Kajian Malaysian Insider dan
Merdeka Center menunjukkan yang majoriti kaum Melayu di Selangor mahukan PAS
meninggalkan Pakatan Rakyat… 55 peratus dari pengundi Melayu beranggapan PAS
wajar meninggalkan Pakatan dan 20 peratus pengundi Cina dan 19 peratus pengundi
India bersetuju dengan pendirian pengundi Melayu itu.
80 peratus dari mengundi Melayu
didapati berpendirian yang PAS sepatutnya terus menyokong Khalid Ibrahim untuk
kekal sebagai Menteri Besar. Ada pihak yang mempersendakan kajian ini, tetapi
pihak yang melakukan kajian ini setidak-tidaknya telah berusaha melakukan
penyelidikan dan tidak seperti setengah pemimpin dalam PKR membuat kenyataan
yang PAS selama ini bergantung kepada kekuatan mereka tanpa bukti jelas untuk
diyakini.
Dimana kebenarannya kita tidak
tahu, tetapi apa yang kita tahu aktiviti Pakatan Rakyat tidak akan sempurna
jika tidak ada sokongan infrastruktur PAS seperti sokongan dari Unit Amal parti
itu. PAS merupakan parti yang
menghidupkan semua kegiatan Pakatan Rakyat sehinggakan jika PKR mengadakan
kegiatan tanpa sokongan infrastruktur PAS jarang sekali program politik PKR itu
mendapat kejayaan. Merdeka Center dan Malaysian Insider yang kebanyakkan
pengundi Melayu di Selangor mahukan PAS keluar dari Pakatan Rakyat itu akan
menguburkan PKR.
Kita ambil kajian Merdeka Center
dengan Malaysian Insider setakat ini tanpa mengambil semua kajian mereka secara
detail. Sesungguhnya PAS adalah parti yang tertua dalam Negara ini, dan telah
melalui berbagai-bagai dugaan dan cabaran dalam usianya selama enam dekad itu.
Semasa saya memulakan kegiatan dalam politik lebih dari tiga puluh tahun yang lalu,
PAS dianggap oleh pimpinan umno dan rakyat yang ramai, hanya sebagai parti yang
berkala kehadirannya dibanyak negeri dan kawasan dalam Negara ini.
PAS semasa itu hanya kuat sokongannya
di negeri-negeri Pantai Timur dan di utara Semenanjung ini serta di beberapa tompok kawasan terutamanya di kawasan dan
daerah yang banyak sawah padi sahaja. Tetapi setelah parti itu terus bersabar
dan menghadapi berbagai cabaran dan ditambah pula ramai cerdik pandai selama
itu menyedari tentang kelemahan yang ada di dalam UMNO dan BN, mereka mula
memandang kepada PAS sebagai premis mereka untuk menyegarkan fikiran siasah dan
politik mereka.
Justeru PAS telah beransur-ansur
menjadi parti yang mudah diterima oleh gulungan terpelajar dan itulah sebabnya
PAS sekarang ini sarat dengan ahli-ahli dan penyokong dari gulungan ini.
Pendeknya PAS bertambah kekuatannya diatas kepercayaan rakyat ramai sebagai
sebuah parti yang dalam masa yang sama ramai dikalangan anak-anak muda yang
sudah tidak berminat lagi untuk menyertai UMNO kerana permainan politik yang
keterlaluan dikalangan pimpinannya di setiap peringkat kepimpinannya.
Itu sebabnya kita tidak terkejut
melihat dan mendapati mereka yang berkelulusan professional dan separa iktisad
walaupun tidak menjelaskannya secara terbuka, mereka adalah gulungan baru dan
muda yang lebih kecenderungan untuk menyokong PAS. Lain-lain perkataan PAS bertambah
kekuatannya kerana parti itu berjaya memberikan keyakinan terhadap anak-anak
muda yang masih belum tercemar pemikiran mereka tentang politik itu.
Di sebaliknya PKR itu wujud di
atas perpecahan UMNO yang melibatkan pemecatan Timbalan Presidennya pada September
tahun 1998 dahulu, yang di ketuai oleh Anwar sendiri dan memberikan ‘proxy’
kepimpinan parti itu kepada Isterinya Wan Azizah Ismail.
Pendeknya parti ini wujud bukan
berlandaskan kepada kepercayaan dan perjuangan mereka tetapi hanya untuk
bersama pemimpin mereka Anwar yang semasa pemecatan beliau sudah hampir berjaya
menguasai sepenuhnya kerajaan dan UMNO dan hampir menundukkan Dr Mahathir yang
masih berseronok dengan kuasa. Mendengar percubaan dikalangan ahli-ahli UMNO
untuk merebut jawatan dari beliau merupakan satu jenayah bagi Dr Mahathir.
