Negara kita bukan setakat
memperbaiki keadaan politik, ekonomi, sosial dan apa-apa lagi yang perlu tetapi
ia memerlukan transformasi yang drastik dengan memulakan sebuah negara yang
berlandaskan kepada keadaan yang realistik dan nyata.
Kita sedang berada di ambang kehancuran dalam semua bidang dan kehidupan dan tidak ada siapa di kalangan yang sedang mentadbir untuk bertanggungjawab menunaikan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lepas-lepas.
Kita sedang berada di ambang kehancuran dalam semua bidang dan kehidupan dan tidak ada siapa di kalangan yang sedang mentadbir untuk bertanggungjawab menunaikan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lepas-lepas.
Semua perlu meningkatkan tekad
dan usaha untuk bersama-sama menjadikan transformasi dalam semua hal di negara
ini menjadi kenyataan bagi kita keluar dari kepompong dan ‘ambience’ politik
yang tidak menentu sekarang ini.
Ia memerlukan peralihan dan anjakan
dari keadaan yang sentiasa mengelirukan sekarang ini kepada keadaan dan situasi
yang boleh menambah keyakinan kita yang negara kita masih boleh diperbaiki.
Sesungguhnya pimpinan kita sedang menghadapi krisis kepimpinan yng amat serius
dikalangan rakyat biasa secara keseluruhannya.
Apa sebenarnya yang hendak
diperbaiki bagi negara ini? Persoalan ini penting kerana kita wajar memahami
segala masalah secara terperinci dahulu sebelum kita memulakan usaha untuk
transformasi itu. Kita tidak mungkin dapat memperbaiki atau melakukan
transformasi jika kita tidak tahu masalah sebenarnya yang kita hadapi.
Itulah menjadi masalah bagi kerajaan sekarang
kerana negara dipimpin oleh mereka yang tidak tahu apakah masalah-masalah yang
kita hadapi secara spesifik. Itulah sebabnya kita melihat pimpinan kita
memberikan kesemuanya penyelesaian jangka pendek untuk rakyat tanpa mempunyai perancangan yang mantap untuk diguna pakai buat satu jangka masa yang
berpanjangan.
Dulunya blog ini pernah
memberikan anggapan yang penyelesaian yang diberikan oleh kerajaan kita
hanyalah ibarat memberikan ubat tahan sakit sahaja tetapi tidak mempunyai
keupayaan untuk mengubati penyakit sebenarnya. Maka kos memberikan ubat sakit
itu terlalu tinggi sehinggakan kita terpaksa membayar semua kos dari tindakan
penyelesaian secara adhoc dan tidak berpanjangan itu.
Beberapa hari yang lepas Tengku
Razaleigh telah bersuara dengan jelas dan memberikan pandangan yang negara kita
sedang menghadapi masalah yang terlalu besar dalam semua bidang pembangunan
negara. Ahli Parlimen Gua Musang itu telah menulis surat kepada semua Ahli Parlimen negara
termasuk Yang diPertua Dewan Legislatif Persekutuan sambil memberikan kritikan yang sangat
berharga untuk negara kita.
Tentunya beliau menulis surat itu sebagai cara
yang terakhir untuk mencari penyelesaian yang negara sedang hadapi sekarang
ini. Bukan mudah bagi beliau untuk melakukannya memandangkan beliau adalah Ahli
Legislatif yang paling 'senior' dalam Parlimen Malaysia itu. Tindakan beliau
menulis surat
itu dengan menggariskan segala permasalahan kepada semua Ahli Dewan itu sahaja
sudah cukup untuk kita fahami yang keadaan sekarang wajar diselesaikan secara
deras dan cepat.
Tindakan TR itu sepatutnya isu yang
paling utama untuk di fahami oleh semua Ahli-Ahli Dewan Legislatif Persekutuan
itu untuk melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkan negara kita yang seolah-olah
tidak berkerajaan lagi ini. Kritikan TR itu merupakan kritikan yang paling bertanggungjawab dan ianya amat menyentuh perasaan rakyat yang memerlukan perubahan yang drastik semata-mata untuk merasakan hidup dalam negara yang benar-benar tidak terabai.
TR telah memberikan teguran dalam
banyak perkara dan kesemua perkara yang disentuh oleh beliau itu adalah isu-isu
yang sangat besar yang kita hadapi dan memerlukan kepimpinan yang mempunyai
kudrat untuk bertekad melakukan perubahan.
Rasuah merupakan isu yang paling
utama yang beliau sentuh kerana rasuah sudah tidak dapat dibendung lagi dan
budaya rasuah itu sudah sampai ketahap tidak dapat diselesaikan oleh yang
sedang memimpin kita ini. Isu rasuah sudah begitu lama dan bertambah serius dan
kita tahu tidak ada sesiapa dalam barisan mereka yang berkuasa sekarang ini
serius untuk memperbaiki keadaan ini. Rasuah merupakan penyebab besar kenapa
kos kehidupan rakyat negara ini terlalu tinggi dan tidak dapat dicari
penyelesaiannya oleh mereka yang membiarkan budaya itu berkembang.
