Hari ini nak sambung lagi tentang
penggantungan TS Muhyiddin dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Penggantungan itu nyata membuktikan UMNO bukan lagi parti yang mempunyai
ciri-ciri parti pemerintah, sebaliknya tindakan menggantung pemimpin kedua
tertinggi parti itu menunjukkan yang parti itu akan berkubur dari ingatan dan
sokongan rakyat. Di peringkat pimpinan tertinggi UMNO sedang bermain politik
untuk merebut kuasa kerana Perdana Menteri Malaysia sangat berkuasa dan boleh
memasukkan dan mengeluarkan sesiapa dari penjara.
Tindakan Najib menggantung
Muhyiddin ini terang-terang menunjukkan yang Najib dan konconya dalam Majlis Tertinggi
itu bukanlah kumpulan pemimpin, sebaliknya mereka hanyalah barisan dan
kumpulan yang memperjuangkan keselamatan peribadi pemimpinnya Najib. Mereka
adalah dari gulungan yang fakir jiwa dan keliru kenapa mereka berada diatas itu
memimpin rakyat yang semakin hari semakin bijak dan pandai memerhati sikap dan laku pemimpin mereka.
Tindakan menggantung Muhyiddin
itu semata-mata kerana satu sebab utama. Najib sedang berhadapan dengan
perbicaraan masyarakat tempatan dan antarabangsa tentang isu rasuah terbesar
dalam sejarah dunia ini yang dihadapi oleh Najib. Najib mahu melindungi dirinya
dari pembongkaran isu sebenar. Manakan tidak, Najib disoal siasat dibanyak
negara didunia ini dan perlu diingat tuduhan rasuah terhadap Najib ini
melibatkan banyak negara dan individu bersama. Najib dalam keadaan desperado
kerana apa yang penting bagi beliau sekarang ialah beliau dapat menutup segala
tindakan dan perlakuan serta moralnya yang rendah itu.
Najib tidak memerlukan lagi orang
mempercayai beliau kerana beliau sendiri tahu yang semua orang tidak percaya
dengan beliau. Yang Najib perlukan sekarang ialah kawan-kawan yang setia dengan
beliau dan mempertahankan beliau dalam keadaan beliau yang hampir tersungkur
sekarang ini. Maka berebutlah diantara mereka dalam hierarki parti dan kerajaan
untuk membantu beliau dengan bersama-sama membohongi rakyat dan diantaranya
ialah pemimpin yang ingin mengambil kesempatan diatas kekosongan jawatan
Timbalan Presiden parti itu untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri. Ramai
yang yakin mempertahankan Najib bermatian-matian itu sendiri tahu keadaan
sebenarnya tetapi mereka ingin mengambil kesempatan sementara nyawa politik
masih ada sedikit itu untuk mendapat habuan material dan kedudukan peribadi.
Justeru pimpinan UMNO itu
sebenarnya adalah pimpinan yang terlalu rapuh dan pemimpin tertinggi yang hanya
bergantung kepada kuasa sebagai pemimpin kerajaan. Dengan kuasa yang ada mereka
boleh membuang AG dan menggantinya dengan seorang yang boleh menggunakan kuasa
untuk menutup segala kebenaran. Mereka mempunyai KPN yang sanggup memainkan
peranan untuk menutup segala kebenaran dengan menyiasat mereka yang mengkritik
kepimpinan yang tidak berkepimpinan itu.
Jelas Muhyiddin tidak sanggup
melihat segala kemungkaran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh Najib
walaupun beliaulah yang paling mudah untuk naik ke jawatan Perdana Menteri
diatas sifatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apa yang perlu beliau lakukan
hanyalah tunduk dan menjadi 'yes man' seperti Zahid, Nazri, Rahman Dahalan dan
jangan lupa Salleh Said Keruak. Apa pun nilai Muhyiddin, beliau mempunyai
sedikit ‘spiritual value’ dalam dirinya dan telah sanggup membakar dirinya
kerana tidak tergamak bekerjasama dengan pemimpin rakus yang keterlaluan
seperti Najib Tun Razak ini. Kesabaran ada hadnya, mungkin itu yang ada di
dalam benak Muhyiddin.
Kita sama-sama melihat apa yang
akan terjadi kepada mereka yang mengambil kesempatan untuk menaiki takhta kuasa
untuk menggantikan Muhyiddin ini. Yang nyata mereka bukanlah menyokong Najib
tetapi mereka mahu mengambil kesempatan jika Najib jatuh awal mereka akan ada
pemimpin baru seperti Zahid Hamidi yang sudah tidak sabar untuk melihat Najib
jatuh tersungkur untuk mencapai hajatnya menjadi Perdana Menteri. Ini sahaja
kesempatan yang membolehkan beliau menjadi PM kerana beliau tidak mampu untuk
mendapatkannya jika ditafsir dan dinilai dari kemampuan untuk membina negara
dan tidak ada pun rekod yang beliau sudah berjasa kepada negara.
