Bermula dari ‘Kajang Move’ mac
lalu sehingga sekarang keadaan di Selangor belum terlerai lagi. Sekarang untuk
menyempurnakan ‘Langkah Kajang’ itu tidak atau belum menjadi lagi. Lama betul
untuk memenuhi kehendak Anwar ini.
Halangan pertamanya ialah untuk menjadi calon PRK Kajang itu sendiri
kerana beliau tersekat dengan masalah undang-undang yang beliau hadapi sejak
1998 dahulu lagi. Selepas itu digantiikan dirinya dengan isteri beliau yang
telah begitu sabar menutupi dan membantu beliau dalam penyelesaian masalah yang
beliau hadapi.
Cita-cita beliau begitu besar,
tetapi dalam usaha mencapai cita-cita, beliau terpaksa membawa beban yang berat
sehinggakan beliau mahukan semua pihak dalam Pakatan Rakyat membantu menjinjing
dan menjunjung bersama masalah beliau. PAS dan DAP telah lama menjinjing sekali
masalah Anwar bagi meringankan beban beliau itu. Bebannya itu menjadi ringan,
tetapi jika perjalanan itu begitu jauh beban yang ringan pun akan menjadi
berat.
Dua kilo beras itu ringan untuk
dijinjing, tetapi jika menjinjing beras dua kilo itu memakan masa berjalan kaki
yang lama. dua kilo itu akan menjadi berat. Itu sebabnya ramai yang memikul
beban yang ringan, tetapi memakan masa dan perjalanan yang jauh, beban itu
kadangkala di tinggalkan di tepi jalan. Maka memikul beban yang berat tetapi
dalam perjalanan yang pendek itu adalah lebih baik dari memikul beramai-ramai
beban walaupun ringan. Tetapi perjalanannya terlalu jauh dan menjemukan, maka yang ringan tadi akan merasa membebankan dan akan dihempaskan dipetengahan jalan.
PAS nampaknya mulai sedar bahawa
memikul beban yang sama terlalu lama membuatkan parti itu tidak dapat mendahului
perjuangannya. Sejak beberapa tahun ini parti itu terpaksa mendahulukan masalah
rakannya yang terlalu ‘prone’ kepada melakukan kesalahan yang sama berulang
kali. Parti itu sudah mulai merasa penat dengan pemimpin nakal dan banyak
kerenah itu. Begitu lama PAS bersama membantu dan menolong beliau memikul
bebannya, tetapi beliau tetap menambah bebannya kepada PAS dan rakan yang lain
itu.
Beban yang ada pun sudah berat,
sekarang ditambah pula dengan beban yang baru. Sekarang PAS dan DAP di minta
untuk menerima tambahan beban yang sudah tersedia berat tadi. Akhirnya PAS
sentiasa menghabiskan masa dan usianya untuk memikul beban pemimpin ini, entah
bila kan sampai kepenghujungnya. Rupa-rupanya Pakatan Rakyat itu hanya lah
bertugas untuk meringankan beban beliau sahaja dan PAS terpaksa mengorbankan matlamatnya
dan perjuangan nilai yang di perjuangkan mereka itu.
Kini PAS dituntutnya untuk
menerima seorang wanita menjadi pemimpin kerajaan, sedangkan bukan sahaja PAS,
orang ramai pun masih belum dapat menerima wanita untuk mengetuai kerajaan
lebih-lebih lagi wanita itu akan hanya menjadi ‘rubberstamp’ kepada seseorang
itu. Kenapa masih mahu berlindung di tempat yang terang?
Pemimpin dan Ketua Pembangkang
ini ibarat seorang yang menaiki lancang dan lancang itu dipikul oleh DAP dan
PAS. Lancang yang dipikul isi semakin
hari semakin berat, sedang beliau hanya bertitah dari atas lancang kemana
hendak diarahkan lancang itu. Itu sendiri sudah menunjukkan kemungkinan akan
bocor dan terhempas.
Selalunya jika seseorang hendak berjalan dan terbang jauh mereka tidak akan membawa bargasi yang berat, kerana ia meletihkan. Lagi pun 'excess baggage charges' nya terlalu mahal untuk di bayar. lebih-lebih lagi 'baggage' yang dijinjing dan dipikul itu 'baggage' orang lain. Jika beban sudah dikurangkan barulah perjalanan itu lebih meyakinkan.
