08 September 2014

Isu kemelut Selangor, kaji yang tersirat, jangan hanya kaji yang tersurat

Tindakan mengingkaran titah Baginda Sultan untuk menamakan lebih dari dua nama calon pengganti Khalid Ibrahim oleh DAP dan PKR amat mendukacitakan Sultan Selangor. Kedua-dua parti seolah-olah tidak mrenerima hakikat yang dalam sistem demokrasi kita, Raja itu merupakan proponen yang didalam sistem ini termasuk dalam memilih seorang Menteri Besar dalam sebuah negeri yang berdaulat kita ini.

Apabila berlakunya tindakan yang derhaka ini, maka tidak lagi susah untuk mempercayai yang jika parti-parti ini menjadi pemerintah institusi Raja itu tidak akan dikekalkan dan mereka akan menggunakan kuasa dan pengaruh untuk menghapuskannya setelah berkuasa beberapa ketika sahaja. Sebagai seorang Melayu yang merupakan komponen terbesar dari rakyat negara ini, kita amat khuatir dan dalam kebimbangan jika identiti Melayu itu akan terhakis dalam jangka masa yang tidak berapa lama lagi.

Kehilangan identiti sesuatu bangsa ini merupakan permulaan kepada kehilangan bangsa-bangsa di dunia ini yang kita telah banyak membaca dari sejarahnya. Bagi diri saya secara peribadi ini merupakan satu isu yang sangat sensitif dan saya merasakan akta-akta yang mendindingi keselamatan dan maruah bangsa yang terbesar dalam Negara itu wajar diwujudkan atau pun ditambah kekuatannya dari apa yang ada pada hari ini.

Nyata dan jelas sekali tanggapan yang ada bangsa-bangsa yang memainkan politik secara halus dan mengelirukan orang Melayu itu mempunyai agenda jangka panjang iaitu untuk menakluki budaya dan cara hidup bangsa Melayu itu semata-mata untuk menghilangkan identiti yang membezakan orang Melayu dengan bangsa-bangsa lain di negara ini. Sesuatu bangsa itu akan dicemari identitinya melalui dua acara setidak-tidaknya.

Pertamanya kelirukan mereka dalam agama dan keduanya ialah dengan menghilangkan atau menakluk budaya dan cara hidup bangsa itu. Selain dari itu ialah dengan melemahkan kedudukan ekonominya bangsa itu dan berbagai cara yang halus dan ini amat merbahaya bagi bangsa Melayu dan Islam itu sendiri.

Apa yang berlaku di Selangor sekarang ini, kita sudah nampak ‘consequence’ sampingan yang amat merbahaya kepada orang Melayu yang kebetulan beragama Islam itu. Malahan Negara kita ini adalah satu-satunya negara di dalam dunia yang berkerajaan yang bangsa terbesarnya, iaitu Melayu itu di definasikan oleh perlembagaan negara kita dan salah satu dari yang di definasikan ialah bangsa Melayu itu adalah beragama Islam.

Hasil dari perkembangan dan sikap ‘confrontational’ parti yang mewakili satu  kaum itu, tidak dapat dinafikan parti itu sedang mengambil kesempatan sambil menangguk di air yang keruh untuk memecah belahkan orang Melayu dalam Islam itu.  Yang kita hadapi sekarang ini bukan lagi masalah parti mana yang majoriti dan yang mana yang minoriti. Masalah yang dihadapi sekarang ialah masalah keselamatan bangsa terbesar di negara ini.

Masalah sekarang ialah masalah parti-parti politik yang menabur secara halus bibit-bibit anti bangsa terbesar di negara ini dengan agenda yang sangat menakutkan bangsa kita sendiri. Perpecahan bangsa Melayu itu amat penting bagi bangsa-bangsa lain untuk menjadi pencatur bangsa kita di masa hadapan dan Melayu akan kehilangan segala kuasa dan pengaruh dalam negara mereka sendiri.

Tidak menghormati institusi Raja seperti yang berlaku di Selangor sekarang in, merupakan tanda-tanda dan dalil yang jelas untuk membuktikan Melayu itu sedang menuju kehancuran ini. Kita wajar menerima hakikat tidak menghormati seorang Raja Melayu itu adalah sikap tidak menghormati orang Melayu sendiri. Tetapi diluarannya mereka jugalah yang mengakui sebagai parti berbilang kaum dan menjunjung perlembagaan negara. 

Ada pihak yang sudah hampir berjaya untuk memecahkan bangsa Melayu yang masih leka dengan politik dan politiking yang menjahanamkan kita sendiri. Sekarang ini sudah ramai pemimpin Melayu sendiri yang telah termakan dengan permainan politik bukan Melayu dengan menjaja apa yang bukan Melayu telah berikan kepada mereka seperti peruntukan dana yang besar untuk majlis agama di sebuah negeri di utara Semenanjung.

