Akhirnya terjawab juga dalam isu
sodomi2 Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara
5 tahun untuk Anwar. Kita menerima keputusan itu dan tidak perlu membuat
pengadilan dijalanraya atau dikedai kopi atau dimana-mana.
Sejak beberapa lama pihak
pembangkang telah berusaha untuk memberikan persepsi yang apa sahaja keputusan
mahkamah yang tidak memihak kepada mereka itu adalah tandanya bidang Badan
Kehakiman tidak bebas dan adil. Badan Kehakiman hanya dianggap membuat
keputusan tepat jika penghakimannya tidak menyebelahi pihak kerajaan.
Bagi kumpulan ini Mahkamah hanya
untuk memenangi penghakiman untuk mereka sahaja dan selain dari itu setiap
penghakiman itu tidak adil dan tidak bebas. Dalam isu sodomi2 ini, pihak
pembangkang sedaya upayanya mahukan perbicaraan itu diyakini ramai sebagai satu
perbicaraan yang akan membuktikan ada konspirasi politik terhadap Ketua
Pembangkang itu. Tetapi tidak pernah mereka berjaya memberikan bukti yang itu
adalah satu konspirasi politik.
Petang semalam Anwar telah
dihantar ke penjara Sungai Buluh untuk menjalankan hukuman keatasnya dan ini
merupakan kali kedua Anwar dihantar ke sana .
Kita bukannya suka beliau dihantar kesana tetapi bukan kita yang menghantar
beliau ke penjara tetapi beliau sendiri yang menghantar dirinya ke sana .
Malahan saya juga tidak bersama
dengan pandangan setengah pihak yang gembira diatas pemergian Anwar ke Sungai
Buluh dan membuat andaian yang itu merupakan penamat kepada politik Anwar.
Mereka berpendapat setelah beliau keluar dari penjara nanti, beliau akan
berumur 71 tahun dan setelah dicampur dengan ‘moratorium’ politik selama 5
tahun lagi umurnya sudah mencapai 76 tahun, dan terlalu tua untuk meneruskan
karier politik beliau.
Dalam politik tidak ada tua atau
muda. Saya pernah memberikan pandangan yang tua itu adalah organ-organ yang ada
di dalam diri kita. Ada
yang berumur lebih dari tujuh puluh tahun lebih muda dari setengah orang yang
berumur enam puluh tahun. Bagaimana hendak mengatakan seorang yang berumur enam
puluh tahun itu lebih muda dari yang berumur tujuh puluh tahun jika banyak
organ-organ di dalam tubuhnya itu sudah tua dan tidak berfungsi dengan baik
seperti yang berumur tujuh puluh tahun yang mempunyai semua organ-organ dalam
dirinya masih baik dan sihat?
Ramai di antara mereka yang
berumur enam puluh tahun sudah menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi,
lemah jantung dan tidak berdaya untuk berjalan dengan baik? Sedangkan yang
berumur lebih dari tujuh puluh tahun itu masih mempunyai set gigi yang penuh dan
semua organnya terutamanya otaknya masih berfungsi dengan penuh dan masih boleh
berenang 20 lap dan lebih setiap hari?
Saya sudah tidak boleh berenang
walaupun dua lap sejak saya berumur 50 tahun lagi sedangkan ada yang masih
boleh berenang lebih dari 20 lap sehari walaupun umur mereka sudah berusia
tujuh puluh tahun. Tentulah saya lebih tua dari mereka yang berumur 70 tahun
itu kerana saya sudah tidak berdaya untuk berenang walau pun dua lap semasa
berenang.
Ramai yang mengatakan orang lain
tua sedangkan mereka sendiri mempunyai masalah kesihatan yang jauh lebih buruk
dari mereka yang di katakannya sudah tua itu. Oleh itu saya tidak setuju dengan
pandangan yang perginya Anwar ke penjara Sungai Buluh semalam merupakan penamat
kepada karier politik beliau kerana beliau akan melebihi 75 tahun apabila
beliau dibenarkan untuk kembali memegang jawatan dalam partinya dan bergiat
kembali untuk mencapai cita-citanya.
Sudah puluhan tahun saya tidak
berjumpa dengan Anwar tetapi saya difahamkan beliau adalah sihat walafiat dari
segi kesihatan dan jika beliau mampu untuk mempertahankan kesihatannya seperti
sekarang, saya tidak nampak kenapa beliau tidak boleh bergiat setelah berumur
melebihi 75 tahun nanti.
Dr Mahathir sudah berumur 90
tahun tetapi beliau masih aktif mengkritik kerajaan dan menolak parti
pembangkang. Beliau masih berpolitik dan tidak tahu bila beliau akan berhenti
berpolitik. Walaupun beliau sudah berusia 90 tahun tetapi beliau lebih muda
dari mereka yang enam puluh tahun yang tidak henti-henti masuk hospital kerana
masalah kesihatan.
Dr Mahathir masih boleh
mengkritik kelemahan pemimpin negara walaupun kritikan beliau itu seolah-olah
mengkritik diri beliau sendiri kerana pemimpin-pemimpin yang beliau kritik itu
adalah yang beliau bentuk sendiri. Jika masakan kita tidak sedap kita tidak
boleh mengkritik masakan itu, kerana masakan itu tidak sedap kerana kesalahan
cara kita memasak.
Apa pun, umur Dr Mahathir yang
sudah mencapai 90 tahun itu masih boleh berpolitik kerana organ-organ dalam
tubuh beliau masih cergas dan berfungsi dengan baik. Jika Anwar keluar dari
penjara dan masih baik semua organnya, maka tidak ada masalah bagi beliau untuk
bergiat kembali dalam politik secara aktif.
