06 September 2014

Ceret-beret itu membersihkan sistem dalaman tubuh kita

Sekarang kita dikhabarkan dengan berita penubuhan sebuah NGO yang dikatakan dianggotai oleh kumpulan liberal a.k.a  Anwarisma dalam PAS. Tidak mengejutkan jika PASMA ini menjadi pertubuhan politik yang terhasil dari perbezaan dalam PAS . Lanjutan dari apa yang berlaku di Selangor semuanya telah terbongkar dan apa yang dikatakan kumpulan yang dikuasai oleh Anwar dalam PAS itu adalah benar dan betul.

Bagi PAS kejadian ini hanyalah kejadian ulangan yang telah berlaku kepada parti itu beberapa kali dalam sejarah parti itu yang kini berumur melebihi 60 tahun. Jika PASMA ini bertukar menjadi pertubuhan politik dari serpihan PAS itu, ia akan menjadi parti ketiga serpihan PAS. Terdahulu kita pernah mendengar nama-nama parti serpihan PAS itu seperti Berjasa dan HAMIM.

PAS akan tetap teguh kerana berkali-kali ia telah terbukti  sebagai parti yang tidak mudah untuk dihapuskan, malah setelah beberapa kali kejadian seperti ini berlaku PAS telah menunjukkan yang ia adalah parti yang tetap di hati sebahagian besar rakyat yang beragama Islam dan Melayu.

Malahan serpihan kepada PAS nyata telah kehilangan sokongan ramai dan parti-parti serpihan itu kini hanya tinggal pada nama sahaja.  Tidak kita ketahui samada parti-parti serpihan itu telah menghantar lapuran tahunan kepada pendaftar pertubuhan dengan sempurna. Diharapkan jika PASMA menjadi politik jangan lalai menghantar lapuran tahunan dengan sempurna walaupun tidak akan mendapat apa-apa tempat di persada politik tanahair.

Apakah hikmah dari kejadian seperti ini? Hikmahnya ialah semua mereka yang tergulung kepada pemimpin dan ahli-ahli yang tidak setia kepada parti itu akan keluar dari parti itu dan ini merupakan pembersihan kepada PAS dan ini adalah biasa dalam mana-mana parti di Negara ini. Seperti tubuh manusia, tubuh kita akan menjadi lemah dan tidak sihat jika dalam tubuh kita di penuhi dengan ‘toxic’ yang akan membuatkan tubuh kita tidak sihat dan menghadapi berbagai-bagai penyakit pada masa yang akan datang.

Toxic yang berlebihan dalam tubuh kita akan menyebabkan kita terdedah kepada penyakit-penyakit ‘termina’ yang membuatkan kita pendek umur. Itu sebabnya jika seseorang itu menghadapi ceret beret itu ada hikmahnya kerana ceret-beret itu akan membersihkan sistem dalam tubuh kita.

Jika PAS menghadapi penghijrahan keluar oleh kumpulan yang mempunyai kesetiaan kepada parti PAS, anggap lah sebagai menghadapi penyakit ceret-beret sahaja. Semua ‘toxic’ yang ada dalam tubuh PAS itu akan keluar dan akan membersihkan PAS  toksik-toksik yang kotor dari tubuh PAS yang sangat berbisa dan merbahaya itu.

Selain dari masalah pemimpin PAS yang setia kepada  kumpulan Anwarisma itu tidak terkejut juga wujudnya pemimpin yang menjadi pemimpin yang kanan dalam PAS yang lebih setia kepada DAP dari kepimpinan partinya sendiri. Pemimpin ini juga merupakan ‘toxic’ yang amat biasa yang akan membunuh PAS jika tidak keluar dari sistem tubuh PAS itu.  Elok juga jika pemimpin yang dari kumpulan ini akan keluar bersama-sama toksik-toksik yang lain itu.