Ada pemimpin dari PAS sendiri sedang dilamun dengan keseronokan dengan jawatan-jawatan dalam syarikat-syarikat kerajaan negeri di utara Semenanjung itu sehinggakan apa yang diputuskan oleh parti Islam nya sendiri dipersoalkan. Pemimpin-pemimpin yang menempelkan diri mereka sebagai pemimpin Islam lebih setia kepada kumpulan yang mereka tidak sedari sedang memecahkan bangsa dan agamanya sendiri.

Kita perlu menilai dari sudut apa yang tersirat dari yang tersurat dalam isu ini.  Apabila sampai waktu dan masanya, blog ini mungkin akan menulis mengikut kemampuan untuk menghalusi keadaan ini secara berhemah dan membuka pemikiran baru dalam perjuangan jika benar-benar untuk memperjuangkan bangsa dan agamnya.


Mereka bercakap diatas nama perpaduan dan perpaduan bangsa-bangsa, sedangkan dalam proses perpaduan bangsa-bangsa dan berbagai agama yang dilaungkan mereka terselit agenda-agenda yang melemahkan bangsa Melayu dan Islam itu untuk kepentingan mereka yang bersama-sama melaungkan slogan perpaduan itu.

13 comments:


  1. Salam Pak Aspan,

    Ada kawan membuat perumpamaan dimana pemimpin UMNO adalah ibarat buaya yang sedang kekenyangan, manakala pemimpin PKR adalah ibarat buaya yang sedang kelaparan sehingga sanggup memakan telor dan anak sendiri (TSKI).

    Kedua-duanya adalah spesis DNA buaya yang hanya mementingkan nafsu perut dan kekuasaan.

    Segala institusi yang ada dibawah sistem demokrasi beraja-berpelembagaan tidak mereka pedulikan dan akan mereka langgar demi memenuhi kehendak nafsu perut mereka.

    Mana-mana pihak yang tidak akur dengan kehendak mereka akan dituduh pembelot dan tidak ada setiakawan.

    Ya Allah selamatkanlah negaraku yang tercita ini....

    ReplyDelete
  2. Salam
    Tolak saja pemimpin yang derhaka.

    ReplyDelete
  3. Sultan murka kerana PKR dan DAP hanya hantar 1 calon yang mempunyai majority..dan telah arah 3 EXCO Pas berjumpa dia. PKR & DAP hanya mengikut Fasal 53(2)(a) Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
    Tak tahu atas Fasal berapa Sultan bertindak. Sultan cakap dia ada budibicara melantik MB dibawah Fasal 55(2)(b).

    Budibicara Sultan bermaksud dia tidak perlu mengikut nasihat sesiapa pun berbanding perkara2 lain dimana dia kena menerima nasihat dan perlu bertindaka atas nasihat sebagai Raja Perlemebagaan.

    Aku punya pendapat dlm isu perlantikan MB, Fasal 53(2)(a) dan 55(2)(a) mesti dibaca sekali. Kalau Sulltan ada kuasa utk melantik mana2 Adun buat apa ada Fasla 53(2)(a) yg menetapkkan perlantikan mestilah dari Adun yg mempunyai majority.

    Isu ini tidak akan selesai dimasa2 akan dating sekiranya PR memenangi PRN. Olih itu krisis MB ini perlu dibawa keMahkamah utk penentuan siapa yg layak jadi Mb dan apakah kuasa2 Sultan dlm perlantikan MB. Ikut suka2 dia ke atau rakyat yg menentukan melalui Adun mereka.

    Aku tengok..penyakit 'ikut suka aku' yg dijangkiti olih Hj Hadi kian merebak dlm perlantikan MB olih Sultan.

    ReplyDelete
  4. Tuan AA,

    Saya telah mengikuti blog tuan dari awal lagi krisis Selangor. Posting tuan kali ini yg paling menyentuh.
    Saya pun nampak permainan politik mereka itu, tapi tidak pandai menulis nya saperti tuan.

    Terima kasih kerana melahir dgn baik apa yg kami rasa dan yg kami khuatiri.
    Jazakallah khair.

    Say rasa juga fasa politics of hate sudah berjaya. Sekarang kita masuk fasa confrontational politics.
    Saya doa Tuanku Sultan sentiasa di lindungi Allah SWT dan di beri kebijaksanaan menyelesaikan kemelut yg tak berkesudahan ini.

    Kali ini saya rasa tidak terlebih jika saya mengakhiri komen ini dgn:
    DAULAT TUANKU

    arshat

    ReplyDelete
  5. Sikap yg menghampiri ketulahan dap dan pkr tidak menguntungkan parti apa lagi menguntungkan rakyat, nasib la

    ReplyDelete
  6. Ckp jer itu mat sabu...xyah nk brlapik2...cingai pun lajnah pkr...ada ke boleh gertak nk kekal pangkat skg pkr...masya allah...kot dpt dunia..sekjp je...biar dia mabok lg...biar dia terus rasa selesa dlm gelap.

