Hishamudin Husein berkata semalam
yang UMNO sedang menghadapi musuh dari segelintiran pemimpin Melayu sendiri
yang sanggup menggadaikan agamanya, bangsanya serta rajanya semata-mata kerana kerakusan
kuasa dikalangan segelintir pemimpin Melayu ini. Naib Presiden UMNO itu tidak
pula menyebut nama-nama yang beliau maksudkan itu tetapi kenyataan ini
melambangkan keresahan UMNO yang pimpinan mereka sedang berhadapan dengan
permainan bayang-bayang mereka sendiri.
Bayang-bayang mereka sedang
menakutkan mereka sendiri dan sekarang sedang merapek dan meroyan kerana
ketakutan itu. Menuduh mana-mana pihak menggadaikan agama, bangsa dan Rajanya
sendiri itu tidak sepatutnya diarahkan kepada mana-mana pihak kerana
tuduhan-tuduhan Hishamudin itu sepatutnya diarahkan kepada UMNO itu sendiri,
bukannya kepada pihak-pihak lain.
Biar kita berterus terang, dan
mari kita bertanya kepada Hishamuddin, apa yang tidak dilakukan oleh UMNO dan
pimpinan sekarang yang menafikan mereka tidak menggadaikan maruah bangsa,
agamanya dan Rajanya sendiri seperti tuduhan Hishamudin terhadap pihak lain,
yang beliau sahaja yang tahu siapa yang beliau maksudkan itu.
Wajar diberitahu Hishamudin yang
membiarkan atau melakukan rasuah itu adalah menggadaikan agama. Apa tidaknya,
kerana rasuah itu amat dibenci oleh agama, mana-mana agama sekali pun, tetapi
itulah yang sedang berlaku dalam kerajaan seolah-olah tidak ada cara untuk
mengawalnya lagi. Malahan inilah isunya yang telah membawa imej negara ini
sebagai salah sebuah negara yang mana rasuah itu adalah berluas-luasa. Rasuah
itu merupakan tindakan ‘head-on’ dengan kemahuan dan nilai agama suci Islam
kita ini.
Yang ingin mengambil alih kuasa
dari beliau itu mungkin ada sebabnya, tetapi usaha beliau untuk mengekalkan
kedudukan walaupun beliau sudah ternyata tidak mampu untuk
menyelesaikan dan membina roh kepimpinan politik beliau dan rakan-rakan beliau
itu juga adalah usaha yang tidak bermoral. Mengekalkan kuasa dengan apa cara
walaupun beliau sememangnya wajar berhenti itu, merupakan penggadaian moral
agama sebenarnya.
Tidak mungkin beliau dan rakan
beliau boleh menyalahkan pihak atau individu lain kerana rakus kuasa
sedangkan beliau dan rakan-rakan dalam kabinet itu sendiri begitu rakus untuk
mengekalkan kuasa walaupun dari sudut moralnya beliau berada dalam sebuah
pentadbiran yang telah gagal dalam semua bidang. Jika ada pun dikalangan
pimpinan Melayu yang ingin mengambil alih kepimpinan Melayu dari dipegang oleh
pemimpin seperti Hishamudin, ia merupakan satu tuntutan moral yang tinggi bagi
mengelak negara terjerumus ke lembah kehinaan.
Yang pentingnya negara mesti
diperkemaskan dan moral pentadbiran mesti dipertingkat dan roh kepimpinan
politik dan kerajaan wajar di transformasikan secepat yang mungkin. Pimpinan
hari ini telah mengumumkan berbagai-bagai dasar yang tidak difikirkan dengan
teliti dan hampir kesemuanya yang di umumkan itu berakhir dengan kegagalan dan
tidak membawa apa-apa kebaikan, sebaliknya ketirisan dan rasuah serta salah laku
pimpinan dan kerajaan tetap berlaku tanpa ada pihak yang ingin memperbaikinya.
