Majlis Tertinggi UMNO telah
menggantung jawatan Muhyiddin Yassin, Timbalan Presidennya dengan begitu mudah
tanpa merujuk kepada Jawatan Kuasa Disiplin parti dan apa-apa lagi yang perlu
dibuat sebelum menggantung jawatannya itu. Yang digantung itu adalah Timbalan
Presiden parti yang dipilih oleh perwakilan. Maka adalah wajar UMNO memanggil
perhimpunan agong khas bagi merujuk tindakan Najib dan Majlis Tertinggi kepada
ahli melalui perwakilan dari setiap bahagian UMNO dari seluruh negara.
Dalam perhimpunan agong itu
Presiden parti perlu memberikan penerangan dan beri sebab Timbalannya digantung
dan Muhyiddin sendiri wajar hadir dan memberikan pandangan dan jawapan kenapa
beliau bertindak menegur Presiden parti berhubung dengan isu terbesar dalam
dunia ini yang dikaitkan dengan Presiden parti. Perhimpunan Agong Khas ini amat
wajar diadakan jika UMNO mahu melihat parti itu tidak menghadapi masalah besar
yang lain dan Najib sendiri boleh mempertahankan diri beliau dalam parti selain
dari menggunakan kuasa eksekutif memecat Muhyidn secara ‘unilateral’ dan
mengikut sesuka hatinya tanpa merujuk kembali kepada ahli yang memilih
Muhyiddin dahulu.
Jika kita hendak bercerai dengan
isteri amatlah penting dan wajar bagi kita menghantarkan si isteri kepada ibu
bapa mereka yang telah membenarkan kita memperisterikan anak mereka dahulu. Memanggil
Perhimpunan Agong Khas ini merupakan cara yang paling bermoral dan demokratik
sejajar dengan waktu dan zaman serta mempertahankan moral pucuk pimpinan parti.
Mana boleh kita ceraikan isteri dan membiarkan isteri itu melata. Najib perlu
menghantar kembali Muhyiddin kepada ahli-ahli UMNO dan beritahu kenapa Najib
menceraikan Muhyiddin dan tunjukkan kebertanggungjawaban sebagai seorang
pemimpin nombor satu parti pemerintah itu.
Perhimpunan Agong Khas ini boleh
mengelakkan Najib dipanggil dengan nama seperti ‘pemimpin pariah, pemimpin diktator
dan pemimpin rasuah’ atau nama-nama buruk
yang lain terhadap diri beliau. Najib patut berani membersihkan nama beliau dari
persepi buruk masyarakat yang dipimpinnya serta pandangan masyarakat
antarabangsa yang sedang melihat perlakuan kepimpinan negara kita itu. Perlu
diingat Najib adalah Perdana Menteri negara kita yang mewakili sebuah negara
yang dikatakan negara yang berdaulat. Pemimpin negara berdaulat tidak boleh
mempunyai nama buruk dan persepsi kotor di peringkat antarabangsa. Pemimpin
negara berdaulat perlu mempunyai nama yang bersih dan tersisih dari noda dan dosa
rasuah dan amalan buruk yang lain.
Najib sekarang bukannya pengerusi
kilang padi atau persatuan silat atau persatuan bujang terlajak dan sebagainya.
Najib tidak boleh pandai bermain politik dan naik keperingkat tertinggi tetapi
tidak tahu untuk berkelakuan sebagai seorang Perdana Menteri dan apa-apa etika
dan syarat seorang Perdana Menteri yang sebenarnya.
Itu sebabnya jika Najib dan
konconya tidak berdaya menjadi seorang yang matang dan dewasa, ikut sahaja
saranan rakyat yang ramai-ramai ini, iaitu letak jawatan.
Sekarang Setiausaha Agong UMNO T
Adnan lebih baik fikirkan untuk memanggil Perhimpunan Agong Khas ini secara
serius dari bercakap tunjuk garang yang tidak memberi faedah kepada sesiapa.
Kepada Najib, T Adnan serta Zahid
Hamidi dan Keruak, jadilah orang dewasa. 'Show that you are well bred leaders.
Have some courage to face the members'.
ReplyDeleteLawak akhir feb 2016,
Saya anti umno,bukan anti ahli umno (baca bukan anti najib)...hahahaha
amar maaruf
nahi mungkar
dapat fulus
terus bertukar
Cash is king!!!