Kemelut di Selangor itu sudah mula menampakkan hikmah berguna untuk PAS. Blog ini pernah menyatakan yang apa yang berlaku di Selangor itu mengandungi hikmah besar kepada parti islam itu. Kesihatan kita sememangnya selalu diganggu oleh toksik-toksik yang menjadikan kesihatan kita terganggu dan semua orang menghadapi masalah toksik dalam tubuh kita itu akan baik apabila diubati atau dengan mengambil ubat atau ia akan menjadi bersih seperti kita menghadapi ceret-beret tadi.

PAS pada hemat saya akan tetap utuh lebih-lebih lagi apabila mereka yang mempunyai ‘allegiance’ kepada pihak lain itu sudah keluar dan menyertai PASMA yang dikhabarkan sedang dalam proses penubuhannya.

Saya percaya mereka yang berselingkuhan dengan orang dan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat itu akan terbongkar dengan nyata dalam masa yang tidak berapa lama lagi. Yang pentingnya PAS perlu bersabar dan membetulkan keadaan yang agak tidak berapa  sihat sekarang ini.

PAS berpengalaman luas dalam menangani masalah seperti ini.

20 comments:

  1. Saudara AA

    Anda telah kenyataan anda sangat tepat.

    Saya sering berkata kepada kawan-kawan bhw dalam politik Melayu di Malaysia, hanya ada dua parti sahaja; iaitu PAS dan UMNO. Sesiapa yang cuba menubuhkan parti baru samada serpihan UMNO atau PAS tidak akan kekal dan akan berakhir secara senyap dan tidak siapa pun yang akan mengenangnya.

    Good write-up. Thank You.

    ReplyDelete
  2. Sekor lagi beruk lajnah terpancul kuar dr melaka...alhamdilillah.

    ReplyDelete
  3. amboi hang, beruk melaka no...pil kude apahal?

    ReplyDelete
  4. Ada dua kumpulan di dalam PAS,

    Pro UMNO vs Pro Pakatan Rakyat

    Yang mana tuan Tanah rasa perlu kekal di dalam PAS.

    ReplyDelete
  5. Saudara AA

    Saya sokong kenyataan saudara.

    Hanya mereka yang yakin pada perjuangan Islam dan masuk PAS untuk perjuangan Islam tidak akan merosakan PAS.

    Ini bermakna mereka masuk PAS bukan untuk perjuangan Islam tapi ada tujuan lain.

    Harap golongan ini dapat bertanya pada diri mereka sendiri apa tujuan mereka sebenarnya menyertai PAS. Mereka boleh memberi alasan/dalih bermacam-macam tetapi apa yang sebenarnya hanya diri mereka sendiri yang tahu dan mereka TIDAK DAPAT MEMBOHONGI ALLAH DAN HATI KECIL mereka sendiri.

    Alhamdullilah atas ujian ini...

    ReplyDelete
  6. Sejak awal lagi saya dapati Pak Aspan telah mengulas isu MB, selari dengan naluri saya.

    Jelas siapa yang mencetuskan kemelut ini malang sekali akhirnya TGHHA pula yang dipersalahkan.

    Dengan terbitnya 3 video penjelasan TGHHA, telah menjelaskan beberapa isu penting termasuk sebab apa PAS mencadangkan TSKI di kekalkan sebagai MB Selangor, dan secara tidak langsung, PAS tidak MENZALIMI TSKI.

    Jadi, antara PKR, DAP & PAS, siapa yang lebih bermaruah dalam isu gawat ini?. Pada telahan saya, mana-mana ahli PAS yang keluar dari jemaah PAS adalah setara dgn orang yang mufarakah dari medan perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Sejak awal lagi saya dapati Pak Aspan telah mengulas isu MB, selari dengan naluri saya.

    Jelas siapa yang mencetuskan kemelut ini malang sekali akhirnya TGHHA pula yang dipersalahkan.

    Dengan terbitnya 3 video penjelasan TGHHA, telah menjelaskan beberapa isu penting termasuk sebab apa PAS mencadangkan TSKI di kekalkan sebagai MB Selangor, dan secara tidak langsung, PAS tidak MENZALIMI TSKI.

