Sekarang ini cendul merupakan
produk yang sama kategorinya dengan bahan bakar petrol dan diesel. Jika harga
minyak naik nasihat Menteri Hasan Malek semua pihak mesti mengikut langkah
cendul Bakar di Kuala Selangor menurunkan harga jualan cendulnya sebanyak 0.20
sen. Pendeknya jika naik harga minyak, semua penjualan barangan dan perkhidmatan
perlu menurunkan harga jualannya.
Rupa-rupanya baru sekarang kita ketahui yang cendul itu merupakan barangan keperluan untuk hidup, seperti
petrol, tanpa petrol tidak dapat menyambung hidup dengan sempurna. Nasihat
Menteri ini selalunya menggelikan hati dan saya secara peribadi sentiasa
tertunggu-tunggu untuk mendengar nasihat beliau yang pelik dan kadangkala amat menghiburkan hati yang tidak dapat ditahan-tahan.
Saya berharap perkhidmatan bas
dan keretapi juga akan menurunkan tambangnya dengan kenaikan harga bahan bakar
sekarang ini. Teksi juga perlu menurunkan harga tambangnya dari sekarang untuk
menyambut dan memberikan reaksi dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini
bagi mengikut contoh penjual cendul Bakar di Kuala Selangor itu.
Kalau pemandu teksi ditanya oleh
pengguna perkhidmatannya kenapa harga tambang sudah turun, hanya jawab yang
tindakannya menurunkan harga tambang itu ialah diatas nasihat Menteri Hasan
Malek untuk mengikut contoh penjual cendul Bakar di Kuala Selangor yang
menurunkan harga cendulnya sebanyak 0.20 sen semangkuk.
Kepada Menteri ini, dengan
penurunan harga cendul Bakar Kuala Selangor itu ia akan mengurangkan tahap
inflasi negara, dan jika semua mengikut nasihat beliau sudah tentu keadaan
ekonomi negara akan bertambah baik. Formula ekonomi Hasan Malek ini, lagi petrol
dan diesel serta bahan bakar yang lain naik semua mesti menurunkan harga jualan
produk-produk dan perkhidmatan mereka.
Selalunya harga bahan bakar menjadi penentu harga barangan keseluruhannya, tetapi Menteri ini berpendapat yang harga cendul merupakan barometer yang terbaik untuk menentukan tahap harga bahan keperluan kehidupan kita.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteBukan sahaja cendul, segala jenis kangkung dan masakan kangkung juga turun harga.
Elok rasanya PM ishtiharkan kempen makan kangkung dan jadikan cendul sebagai makanan asasi rakyat Malaysia menjelang ketibaan kejayaan Wawasan2020.....
Menteri oh menteri..kalau nak bagi nasihat pun gunakanlah akal yg dikurniakan Allah..btw,cendul bakar mmg terbaik!
ReplyDeleteJangan la kuek bonar kritik bang. Malu kito..... samo2 Pilah. Tu lah pun yang ado....
ReplyDeleteOooo tu ja yg ado... Can.... Yer
DeleteHigh level Art of sarcasm "Nasihat Menteri ini selalunya menggelikan hati dan saya secara peribadi sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengar nasihat beliau yang pelik dan kadangkala menggelikan hati tidak dapat ditahan-tahan."..honestly ur statemnt represent malaysian , setidak2nya sy....waiting for your latest commnt bout the rest of clown (ahmad maslan, shahidan kassim, kunan, zahid)...keep up writing
ReplyDelete
ReplyDeleteHe he he!!
ReplyDeleteApakah basis penilaian PM untuk melantik seorang Menteri itu?
Melantik Menteri secara semborono itulah yang membuatkan kita mendapat Menteri semacam ini.
Bukannya salah Hasan Malek. Dia memang begitu kemampuannya. Yang Najib lantik dia tu buat apa?
ReplyDeleteYB Hasan should retire voluntarily. He is clowning himself. He hasn't got it bro!
hasan malek xnak ikut conth ke??cendol trun apakata suh najib trun jgk gaji tu skali 50% ngan 1 batalion menteri tu..kalo najib berkeras xnak,apakata hang dgn sukarela trunkn gaji sendri
ReplyDeletePak Cik Aspan..
ReplyDeletePatut Pak Cik Aspan pergi ke Kuala Selangor, Pak cik jual cendol tu sebenarnya sindir Hassan Malik..tapi Hassan Malik buat bebal aje...ha ha ha..dasar Menteri Chop Ayam..ha ha ha..
Clown of the year
ReplyDeleteCendol paling sodap di bus stand K.Pilah, dari tahun 50an sampai
ReplyDeletesekarang. Jadi Hassan Malik bilo
balik K.Pilah, pastikan mamak cendol
tu turunkan harga cendol by 20 sen.
Lets see whether Hassan can do this
little national task!
adoi....sian kt mamat menteri niee...
ReplyDeletenk juga tahu level education dia.
Seperti biasa Bodoh bin Bangang kalau tak tunjukkan ketololannya kepada umum tentu dia tak lelap tidur. Tak lama lagi kita akan dihiburkan oleh dua tiga orang menteri badut sebab sekarang ni pun mereka menggeletek nak tunuk kbahlolan mereka. Kita tunggu sama2.
ReplyDeleteCENDOL merupakan minuman sampingan... bukan semua orang meminumnya dan bukan minum hari2 pun... utk menjimatkan belanja tak minum pun tak mengapa.. kalau mahal langsung org tak mau minum..tambahan santan pun tak lemak (kelapa mahal) dan tawar (nak jimat gula)..
ReplyDeleteBanyak barangan akan naik harga lagi dalam 2-3 minggu ni, akibat dari kenaikan harga petrol..
Kita boleh tengok la nanti kelamkabut la Menteri Cendol ni mencari jawapan..kita boleh tengok lagi banyak kenyataan yg kurang bijak... akhir sekali dia akan jadi jurucakap peniaga menyokong barang yang naik harga dengan berbagai alasan bodoh..
Saya ingatkan menteri cendol ni terlibat smasa rombakan kabinet dulu....rupa2nya terselamat dia ye...
ReplyDeleteSaya tak nak salahkan Hasan Malik yang bertindak bangang kerana orang yang melantik beliau adalah lebih bangang dan tolol'
ReplyDelete