Pendeknya yang tua atau muda itu
bukannya angka usia yang ada bersama seseorang itu, sebaliknya ialah samada
organ-organ tubuh mereka itu masih berfungsi dengan baik atau tidak.
Jangan terlalu cepat membuat
andaian ‘conclusive’ yang Anwar tidak akan ada lagi hayat politiknya apabila
dia sudah dibenarkan oleh undang-undang untuk kembali aktif dan bergiat. Ia
bergantung kepada keadaan organ-organnya, khususnya tahap kesihatan dan
kemampuan otak beliau untuk berfungsi.
Masalah yang dihadapi oleh
Pakatan Rakyat dalam jangka pendek ini ialah, siapa yang akan mengetuai persepakatan
yang longgar dalam Pakatan sekarang ini. Mahu tidak mahu kita harus mengakui
hakikat yang PR dalam keadaan yang paling lemah dengan ketiadaan Anwar Ibrahim
sekarang ini.
Jika dilihat sekeliling nama yang
ada hanyalah Azmin Ali tetapi Azmin tidak sesuai dengan keadaan sekarang ini
kerana beliau walaupun mempunyai kekuatan grassroots dalam PKR tetapi beliau
merupakan seorang novis dalam hal membentuk dan membangunkan persepakatan yang
sangat penting untuk menghadapi ‘the mighty UMNO’ yang mempunyai semua 'instruments' kerajaan sekarang ini.
Bagi blog ini, pandangan sebegini
sudah lama dinyatakan secara terbuka dan sekarang ternyata keadaan Pakatan
sekarang ibarat kata perpatah, ‘mati ayam mati tungau’.
Jalan yang telah disarankan oleh
blog ini begitu lama dahulu ialah dengan membentuk sebuah kerajaan dan negara
yang baru, berlandaskan kepada situasi dan kepimpinan yang baru tanpa mengira
parti, asalkan sahaja negara ini dipimpin oleh seorang melayu yang berwibawa
dan dihormati semua kaum dan pihak.
Penyelesaian secara begini bukannya tidak pernah
berlaku. Ia telah berlaku semasa Tunku membentuk persepakatan di antara semua
kaum melalui parti-parti yang mewakili semua kaum dan sekali lagi ia berlaku
penjenamaan baru politik Malaysia
dilakukan oleh Tun Razak Hussin pada 1974 yang lalu.
Perlu ada seorang yang mampu
membawa semua pihak ke meja rundingan yang melibatkan semua kaum dan pihak
untuk membentuk politik yang baru dalam ‘ambience’ yang baru dan meninggalkan
situasi yang sudah sangat menjemukan rakyat sekarang ini.
Politik yang diperlukan sekarang
ialah politik perpaduan dan bukannya politik menuding jari dan memaki hamun
di antara satu pihak dengan pihak yang lain. Politik serang menyerang sekarang
ini tidak memberikan kemenangan kepada sesiapa sebaliknya semuanya akan tewas
dan kecewa.
Salam Tuan AA
ReplyDeleteTuan ada menyatakan pernah dibentuk perpaduan semasa Tunku membentuk persepakatan di antara semua kaum melalui parti-parti yang mewakili semua kaum dan sekali lagi ia berlaku penjenamaan baru politik Malaysia dilakukan oleh Tun Razak Hussin pada 1974 yang lalu. Ya memang benar perpaduan itu boleh dibentuk oleh mereka yg berjiwa besar seperti nama-nama yg tuan sebutkan dalam posting ini. Ia adalah hakikat sejarah yang tidak dapat disangkal lagi.
Masalah yang wujud pada hari ini, siapakah pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar (untuk menuju kearah pembentukan perpaduan) seperti itu dalam pelbagai parti terutamanya dari BN? Sudahlah dalam hampir setiap parti komponen pun saling berantakan apatah lagi antara parti komponen, baik di pihak BN dan PR juga tidak ketinggalan. BN sebagai parti yang memerintah sering kali menganaktirikan parti pembangkang, double standard dan menindas terutamanya diterajui oleh UMNO(Baru) ada hatikah hendak menunjukkan sifat terpuji pemimpin-pemimpin yang nama mereka tuan telah sebutkan itu? It seemed as 'Far grilled from fire'
Mampukah Pakatan Rakyat Bertahan Tanpa Anwar Ibrahim ?
ReplyDeleteHukuman penjara selama 5 tahun yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim dikala Pakatan Rakyat sedang menghadapi krisis dalaman yang serious sudah tentunya menjadi satu cabaran yang sangat besar kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana, peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini khsusnya kemampuan berkomunikasi dengan DAP dan PAS sangat diperlukan untuk menuetralkan krisis yang sedang melanda Pakatan Rakyat.
Persoalannya apabila Anwar Ibrahim telah dipenjarakan siapakah pemimpin dalam Pakatan Rakyat khususnya dalam parti PKR yang dapat mengambil peranan tersebut ??? Jika ada, maka besar kemungkinan Pakatan Rakyat akan dapat dipertahankan daripada berpecah.
Artikel Penuh :
http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2015/02/mampukah-pakatan-rakyat-bertahan-tanpa.html
Unity Government yg sebenar. Bukan masuk umno ya..
ReplyDeleteSalam pagi jumaat Tuan AA,
ReplyDeleteTuan masih banyak berkias. Siapa tokoh yg tuan maksudkan mampu untuk membawa satu politik baru dalam Malaysia?
Saya takut tuan hanya berangan angan seperti burung punggok rindukan bulan.
Salam pagi jumaat Tuan AA,
ReplyDeleteTuan masih banyak berkias. Siapa tokoh yg tuan maksudkan mampu untuk membawa satu politik baru dalam Malaysia?
Saya takut tuan hanya berangan angan seperti burung punggok rindukan bulan.