20 September 2014

Musuh Azmin adalah pimpinan PKR sendiri, bukannya UMNO atau PAS

PKR nampaknya dalam kepanasan. Kepanasan itu bukan kerana kemungkinan jawatan Menteri Besar itu akan jatuh ke tangan PAS tetapi yang lebih memanaskan keadaan ialah kerana ada ura-ura untuk melantik Timbalan Presiden parti itu untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Azmin Ali pernah dicadangkan oleh PAS sebagai salah seorang dari calon yang patut dipertimbangkan untuk menjawat jawatan itu.

PKR sedang memohon untuk mengadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor untuk ‘mendapatkan nasihat’ dan mereka tetap dengan keputusan untuk menamakan hanya seorang calon, iaitu Wan Azizah menggantikan Khalid Ibrahim. Jika Azmin dipilih untuk menggantikan Khalid maka keadaan ini lebih membimbangkan PKR (Anwar) dari perlantikan calon dari PAS.

Semua orang tahu yang jika Azmin menjadi pengganti Khalid Ibrahim ia akan merupakan permulaan bagi Azmin memimpin parti itu dalam pemilihan parti itu yang akan datang. Kita terdengar tindakan PKR memaksa Azmin untuk menolak keputusan Tuanku Sultan jika beliau (Azmin) diplih sebagai pengganti Khalid itu semata-mata untuk memperkuatkan kehendak PKR (Anwar) agar Wan Azizah menjadi pilihan untuk menggantikan Khalid Ibrahim itu.

Bagi saya, Azmin sepatutnya telah dilantik menjadi Menteri Besar sejak dari tahun 2008 lagi. Tetapi oleh kerana keperluan parti itu semasa itu maka Khalid telah dipilih untuk jawatan itu dan telah terbukti menjadi sebuah negeri yang paling telus pantadbirannya jika dinilai secara relatifnya dengan mana-mana negeri yang lain. Sebagai pemerhati dari luar, saya berpendapat Azmin adalah sinonim terhadap pembangunan PKR sejak ia mula didaftarkan dan seterusnya bergerak.

Malahan Azmin telah memimpin PKR diperingkat Timbalan Presiden dan menjadi Pengerusi PKR sejak dari dulu lagi. Jika Azmin menjadi pengganti Khalid sepatutnya tidak memberikan apa-apa masalah kepada PKR terutamanya dalam keadaan dan sinario politik Selangor pada hari ini. Apabila isu Azmin sendiri menjadi hangat diperbahaskan oleh pimpinan dan ahli PKR sendiri, ia jelas yang perjuangan PKR ialah untuk Anwar dan keluarganya semata-mata.

Jika inilah keadaan dalam PKR apalah sangat kedudukan mereka yang lain dalam Pakatan Rakyat itu? Diantara mereka pun boleh dikorbankan demi untuk keluarga Anwar. Kita tidak tahu apakah reaksi PKR jika Dr Idris, ADUN Ijok menjadi pilihan Tuanku pula? Jika Dr Idris tidak juga menjadi kesukaan pucuk pimpinan PKR, maka jelas semua tenaga dan riuh rendah berdemonstrasi selama ini hanya lah untuk Anwar dan keluarganya.

PKR tidak mahu sesiapa selain dari Wan Azizah walaupun jika yang dilantik itu datangnya dari PKR juga. Jika keadaan sedemikian maka untuk melantik pengganti Khalid ini tidak semestinya datang dari PKR kerana PKR itu hanyalah untuk kepentingan peribadi pucuk pimpinannya dan bukannya untuk berjuang memperbaharui kesucian dan kebersihan dalam pentadbiran kerajaan kita.

Maka jelas PKR bukan sahaja tidak sehaluan dengan PAS dalam isu perlantikan Menteri Besar yang baru ini, parti itu juga sedang berperang sesama sendiri dan cantas-mencantas diantara mereka sendiri.

Maka ‘langkah Kajang’ Mac yang lalu telah merosakkan PKR itu sendiri. PKR (Anwar) tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak selain dari menyalahkan mereka sendiri. Justeru PKR wajar menumpukan kepada mengembalikan keyakinan ramai yang parti itu wujud semata-mata untuk kepentingan negara dan bukannya untuk kepentingan peribadi pemimpin yang dalam kedahagaan kuasa yang ‘obsessive’ dan tidak bersempadan.

Justeru itu, musuh Azmin bukannya UMNO, PAS atau rakyat Selangor, tetapi musuh beliau yang sebenarnya ialah pemimpin-pemimpin dalam PKR itu sendiri. Selama ini Azmin hanya digunakan oleh pemimpin-pemimpin dalam partinya sendiri untuk menjadi 'pengandar dan pemikul bebanan' mereka sahaja. Nak sebut dengan istilah ‘kaldai’ untuk mengangkut bebanan, takut pula terlalu kasar didengar orang, tetapi seolah-olah macam itulah keadaannya.

Susah untuk mengembalikan keyakinan itu, tetapi cubalah! Sesungguhnya Azmin bak kata ramai orang awam dimana-mana berpendapat, ‘it’s not that bad a choice for the new Menteri Besar’. 

Kenapa mereka berpendapat begitu? Jawapannya mudah kerana beliau telah berkorban begitu besar terhadap PKR yang beliau sama-sama wujudkan itu.

11 comments:

  1. Benar Pak Aspan. Semoga Azmin menjadi matang dengan isu isu yang ada.Tapi bila dah berjaya nanti jangan pula ikut telunjuk isteri seperti PEMIMPIN tuuu....

    ReplyDelete
  2. Keluar mulut merpati masuk ke mulut naga. Orang sastera misti tau makna ayat ni.

