17 October 2014

Pakatan Rakyat tidak mungkin sampai ke Putrajaya (bhg 1)

Pakatan Rakyat sememangnya telah diduga tidak akan kekal kerana kerjasama di antara parti-parti yang berbeza perjuangannya itu tidak akan mampu mengekalkan perhubungan yang longgar di dalam Pakatan Rakyat itu. Ramai bijak pandai memberikan komen yang negatif terhadap pimpinan Haji Hadi Awang tetapi ramai juga disebaliknya bersetuju dengan Haji Hadi dan Majlis Syura parti itu untuk menjaga asas dan komitmen perjuangan parti itu sejak ia ditubuhkan.

Bagi setengah pihak mereka memberikan gambaran yang Pakatan Rakyat tidak akan berjaya untuk melalui jalan ke Putrajaya selagi Haji Hadi memimpin PAS. Sesungguhnya ia bukan kerana Haji Hadi tetapi kerana premis penubuhan PAS itu sebenarnya yang membuatkan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya ke Putrajaya.

Bagi rakan-rakan kerjasama dalam Pakatan Rakyat mereka menganggapkan yang PAS perlu tunduk kepada kemahuan dua rakan yang lain iaitu PKR dan DAP dalam semua isu. Bagi mereka, PAS hanya diguna untuk mengangguk dan bersetuju dengan segala tindakan dan keputusan dua parti yang lain itu sehinggakan PAS mesti membuang segala perjuangan yang selama ini mereka perjuangkan.

'Langkah Kajang' dahulu tidak pernah dirujuk kepada PAS sebelum ia dilakukan kerana PKR menganggap PAS hanya ada hak untuk menjadi pengikut sahaja dan tidak boleh untuk berbeza pandangannya. Akhirnya terbongkar tujuan dan matlamat 'Langkah Kajang' itu dilakukan iaitu utnuk menukar Menteri Besar TS Khalid Ibrahim dan di sini Pakatan Rakyat menghadapi masalah kerana PAS tidak mahu lagi diperlakukan seperti 'kaldai tunggangan' PKR dan DAP.

Bagi PAS mereka bukan tidak bersetuju TS Khalid ditukar kerana itu adalah hak PKR. Ada tiga belas ADUN dalam PKR di Dewan Undangan Negeri Selangor, kenapa perlu mengadakan 'Langkah Kajang' itu? Tidak bolehkah dipilih diantara tiga belas yang lain selain dari Khalid untuk mengambil alih jawatan yang dipegang oleh Khalid itu? Kenapa perlu Anwar dan apabila Anwar bermasalah dipilih pula Wan Azizah untuk menggantikannya.

Tetapi akhirnya Azmin menjadi Menteri Besar yang selama ini adalah salah seorang dari tiga belas ADUN yang lain itu. Pendeknya untuk menukar TS Khalid tidak perlu mengadakan 'Langkah Kajang' pada Mac lalu. PAS khususnya Haji Hadi dijadikan sasaran oleh PKR dan DAP dan juga mereka yang tidak kuat pegangannya dalam PAS itu, malahan isu yang diada-adakan terhadap Haji Hadi dijadikan alasan untuk mereka keluar dari parti atau untuk membina pertubuhan seperti PasMA dan lain-lain.

Beberapa orang di dalam PAS dan ramai dalam parti-parti DAP dan PKR membidas Haji Hadi kononnya tidak setia dengan Pakatan Rakyat. Persoalannya adakah Pakatan Rakyat itu satu pertubuhan yang berdaftar yang memerlukan PAS untu tunduk kepada kemahuan rakan-rakan dalam PR itu, sedang mereka hanya berkerjasama untuk mendapat sokongan dan undi dalam pilihanraya yang lalu dan akan datang.

Bagaimana PAS hendak memberikan ketaatan mereka kepada PR sedangkan PR itu dari segi hakikatnya tidak wujud secara resminya. Bagaimana hendak taat kepada benda yang tidak wujud secara ‘organic’ itu?

Bagi mereka yang mempunyai sisik politik yang asas, akan tahu dari dulu lagi yang Pakatan Rakyat itu sekuat mana pun hendak dibina, ia tidak akan kekal dan tidak mungkin ke Putrajaya. Tetapi jika pandangan ini keluar dari pemikiran orang seperti saya dan ramai yang lain mereka akan membantah dan membidas pandangan ini dengan kuat sehingga menyentuh isu-isu peribadi.

Mereka tidak mahu menerima pandangan yang mungkin berbeza di antara mereka yang melihat dan terlibat dalam politik dari pensejarahan yang lama dengan mereka yang baru sepuluh atau lima belas tahun bergiat itu.

Ramai yang bertanya dan menulis kepada saya bertanyakan kenapa saya mempunyai pendapat yang PR tidak mungkin berjaya ke Putrajaya dalam mana-mana pilihanraya-pilihanraya yang akan datang jika keadaan politik sekarang ini kekal.

Sebelum pilihanraya yang lalu, UMNO seolah-olah tidak akan memenangi banyak kerusi malahan ada di antara kepimpinan tertinggi PR begitu berkeyakinan yang mereka akan ke Putrajaya dengan memenangi 125 kerusi, lebih dari cukup untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional.