Dr Mahathir telah memerhatikan
segala langkah dan tindakan Anwar dan apabiila sudah mula timbul keyakinan yang
beliau akan ditumpaskan oleh Anwar, barulah beliau menggunakan isu kegiatan
Anwar dalam isu seks luar tabii yang beliau telah lama mengetahuinya. Maka Mahathir
telah menggunakan isu ini secara ‘expedient’ dan ia amat mudah diyakini oleh
ahli-ahli UMNO dan rakyat terhadap Anwar. Akhirnya Anwar di pecat pada 2hb
September 1998 dahulu dan bermula lah perpecahan dalam UMNO itu.
Hasilnya terbentuklah sebuah
parti yang dinamakan PKR. PKR tidak mampu untuk maju tanpa mempunyai sekutu yang
sedang bertambah kekuatannya, dan parti itu ialah PAS. Sementara mendapatkan
sokongan dari musuh utamanya DAP, PAS lah yang telah memberikan kekuatan kepada
PKR yang motif utamanya ialah untuk menjadikan Anwar yang terlepas peluang
untuk menjadi Perdana Menteri itu untuk menyambung semula peluang untuk
berkuasa di Putrajaya itu.
Oleh yang demikian jika ada pihak
dari PKR atau DAP yang menggertak PAS akan hilang dimuka bumi ini jika keluar
dari Pakatan itu adalah tidak berasas sekali.
Apatah lagi dalam situasi perpecahan dalam PKR di setiap peringkat hasil
dari pemilihan pimpinan baru-baru ini PKR tidak mungkin berada di tahap semasa
PAS masih bersamanya. Malahan sebahagian dari ahli-ahli PKR yang kecewa di
mana-mana di seluruh negara tidak akan memberikan sokongan kepada PAS jika PAS
masih bersama parti yang mereka anggap sebagai parti yang tidak berpendirian
itu.
Isu kemelut politik di Selangor
sekarang lebih membuatkan PAS terhakis sokongannya jika ia masih bersama parti
yang hanya mempunyai satu perjuangan iaitu untuk menjadikan seseorang yang terlepas
peluang menjadi Perdana Menteri oleh tindakan ‘foolish’ beliau sendiri.
Bagi saya pandangan Merdeka
Center itu adalah bertepatan dengan 'mood' rakyat Selangor terutamanya yang PAS
boleh berdiri diatas kaki sendiri. Malahan parti itu akan lebih kuat jika tidak
lagi bersama PKR kerana menyokong PKR itu adalah sama dengan menyokong Anwar
Ibrahim yang telah menunjukkan belang beliau yang sebenarnya dalam isu
perlantikan Menteri Besar baru sekarang ini.
Anwar telah membuktikan tuduhan
musuh-musuh politiknya yang beliau hanya mahu memperjuangkan keuntungan peribadi
beliau dan keluarga beliau sahaja itu adalah benar. Rakyat telah jelas
dibuktikan yang ‘nepotism’ ini lebih hebat lagi dalam PKR itu dari UMNO yang
telah beliau (Anwar) tuduh berluas-luasa dalam UMNO. Anwar terlalu terkeliur
dengan jawatan Perdana Menteri negara ini yang boleh memenjarakan dan
mengeluarkan seseorang dari penjara itu.
PAS wajar sedar, yang parti itu
bukannya parti untuk kepentingan seseorang individu, tetapi ia adalah parti
yang memperjuangkan keadilan dan berlandaskan kepada kehendak hakikat dan
syariat Islam. Parti Islam ini tidak boleh dicemari oleh unsur lain dari unsur
yang di tuntut Tuhan dan Agamanya.
Jika pun PAS telah melakukan
kesilapan sejak beberapa tahun dahulu, kita anggap sahaja sebagai seorang yang
sedang meniiti permatang sawah. Jika tergelincir kedalam sawah yang berlumpur
itu cepat-cepat naik ke permatang itu dan teruskan perjalanan sehingga sampai
ke penghujung lopak-lopak sawah itu.
Krisis yang dicetuskan oleh PKR sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi PAS. Macam-macam telahan, andaian yang belum sahih tetapi TGHHA dan PAS secara keseluruhan dibalun cukup-cukup.
ReplyDeleteAmanat dan pesanan TGHHA yang menyebutkan PAS adalah parti politik bukan macam parti poltik lain ( bukan berperanan sebagai parti untuk urusan dunia sahaja tetapi mencakupi dunia dan akhirat maksudnya).
