Saya tidak mempunyai masa semalam
untuk menulis kerana meraikan jemputan beberapa orang rakan dan sahabat rapat
saya untuk jamuan hari raya. Penat dan kekenyangan kerana menjamah terlalu
banyak juadah-juadah enak yang jarang-jarang saya rasa. Saya tidak dapat
memberikan komen yang panjang kerana semua telah diketahui umum semasa saya
sampai kerumah.
PAS telah bermesyuarat seperti
yang dijadualkan dan telah mengambil ketetapan untuk bersama Pakatan Rakyat dan
menerima hampir kesemua yang dikehendaki oleh Anwar dan PKR. Parti Islam itu
telah membuat sedikit perubahan dengan mencalonkan Azmin Ali sebagai calon
tambahan untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim.
Namun keputusan memberikan nama
tambahan itu hanya mempunyai nyawa selama beberapa jam sahaja kerana
‘Presidential Council’ Pakatan Rakyat yang bermesyuarat petang semalam telah
mengambil keputusan untuk mengekalkan Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi
Pakatan Rakyat. Ia bermakna PAS sendiri kenbali bersetuju dengan pencalonan
tunggal Wan Azizah itu.
Sekarang ini yang ramai bercakap
yang saya dengari bukan lagi isu Khalid Ibrahim, tetapi isu PAS yang nampaknya
jelas telah kehilangan kredibilitinya setelah bermesyuarat dan mengambil
keputusan. Pendeknya PAS telah bersetuju seratus peratus cadangan PKR dan Anwar
dan lagi sekali PAS dalam isu ini ternyata hanya sebagai pak turut sahaja.
Tetapi itu pilihan. PAS masih
mahu bersama Pakatan Rakyat dan itu hak pemimpin mereka untuk mengambil sikap
itu. Seperti yang saya katakan selalu dalam komponen sesebuah ‘coalition’
seperti Pakatan Rakyat mesti ada yang memerintah dan yang diperintah. Oleh
kerana PAS mahu mengambil peranan sebagai parti yang menurut perintah, maka
Pakatan masih utuh dipandangan ramai.
Sebenarnya yang tewas bukannya
Khalid Ibrahim, tetapi PAS. PAS nampaknya agak berpecah dengan isu Khalid ini.
Beberapa hari yang lepas saya terbaca surat
terbuka Naib Presiden PAS, Husam Musa yang seolah-olah memukul anak sindir
menantu terhadap parti yang beliau sendiri memimpinnya.
Beliau memarahi Khalid kerana
menyeret PAS kedalam kancah kemelut di Selangor ini. Sebenarnya dengan surat terbuka itu ia dimaksudkan
rasa tidak puas hati terhadap partinya sendiri kerana membuat ketegasan untuk
mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar.
Tetapi itu tidak mengapa kerana
PAS sudah kehilangan banyak dari ‘attribute’ asalnya. Dengan apa yang diputuskan
oleh PAS dalam mesyuaratnya pagi semalam dan apa yang berlaku di mesyuarat
‘Presidential Council’ Pakatan Rakyat petang semalam, PAS nyata tidak mempunyai
apa-apa ‘consequence’ dalam Pakatan Rakyat dan tidak lagi ada perbezaannya
dengan PKR dan DAP, rakan-rakan kongsi mereka. tetapi itu kehendak pimpinan PAS
maka kita mesti menghormatinya.
PAS mungkin sudah tidak mempunyai
kudrat untuk mengekalkan identitinya sebagai sebuah parti Islam dan jika ada
cara yang baik, elok PAS hentikan menempelkan Islam kepada batang tubuh parti
itu. Keras PAS itu hanyalah keras kerak nasi sahaja.
Husam memberikan pandangan dari
sudut pandangan beliau sahaja. Khalid bukannya pihak yang kalah sekarang ini.
Yang kalah sebenarnya adalah PAS, dan itu juga adalah kerana kehendak dan
kemahuan pimpinan mereka juga. Sesungguhnya jika kita perhatikan dari sudut
yang lebih luas, sesungguhnya PKR dan Anwar lah yang mengeret PAS kedalam kemelut
ini seperti juga yang dilakukan oleh Anwar dan PKR dari dahulu lagi.