Skandal kewangan berulang-ulang dan setiap skandal yang berlaku itu lebih besar dari apa yang berlaku sebelumnya, dan pimpinan kita sentiasa memberikan alasan dan sebab yang lemah untuk menutup skandal yang melibatkan wang rakyat itu. Rakyat telah membiarkan ia berlaku tanpa tindakan dan seolah-olah pimpinan kita telah mengambil kebaikan orang ramai itu sebagai kelemahan dan boleh dikotak-katikkan rakyat semahunya. Maka jika ada pihak dikalangan pimpinan Melayu yang berusaha untuk membetulkan keadaan maka tindakan itu tentulah tindakan yang amat perlu mendapat sokongan.
Skandal kewangan berulang-ulang dan setiap skandal yang berlaku itu lebih besar dari apa yang berlaku sebelumnya, dan pimpinan kita sentiasa memberikan alasan dan sebab yang lemah untuk menutup skandal yang melibatkan wang rakyat itu. Rakyat telah membiarkan ia berlaku tanpa tindakan dan seolah-olah pimpinan kita telah mengambil kebaikan orang ramai itu sebagai kelemahan dan boleh dikotak-katikkan rakyat semahunya. Maka jika ada pihak dikalangan pimpinan Melayu yang berusaha untuk membetulkan keadaan maka tindakan itu tentulah tindakan yang amat perlu mendapat sokongan.
Memberikan kritikan untuk
membetulkan kepimpinan hari ini tidak berupaya mengubah sikap dan nilai
kepimpinan mereka, maka mengambil alih pimpinan dari mereka merupakan
satu-satunya cara terakhir bagi menyelematkan negara dari terhumban ke lembah
kehinaan yang mungkin tidak dapat diperbaiki lagi.
Justeru, apa yang di sebut oleh
Hishamudin semalam itu mungkin kerana beliau sudah merasakan kepanasan dalam
memimpin negara. Mungkin beliau sedang dalam kekeliruan bagaimana beliau telah
berada di tangga kepimpinan yang tinggi,
samada oleh kepimpinan beliau atau kerana budaya mengampu dan nepotisma Umno
selama ini.
Sesungguhnya Hishamudin wajar
meneliti kenapa keadaan kepimpinan yang beliau anggotai hari ini mendapat
celaan yang terlalu hebat dari banyak pihak. Beliau wajar membuat introspeksi
mendalam kenapa situasi ini wujud, kerana ‘there must be a cause for a cause’.
Beliau tidak boleh terus menuduh
dan menyalahkan pihak lain jika beliau dan rakan-rakan terus ditekan untuk
mengundurkan diri. Beliau begitu resah dan terpaksa menyorok dicelah ketiak
Najib dan tentunya niat Najib untuk Hishamudin mengambil alih dari beliau
kepimpinan negara ini mempunyai sebab yang hanya diketahui oleh beliau sendiri
walaupuin orang ramai boleh juga membuat spekulasi yang agak hampir kepada
kebenarannya.
Tetapi biarlah ianya berada dan
berlegar di antara dua sepupu yang rapat itu.
Kah, Kah.Kah. Hisham tak payah berteka teki siapa petualang2 yang menggadaikan maruah bangsa, agama dan kedaulatan Raja2 Melayu sekian lama. Jawab dua tiga soalan mudah sudah cukup untuk menelanjankan petualang2 dan barua2 yang bertanggungjawab:
ReplyDelete1. Bab orang Melayu: Siapa dan parti mana yang jadi pengkhinat melenyapkan berjuta2 hektar tanah simpanan Melayu seluruh negara?
2. Bab Agama Islam: Siapa yang beri lesen dan jadi Tawkey kasino di Genting, Kilang arak Carlsberg dan Guiness serta kedai2 judi seluruh negara?
3. Bab Sultan : Siapa dan parti mana yang menghina dan mengheret raja2 dan sultan2 Melayu ke kedudukan rendah seperti sekarang?
Cukuplah 3 soalan itu untuk kamu jawab.
Ini bukan persoalan anda melayu Umno atau melayu PKR atau melayu PAS. Perkara ini sejagat dalam era di mana Semenanjung, Sabah dan Sarawak terjerumus dalam permainan menghempuk Melayu dan Islam.
ReplyDeleteHishamudin mungkin menepis sedikit tetapi perkara terbesar, PM Najib sudah melakukan kesilapan yang tidak semesti di galakkan berlaku, iaitu dua perkara paling sensitif, momokan yang di mainkan bukan melayu yang di sokong di atas ruang platfom keliberalan segelintir pihak-pihak melayu terbabas mengubah hala 'politik moderasi' sehingga menjadikan Islam di cerca dan di hina ke tahap paling rendah berbanding anutan mereka.
