26 November 2015

Najib pemimpin 'spent -force'

Ramai yang memperkatakan yang banyak cawangan UMNO akan mendesak Najib untuk meletakkan jawatan. Ada yang mengatakan setidak-tidaknya sebanyak lima ribu cawangan akan membuat desakan itu. Malahan ratusan cawangan telah pun melakukannya dan ini mendapat reaksi pimpinan UMNO pusat. Adnan Mansor dan Ahmad Zahid telah menuduh ada dalang di sebalik desakan yang dilakukan oleh cawangan-cawangan ini.

Ramai yang beranggapan yang ia didalangi oleh musuh dalam parti. Tetapi tidak kurang yang beranggapan yang ia juga didalangi oleh Zahid Hamidi kerana Zahid mahu mempastikan dirinya mendapat kerjaya sebagai PM itu secepat mungkin.

Walau apa pun desakan itu telah wujud dengan jumlah cawangan yang besar. Jika dua puluh lima peratus dari jumlah cawangan-cawangan membuat tuntutan itu ia tetap melemahkan Najib dan secara moralnya. Najib sudah hilang 'legitimacy' untuk memimpin parti dan negara. Beliau wajar meletakkan jawatan kesayangannya itu. Secara hakikatnya Najib sudah menjadi pemimpin yang ‘spent force’ dalam partinya sendiri. Bagi sesiapa yang boleh berfikir lebih dalam lagi Najib telah memberikan ruang untuk orang lain melakukan ‘dalangan’ terhadap beliau untuk berhenti itu.

Jika seseorang pemimpin itu sebenarnya pemimpin yang berwibawa, tidak mungkin sentimen menolaknya begitu besar dan meluas. Jika Najib seorang pemimpin yang benar, tidak mungkin sesiapa boleh mendalangi tuntutan cawangan-cawangan untuk beliau meletakkan jawatan. Apa yang didengar dari UMNO itu adalah ketidak-yakinan ahli-ahli parti itu terhadap Najib. Tetapi yang lebih besar lagi ialah doa dan tuntutan rakyat ramai untuk beliau meletakkan jawatan kerana sudah tidak terlarat untuk bersabar dengan kerenah nya sebagai pemimpin negara.

Kita sekarang boleh bertanya kepada Najib, dimanakah dia tiga juta ahli UMNO yang menyokong nya itu?Sesungguhnya apa yang berlaku di peringkat akar umbi sekarang ini amat membahayakan UMNO itu sendiri. UMNO sudah pasti akan kalah di lebih banyak kawasan kali ini. Setidak-tidaknya kali ini UMNO akan menambah kawasan yang mereka akan kalah. Jika UMNO hanya mendapat kurang dari tujuh puluh kerusi, BN akan tumbang kerana UMNO tidak boleh mengharapkan tambahan kerusi dari rakan komponennya seperti MCA dan Gerakan.

Kekalutan UMNO sudah ada batasnya lagi. Najib hanya menumpukan untuk menyelamatkan dirinya semata-mata. Sejak penyingkiran Muhyiddin dan Shafie Apdal dan pemecatan ramai ahli-ahli parti yang tidak sehaluan, UMNO dan Najibnya sudah tiada jalan lagi untuk menyelamatkan parti ini. Perhimpunan kali ini akan berlaku perubahan dalam persidangan itu. Perhimpunan sayap-sayap parti kali ini akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing untuk mengelak Muhyiddin dari berucap dan mendapat tumpuan. Zahid Hamidi pun mahu beliau yang merasmikan persidangan sayap-sayap itu.

Sekarang ada ura-ura untuk tidak membenarkan media membuat liputan dan persidangan itu akan diadakan secara tertutup pula. Jika kita melihat dari scenario dalam UMNO kini, kita memahami UMNO sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Selagi semua pimpinan parti itu tidak diubah UMNO akan merudum kerana tekanan rakyat untuk presiden parti itu berhenti sudah terlalu meluas dan mendesak.

Jika persidangan dibuat secara tertutup elok jangan bersidang di Kuala Lumpur. Elok kita cadangkan perhimpunan itu dibuat di hutan belantara Pahang sahaja. Di sana tidak ada yang datang menjenguk dan tiada siapa yang mendengarnya. Segala masalah sekarang di dalangi oleh Najib sendiri. Hanya beliau selalu melemparkan kesalahan beliau kepada pihak lain.

UMNO bermusuh dengan semua pihak khususnya kepada orang Melayu. Kita orang Melayu hanya digunakan oleh pimpinan hari ini sebagai pemikul bala perbuatan pucuk pimpinan hari ini.

7 comments:

  1. What more to add? You said it all.

    ReplyDelete
  2. Umno dah jadi private club. Only obedient members je yang layak datang PAU. Kadang2 terpikir jugak cakap najib ni pasal nak buat umno ni inclusive. Rasanya dia salah sebut kot. Sebenarnya exclusive. Almaklumlah najib ni pun belajar tak habis.

    ReplyDelete
  3. Orang UMNO takdak teluk. Cash is king bro. Tengku Adnan, dia le tok guru rasuah. Make hay whuke the sun shine. 3 juta rakyat umno jilat tapak tangan jangan kepunan. Supreme council akan sapu semua. Don't you worry. PAS pun tak boleh selamatkan Najib. Suruh le Haron Din doa sampai bebuih mulut. PAS akan tengelam. Yang boleh selamatkan Melayu adalah Najib disingkirkan dan UMNO di perbetulkan. Stilll go time. PAS dengan politik sempitnya tak boleh diharap. Bangun UMNO

    ReplyDelete
  4. People anger towards Najib is beyond repair even he resign now. The action taken on senior ministers have made the situation worse which can be interpreted Umno now belong to an elite group "Hopeless " .
    Najib failed to understand he as a person and as Umno leader . To him condemning him personally equivalent as condemning UMNO . If he is hopeless his umno and bn leaders are hopeless and useless because didn't have any gut to tell PM to behave . If dissatisfied Umno branches are allowed to express their dissatisfaction through rally.....more people will join them with one hope Najib must go and account all the blunder he has made.....

    ReplyDelete

  5. Salam pagi jumaat Tuan Aspan,

    Sungguh malang bagi orang melayu/islam mutakhir ini kerana Presiden dan Kepimpinan dua parti terbesar iaitu UMNO dan PAS diserang penyakit koro akibat banyak sangat terkena nasi kangkang.

    Halatuju politik umat melayu/islam habis bercelaru dan haru biru dibuat oleh dua puak tersebut yang akan menjahanamkan umat melayu/islam dalam negara tercinta ini. Lebih membimbangkan lagi kedua dua kepimpinan yang berpenyakit ini sedang giat berusaha untuk perpadu tenaga dalam gagasan kerajaan perpaduan yang sangat kabur dari segi integriti dan kredibiliti mereka.

    Semuga Allah SWT menghindarkan kita dari bala dan kecelaruan yang berpanjangan....aminn

    ReplyDelete
  6. Undur je le Najib. You are wasting the rakyats energy with all the negative talk about you and your wife and poor business sentiments due to lack of confidence of your leadership. Take along with you all the stupid ministers and kaki ampus and leave the UMNO to right itself. New leaders will sprout, for the better and will never be like the BANGSAT that you predicted

    ReplyDelete