PAS telah memikul beban Anwar
begitu lama sedangkan Anwar hanya berihat kerana bebannya dipikul oleh PAS dan
pimpinannya. Apabila PKR bermasalah, PAS lah yang dijadikan pendinding dan
nampaknya PAS ‘gumbira’ melakukannya. Beban Anwar bukannya beban yang kecil
tetapi mungkin Islam menuntut untuk bekerjasama dengan PKR dan Anwar itu dengan
mengikut semua arahannya.
Tiada siapa yang boleh menolong
PAS lagi kerana PAS nampaknya hanya parti alas kaki bagi rakan-rakan kongsinya.
Bagaimana Haji Hadi merasakan keadaan sekarang ini tidak dapat kita ketahui.
Majoriti jemaah kepimpinannya bertuankan orang luar dari parti itu.
Keadaan ini juga tidak pernah
kita menyangka akan berlaku kepada PAS yang dahulunya kuat, tetapi sekarang
umur mungkin menyebabkan parti itu bertambah lemah. Tetapi PAS jika ia tidak
lagi relevan sekarang, ia tetap parti yang sudah berumur melebihi enam dekad.
UMNO dahulu hanya hidup selama 42
tahun sahaja kerana parti itu telah mati dibunuh dan didera oleh pemimpinnya
sendiri. Kecenderungan PAS akan berada dalam ‘oblivion’ agak ‘imminent’, tetapi
tidak pula dapat dijangka bila masanya akan tiba.
Sebenarnya PAS takut dengan
gertakan setengah pihak yang mengugut yang PAS akan hancur jika tidak bersama
Pakatan Rakyat. Setengah pula berpendapat yang Anwar semakin berjaya melemahkan PAS secara sistematik dan pada hakikatnya PAS tidak lagi berdiri diatas kaki sendiri. Anwar yang mengatur segala langkah PAS. Samada pandangan mereka ini betul atau sebaliknya, itu terpulang kepada interpretasi masing-masing.
Ramai yang tidak menyangka PAS
itu sudah hilang nyawa dan jiwanya serta rohnya. Jika PAS ini sebagai ‘ikan yang hidup
dilautan’ PAS tidak akan gentar dengan ugutan itu. ‘Ikan yang hidup dan berjiwa
tidak akan masin jika dikeluarkan dari lautan yang masin dan luas itu’.
Saya berharap sangat agar pandangan saya ini adalah pandangan yang salah...
Sebenarnya pemimpin PAS bukan tidak kuat tetapi individu yang memipin itu sendiri tidak punyai wawasan yang boleh menampilkan PAS itu kuat sebabnya ialah individu ini suka membuat kenyataan membelakangi keputusan dari kepimpin parti sendiri disampaing ada segelintir maknusia dalam kepimpinan PAS sendiri mahu PAS berundur kebelakang dan suka PAS berada ditahap suka ditegur oleh ahli bawahan dan pembangkang dan musuh dalam arena politik,jika diimbau kembali sejarah dari beberapa pemimpin terdahulu perjuangan PAS tidak pernah berubah masih ditakok lama cumanya berbeza cara kepimpinan saja, ada ketika pemimpin bagitu tegas dengan pendirian hingga tidak boleh diundurkan hingga ketahap boleh mengugatkan keharmonian agama islam sendiri .
ReplyDeleteBagaimana bila Azizah gagal jadi MB? Ketika itu baru semua hargai cadangan PAS. Kita tunggu dan lihat mereka yang angkoh dan pandang rendah pada PAS.
DeleteSaya pun agak kecewa dgn keputusan pas. Setelah di herdik dan dihina, akhirnya pas seperti mengalah. Walaubagaimanapun, saya melihat keputtusan itu tidak menunjukkan pas tidak menyokong khalid sbg mb, cumanya khalid telah dipecat Pkr. Cumanya saya berharap pas terus membela khalid disebabkan tuduhan2 yg dibuat oleh partinya.
ReplyDeleteKesian PAS...bunyi macam guruh kat langit... setitik hujan pun tak ada.
ReplyDeleteTunggulah PAS ditalkinkan..tiada orang pun yang akan sedih kerana ada dan tiada nya tiada membawa perubahan .Seperti kata Aspan, hanya layak jadi alas kaki DAP.
Undi utk PAS dijangka akan merosot sbb org cina ( + india) x mau PAS menang banyak krusi dan dictates arah tuju PR. Krisis MB & hudud membuat mereka was was.
DeleteCukup sekadar beberapa krusi bg memenangkan PR.. PAS selamanya jd adik/junior dlm PR..