Baru-baru ini Dr Mujahid mengakui beliau juga tersasar dan di harap apa yang di perjuangkan nya tidak lagi berlarutan terkeluar dari acuan Islam sebenar. Indonesia sudah membezakan pluralis dengan pluralitis demi menjaga akidah dan keimanan. Jika kita berlagak menjadi tuhan, halalkan yang haram, mengubah mubah dan makruh maka akhir nya fardhu kifayah itu akan kelak di sesuaikan mengikut selera manusia seperti kejadian penghakiman tuntutan kunsya atau pondan dalam kes di N.Sembilan di mana dengan begitu angkuh melawan hukum-hukum Allah SWT. Kita bukan menghina golongan yang tidak bernasib baik ini tetapi natijah nya Allah SWT itu menjelaskan dan menjaga mereka tidak tersesat dan bakal menyesatkan sejenis yang lain, bergelumang dosa-dosa besar.
Mari lah bersama-sama mempertahankan kesyumulan(sudah di lengkapkan oleh Allah SWT melalui AlQuran dan AsSunnah) agama suci kita Islam yang telah membatalkan agama-agama dan anutan sebelum nya. Ini jihad fisabilillah sebenar dan wajib mempertahankan nya seperti di tuntut dalam perjanjian syahadah keislaman kita semua menjadi mukmin sejati.
Semoga Yang Benar dalam ilmu-ilmu dan haq-haq NYA di perkasakan dan duduk nya di tempat tertinggi. InsyaAllah jua.
sekarang ialah pertembungan antara yg ada duit & tak dak duit. isu agama & bangsa hanya dicipta utk mengalih tumpuan. harga barang2 menjadi masalah utama kpd yg takdak duit & pada yg mewah itu bukan masalah. keutamaan mereka ialah menambah kekayaan dgn apa cara jua.
ReplyDeletemalaysia negara kapitalis.
Persoalannya, Hishamuddin mewakili UMNO sedang menerangkan kepada kita Melayu semua agar jangan menjadi gunting dalam selimut dan menjadi Ejen pemusnah bangsa dan agama serta Sistem beraja. Kalau begitu kita lihat dari beberapa aspek untuk kita renungi bersama, Melayu dari jenis apa yang dimaksudkan oleh Hishamuddin itu :
ReplyDeletei. Singapura terlepas dari Malaysia semasa Kerajaan dan Parti mana yang memerintah ?
ii. Tanah Rizab Melayu dari hampir 5juta hektar dari mula Malaysia Merdeka sehingga sekarang ni tinggal 1.7 Jutra hektar, angkara melayu mana ?
iii. Kehilangan Pulau Batu Puteh dengan Singapore di era pemerintahan siapa dan oleh Melayu mana ?
iv. Tanah KTM satu-satunya di Tanjung Pagar di Singapore terjual begitu saja pada Singapore, Melayu mana punya angkara ?
v. Bahasa Melayu, Bahasa Kemajuan dan Identiti Bangsa telah tidak diberi perhatian sewajarnya oleh melayu mana ?
vi. Tulisan Jawi, tulisan perkenalan bangsa Melayu suatu masa dulu, sekarang dah ramai tak tahu ,mengenainya oleh sebab Melayu mana ni ?
vii. Kedudukan Raja-Raja telah dikurangkan immunitinya secara tidak praktikal oleh Melayu mana, dan digunakan atas isu Keadilan Melayu mana ?
viii. Negara kaya, pecatuan pemberian Biasiswa dan pengenalan kepada Pinjaman pelajaran dengan Syarat Bunga dan tempoh bayaran yang menekan anak Malaysia oleh Melayu mana ?
ix. Mengujudkan hidup berperasangka sesama anak Malaysia oleh Melayu mana ?
x. Menekankan ajaran Agama dan Moral kepada anak anak Bangsa Melayu supaya membina sahsiah diri, apabila anak-anak bangsa mengetahui tuntutan agama dan dpt membezakan yang mana baik dan buruk dan cuba membetulkan keadaan dikatakan tak mengenang budi, oleh bangsa melayu yang mana ?