    Jadi, antara PKR, DAP & PAS, siapa yang lebih bermaruah dalam isu gawat ini?. Pada telahan saya, mana-mana ahli PAS yang keluar dari jemaah PAS adalah setara dgn orang yang mufarakah dari medan perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

  8. Salam Pak Aspan,

    Terimakasih diatas pencerahan yang berterusan....

    Walaupun pun manusia dan ahli politik telah banyak berbohong tetapi sejarah tidak akan berbohong.

    Manusia manusia yang mengutamakan kepentingan peribadi dan kroni kroni mereka akan terpesong dari landasan perjuangan menegakkan hak agama dan rakyat dan akan terpancut keluar macam najis-toksid cirit birit (tahniah, satu perumpamaan yang sangat tepat :}}

    Rasanya adalah lebih baik munafiq munafiq yang ada dalam PAS keluar secara terhormat dan kembali kpd ketua mereka dan jangan berterusan menjadi TROJAN HORSE dalam PAS untuk mengkhianati kepentingan rakyat...

    Adalah haram jika berterusan memakan elaun yang diperolehi atas sokongan rakyat tetapi mereka tidak mengutamakan kepentingan rakyat dalam kerja kerja harian mereka.

    Wallahualam.....

    ReplyDelete
  9. nama pun dh jelad..PASMA= PAS Macai Anuar..tp elok juga crisis mb nie..nmpk jelah parasit2 pas keluar satu2..maka dgn harapan masa muktamar nnti parasit2 nie tidak diberikan kuasa lg..aminn

    ReplyDelete
  10. pmerhati kerenah Mat Sabu7 September 2014 at 10:44:00 GMT+8

    Mat Sabu tu pada hakikatnya ahli Dap. Dia terima arahan LGE sebab nak jaga kepentingannya dalam syarikat syarikat kerajaan Dap Pulau Pinang.

    Kita semua terlopong mendengar ceramah dan lawak Mamat ini sedangkan mamat ini swebenarnya ambik upah dari Dap. Kami ahli Pas jadi sumber modal mamat ini.

    Harap semua ahli Pas sedar keadaan ini..

    Betul pak...mamat ini pun toksin dalam Pas.

    ReplyDelete
  11. Saya harap peristiwa in menjadi pengajaran yang berguna kepada akar umbi PAS.Kita betulx berjuang dengan ikhlas tetapi ada segelintir dari pemimpin yang tamak kuasa dan heloba.Syukur Alhamdulilah mereka ini telah dikenalpasti dan ini akan menyenangkan untuk memilih pemimpin yang benarx berjuang mengikut landasan parti.Kadangx ada masa kita perlu juga mempersetujui tegoran dari pehak lawan yang pada akhirnya terbukti saperti apa yang berlaku dalam parti PAS sekarang.Memang bercelaru fikiran dalam otak sekarang.

    ReplyDelete
  12. Masih jauh lagi perjuangan ini. Gerakan saraf telah lama bermula.
    Jadi di muktamar kali ini, kita akan lihat sama ada anwar menang atau Islam menang.

    Tiada pro bn dalam pas tetapi jelas dan nyata wujudnya pro anwar di dalam pas.

    Kami tidak lupa pengorbanan as syahid ustaz ibrahim libya dan penduduk memali, kami tidak lupa juga dengan pembunuhan ahli pas oleh umno, tidak juga kami lupa penahan isa terhadap ahli pas.

    Malah yang tidak sesekali kami lupa anwar dahulunya adalah ahli umno yang bersama-sama ketika memali, bersama-sama ketika ops lalang dan bersama-sama dalam melakukan tangkapan isa ke atas ahli pas.

    Selepas anwar dan mahathir tidak lagi berkuasa, penahan isa ke atas ahli pas berkurangan malah pupus.

    Kini anwar sudah tiada kuasa untuk menahan ahli pas seperti dahulu namun kini beliau menggunakan media sosial, anwris dan dap bagi mengekang ahli pas.