Salam tuan Aspan. Cukup luas ruang kebenaran yang tuan kemukakan.
ReplyDeletedagang
Den setuju dan sebab ramai sangat yang nak jadi Endorgan dalam PAS. Unfortunately Endorgan has secured better votes in his country and slowly erasing Kamalisme where as PAS devided by too fanatic and too liberal seperately.
ReplyDeleteBloger bercerita seperti biasa semua faham. Intro beliau cantik. Ayat power seperti teruna mengurat dara. Dalam pertengahan cerita ayat jarum mula dipasang. Mana mana yg lembut akan tertusuk..
ReplyDeleteKenapa pandangan salah ? Semua yang waras akan berkata begitu. Rakyat Melayu yang memerhati berkata begitu. Malah ramai ahli-ahli PAS yang menyokong Dewan Ulama mereka, jauh di sudut hati, begitu kecewa. Allah SWT menyatakan, jika Pemimpin itu dari kalangan kufur dan suka kejahilan, maka tunggu lah kehancuran nya... Jauh kebih besar dosa nya seperti yang di lemparkan kepada Umno yang nampak lebih nyata dengan bukti-bukti fizikal menyemarakkan Islam di persada nya. Malah di iktiraf.
ReplyDeleteKini PAS membina 'syurga' nya sendiri seperti yang mereka janjikan kepada para- para ahli,penyokong dan pengundi nya. Maka Allah SWT makbulkan dalam negara PR yang amat mereka sanjungi !
Cuma satu soalan : Ada kah dalam Islam di galakkan kita bermusuh, membunuh dan memakan daging saudara sendiri ? Kita tunggu saja apabila nyawa menghampiri kerongkong kelak. Kita tunggu sahaja umur di panjangkan akibat amalan songsang yang sering di banggakan... kerana umur yang panjang hanya dua martabat - membaiki dan
bertaubat atas kesilapan lalu, justru di beri
kesempatan untuk melakukan kebaikan dan kebajikan menebus dosa dan jezaliman diri masa lalu. Kedua nya, menerima martabat syaitan yang sentiasa di dalam kesesatan kerana tertutup nya pintu hidayah akibat terlalu suka mengulangi kejahatan...
Ingin saya tambah Sdr AA, air masin dan air tawar tidak bercampur kerana Allah jadikan 'tabir' pemisah nya... maka kepada Melayu Islam, pilihan itu jelas ada pada kita semua !
Memang ada benarnya ...
ReplyDeleteYM Aspan.
ReplyDeleteMari lah kita sekali lagi bagi peluang untuk PR bangkit balik dgn betul supaya bawa Msia ke arah yg betul. Tidak mesti nya boleh tawan Putrajaya tapi kalau jadi pembangkang yg bersih itu pun sudah jadi asbab yg berguna ugk rakyat Msia.
Kekal PAS dlm PR bukan tindakan yg hina atau lemah atau kalah. Itu sebenar nya satu korbanan yg sgt sgt besar kalau PAS buat kerana Allah supaya rakyat bersatu terutama sekali utk rakyat Islam Msia. Dari sudut Agama, korbanan PAS utk PR sgt sgt di sanjungi Allah. Nanpak je rugi tapi akan beri pulangan yg besar pd masa akan datang. InsyaAllah.
Tengoh kisah Nabi Ibrahim, nampak kerja gila sembeli anak sendiri tapi kerana ikut perintah Allah. Allah bukan saja selamat Nabi Ismail tapi bagi seorg anak lagi iaitu Nabi Ishaq melalui Siti Sarah isteri pertama yg memang di sangka mandul.
Ini lah kudrat Allah. Allah buat dgn asbab. Tanpa asbab atau bertentangan dgn asbab. Yang penting kita hendak lah senantiasa berdahului perintah Nya.
Allah sgt suka kita bersatu. YM Aspan. Tolong lah cukup lah beri komen yg tidak bersih kpd DSAI. Bagi peluang lah dia hidup. Jangan takut Allah ada. InsyaAllah dia tak akan sekali kali boleh mudarat kan Msia. Kalau kita buat tindakan yg bersih kalau dia memang bersalah pasti dia akan bertaubat.
Wallahualam
Korban utk islam atau korbankan islam???
DeleteSedih..islam diperlekehkan & PAS hanya dok tengok jer..
ReplyDeleteI feel sorry for PAS...