    ReplyDelete
  7. AA
    tolong dpt kn info masa najib anta nama pd Agong
    Ade dia anta nama hasan malik sekali ke ?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh. .Buat apa Najib antar nama Hasan Malek. .Najib calun tunggal dari BN, satu gabungan berdaftar. .pKR dap pas pakatan harammm. .. Ada beza laa bahlol. ..Itu pun tak dapat fikir

      Delete

  8. Rakyat Selangor (terutama Melayu) yang selalu mengangap mereka pengundi 'urban' yang cerdik, telah memilih pemimpinan yang mereka yakini ,akan memberi segala kebaikan kapada mereka.

    Orang Cina jelas ,matalamat mereka dan mereka tidak bolih dipersalahkan ,kapada apa yang belaku.

    That what , 'urban Malay choice' yang selalu mengangap mereka lebih bijak daripada pengundi "kampongan" yang memilih UMNO .
    Apa yang terjadi kapada ,"urban intellectual choice" ,telajak perahu bolih diundur ,telajak pangkah itulah akibatnya.
    Dalam bahasa yang lebih halus , 'padan muka'.

    Aden nak pegi tengok kobou , nak pilih mana satu jantan nak dibuet bako, Aden tak mau tersalah pilih.

    ReplyDelete
  9. Demikianlah politik tidaklah lain hanya menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  10. Bangsa ini akan terus hanyut n alpa....sehingga dijajah semula...

    ReplyDelete
  11. Ulasan Sdr Aspan memang tepat pada waktunya. Bagi sesetengah orang Melayu yang diulit dengan slogan2 yang dicipta oleh puak2 berniat serong terhadap bangsa majoriti di negara ini seperti demokrasi, liberal,setiakawan, dan sebagainya kupasan yang Sdr Aspan bentangkan ini sepatutnya menyentakkan mereka dan menanggapnya sebagai "wake-up call". Tidak boleh dinafikan golongan ini amat pandai memainkan ungkapan2 seperti Raja Berperlembagaan dan Pemerintahan Rakyat dan Sistem demokrasi sebagai umpan mengiurkan kepada beberapa intelek dan ahli2 politik Melayu yang secara tidak sedar menelannya bulat2.Isu Nama Allah dan Kemelut calon MB Selangor mempamerkan dengan jelas, ada parti politik yang dipelopori orang Melayu sudah berani membelakangkan teras kepercayaan dan ketuan Melayu di negara ini iaitu Islam dan Sultan kerana didorong dan digalakkan oleh parti yang sangat jelas menolak konsep ketuanan Melayu dan bersedia memusuhi sesama bangsa sendiri.Diharap Sdr teruskan usaha murni ini untuk menyedarkan ahli2 politik Melayu terutamanya tentang lubang jahanam bagi bangsa dan agama yang menunggu dihadapan.

    ReplyDelete
  12. Masalahnya bilamana PKR sendiri yg bermasalah. PKR sendiri yg bikin onar dgn pecat TSKI n lantik DWSI...

    PAS pulak disalahkan...

    hehehehehe cam kartun je aku tgk..

    Bro, dalam rumahtangga pun kadang2 n slalunya bini ko pun tak dgr cakap ko. Apa barang nak paksa pemimpin PR lain nk ikut cakap ko? Mereka pun ada judgement sendiri. So what kalu mereka tak mo dgr cakap ko?! hehehehe

    Tak setuju tak bermakna gaduh sampe jahanam or kluar dari PR. Ni psl tak sokong DSWA tak jd MB siap ckp munafik la, tak setiakawan la... bla, bla, bla... Ni politik peras ugut ke?

    Weh... Kalu DSWA tu janda DSAI nak ke PR lantik dia jd MB? hehehehe

    Kalu rezab Selangor cuma 3 400 juta nak ko jd MB?.. hehehe

    Psl apa TERDESAK sgt nk DSWA jd MB? Sampe Sultan pun cam ko paksa je..

    Belum dpt Federal da tunjuk peel hampeh camni.. hehehehe

    Sepatutnya kalu DSWA nk jd MB, beliau la yg kedepan bg penjelasan. Kenapa patut dia jd MB, betapa layaknya dia jd MB, betapa penting dia jd MB.. Ni laki ko yg beria2 nk ko jd MB,sampe tulih surat ke istana pun laki yg wat ... adoiii.... apa DSWA tak reti wat kije ke camne nk jd MB?

    Alaaaa... Tgk youtube.com la camne DSWA dlm DUN...

    Korang nak tgk ke MB kena gelak ramai2 dlm DUN?

    Kalu DSWA jd MB pun, aku rasa org tgk DSWA nampak DSAI bukan DSWA!

    Pemimpin yg kata bg peluang kt DSWA jd MB tu, aku rasa elok pinjam kejap DSWA jd presiden parti korang dlm setahun tgk camne? Ada bran?... hehehehe

    Cakap blh la...hihi

    ReplyDelete