    Ingatlah mana2 pemimpin yang difikirkan boleh menjadi saingan anwar di dalam umno dinyahkan.
    Begitu juga mana2 pemimpin pembangkang melayu yang berpotensi menjadi saingan kepada anwar dinyahkan.

    Tski berpotensi menjadi p.m malah beliau telah berjaya di selangor beliau dinyahkan.
    Ir nizar berpotensi menjadi p.m maka beliau dikekang pegerakannya.
    Tinggalah anwar sebagai calon no 1......

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Krisis MB Selangor membawa hikmah besar kepada Pas. Krisis tersebut telah menjadi ubat mujarab kepada Pas yang menyahkan parasit2 yang selama ini bersarang di dalam badan tubuh Pas.Ibarat dedalu, jika dibiarkan lama, pokok asal akan mati.Allah sayangkan Pas dengan mendatangkan krisis MB ini supaya ahli2 sedar yang desas desus elemen2 perosak yang dikenali sebagai "liberals" dan "Anwarists" betul2 wujud. Sekarang adalah tugas wakil2 Pas menyapu bersih Pas dari perosak2 ini di Mukhtamar nanti, biarpun mereka ini menduduki jawatan2 tinggi dalam parti. Terima kasih kepada Sdr Aspan yang tidak penat2 berusaha memperingatkan ahli2 Pas yang keliru dalam isu MB Selangor sejak tercetusnya krisis tersbut. Syabas.

    ReplyDelete
  14. "Anonymous said...
    Ada dua kumpulan di dalam PAS,

    Pro UMNO vs Pro Pakatan Rakyat

    Yang mana tuan Tanah rasa perlu kekal di dalam PAS.

    6 September 2014 23:21:00 GMT+8"

    Tuan diatas mungkin terlepas satu kumpulan iaitu Pro ISLAM. Adakah berbeza pendapat dengan DAP dan Anwar maka secara otomatisnya adalah pro BN? asalnya PR sendiri adalah dari konsep "agree to disagree" iaitu bergabung dalam menentang musuh yang sama, ini tak bermakna setiap parti yg bergabung dalam pakatan perlu melepaskan jati diri dan asas/perlembagaan parti serta prinsip. PAS berpegang pada asasnya iaitu ISLAM. Ini bermakna jika ada sesuatu yg tidak betul, PAS berhak untuk mengambil pendirian berbeza kerana kepentingan ISLAM adalah lebih utama. Jika PR berjaya mengambil alih Putrajaya ia adalah baik namun ingat jika DAP dan PKR berperangai seperti BN setelah mengambl alih, adakah PAS perlu menurut sahaja kerana undi "2/3" drpd PR merupakan kata putus?bagaimana jika dalam hal membabitkan agama, suara PAS hanya dikira 1/3 lantas diabaikan atas nama menjaga hubungan?Pokoknya menolak pendirian PR bukan bermaksud menyokong pendirian BN. fahamilah bahawa dengan menyokong BN suara PAS semakin kecil tak sampai 1/15(tak pasti berapa komponen bn). Justeru menyokong BN tidak membawa faedah pada PAS! Namun begitu, PR tidak boleh terus memperlakukan PAS ibarat pak turut atau budak suruhan. Menjaga hubungan PR adalah tanggungjawab semua! Adalah sangat menyedihkan tatkala PAS sedang memperkemaskan parti, pengikut-pengikut parti yang bersekutu dengan PAS dari DAP dan PKR tidak menjaga mulut dan memaki hamun secara sesuka hati Pemimpin PAS yg berbeza pendapat dengan mereka! biarlah pemimpin masing-masing yang menyelesaikan masalah! campurtangan "keyboard warrior" hanya merumitkan keadaan! Jaga keharmonian kerana PAS masih dlm PR walaupun mengambil pendirian berbeza.

    ReplyDelete
  15. Terbaik...komen tuan tidak pernah mengecewakan saya....