Najib belajar corruption dari Cina Mafia. Everybody has a price and a way to corrupt. Use it shrewdly, you can get anybody in your pocket. Najib will do anything. For that he is the most devilishly corrupted person!
ReplyDeleteDalam keadaan sekarang tak perlu perhimpunan kerana perwakilan yang sama akan hadir yang berpusu menyokong PM kerana semua sudah diatur pak . Kalaulah ahli2 cawangan sedar dan perihatin adalah berkesan jika ahli2 mohon pembubaran cawangan dan tubuhkan parti lawan ...PAST ...PKR ....dll .
ReplyDeleteSaya berpendapat ramai akan tinggalkan UMNO seperti yang buat olih TDM kerana jelas matlamat UMNO adalah pulus ....bukannya bangsa dan ugama dan negara. ...
MT calling for an EGM? Najib's regime won't allow that. Unless God has spoken to the female alpha. Til then MT will remain as scumbags only.
ReplyDeleteApa yang di hairan kan.Kena tanya Adnan S/U Agong. Tuan tahu akan bertapa bebal nya mamat ni. Kalau Najib/Rosmah suruh makan tahi pun dia akur.Bottommline nya dia selamat. Perlembagaan UMNO boleh masuk tong sampah. Slam
ReplyDeleteeh! biar ajelah begitu. bukan menjadi kuman kudispun kepada parti lain. malah pembangkang boleh menangguk di air keruh. baguslah kalau dap cuba2 menangguk dalam air keruh yang dikocak oleh presiden umno tu. tangguklah, mana tahu, bekas tpm dan timbalan presiden umno tergantung tu akan menjadi eset dap pulak.... jangan le tunjuk sedih dan cuak sangat beb, nampak janggal. bukankah lebih baik mulakan posting dengan ketawa guling2.....
ReplyDeleteDemi 1MDB, Najib akan merosakkan imej Islam dengan lebih teruk lagi.
ReplyDeleteBaru-baru ini di Sarawak, dia telah berjanji bahawa Yayasan-1MDB akan menaja 150 (Imam la kot) untuk Umrah atau Haji.
Saya syorkan Mufti-Mufti dan Majlis Raja-Raja bangkang cadangan ini. Apakah tujuan sebenar 1MDB menaja? Untuk buktikan bahawa 1MDB mandapat keuntungan dari menjual harta-pusaka Rakyat?
Untuk memperbaiki emej 1MDB dengan 'merasuah' 150 orang, termasuk kaum keluarga mereka?
1MDB ditubuhkan dengan berhutang dan Rakyat yang menanggung hutang itu. Nak bayar interest keatas hutang pun tak mampu, dari mana datang WANG untuk menaja 150 pergi Umrah/Haji. 1MDB bukan berhutang dengan Baitulmal, TH, Yapiem atau Lembaga Zakat. Oleh yang demikian, Rakyat bukan beragama Islam juga punyai hak, atas apa yang 1MDB gunakan WANG hutang itu.
Betul tu, 1MDB bukannya orang Melayu (Islam) sahaja yg punya. Ia milik rakyat pelbagai kaum dan agama.
DeleteDah rugi berbilion RM pun masih nak tunjuk lagak nak hantar orang pergi menunaikan haji.
Saya percaya majoriti rakyat tidak menghalalkan sumbangan 1MDB ini.
Oleh kerana PRU Sarawak tidak lama lagi, sumbangan ini boleh dianggap sebagai rasuah politik.
Apa pendapat SPR, PRSM dan para Mufti negeri-negeri, khasnya Mufti Perak?
Kalau panggil Perhimpunan Agong Khas.. silap haribulan Najib yg terkena
ReplyDeleteAnda silap baca sifir umno. Panggillah 10 kali Perhimpunan Agong ke Tak Agong ke atas nama umno, semua manusia bernama ahli umno akan tetap angguk. Kalau boss umno kata "jgn sesiapa bercakap", maka bisu dan kelu lah semua hamba pencacai umno dlm perhimpunan itu. Tak percaya?
DeleteIni menteri umno cakap " Kita tetap sokong ketua walau pun kita tau banyak benda tak betul dilakukan". Menteri tong najis.
Ah Jib Gor & Taik Jolok:
ReplyDeleteBlack brotherhood ordained by Lucifer the Accursed.