tn..

    ReplyDelete
  2. Itulah kehebatan Mahathir...... Sentiasa bijak mengecewakan musuh politiknya... akhirnya semua musuh politiknya kotai...

    ReplyDelete
  3. Itulah kehebatan Mahathir...... Sentiasa bijak mengecewakan musuh politiknya... akhirnya semua musuh politiknya kotai...

    ReplyDelete
  4. Yang layak menilai ialah Tun M. Memang 'sajak' kato oghang noghi...

    Saya pun kritik PM Najb sebagai rakyat biasa. Begitu juga yang lain. Banyak dasar Umno yang tidak tiada kesinambungan dalam membentuk sahsiah bangsa rakyat Malaysia. Banyak perlakuan nya yang melawan kehendak majoriti dan tidak peka kepada perjuangan warisan sebelum nya.

    Kritikan dan luahan perlu di dengar dan di selesaikan. Bukan menganiaya dan menjatuhkan maruah yang lain.

    ReplyDelete
  5. Malaysia jadi caca marba oleh siapa ? tidak lain dan tidak bukan Maddey Seberang perak cum Kerala.Bagi Maddey ini, semua org tak betul! Kesemua timbalan PMnya dikerjakan olehnya.Itulah kebolehan Maddey.

    Rakyat betul dah jadi sindrom bisu.living in Fear! Wikipedia dakwa Maddey ada USD 44 billions aset! Tidak ada protes dari rakyat.Jika di Pakistan,Thai,Indon dan Filipina sudah tentu Presidennya lari malam.

    Lihat apa dah jadi dg Marcos ? lihat apa dah jadi dg Benazir Bhutto, Apa dah jadi dg Suharto ? apa dah jadi dg adik Taksin ?

    Baru ini wikipedia menyatakan Maddey terlibat dg cetakan wang polymer.Maddey boleh tidor malam lagi.Malaysia boleh !

    ReplyDelete
  6. Jika boleh di'scan' pemikiran TDM, orang yang paling layak hanyalah Mukhriz tanpa syak lagi. Tapi Tun malu nak cakap dan menunggu gerombolan menyebutnya terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  7. Laman Asia Sentinel pada hari Rabu lalu melaporkan bahawa “perdana menteri dan (isteri, Datin Seri) Rosmah (Mansor) berlepas ke Paris”.

    “Mereka dilaporkan bertemu playboy China, Taek Jho Low dan bekas perdana menteri Qatar, dan kemudiannya dipercayai pergi ke Sardinia di Itali, ke Cannes di French Cote d’Azur, kemudiannya kembali ke Sardinia bersama apa yang disebut sebagai rombongan besar jutawan Cina Malaysia.

    Malaysiakini menghubungi setiausaha akhbar Najib, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad untuk mengesahkan dakwaan dalam laporan Asia Sentinel.

    Katanya: “PM sedang bercuti,” dan meletak gagang telefon ketika diminta menjelaskan lebih lanjut.

    Usaha untuk menghubungi Low juga masih belum berjaya buat masa ini.

    Laporan sebelum ini menyebut, Najib sepatutnya berlepas ke Netherlandsa pada 30 Julai, tiba pada 31 Julai untuk lawatan kerja ke The Hagua dan Hilversum.

    Bagaimanapun, maklumat FlightRadar24 menyebut, pesawat 9M-NAA berlepas dari Subang Airport on July 28 pada 6.40 petang, ke Bangkok.

    Ia berada di Bangkok untuk kira-kira dua hari sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, dengan perhentian singkat selama dua jam di Dubai.

    Ia tiba di Amsterdam pada 31 Julai, 8.03 pagi waktu tempatan (2.03 petang waktu Malaysia).

    Dua hari kemudian, pada 3 Ogos, pesawat tersebut dilihat meninggalkan Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 2.39 pagi waktu tempatan (10.39 petang waktu Malaysia).

    Destinasi penerbangan tersebut juga tidak direkodkan, namun kemudian mendarat di Basel, Switzerland, kira-kira empat jam kemudian. Secara purata, penerbangan dari Paris ke Basel mengambil masa satu jam 23 minit.

    Tiada rekod menunjukkan pergerakan pesawat tersebut dari Basel untuk tempoh enam hari, sehinggalah ia berlepas dari situ pada 9 Ogos, 9.24 pagi waktu tempatan (3.24 petang waktu Malaysia) ke Sardinia.

    Selepas kira-kira tujuh jam penerbangan ke Sardinia, pesawat itu muncul di Rom menghala ke London.

    Ia mengambil masa kira-kira 75 minit untuk penerbangan terus dari Sardinia ke Rom.

    Walaupun maklumat FlightRadar24 tidak menunjukkan perjalanan Sardinia-Cannes-Sardinia, rombongan itu mungkin menggunakan pengangkutan lain untuk perjalanan itu, atau mungkin perjalanan 9M-MAA dikeluarkan dari rekod.

    ReplyDelete
  8. Teguran dari Abang pada Adik walau pun pedas tapi itu adalah lumrah untuk kebaikan.Banyak batu api la ini sebab situasi di Sgor sekarang.Typical Najib dia akan absorb kritikan dan terus buat kerja dia mentadbir Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Madey memang bijak..putar Alam

    ReplyDelete
  10. penulis harus mengambil kira rakyat marhain jga tidak suka dgn policy najib kini. rakyat biasa terutamanya bumi jga merasakan najib lebih memilih bulu mensusukan kera di hutan.

    perlembagaan sedikit demi sedikit dirombak secara terang ataupn halus. hak bumi semakin terhakis kerana dasar liberalnya.

    saya x rasa tun m suka2 berckp mengenai hal ini. saya x rasa kebetulan pendpt tun m selari dgn kami.

    sekiranya dia mempunyai agenda tersendiri pn najib sememangnya perlukan kritikan kerana sudah kerap sgt menerima hanya khabar yg indah dr penasihat2 x berguna.

    apakah penulis merasa rakyat seperti kami jga tidak pernah puas hati dgn mana2 pm ? bagi kami pm terbaik masih tun m. formulanya cukup ringkas. mereka yg dtg dr bwh selalunya lebih mengambil kira org2 di bwh dan memahami penderitaan rakyat.

    org elitis seperti najib dan penasihat2 tidak mungkin mengambil kira jerih payah apatah lagi mempunya jati diri sebagai org melayu yg sejati.

    ya pm bkn hanya utk org melayu. barangkali pm sendiri sudah lupa sejarah dan perlembagaan negara.

    sekiranya pm najib mahu bermain dgn hak2 bumi maka dialah pm terburuk dlm sejarah malaysia.

    ReplyDelete
  11. Kesudahannya cerita Khalid ni ialah semua org UMNO jadi bangang menonton seniwara Anwar. Betulah cakap anwar kat saya suatu ketika dahulu yg menyatakan kalau nak main poltik cepat sikit sementara semua org umno sedang bodoh sekarang.......

    ReplyDelete
  12. Setuju dgn Anon 8.43... nak tambah sikit....Umno kuat semata2 kerana maseh berbaki lagi kuasa dan agensi kerajaan maseh lagi memainkan peranan utk menguatkan UMNO dan bujet utk itu maseh besar.

    ReplyDelete
  13. Strategi strategi sedang dirancang dan menunggu waktu dan ketika utk melakukan serang hendap. Awasi kata kata dan tulisan mereka. Sayangi malaysia negara tercinta.

    ReplyDelete