    ReplyDelete
  16. Sebagai seorang dari jutaan pengundi biasa di selangor, nampak jelas isu MB dijatuhkan dan ketika itu kagum dengan pas meletakan keputusan melalui pemimpin tertinggi untuk pilih MB baru.. .. tapi belum sempat tarikh tersebut dua Adun buat keputusan sendiri.. Hilang perasaan kagum tapi rasa ditipu. Lebih mengejutkan setelah itu timbul komen Timb. Presiden PAS di Kelantan kononnya lama diam diri terpanggil untuk bersuara sokong 2 adun tadi. Mereka tunjuk hero dalam parti seolah- olah telah dapat sokongan pengundi Pas. Setelah itu pendapat Dato' Hasan Ali mengenai PARASIT dalam parti membuka mata kami kerana ianya jelas. Pada PRU 13 kulit parti nampak normal tapi dalam isu MB ini parasit menonjol diri dan lompat kekulit parti lain. Pandangan penulis ceret beret buang toksik adalah lebih jelas. Tubuhlah PasMa, Hamin dan sebagainya tetapi Kekuatan PAS adalah berpandukan mursyidul am pimpinan ulama. Lebih baik parasit dan toksik keluar supaya badan sihat sejahtera.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,

    Terima kasih Pak Aspan.
    Penulisan dan pemerhatian yang menarik. Setuju, mereka yg kluar dpd PAS merupakan toksin kepada PAS. Walaupun bukan ahli PAS, namun ketokohan TGNA dan TGHA tidak dapat dinafikan.

    Semoga rakyat malaysia terutamanya melayu dan beragama islam akan dapat lihat peribadi DSAI yng sebenar2nya. PKR adalah acuan UMNO.

    PAS tidak perlu bergabung dgn UMNO, namun, PAS perlu menjadi parti pembangkang yg kuat, supaya check and balance boleh berlaku. PAS tak perlukan PKR dan DAP. Mungkin sampai masa PAS berundur dpd Pakatan yang merugikan PAS sendiri.

    ReplyDelete
  18. Salam Pak Aspan;

    Benar apa yang di tulis itu.Kita sebenarnya mesti kaji apakah sebenarnya yang benar berlaku didalam kemelut MB Selangor itu.Apakah KESALAHAN Khalid Ibrahim sebenarnya???Orang yang WARAS akan mengatakan Khalid Ibrahim adalah seorang MB yang terbaik, bukan hanya di Selangor tapi seluruh Malaysia. Khalid adalah yang terbaik..Bebas dari rasuah, salah gunakuasa, bebas dari kronisma dan nepotisma.

    Isu sebenarnya bermula dari dalaman PKR sendiri yang gila kuasa.Seorang ketua parti yang BAIK tidak akan membenarkan ADUNnya berhenti. Ini pula membuka ja;lan bagi sang Ketua untuk bertanding Jawatan tersebut. Bila Sang Ketua gagal, maka Sang Ketua meletakan Isterinya bertanding. Apakah ini baik??? DSAI adalah MP Permatang Pauh, Anaknya Nurul IZZAH MP Pantai, Isterinya ADUN Kajang. Kini berjuang mati matian mahu meletakan isterinya menjadi MB Selangor, tanpa menghurmati Sultan Selangor. Apakah Orang begini mesti kita hurmati dan sanjung? Nauzubillah. Siapakah yang mengamalkan nepotisma.

    Manusia yang tak WARAS sanggup buat apa saja untuk mencapai cita cita mereka.Siapa yang menetang di katakan PEMBELOT dan tidak amanah...Apakah DSAI dan kuncu kuncunya faham akan erti AMANAH....Siapakah yang susah nanti...Rakyat Selangor yang susah.

    ReplyDelete
  19. Salam AA
    Tahniah atas tulisan yang bernas. Membaca tulisan tuan mengingatkan saya kepada novel SHIT karya sasterawan Negara allahyarham Shahnon Ahmad. Membuang segala najis.

    ReplyDelete