Apa yang diberitakan berlaku
dalam muktamar PAS semalam tidak perlu digusarkan oleh ahli-ahli dan pimpinan
PAS yang masih berada dalam landasan perjuangan asalnya. Isu caci-mencaci yang
sedang berlaku dalam PAS terhadap Timbalan Presidennya Mat Sabu itu mungkin ada
hikmahnya. Kadangkala apabila kita berada di dalam keadaan yang kita rasakan
kuat kita terlupa dari mana kita datang dan kemana kita hendak tuju.
Tindakan Mat Sabu sentiasa
membuat kenyataan yang bercanggah dengan pucuk pimpinan serta majlis syura
parti itu merupakan perkara yang patut disyukuri. Dengan kenyataan Mat Sabu itu
menunjukkan yang PAS perlu berhati-hati dengan keadaan sekeliling termasuk
mereka yang sedang berada dikedudukan yang tinggi dalam parti itu.
Selalunya yang boleh menjatuhkan
kita ialah mereka yang rapat dengan kita, kerana yang jauh dari kita tidak
mungkin mampu menjatuhkan kita kerana berada jauh dari mereka. Sebagai orang
luar PAS sendiri terkejut dengan kenyataan-kenyaatn Mat Sabu yang lebih
cenderung untuk mempertahankan parti-parti komponen lain dari mempertahankan
parti sendiri dan itu adalah perkara yang biasa di zaman moden dan ‘serba maju’
ini.
Selalunya pemimpin seperti ini
akan terkeluar secara ‘natural’ dan tindakan sebahagian perwakilan dalam
muktamar tahunan PAS itu merupakan permulaan untuk pimpinan seperti ini untuk
tidak diyakini lagi oleh ahli-ahli pertubuhan itu dan rakyat ramai yang
memerhati dengan minat itu.
Tindakan Mat Sabu itu mempunyai
hikmah besar untuk parti itu. Tindakan songsang beliau itu menyedarkan
ahli-ahli PAS yang parti itu sedang sarat dengan barisan pemimpin yang
mempunyai kesetiaan kepada pemimpin atau parti lain. Banyak pertubuhan politik
yang menjadi mangsa agen-agen luar yang mendapat imbuhan dalam berbagai-bagai
bentuk yang menyebabkan mereka lebih bersetia dan sanggup menganggap parti yang
mereka anggotai itu tidak lagi betul dan sanggup bercanggah pendapat dengan
pucuk pimpinan mereka.
Tetapi PAS masih bernasib baik
dengan apa yang berlaku di Selangor kerana dalam menyelesaikan masalah Selangor
itu terkeluar toksik-toksik yang berbisa yang berada dalam parti itu.
Semasa perjuangan Nabi Muhamad s.a.w
dahulu pun ada elemen-elemen seperti ini dikalangan mereka yang sudah beragama
masih tidak jujur dengan apa yang diperjuangkan oleh Nabi Muhamad s.a.w, apa
sangatlah parti-parti politik yang dianjurkan oleh kita makhluk yang serba
lemah ini. Abdullah bin Ubai telah melakukan ‘insubordination’ secara halus
terhadap junjungan kita dan jika ia dilakukan oleh Mat Sabu terhadap pucuk
pimpinan parti PAS itu, ia merupakan perkara yang tidak boleh dianggap
mengejutkan.
Yang perlu bagi ahli-ahli PAS
ialah sentiasa memantau apa yang sedang berlaku dalam parti itu apabila sudah
ternyata elemen-elemen yang boleh menghancurkan parti itu sememangnya ada dalam
PAS sekarang ini. PAS itu parti yang baik, hanya beberapa orang pemimpin mereka
sudah berubah sikapnya kerana mungkin sudah merasakan nikmat sedikit sebanyak
yang menyebabkan mereka tidak lagi cekal dengan perjuangan mereka. Mereka lebih
rela melakukan tindakan seolah-olah sebagai tindakan mensabotaj partinya
sendiri demi untuk memberikan ‘amusements’ kepada parti atau pemimpin dari luar
PAS itu sendiri.
Apa yang berlaku sekarang ini
mungkin berlaku secara ‘natural’ dan proses pembersihan parti itu dari kotoran
yang sudah mula mereka dalam pertubuhan politik tertua negara itu.
Orang Islam bukan senang untuk
dipecahkan jika mereka betul-betul mengikut ajarannya secara betul. Orang
yahudi tidak dapat mengalah Islam sampai bila-bila tetapi mereka akan melakukan
banyak cara dan kaedah lain untuk melemahkan Islam itu.