Selalunya jika seseorang hendak berjalan dan terbang jauh mereka tidak akan membawa bargasi yang berat, kerana ia meletihkan. Lagi pun 'excess baggage charges' nya terlalu mahal untuk di bayar. lebih-lebih lagi 'baggage' yang dijinjing dan dipikul itu 'baggage' orang lain. Jika beban sudah dikurangkan barulah perjalanan itu lebih meyakinkan.
Sampai bila dan sejauh mana beban itu hendak dipikul? Itu masing-masing lah yang memberikan jawapannya.
Tidak payah diberikan jawapan itu kepada sesiapa, Jawap pada diri sendiri pun
sudah mencukupi.
Syok betul membaca hujah Sdr Aspan. telus, terang dan jelas.Kalau nak tambah pun sikit2 saja untuk mencukupkan rasa. Pertama, Pas yang cerdik memberikan jalan mudah untuk sampai ke destinasi dengan mencalonkan dua nama dari parti Sultan di atas lancang. Tapi macam cerita Singapura dilanggar todak; budak cerdik itu dibunuh! Kedua, sebodoh2 pemikul lancang, bila dah terlalu penat tentu dia akan cabut lari. Tambahan pula yang dipikul itu biawak hidup! macamana OK?
ReplyDeleteDAP sedar akan beban yang dipikul, tetapi mereka tiada pilihan lain, selain Anwar. DAP perlukan Melayu jika mereka mahu menguasai politik tanahair. Pasal itu mereka sanggup mengajikan Mat Sabu sebagai pengarah di PBAPP. Tanpa PASMA (Parti Politik baru dari kalangan Anwarinas?), Mat Sabu akan kehilangan jawatan itu, jika PAS keluar Pakatan.
ReplyDeleteSaya berpendapat, berapa berat sekali pun beban yang dilonggok Anwar keatas bahu mereka, DAP sanggup memikulnya selagi hasrat mereka tidak tercapai. Setelah berjaya, saya yakin Anwar akan menjadi kuda tunggangan mereka atau disingkirkan. Mungkin mereka ada simpan banyak lagi bukti salahlaku atau video terlarang Anwar, sebagai 'senjata' supaya Anwar menuruti kemahuan mereka.
Yang pasti, Anwar juga 'menunggang' PAS dan DAP untuk menjadi Perdana Menteri.
Mari kita lihat, siapa 'tunggang' siapa, tidak lama lagi. Perebutan jawatan MB Selangor, bermula dengan langkah Kajang, akan menelanjangkan niat sebenar ahli-ahli politik Pakatan. Nama pun sudah 'pakat-pakat' untuk menipu rakyat demi keluarga dan kroni.
ReplyDeleteMat Sabu tu sekarang trojan horse Dap. Ahli parti Dap tapi boss dia Guan Eng.
DAP ada Mat Sabu dalam PAS, Anwar ada kumpulan Anwarism seperti Husam, Khalid Samad dan ramai lain.
Jadi siapa yang sebenarnya yang mempunyai jiwa Pas dal Pas itu?
Ada, tapi tak ramai lagi.
Betul kata RD diatas
Tidak kira apa organisasi sekalipun, kalau pemimpin hanya mementingkan nafsu untuk berkuasa semata mata tanpa mengambilkira kepentingan ahli ahli, maka tunggulah saat dan ketikanya, organisasi itu akan hancur dan mati berkubur tanpa nisan...
ReplyDeleteBaru tengok video, TGHA top form!
ReplyDeleteSaya naif politik, so baru ni saya tau, PR tu tak lah sebersih yg di laung2 kan. Banyak intrigues ya.
Jadi they have lost the high ground to criticise Umno.
Kesian kami rakyat. Tiap2 perkataan keluar pd mulut2 politician ni semua ia la "untuk rakyat". Rupa2 nya semua self-interest.
PR=BN
PR=BN
(atau mungkin PR lebih teruk cos it took them such a short time to get dirty.)
Kemelut MB ini membuka mata pengundi-pengundi. Pilihanraya akan datang lebih senang memilih mana pemimpin yang baik dan ikhlas dan mengikut acuan Islam.
ReplyDelete