Harga kontrak yang dinaikkan
harganya untuk memenuhi kepentingan mereka yang makan untung diatas angin (rent
seekers) merupakan penyebab utama yang membuatkan harga satu-satu kontrak
pembangunan itu menjadi mahal dan yang akan membayar kos yang tinggi itu adalah
kita rakyat biasa yang sudah terlalu terhimpit dengan kos kehidupan yang
keterlaluan tinggi sekarang ini.
Tengku Razaleigh juga
mencadangkan supaya perlaksanaan GST hanya dilaksanakan setelah sampai waktu
yang sesuai untuk dilaksanakan sepenuhnya. Memandangkan keadaan ekonomi yang
tidak menentu pada tahun-tahun yang mendatang ini, perlaksanaan GST itu
mungkin menambah beratkan keadaan rakyat yang sudah tersedia dengan masalah kos
himpitan yang tidak pernah dijangkakan akan sampai ketahap sekarang ini.
Kerajaan sepatutnya sedar yang
pimpinan sekarang ini memperuntukan bajet untuk pembangunan hanya setakat 15
peratus sahaja tetapi kita pernah merasakan peruntukan untuk pembangunan
sebanyak 30 peratus atau pun lebih. Dalam Bajet bagi tahun 2015 hanya
diperuntukan sebanyak RM50 billion dari jumlah RM273 billion dan ini bermakna
kerajaan menggunakan lebih dari 80 peratus peruntukan bajet itu untuk mengurus
tadbir kerajaan.
Ini juga membayangkan dengan
tepat yang ketirisan yang begitu jelas sedang dan akan berlaku dalam pengurusan
kerajaan kita walaupun pemimpin kita mendengar keluhan rakyat tentang
keborosan pentadbiran kerajaan pimpinan sekarang.
Persoalannya sekarang, bagaimana kah
keadaah buruk ini dapat di perbetulkan selain dari semua Ahli-Ahli Dewan
Legislatif kita mengambil tanggungjawab dan bertekad bagi pembetulannya? Banyak
isu yang di sentuh oleh TR dalam surat
beliau kepada semua Ahli-Ahli Parlimen itu. Pandangan beliau itu adalah
pandangan seorang yang sarat dengan pengalaman dalam membentuk dan membina
asas-asas ekonomi negara semasa beliau diberikan tanggungjawab itu dahulu.
Elok kita teliti kembali apa yang
disentuh oleh Tengku Razaleigh dalam surat
beliau itu kerana blog ini tidak dapat memuatkan semua pandangan beliau kerana
kesuntukan ruang dan waktu yang blog ini hadapi.
Apabila beliau memahami apa
masalah sebenar yang negara hadapi, maka adalah ‘natural’ bagi beliau mampu
untuk memberikan penyelesaian terhadap isu-isu penting yang memerangkap negara
kita ini.
Seperti yang sebutkan tadi
hanya seseorang yang memahami masalah secara spesifik sahaja yang mampu
memberikan penyelesaian dan pemulihan keadaan negara kita yang kian reput ini.
Kita mesti kembali kepada ‘drawing
board’ bagi memulakan situasi baru yang boleh memastikan keadaan dan derita
rakyat dan negara sekarang ini dapat disembuhkan kembali.
Jalan utama untuk pemulihan negara sekarang ialah dengan kembali kepada memeritah menurut undang2 atau rule 0f law.Undang2 yang sedia tergubal oleh pengasas kemerdekaan negara dulu sudah cukup mantap, tetapi oleh keghairahan elit memerintah bermula dengan Mahathir untuk mengumpul kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni maka undang2 asas negara telah dicabuli melalui akta2 sampingan yang tujuannya semata2 mencairkan undang2 asal untuk menghalalkan perbuatan2 jenayah pemerintah dan gulongan penyangak yang diberikan kedudukan oleh rakyat.Untuk berpatah balik kepada situasi selamat, pilihan yang ada kepada rakyat terbanyak adalah menegakkan sebuah kerajaan yang dianggotai oleh individu2 yang mempunyai iltizam dan kekuatan menterbalikkan sistem yang sudah korup dan jahanam ini kepada satu sistem yang lebil adil dan seksama.
ReplyDeleteThe religious and Malay elites must pause and admit that they have not succeeded to build a united and just nation. 52 years of failure should have shown us all the pitfalls. Countries poorer than us or at our level have overtaken us by leaps and bound. Countries with similar riches in natural resources like Norway have shown us what we might be if....
ReplyDeleteReason, science, truth, fairness and justice had prevailed.
Will we look at facts? Act reasonably? Or do we twist facts to fit an outdated world view? Do we pander to the hegemonist who want dominate and subjugate fellow citizens?
Are they feel the rakyat pain? I don't think so. They don't ever care about us at all.
ReplyDeleteSalam tuan. Sebenarnya untuk menyelamatkan negara kita ini dari keadaan yang menyeramkan ini semua orang mesti balik menghayati ajaran ahama ISLAM yang sebenarnya. Insyaallah.......
ReplyDeleteTuan, sebenar kerajaan umno haramjadah lah mewujudkan akta untunk melindungan kegiatan rasuah. Akta tersebut dgunakan sebagai senjata untuk membunuh sesiapa sahaja yg berani bertindak untuk membocorkan semua salahlaku pemimpin2 umno. Oleh itu sekiranya kerajaan haramjadah ini betul2 ingin membasmi rasuah akta JAHANAM tersebut hendaklah dhapuskan
ReplyDelete