Ketika negara sedang melalui
zaman muram politik dan ekonomi tentulah usaha wajar dilakukan untuk melalui nya
dengan tabah sambil mencari jalan bagi penyelesaiannya. Untuk mencari
penyelesaiannya, semua pihak wajar mencari jalan penyelesaiannya dan mengetahui
sebab kenapa kita sampai menjadi begitu buruk dalam politik dan ekonomi sekarang
ini. Dalam ilmu pengurusan ada disebut, ‘we must understand the real problems
up to specific even before we think how to solve it’. Lain-lain perkataan tidak akan terjumpa
penyelesaiannya jika kita tidak memahami masalah sebenar yang membawa kita ke
situasi yang sangat mencabar ini.
Selalunya bagi sesebuah negara masalah besar yang kita hadapi itu tentu lah ia bermula lama sebelum kita merasakan kesan buruknya. Ia bermakna kita telah berulang-ulang dan terus melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap negara kita begitu lama sebelum kita sedari yang situasi itu sudah menjadi barah kepada negara dan rakyatnya.
Salah satu dari penyebab kenapa
kita menghadapi masalah perpaduan negara adalah dasar-dasar ‘economic and social
re-engineering’ negara telah di perkosa dan tidak diperkayakan. Jika dasar yang
gubal dahulu ialah untuk menjadikan rakyat di antara kaum berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah sekarang ini diantara orang Melayu sendiri telah
terdampar di kalangan orang Melayu sendiri sedang menghadapi masalah yang tinggi
bertambah tinggi dan yang rendah bertambah rendah. Belum lagi kita ukur kedudukan
orang Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain dalam negara ini.
Kita tidak akur kepada kenyataan jika bangsa yang dominan dimana-mana negara sekali pun jika kedudukan mereka ketinggalan dalam bidang ekonomi dan industri ia akan menggagalkan apa-apa sahaja dasar yang digubal, walau secantik mana pun dasar itu digubal. Sesebuah dasar itu wajar dilaksanakan dengan teliti dan tidak menyimpang dari asas dasar itu digubal. Lemah kedudukan kaum dominan sesebuah negara itu maka lemahlah negara dengan ketidakstabilan politik nya dan kadangkala membawa negara itu ke satu huru hara yang tidak terkawal.
Dinegara ini sememangnya ada dasar-dasar untuk memperimbanagi kedudukan social dan ekonominya tetapi sejak tiga dekad yang lalu dasar-dasar itu diabaikan dimana peruntukan dan kemudahan untuk orang Melayu dan Bumiputranya telah di ‘hijacked’ oleh kumpulan Melayu yang hampir dengan yang berkuasa. Kesempatan dan projek-projek mega diwujudkan secara runding terus dan di berikan projek-projek tersebut kepada kumpulan elit ini diatas nama Bumiputra dalam anggaran yang berbillion-berbillion ringgit dan dalam masa yang sama elemen dan budaya rasuah telah berkembang tanpa dikawal. Tiada siapa yang mahu mengawalnya kerana yang sepatut mengawalnya sendiri terlibat dengan kegiatan rasuah yang hina itu.
Bumiputra hanyalah diberikan
projek-projek ‘class F’ di peringkat daerah dan disitulah tumpuan kerajaan
untuk mendapatkan sokongan dari rakyat biasa bawahan. Itu sebabnya kita melihat
UMNO Bahagian-Bahagian di banyak daerah dikuasai oleh kontraktor-kontrak kelas F yang tidak mempunyai agenda lain selain dari monopoli kerja-kerja kontrak
kelas F kesemuanya. Rasuah di peringkat daerah begitu menular sehinggakan ramai
ketua-ketua jabatan di daerah sendiri mempunyai syarikat-syarikat kontraktor
mereka sendiri tanpa kawalan.
Oleh yang demikian kita terbukti bahawa dasar yang baik sekali pun tidak akan membawa apa-apa makna jika ia tidak dilaksanakan oleh ‘implementers’ dengan baik. Dasar yang baik wajar dituruti dengan pelaksana yang jujur dan bertanggungjawab. Tetapi masalahnya pelaksana boleh melaksanakan dasar dengan tidak jujur kerana pembuat dasar yang sepatutnya membuat pemantauan itu sendiri terlibat dalam melakukan rasuah dan kerja-kerja tidak bermoral itu.
ReplyDeleteSir, what you mention is totally relevant. Mahathir and leaders after him never attentively focused in building the good plans proposed by the NEP. Bumi means Ananda, Syed Mokhtar, Francis Yeoh,. Now Bumi means jho Lo and many others around Najib.
These problems derive from Mahathir and Najib's senselessness for the social and economic engineering that leaders before TDM planned. We now feel the consequences.
ReplyDeleteMahathir itu bontot kuali, Najib itu bontot belanga. Betul tak tuan?
Ini adalah peluang paling tepat untuk negara ini membersihkan bontot2 nya. Buang Najib sebagai pengajaran dan tunjukkan kehendak dan kemampuan rakyat untuk mentadbir negara ini dengan bijak dan saksama. Kita menolak perasuah dan orang munafik sebagai ketua.
ReplyDeleteSo whats new sir ..its all been that way and the rakyat year in year out forced to swallow everything. Now leaders wants rakyat to sacrifice. There will be no end.
ReplyDeleteTak guna duit derma bebilliun biliun kalau satu nyawa rakyat pun tak dapat diselamatkan. Tak guna belanja bebilun bilun dengan submarinenya dan scandal pembunuhunnya kalau security negara terus diancam dan tidak dapat di tangani. Selama mane nak duduk diam main diplomatik bodoh. Nampak sangat Najib terus dibodohkan dan tidak sedia menangani masaalah negara. Apa punya ketua kita ada sekarang termasuk kuncu kuncu yang haf pas sik.
ReplyDelete