Kita lihat sahaja apa yang akan
berlaku seterusnya. Jika apa yang saya katakan itu benar hasilnya akan kita lihat
dalam jangka masa yang tidak berapa lama lagi. Jika sampai hajat dan niat
kumpulan yang mahu mengambil alih Najib dalam Majlis Tertinggi itu negara akan
jahanam dalam masa yang singkat. Jika panjang umur akan kita saksikan bagaimana
negara kita akan jatuh dan akan hilang segala kedaulatannya.
Mengerikan. Apa raja2 buat? Dah kronik pun masih berdiam diri.
ReplyDeleteTepat sekali hujah saudara. Najib sudah tidak ada pengikut lagi dalam kalangan rakyat, Hanya segelintir pembodek dan penjilat sahaja yang tinggal untuk mnghidu dan mengipas beliau. Masa sudah sampai di mana puak-puak penjilat ini pula menyisihkan Najib. Tidak lama lagi ini akan berlaku. Pengganti dalam kalangan pebodek dan penjilat ini akan menrosakkan negara. Melayu yang akan menjadi mangsa.
ReplyDeleteSALAM DARIPADA SEMUA RAKYAT NEGARA IN KEPADA MUHYUDDIN.... INSYA ALLAK PERJUANGAN SAUDARA TETAP AKAN BERJAYA.....
RAKYAT SUDAH 100% TOLAK NAJIB.
"orang Melayu akan menjadi bangsa yang tersisih di buminya sendiri. Maka kata-kata yang mengatakan Melayu tidak akan hilang di dunia ini tidak akan benar, kerana ‘Melayu Akan Hilang Dunianya’."
ReplyDeleteSuharto korup, rakyat Indonesia campakkan dia keluar. Marcos korup, rakyat Filipina halau dia keluar. Di Thailand juga begitu (cuma payah sikit dengan tentera yang kuat pengaruhnya). Tapi di Malaysia ? Tak akan jadi apa-apa. Melayu akan hilang dunianya, kerana mereka telah lama hilang telor2 nya.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteJangan bimbang akan ada lebai lebai yang akan mengeluarkan fatwa dari kitab biru untuk membela Najib dan konco konco nya.
Cash is King!!!
Otak anda 2x5 dgn pembodek najib. Tiada idea hanya dibuai sentiment semata2. Tidak serious dgn isu tapi lebih kpd tempelan nasi tambah.
DeleteDSNR as the Prime Minister, has no executive powers under the Criminal Justice System. For example under the penal laws, only police officers have the special powers provided in the Criminal Procedure Code, to investigate criminal offences. Under Article 145(3) of our Federal Constitution, the Attorney General is the Public Prosecutof for the State in the conduct of criminal cases.
ReplyDeleteOf course these important posts will be politiced vide appointment of those trusted by the PM.They will NOT act against the PM who put them in these posts. In other words, it is a practice of political patronage.
The PM gets his wishes carried out by his 'Proxies".He is protected by these proxies too. Pure and simple.
If these proxies were people of high integrity, then the PM will be prosecuted if he commits a criminal offences
Salute to DSNJ for having set up a scheme of proxies to shield him from criminal prosecution.
Hang Kasturi
Maaf tuan, saya fikir TSMY kurang berani utk memulakan sesuatu yg drastik. He lacks the moral courage.
ReplyDeleteTan Sri Muhyiddin can now go all out to expose all that he knows about the idiot. It's really high time. Cats do not have nine lives. Najib is living his own myth.
ReplyDeleteaspan.. mereja berdosa tengan Tengku Razalight
ReplyDeletebaru mereka tahu azab
ReplyDeleteSikalang Wa ingat UMNO sutak selupa itu DAP maa aa ,siapa tatak sokong semua kasi pechat ,kasi habit semua lor rr.
Jika orang baca coretan sdra dan faham sepenuhnya, saya tak fikir orang itu akan menyokong dan memilih Najib dan Umno/Bn pada PRU14 nanti. Lainlah kalau dia benar-benar lembu bebal dan bangang tak makan ajar dan tak erti bahasa.
ReplyDeleteIni semua sembang berapi, meeting x mai, pigidah, hal Palsu disanjung, gila pengikut taksub madey n midin ni kahkah..
ReplyDelete