Hanya KESABARAN DALAM JIWA PEMIMPIN DAN PARTI yang akan membuktikan siapa sebenarnya PAS. Biarkanlah dengan tuduhan dan fitnah mereka-mereka itu yang pasti Tuhan bukan membiarkan begitu sahaja dan yang pasti ada habuannya....
Sir
ReplyDeleteAre you suggesting PAS leaves Pakatan and form a Malay unity government? It is not as simple as PAS and Pakatan but the survival of Tunku Abdul Rahman vision of Malaysia. But then again maybe your interest is Ketuanan Melayu where PAS leaves Pakatan and form a unity government with UMNO. I think that will be good since it help all races clearly understand the idea of unity is something that cannot exist.
Salam AA,
ReplyDeleteMasuk PAS saya sokong.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteRasanya tidak bijak dan tidak matang kalau PAS keluar dari PR... Majoriti ahli
PKR tidak bermasaalah dgn PAS dan Tan Seri Khalid. Yang menimbulkan masaalah dan keresahan didlm PKR ialah Anwar dan keluarga beliau. Kalau Anwar dan keluarga serta konco-konco beliau bersara secara terhormat dari politik, PKR dan PR masih dapat diselamatkan ...majoriti rakyat masih menaruh harapan yg tinggi kpd PR.
Masaalah nya, parasit baru telah merosakkan PAS yang sepatut nya berpaksikan Ulama.
ReplyDeleteJika PAS tidak tebus Selangor, keadaan seperti di P.Pinang akan sinonim. Sekurang-kurang nya, jatuh nya Selangor masih bersambut dari tangan yang memberi kesejahteraan sudah terbukti selama 57 tahun.
Selangor kekuatan Persekutuan. Jaga lah ia dengan terbaik.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteRasanya tidak bijak dan tidak matang kalau PAS keluar dari PR... Majoriti ahli
PKR tidak bermasaalah dgn PAS dan Tan Seri Khalid. Yang menimbulkan masaalah dan keresahan didlm PKR ialah Anwar dan keluarga beliau. Kalau Anwar dan keluarga serta konco-konco beliau bersara secara terhormat dari politik, PKR dan PR masih dapat diselamatkan ...majoriti rakyat masih menaruh harapan yg tinggi kpd PR.
Walaupun kajian Merdeka Center tertumpu pada pengundi2 di Selangor yang majoriti mahu Pas berpisah dari PR; sentimen sama boleh dirasai di seluruh negara. Rata2 ahli biasa Pas yang telah bersama Pas dalam semua keadaan juga merasakan Pas patut berjuang bersendirian dan jika perlu bertanding menentang PKR dan DAP maka itulah sewajarnya. Pas sudah terlalu lama menabur bakti membantu terutama PKR semasa pilihanraya tanpa meminta apa2. Kemelut MB Selangor mempamerkan wajah dan sikap sebenar PKR terhadap Pas. Dan yang dipamerkan adalah sangat hodoh!! Segala tuduhan dan cacian melampau yang tidak terfikir oleh mereka yang waras apa lagi mengaku menganut Islam dilemparkan kepada Presiden dan Pas oleh PKR, seolah2 tidak menurut kehendak mereka merupakan satu dosa besar yang tidak boleh di maafkan. Sekali lagi dipercayai sekiranya Pas kekal dalam PR, sokongan pemgundi akan merosot teruk. Sekurang2nya jika berlaku pilihanraya di Selangor akibat kedegilan PKR, Pas wajib bertanding sendirian jika mahu mentadbir Selangor.
ReplyDeleteRamai ahli cendikiawan mudah.Tetapi na cari pemimpin yg boleh menyatukan jutaan manusia bukan mudah.
ReplyDeleteKalau jenis mcm Nasrudin Tantawi berlambak.Lihat lah Si Gemok beraksi di parlimen macam panda
Pak AA
ReplyDeleteIssue sekarang bukan soal parti mana yg pecah atau yg bergabung. Parti yg kuat bila bergabung atau lemah ke bila berpecah. Apa2 je ttg ramuan parti2 tu tak penting.
YG PENTING & UTAMA ADAKAH PARTI2 INI DPT WUJUD PEMIMPIN YG BETUL2 BERJIWA RAKYAT.
BAGI PANDANGAN SAYA SEMUA PARTI YG ADA DLM MALAYSIA SKRG WUJUD UTK KUASA SEMATA2 SAHAJA
WALLAHUALAM
Memang betul PAS dah lama wujud dan berpengalaman.PAS boleh di ibaratkan serpihan UMNO.Di mana kedudukkan PAS di banding UMNO.