ReplyDeleteKeputusan yang dibuat olih PAS dan kemudianya (working council ) PR hanya bertujuan memberi tekanan kapada HRH Sultan Selangor .
Beban sekarang terletak kebahu Kebawah Duli.
Good move by DAP.
Eden dah lotih dah ,nasib baik kobou Den tak begitu.
Janganlah kita terus terpedaya dengan isu yg ditimbulkan oleh golongan yang suka kepada 'Parti Syaitan Yang Di Kenali'. Memang kerja golongan ini nakkan perpecahan dalam Pakatan agar mereka boleh hidup mewah 1000 tahun lagi.
ReplyDeleteKalah menang itu hanya pada pandangan masing2.
Kemenangan utama ialah menumpaskan bee end pru nanti nanti.
Berushalah ke arahnya...
Kalau dah parti sendiri bertelagah..knapa nak babitkan parti lain...tengok kesalahan sndiri dulu jgn asyik tuding kat orang je..
Deletemaksum benar anwar ni yer... dia buat taik tp PAS yg kena hamun. sorang pun tak berani jentik anwar termasuklah PAS. Kronisme nepotisma autokratik semakin mekar dlm politik malaysia. tak kira pembangkang atau pemerintah dah hampir sama. siapa yg terasa... lantaklah! PKR DAP bole la ckp integriti sbb blm pegang perbendaharaan!
DeletePemilihan semasa muktamar akan datang akan menentukan amada pas akan dipimpin oleh mereka yang mementingkan duniawi atau ulama yang yakin dengan cara islamnya. Semoga perwakilan nanti yakin dengan matlamat pas yang mereka pilih. Bagi ku sudah cukup parti politik yang berhaluan duniawi. Kalau masih mahukan duniawi buang sahajalah perkataan ISLAM. WaLLahua'lam
ReplyDeletepak aspan,
ReplyDeletesaya rasa sekiranya 2 org pengkhianat parti pas yg telah kena sorok 2-3 hari ni tidak belit, sudah tentu jawapan msyrt pas smlm berbeza..pas telah kens checkmate..tiada apa yg pas boleh lakukan kerana anuar telah ada majoriti..yg pasti pas perlu halau 2 org tersebut ke pkr, kerana mereka lebih berkiblatkn anuar dari parti sendiri..
Salam tuan,
ReplyDeleteIzinkan saya membuat pencerahan sedikit.Saya rasa pendapat saudara masih lagi boleh dipertikaikan. PAS lebih maju kedepan dan berfikiran jauh kedepan. Keputusan mesyuarat adalah bertepatan dengan keputusan muktamar dan tidak ada sebab lemah atau memgikut telunjuk pkr atau dap. Serangan pemikiran seperti ini adalah buat fikiran musuh-musuh pas sendiri yang ingin melihat pas dan pkr serta dap berpecah.
Sebabnya.
1. Pas hurmati keputusan MB bagi selangur adalah di bawah PKR
2. Dua nama di beri adalah bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya sultan tidak setuju dgn wan azizah
3. Keputusan dibuat oleh mesyuarat AJK bukan pendapat individu
4. Soal TSKI tidak timbul sebab beliau sudah dipecat dari PKR
5. Tekanan kepada PAS tidak memberi kesan kerana keptusan secara kolektif diambil dan bukannya pendapat individu yang hanya bercakap sekadar melengkapkan hak bersuara dan demokrasi dikalangan rakyat.
6. Soal tunduk kepada anuar tidak timbul sebab masalah ini adalah masalah dalam kelambu PKR .Ini bertepatan sekali dgn mengekalkan exco pas dalam pentadbiran cuma TSKI ditukar dengan orang lain.
7. Semangat pakatan terserlah disini dengan kerjasama jitu pakatan dimana masing-masing membuat keputusan secara mesyuarat dan kolektif dan bukan nya mengikut telunjuk provokasi media dan orang yang cuba menjual diri untuk popular.
Semoga encik aspan dapat merenung kembali kenyataan yang dibuat. Ayat provokasi atau ayat membina yang tuan gunakan. Sekian terima kasih
Ikut undang-undang, Khalid perlu undur sekarang, kata pensyarah
ReplyDeleteTan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikehendaki di bawah undang-undang meletak jawatan ekoran pengumuman PAS hari ini menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalannya Mohamed Azmin Ali, sebagai calon pengganti menteri besar (MB) Selangor, menurut seorang pensyarah undang-undang hari ini.