xi. Percambahan atau nama kemajuan telah membiarkan hiburan berlualuasa sehingga anak-anak bangsa melayu banyak terjebak dalam masalah sosial disebabkan oleh bangsa Melayu yang mana ?
xii. Me Melayukan berlebihan kalau menghadapi masalah dari mensyumulkan Agama Islam itu sendiri hingga asyik kata Hidup Melayu...Hidup melayu.... bukan Hidup Islam.. oleh Melayu mana ?
xiii. Gagal memperbaiki struktur ekonomi bangsa melayu agar setara dengan bangsa lain oleh sebab Melayu mana ?
xiv. bangsa mana yang banyak berhutang diperingkat umur muda-muda lagi, disebabkan kuasa melayu mana ?
xv. Ketirisan wang negara oleh Melayu mana ?
xvi. Bebanan kewangan dibebankan kepada rakyat khususnya bangsa melayu oleh melayu mana ?
xvii. Penghinaan, tohmahan dan gertakkan oleh melayu mana kepada bangsa melayu dan agama oleh melayu mana ?
xviii. Terlalu menjarakkan orang yang berkusa dengan rakyat bawahan dengan protokol-protokol ciptaan melayu mana ? hingga bangsa melayu semacam meminta sedekah dengan pemimpin2 melayu itu sendiri. Oleh melayu mana ?
xix. Bila ekonomi menghadapi masalah, semua rakyat kena tanggung beban hutang negara disebabkan oleh ketidakcekapan melayu mana ?
xx. banyak lagi kalau nak dicerita kepada melayu-melayu berkenaan tentang apa yang mereka buat sehingga melayu-melayu juga yang menerima padah ?
xxi. Di PPinang, Melayu mana ?
Deletexxii. Di Selangor, Melayu bakal jadi apa, kerja melayu mana ?
xxiii. Jika di ganti Umno, melayu hilang kemana ? Kerja melayu mana?
iisssh...iissh...isssh ...halal haram sama jer.... Islam ? Sama jer macam buddha, kristian, hindu dll...
Entahlah Pak, cakap orang politik ni.Ingat orang biasa ni bodoh ke? Buat apa masuk padang politik kalau bukan kerana nak bentuk kerajaan /dapat kuasa? Takkan nak khidmat untuk bangsa, agama/raja? Budak sekolah sekarang pun tak percayalah...lagi pun kuasa tu ditenukan oleh rakyat bukannya hak mutlak golongan tertentu saja yang diwarisi turun-temurun.....
ReplyDeleteSeperti biasa sblom permilihan atau perhimpunan umno akan beratur panjang lah perajurit2 umno myusun kata utk membela kemelayuan..hakikat sbenarnya melayulah yg tak mampu memiliki rmah ditanahnya sndri, melayulah yg makin tercicir dalam arus ekonomi perdana, melayulah yg trlalu baik hatinya membelai2 manja warga asing..yg pasti pd perhimpunan nnti saf2x tertinggi akan mengipas dgn aircond 16° kpd presidennya..sekarang umno tak sekuat mana tp sikit beruntung kerana pakatan lembap...
ReplyDelete
ReplyDeleteSalam Pak Aspan,
Menjelang PAU hampir tiba, seperti biasa pemimpin pemimpin dalam gerombolan "pau" harta rakyat akan saling jerit menjerit untuk menarik perhatian bagi mendapat sokongan dalam pemilihan kepimpinan Gerombolan Kaki PAU ini.
Segala soalan soalan yang dikemukakan diatas tidak penting bagi mereka, yang lebih penting adalah bagaimana untuk memperkukuhkan kedudukan dan menambah kuasa supaya kerja-kerja "pau" hartabenda dan khazanah negara (harta rakyat) dapat diteruskan sebanyak mungkin.
Tanah rezab Melayu, Hutang Negara, Ketirisan Wang Rakyat, Rasuah, dll bagi gerombolan ini bukan perkara penting dan mereka akan berkata kapada rakyat yang bodoh dan senang diperbodohkan "that's not my problem,
that's your stupid problem"....