ReplyDeletePAS semacam life jacket, safety boot atau topi keledar UMNO.PAS sebelum bersama PAKATAN RAKYAT cuma parti kampung di pantai timur mengantikan mak yong sebagai pelipur petani yg penat mencari hiburan
Keadilan berlandaskan fitnah
ReplyDeleteKeadilan menikam dari belakang dgn letak calun di kawasan kawan dan fitnah pil kuda
ReplyDeleteSy sgt stuju dgn tuan..x abis2 pkr dan dap menghentam pas skrg..!!
ReplyDelete100% sokong PAS keluar dari PR.
ReplyDeletebukan sahaja keluar PR malah lebih afdal kalau join BN kot....
ReplyDeletei wish pas percaya apa yg ditulis.
ReplyDeletealso tq la sebab mainkan isu ni lagi. if only you knew whats the move from 70%kawasan/bahagian PAS.
Klu sultan pilih calon pas...penentu mb adalah dap tp dap xder advantage apa2 utk bargain dgn pas. Umno akn tggu langkah dap.
ReplyDeleteKlu dap kekal sokongan pd pkr...then prn...then dap boleh lupa undi melayu sbb selama ni pas yg tlg bwk masuk dap ke kmpg melayu. Dap mungkin menang bsr...tp umno akan gain seat. Tanya org pkr...itu seat pas. Tanya pas...itu seat pkr. Pr retak menanti belah.
Klu dap sokong pas...no prn..pr sumbing tp pkr akan dijinakkan malah pas blh demand pd pkr..kami xnak anwar, rafizi, etc. If not kami kuar pr. Pas tlh dimalukan...dihina...dimaki...smpi peringkat pas has nothing to lose anymore. Seorg jeneral israel pernah berkata..dlm perang jgn serang smpi musuh xde jln utk keluar..sbb bila dh xder jln keluar...musuh akan lawan blk bermati2an. Itu silap strategi pkr...x bg muka langsung pd pas sedangkan semua krisis ni bkn dr pas.
Umno akan tgk dap..klu dap switch to pas...pkr akn jd lemah..so umno akan neutral. Perjanjian KN akan terbatal dan blk la umno ke dwb board camner nk rampas slgr.
ReplyDeleteBut...anwar akn ke penjara..dibuang dr pkr...become another history in msian politic. Mudah2an isu lgbt selesai...isu kalimah allah selesai...taring majlis peguam patah..bersih 2.1 kene masuk tong sampah...isu sbh srwk nk keluar padam...isu api perkauman senyap skjp...and new parlimen melayu bertambah di dewan.
kalau ada prn, diharap BN jgn bagi calon cina atau india di kawasan melayu. Asyik kita yg memberi mereka. lantaklah mereka tidak ada orang nanti DUN nanti.
ReplyDeletethey help each other out regardless of party. bu
Saya pernah mengatakan bhw PAS telah ditipu oleh PKR. Cuba renungkan;
ReplyDelete1. PKR tidak mahu calunkan TSKI bertanding dalam PRU-13 di Selangor.
2. PAS dan DAP desak supaya TSKI mesti bertanding - jika tidak kungkin PR kalah.
3. PKR bersetuju dan PR memperolehi majoriti 2/3.
4. TSKI kekal sebagai MB. PKR tidak puas hati tapi tak boleh buat apa2 selagi PAS sokong TSKI.
5. PKR memecat TSKI dari PKR. PAS tidak lagi boleh sokong TSKI sbb dia terkeluar dari PR.
6. PAS kena main oleh PKR.
7. PAS menjadi kain buruk dan diburukkan oleh PKR dgn sokongan segelintir dlm PAS yg mahu bersama PKR.
INI LAH HADIAH YANG DI TERIMA OLEH PKR....DARI TUHAN ATAS PERBUATAN MEREKA ATAS PRM.....SYABAS....WHAT GOES AROUND COME AROUND.....DULU DAPAT TUBUH PAKATAN BUKAN MAIN SOMBONG....MEMPERKECILKAN PRM....KONON TAK SESUAI BAGI GENERASI INI
ReplyDeleteKalau Sultan pilih calon PAS jadi MB, maka PKR dan DAP perlu terima dan berlapang dada. Jangan derhaka-derhaka macam sekarang. Sultan minta 3 nama pun PKR dan DAP degil. PKR dan DAP kena hormat kepada Sultan. Jangan sibuk menanam pergeseran rakyat terhadap Sultan.
ReplyDelete