    ReplyDelete
  3. Inovasi politik - kata Nurul Izzah.

    Jika tidak melibatkan lain tidak mengapa. Kini PR itu terserlah dengan haluan masing-masing. Jika Azmin di lantik, PKR juga berantakan seperti PAS.

    Apa ada kena mengena dengan Umno ? Persoalan nya, jika Umno terlibat, tentu sahaja PR mati tercekik....

    ReplyDelete
  4. semua kemelut ni selangor ni, pada pandangan saya bersekitar kepada duit pembendaharaan negeri RM3 billion + tu...ade puak dalam PKR nak menafaatkan duit itu... PAS pulak takut duit tu di salah gunakan ...ade kaki bisnes dalam PAS nak tumpang dapat projek...yang DAP berkehendakan Bible dalam bahasa Melayu yg dirampas dipulangkan...para ulamak dlm PAS tak bersetuju...apa2 pun PAS mesti ade kata pemutus walaupun siapa saja yg jadi MB..

    ReplyDelete
  5. Kerusi mb hak tradisi anwar anak beranak... Anwar anugerah Allah, sapa nak bangkang akan ditentang.

    Begitulah jadinya PKR asasnya adalah anwar pupusnya juga adalah anwar.

    ReplyDelete
  6. Azmin ke, orang PAS ke tak kish lah. Janji bukan nenek kipas.


    Klu rezeki Azmin, satu je saya harap. BE YOUR OWN MAN, AZMIN! You do not answer to Anwar, you answer to us rakyat selangor.

    ReplyDelete
  7. Kalau betul apa yg di laporkan, Azmin dan 2 yg lain telah di "interview" oleh pihak istana hari khamis yug lalu.
    Jadi, klu azmin dah pi interview, jadi Mrs Anwar tak de lah sokongan padu 30 adun kan?
    Pas (melalui hadi) dah tak sokong, jadi mana majoriti nya? Azmin dah tentu ada sokongan nya dari yg 30 yg sungguh pun dah sign SD kan? Apa kata loyar itu hari? SD is not worth the paper it is signed on.

    Nampak nya Hadi is the astute one, the real king maker, sungguh pun dia di cela dan di maki. Tahniah pd TGHH


    ReplyDelete
  8. ini semua dakyah dan agenda dap..dlm menguatkan cengkaman dap dlm negeri melayu yg mempunyai sultan..iatu dgn cara supaya wan azizah menjadi mb..

    cara nya..jika mb iatu wan azizah (kalau menjadi mb) hendak berjumpa sultan..adalah tidak manis hanya wan azizah pergi seorang..sudah tentu di bawa pengiring yg mempunyai jawatan dlm kerajaan negeri...yg paling layak adalah speaker..seoarang adun wanita dari dap...secara perlahan dap masuk jarum untuk menguasai sultan dan kerajaan yg majorati melayu...

    ReplyDelete
  9. Azmin? Yes!!
    Azmin akan diterima oleh kebanyakan raayat selangor.
    HIDUP AZMIN.

    ReplyDelete
  10. Assalamu alaikum. Bagi saya kalau Anwar benar-benar ikhlas terhadap bangsa dan agamanya apa perlu dia menubuhkan parti baru yang boleh menimbulkan perpecahan baru kepada orang melayu. Ketika itu telah ada dua parti yang dominan kepada orang Melayu maka tiada keperluannya bagi kewujudan satu lagi parti.

    Kalau pada tahun 1982 Anwar boleh menerima tawaran Dr Mahathir untuk menyertai UMNO, kenapa setelah dipecat beliau (Anwar) tidak terus menyertai PAS bagi meneruskan perjuangan membela rakyat sebagaimana yang dilaung-laungkannya. Kewujudan PKR sebagai parti ketiga bagi orang Melayu jelas adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak politik Anwar yang tidak kesampaian ketika berada dalam UMNO akibat kegopohannya sendiri.

    Ada pihak berhujah bahawa keikhlasan Anwar tidak perlu dipersoalkan kerana beliau telah sanggup mengorbankan dirinya dalam perjuangan termasuk dipenjarakan oleh undang-undang zalim di bawah rejim Barisan Nasional. Kalau itulah hujahnya maka kita dapati ramai lagi orang telah dipenjarakan dan mendakwa itulah pengorbanannya untuk perjuangan. Mahathir sendiri pernah diambil tindakan oleh UMNO dan kerajaan kerana menentang kerajaan dalam tahun-tahun 60an tapi pengorbangnannya berbaloi bila beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Julai 1981.

    Jadi, apa yang berlaku sekaran adalah kerana diri Anwar sendiri. Orang lain adalah tunggangan Anwar untuk mencapai cita-cita politiknya. anwar dan PKR sepatutnya boleh menerima dengan rasa gembira dan bersyukur kerana Azmin adalah timbalan presiden PKR bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru walau pun bukan Wan Azizah. Seandainya PKR tidak berpuashati dengan pemilihan Azmin maka terang lagi bersuluh yang Kajang Mobe bukan sekadar menukar Menteri besar tetapi lebih dari itu ingin menguasai harta negeri sebelum Putrajaya dan juga PAS sebagai survival politik Anwar dan kuncu-kuncunya.

    PKR (Anwar) merancang Allah juga merancang. Hari ini segalah tembelang Anwar terbongkar satu persatu.

    ReplyDelete
  11. Setiap parti politik mesti ada prinsip perjuangan sebenar. Bila kita mengikuti prinsip perjuangan yang telah digariskan dengan sebaik mungkin, InsyaAllah, perjuangan kita tidak mungkin akan tersasar.

    ReplyDelete