Mereka lupa jika ketiga-tiga parti dalam PR itu secara kumpulan dapat memenangi 125 kerusi sekali pun, PR tidak semestinya berjaya menubuhkan kerajaan.

Kenapa PR tidak boleh menubuhkan kerajaan? Walaupun ia merupakan ulangan sahaja, blog ini memberikan sebabnya kenapa PR tidak mungkin berjaya menubuhkan kerajaan gantian walau seburuk mana dan sehodoh pun UMNO dan BN itu. dalam posting yang akan datang.

Bersambung....

5 comments:

  1. Saya amat teruja dgn tulisan Encik Aspan. Masalahnya yg membawa perpecahan PR adalah PKR sendiri yang saya sendiri adalah ahli.

    Bawah ini input saya kpd Kepimpinan PKR. Harap2 ada kepimpinan PKR yang membaca input saya (Minta maaf bahasa kasar sebab terlampau geram):


    Kepada Ketua Umum, President, Setiausaha Agung, Ketua AMK dan lain2


    Che Gu Bard kamu halau. TSKI kamu halau. Masalah Felda tak dengar.

    Masalah rakyat marhaen tak peduli. Ada datang jengok kat flat2. Ada jengok anak yatim? Ada jengok Maahad Tahfiz? Ada buat gotong royong rumah orang cacat?

    Seburuk2 PAS unit AMAL dia rajin jugak buat kerja amal repair rumah orang miskin, tolong orang banjir.

    Seburuk2 Che Gu Bard. dia bersama rakyat Marhaen,

    Seburuk2 TSKI, Anak yatim, Sekolah Ugama, rakyat berpendapatan rendah bukan sahaja hujah tapi tetap disantuni dgn hemah.

    Seburuk2 ANAK, mereka perihatin kpd rakyat Felda tanpa mengenal garisan politik

    Se Cool Cool kamu semua yg berpangkat dalam PKR takder atau kurang sangat buat benda2 tu. Sampaikan Arwah Ustaz Ramli Ibrahim (Setiausaha Agung Keadilan Pertama) meninggal pun kamu tak peduli. Alasan tak sempat !!!!!!!!! Pirahh


    Cuba Pikiaq sikit rakyat memerhati. Orang buat reformasi 1998 sebab mahukan yg terbaik untuk rakyat bawahan. Kamu semua mengkhianati perjuangan ini kerana untuk mempertahankan keluarga boss dan pangkat

    ReplyDelete
  2. Well done Pak Aspan and your articles is always succintly written. Just to add to your points ; as long as Sabah & Sarawak rural voters cannot be won by Pakatan ; BN is saved. The battles in East Malaysian States will determine whether PR will win the 14 Political War in Malaysia. I believe that both the Eastern Fronts will remains intact with BN.The recent PR meetings with the new CM of Sarawak will be a key indicator that PR Sarawak is a real loose coalition. DAP and PKR Sarawak has shown an inclination to join BN 4 .Nothing is impossible in politics as PR leaders are Machievillian too ..the end justify the means. If PAS merged with UMNO , nothing can stops them. CHEERS

    ReplyDelete
  3. Takan kita ikut langkah kangkung yang ditranformasikan menteri cap ayam.Apakah rakyat mahu bayar hutang negara gara2 dipimpin oleh parti boros dan tiris

    ReplyDelete
  4. Apabila kamu melayan kawan seperti hamba sahaya yang mesti turut perintah kamu, jangan haraplah cita2 tinggi kamu akan tercapai. Kerana ingin mencapai cita2 peribadi, Anwar dan pengikut2 totok beliau dalam PKR melanggar segala tatasusila dan akhlak mengutuk Pas dan Hj Hadi apabila tidak mahu menurut "perintah"nya. DAP adalah parti opportunis yang cuma menunggu peluang untuk tumpang semangkuk dan menjadi batu api tanpa disedari oleh PKR. Segala bantuan dan pertolongan Pas kepada Anwar semasa dalam riba politik dilupakan semahunya. Malah PKR menunjukkan kebencian melampau terhadap Pas sampaikan ada yang geli lihat orang Pas tanpa tak disedari rakyat lagi geli melihat gelagat ayahnya! Tanda2 sokongan terhadap Anwar dalam menghadapi keputusan mahkamah pada hujung bulan ini jelas merosot dengan mendadak kerana anak2 muda sudah sedar mereka dipergunakan untuk memperjuangkan sesuatu yang sia2.Kali ini ahli2 Pas jangan diharap akan membuang masa berkupul menyokong ketua parti yang sejak beberapa bulan ini menghina dan memperkecilkan Pas!!Dan adalah amat menarik sekali kita ingin melihat apa akan jadi kepada PKR jika keputusan mahkamah tinggi dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada hujung bulan Oktober ini.Jangankan mimpi ke Putrajaya apabila Anwar dipenjarakan, kalau PKR masih boleh berdiri pun adalah sesuatu perkara ajaib.

    ReplyDelete
  5. Ternanti2 apakah kesudahan drama politik pr ni..

    ReplyDelete