Profesor Gurdial Singh Nijar dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata sekiranya Khalid enggan mengundur diri, jawatan MB dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dianggap dikosongkan, tanpa perlu Sultan Selangor menyingkirkan mereka dari kedudukan tersebut.
Gurdial merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di mana diputuskan: "Apabila menteri besar dimaklumkan dia hilang kepercayaan majoriti anggota dewan undangan, dia dikehendaki dengan cara yang mulia meletakkan jawatan beliau dan jawatan majlis eksekutif.
"Jika menteri besar enggan atau tidak meletak jawatan beliau dan majlis eksekutif, hakikatnya ialah majlis eksekutif dibubarkan (yang juga termasuk menteri besar) disebabkan oleh menteri besar hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan," kata Gurdial.
"Oleh itu ia tidak perlu untuk Sultan... menyingkirkan Nizar (menteri besar Perak waktu itu) dan ahli majlis eksekutif. Sultan hendaklah melantik seseorang yang mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Undangan."
Tambah Gurdial, berdasarkan kes sebelum ini, yang tinggal kini hanya untuk Sultan melantik "seseorang" sebagai MB.
"Ini juga bermakna semua tindakan MB sejak beliau dimaklumkan kehilangan sokongan majoriti mungkin tidak sah," kata Gurdial.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terdahulu semalam mengumumkan PAS bersetuju sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau timbalannya Mohamed Azmin Ali mengambil alih kepimpinan negeri Selangor sebagai menteri besar.
Beliau juga berkata PAS memutuskan untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, nama Khalid tidak lagi berbangkit kerana sudah dipecat partinya (PKR).
"Beliau kena pecat, kita tahaluf dengan parti bukan individu." -TMI
Pas dah bagi Khalid jadi MB sementara sekarang pandai2lah khalid gunakan kuasa yg ada sekarang. Kalau Pas tak bagi dah habis terus dah..
ReplyDeleteaku pening la...wan azizah ni dah dapat Datuk ke?
ReplyDelete
ReplyDeleteKata kat Husam, buka kalid yg gunakan pas, tetapi anwar dah gunakan pas macam dia tu selama ini.
akhirnya partinya sendiri dari kaldai anwar...
Yang nyata dan jelas, apabila nama Azmin Ali dimasukkan dan kemudiannya ditendang keluar, pada pagi semalam golongan Ulamak Pas dikangkungkan oleh Anwarinas Pas diikuti pada petangnya dikangkangkan oleh Evelingista DAP.
ReplyDeleteTepat sekali rebranding PAS masa kini - alas kaki, ikan mati, kerak nasi....parti berserban berjubah berjanggut yang semakin munafik.
Tski dah cakap, kalau nak turunkan dia melalui undi tak percaya dlm DUN. Kenapa PR tak buat? Tski bukan gila jawatan, dia dah kaya dah. Cuma dia nak tunjuk cara pentadbiran yg baik dan selalu di jaja oleh PRdlm kempen prukru.
ReplyDeleteKenapa x buat undi x percaya di dewan sblm ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kita tunggu,saya rasa Tuanku akan perkenankan permohonan TSKI untuk bubar ADUN,belum tentu ADUNx PR terutama dari PKR dan PAS akan menang terutama di kwsn yang mereka menang tipis.Terlalu banyak kebenaran mengenai keikhlasan sebenar PR memerintah dipamerkan di dalam krisis sekarang,saya mood pengundix terutama yang di atas pagar nescaya tidak saperti GE 13,Mandat yang mereka beri telah dikhianati dalam tohmahan pada pihak lawan terpalit pada mereka sendiri malah lebih terok.Pihak Pembesar PKR dan PAS jangan angkuh dan riak.Diamx UMNO di Sgor bukan bererti mereka tidak ada strategi.BN pun parti politik,dan pada dasarnya citax politik sama saja dgn PR,malah cara mereka berkemungkinan lebih kotor dan licik,dah nak masuk 57 rahun pengalaman berpolitik kalau nak bandingkan dgn PR.Sama sama lah kita renongkan.
ReplyDeletejangan ingat apabila kita bagi pandangan,semuanya betul mengikut kehendak kita.pd saya mengalahkan bn itu sendiri lebih afdhal dari kemelut yg berlaku hari ini.Alhamdulillah,pimpinan PR sedar lawan mereka sebenar.
ReplyDeleteBerundur xsemestinya mengalah
ReplyDelete