Pertamanya mereka akan
memesongkan akidah dan nilai agama kita pada persepsi orang Islam sendiri yang
boleh menyebabkan perpecahan kepada umat Islam itu. Mereka tahu yang apabila
agama dan keyakinan kita kepada Tuhan itu mampu dilakukan dengan
membeza-bezakan persepsi mereka terhadap agama mereka, yahudi itu sudah berjaya
sebenarnya.
Bagi memecah-mecahkan
silaturrahim diantara jemaah yang pernah bersatu itu ialah dengan mengumpan
kedudukan dan wang ringgit serta keuntungan peribadi kepada mereka untuk
mengubah dan membezakan persepsi pimpinan yang menjadi sasaran yahudi dan
nasrani itu. Jika Mohamad Sabu sudah menjadi ‘trojan horse’ bagi pihak lain
dalam Pakatan Rakyat, seperti yang dituduh oleh sebahagian perwakilan muktamar
PAS, itu bukannya perkara yang ‘uncommon’ dalam mana-mana pertubuhan politik
terutamanya dinegara ini.
Bagi parti-parti dalam Pakatan
Rakyat itu, mereka mengakui yang PAS sangat penting bagi mereka untuk
menguasainya secara halus. PAS merupakan sumber sokongan dari kaum Melayu dan
mereka merasakan jika PAS tidak memberikan sokongan secara membuta tuli kepada
mereka, Pakatan Rakyat tidak akan mampu kekal dengan sokongan yang sedia ada.
Maka tidak boleh salahkan PKR dan
DAP jika berniat untuk menguasai PAS melalui penguasaan pimpinan diperingkat
tertinggi parti itu. Jika boleh sememangnya DAP dan PKR mahu PAS menyokongnya
seratus peratus waimma dengan pengorbankan perjuangan asas parti Islam itu.
Jika pimpinan tertinggi PAS boleh dikuasai mereka, maka mereka sudah pasti
mendapat sokongan membabi buta dari parti yang mereka kuasai secara halus itu
sehinggakan mengorbankan segala perjuangan asal PAS itu.
Kesedaran setengah ahli-ahli dan
pimpinan PAS tentang bahaya penguasaan pihak lain dalam parti itu maka PAS
boleh melakukan baik pulih untuk menyelamatkan parti itu dari tersungkur di
masa hadapan.
Banyak negara telah jatuh hasil
dari wujudnya tindakan ‘espionage’ yang dilakukan oleh negara lain didalam
negara mereka. Banyak negara yang melakukan ‘espionage’ dinegara asing itu
selalunya akan menggunakan rakyat tempatan yang mahir melakukan ‘espionage’
itu.
Jika ‘espionage’ berlaku
diperingkat negara, tindakan ini juga boleh berlaku di dalam mana-mana parti
politik dengan menggunakan ahli-ahli dan pemimpin parti itu.
Bila Islam itu di permainkan... fitnah itu menjadi ruji, kemunafikan itu pakaian yang di baurkan dengan menghalalkan cara, menjadi lah Pemimpin yang berdosa....
ReplyDeleteSesat nya Pas sudah nyata dari dalam parti sendiri. Namun MSU mereka tetap berdiam diri terhadap perlakuan segelintir yang sentiasa menjengkelkan.
Aneh nya, Umno juga di persalahkan, melonggokkan kejahatan mereka yang nyata nya tidak bermaruah malah tiada berkebajikan seperti di gah canang.
Kerbau dan lembu tetap tak sama....
ReplyDeleteI think you are just as racist as everyone that you blame. I wrote a comment on why Chinese voted for PAS but you dis not posted. Anyway, its your rights anyway. But I just felt you just like all politician hypocrite and called yourself a Muslim.
ReplyDeleteDam Pas bersyukur kerana isu MB Selangor ini timbul tidak lama sebelum muktamar berlangsung! Bayangkan jika ia berlaku sesudah muktamar dengan pemimpin2 Pas bertelagah sesama sendiri dan ahli2 biasa menjadi celaru!!Sekurang2nya muktamar ini menjadi "damage control" yang menyentakkan pemimpin2 dan ahli2 untuk bertindak dan seterusnya membersihkan Pas dari anasir2 "trojan horse" yang sudah bersarang dalam saf kepimpinannya. Semoga pemilihan tahun hadapan benar2 mengetengahkan pemimpin2 yang benar2 berjuang mengikut landagan asal Pas.
ReplyDelete