Blog ini mengambil serius
terhadap ketidak adilan kos panggilan IDD yang terlalu murah bagi rakyat
pendatang Bangladesh berbanding dengan panggilan tempatan dinegara ini. Seperti
yang disebutkan sebelum ini telefon bimbit merupakan perkara asas dan ianya adalah
cara hidup rakyat termasuk rakyat yang ramai kini.
Kita mesti akui yang 60 (%) peratus
dari rakyat negara ini mempunyai purata pendapatan RM1,500 sebulan dan
mengurangkan kos panggilan tempatan ini merupakan satu usaha yang sangat
penting dan bermakna bagi rakyat yang rata-rata sedang dihimpit oleh kos sara
hidup yang tinggi sekarang.
Malahan kerajaan patut mengambil
isu ini dengan serius kerana jika panggilan tempatan boleh dikurangkan,
tindakan itu lebih berkesan dari pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
BRIM hanya memberikan bantuan kepada ketua keluarga yang berpendapatan RM3,000
ke bawah, sedangkan pengurangan kos panggilan tempatan itu akan memberikan
faedah kepada semua ahli dalam sesebuah keluarga, dan ia melibatkan semua
lapisan masyarakat.
Ini bermakna jika sebuah keluarga
lima orang, setiap ahli keluarga itu akan mendapat mengurangkan kos panggilan
yang memberi makna mereka akan meningkatkan ‘disposal income’ bagi keluarga
tersebut.
Jika setiap orang mendapat pengurangan kos
panggilan ini sebanyak RM40 misalnya maka setiap bulan keluarga yang
mengandungi lima ahli tersebut akan dapat menyelamatkan RM200 sebulan. Di sini
sahaja keluarga ini akan menyelamatkan RM2,400 setahun sedangkan BRIM hanya
memberikan tunai sebanyak RM900 setahun bagi ketua keluarga itu.
Gambarajah atau ilustrasi dibawah
menguatkan lagi fakta dan hujah perlunya kerajaan mengambil serius isu ini:
MOBILE PRE PAID CALLING CARD PER MINUTE RATE
Domestic call
[ panggilan tempatan ]
|
International call
[ panggilan antarabangsa ]
|
|
U Mobile
|
(0.20/min)
|
Bangladesh (0.14/min)
Australia (0.75/min)
|
Maxis
|
(0.12/min)
|
Bangladesh (0.07/min)
Indonesia (0.11/min)
|
Celcom
|
(0.33/min)
|
Bangladesh (0.48/min)
Singapore (0.28/min)
|
DiGi
|
(0.36/min)
|
UK (0.96/min)
|
Domestic call
[ panggilan tempatan ]
|
International call
[panggilan antarabangsa ]
|
|
Austalia (Telstra)
|
( 0.15 /min)
|
Malaysia
(0.85/min)
Indonesia
(1.15/min)
|
Singapore (Starhub)
|
( N/A /min)
·
First min 0.22, 0.8 per min thereafter.
·
$8 up to 99min
·
$15 up to 185min
|
Malaysia
(0.16/min)
Australia
(0.39/min)
|
Thailand (AIS)
Unable translate to Eng
Language
|
(2Baht / 3 min)
|
Malaysia (15Baht /min)
UK (23Baht /min)
|
UK (Vodaphone)
Unable to retrieve
information
|
(£10/ 150min)
(£20 / 500min)
|
Malaysia
(N/A /min)
Singapore
(N/A /min)
·
£10 = 60international min
·
£15 = 100 international min
·
£30 = 240 international min
|
Yang jelas sekarang kerajaan
perlu melakukan sesuatu proaktif bagi memberikan peluang untuk mengurangkan kos
kehidupan seharian mereka. Difahamkan yang isu ini telah dibawa kepengetahuan
penggubal dasar kepada Kementerian yang bertanggungjawab, iaitu Menteri yang
bertanggungjawab keatas KKMM, tetapi setakat ini belum ada apa-apa tindakan
yang diambil oleh Menteri ini.
Jika mereka yang bertanggungjawab
di Kementerian atau MCMC itu tidak mengambil tahu tentang isu ini maka elok
pengguna sendiri melakukan sesuatu yang ‘organic’ untuk membawa keadilan kepada
rakyat yang keseluruhannya sebagai pengguna kepada perkhidmatan ini.
Tuan Aspan....saya kagum dengan isu yg sdr timbulkan kerana ini isu nasional sebenarnya. Kita sebenarnya tidak tahu cara untuk membawa ketengah isu ini. Kita tanggung sahaja derita membayar perkhidmatan yang mahal ini. Kita hanya berharap ada pihak yang pandai membuatkan isu ini ketengah...
ReplyDeleteAda org cari makan!!!
ReplyDeleteDon't expect this Minister Shabery can do anything about this bro. He is ineffective minister.
hmmm...tak tau bila agaknya rakyat negara kita akan merasai kos panggilan murah.
ReplyDeletepemimpin BN lebih utamakan kera di hutan drpd anak tempatan.
ReplyDeleteMana ada masa pemimpin kita hendak memberikan perhatian untuk kita ordinary citizen ini?
ReplyDeleteAA, I suggest you keep on efforts to get the authority to correct this unfair deal with the local calls.
ReplyDeleteEverything in this country is out of control and it takes huge enterprise to correct the wrongs seen to be happening in every little things of life.
tanya lah berapa ramai dah melayu berenti kerana gaji yang jauh sangat beza dengan 'orang' lain yang baru kerja Celcom. Ada hongleong bank bagi melayu gaji tinggi gitu??
ReplyDelete