Mungkin kah Tun Mahathir akan
sama keadaannya dengan Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn? Maksud saya Tun
Mahathir jika ditakdirkan meninggal dunia beliau tidak berada dalam UMNO seperti
kedua-dua bekas Perdana Menteri itu. Kalau begitu hanya Abdullah Badawi sahaja
yang akan meninggal berada dalam UMNO, dan Tun Razak meninggal semasa beliau
masih dalam UMNO dan masih dalam jawatan Perdana Menteri.
Tunku Abdul Rahman dan Hussein
Onn tidak mati dalam UMNO kerana mereka tidak bersetuju dengan penubuhan UMNO
Baru ini. Kepada Tunku dan Hussein penubuhan UMNO baru sememangnya dirancang
dengan membunuh UMNO lama itu. Tun Mahathir pula meninggalkan UMNO kerana tidak
bersetuju dengan Perdana Menteri Najib Razak kerana beliau berpendapat UMNO itu
sekarang bukan lagi UMNO dan ianya hanyalah parti ‘Najib’ dan segala identiti
UMNO itu sudah hilang dipandang mata. Sifat dan rupa bentuk UMNO itu sudah
hilang samasekali dan tidak berguna lagi untuk berada dalam parti itu.
UMNO sekarang terlalu sarat
dengan penyalahgunaan kuasa oleh pucuk pimpinannya dan juga setiap peringkat
kepimpinannya. Malah pemimpin UMNO sekarang sedang ketagih dengan rasuah dan
salah guna kuasa. Jika tidak makan rasuah seolah-olah nya ia bukan lagi pemimpin
UMNO. Pendeknya UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar
di antara satu dengan lain. Rasuah tidak akan berkembang tanpa UMNO dan UMNO
tidak akan berjaya tanpa rasuah dan salah guna kuasa.
UMNO itu merupakan parti yang
rendah moral pemimpinnya. Tidak seperti dahulu kala. Pelajaran tinggi tidak
berjaya menjadikan seseorang pemimpin UMNO itu berfikir secara baik dan sentiasa
memilih kerja ‘cari duit luar’ yang banyak sebagai perjuangan utama mereka. Kos
untuk menanggung pemimpin hari ini amat tinggi dan yang menjadi mangsa adalah
perbendaharaan negara. Dulu kita menganggapkan apabila seseorang itu mempunyai
pelajaran yang tinggi mereka akan tahu untuk membuat penilaian kepada
diri masing-masing. Tetapi sebaliknya mereka yang belajar tinggi pun akan menjadi
bodoh bila menyertai UMNO.
Satu lagi ‘attribute’ yang buruk
dalam UMNO itu ialah sifat kurang ajar pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu
sombong bila bercakap. Bila berbahas kerana perbezaan kuasa pemimpinnya
bercakap tanpa ‘decorum’ yang baik.Bukan sedikit di antara pemimpin yang seperti
Nazri Aziz dan pemimpin inilah yang diharapkan untuk menyelamatkan bangsa dan
agama kita.
Jika benar niat Dr Mahathir untuk
menjatuhkan Najib yang paling ‘controversial’ dalam dunia sekarang ini ia patut
disokong ramai. Najib pun bukan lagi melaksanakan tugas sebagai Perdana
Menteri, di sebaliknya beliau berpusing merata-rata dunia untuk menyelesaikan
masalah yang beliau tidak dapat sorokkan lagi. Najib telah berbohong hingga ke
Parlimen dan satu pun percakapan beliau tidak dapat dipercayai. Tiada apa lagi
yang kita boleh harap dan minta dari Najib sekarang ini. Jika ada pun permintaan
ramai sekarang ialah untuk Najib membuka mulutnya luas-luas kerana orang ramai
nak tengok apakah jenis lidah yang ada di dalam mulut beliau itu.
Amin.
ReplyDeleteNamun rakyat Malaysia HARUS berganding bahu utk usaha murni beliau.
Termasuk Aspan sendiri.
Ketageh air ketum buat pada mulanya dijadikan ubat dan selepas itu dah jadi lain pula.Tetapi derma ini bila sipengutip ketageh apabila ianya mendapat sedikit % daripada kutipanya.Kemungkinan inilah caranya ketageh inui melarat/tersibar kapada seluruh pemimpin.Mula kutip derma untuk parti tetapi dah banyak mahu %nya juga untuk diri sendiri.Maka terjadilah "RASUAH"!.Nafsu tak dapat dibendong lagi,mereka tetap menegak benang basah bagi orang-orang yang terlepas dari skendal rasuah?.
ReplyDeleteTiada orang mati dalam UMNO Pakcik, semua dalam KUBUR....., masa tu dah terputus semua... terputus dengan Bahagian, Negeri dan UMNO Kebangsaan, DAP, PAS... yang tinggal kita aje lah ... dengan Munkar dan Nakir... nanti dia tanyalah apa kita buat kat dunia ni... setiap perbuatan walau sekecil biji sawi akan dibalas sama ada buruk atau baik....setujuu?
ReplyDeleteAlhamdulilah.ada lagi orang yang dah tinggalkan umno[ untuk mohd najib only) memberi pandangan yang bermakna. Tun mahathir berpandangan jauh bukan macam bugis ni. Sekarang berada diarab saudi. Pertanyaan-apa perlu ke? Nak ucap apa dengan orang arab tu? Ok kalau iapun mengapa isteri mesti ikut? Apa business dia? Nak cari rumah ke?
ReplyDeleteAlhamdulilah.ada lagi orang yang dah tinggalkan umno[ untuk mohd najib only) memberi pandangan yang bermakna. Tun mahathir berpandangan jauh bukan macam bugis ni. Sekarang berada diarab saudi. Pertanyaan-apa perlu ke? Nak ucap apa dengan orang arab tu? Ok kalau iapun mengapa isteri mesti ikut? Apa business dia? Nak cari rumah ke?
ReplyDeleteTiada apa lagi yg ada dalam umno baru melainkan sombong, bongkak, ketakutan kuasa. Sokongan pd umno baru semakin mengecil dan sudah pasti selepas pru nanti Najib Razak and gang akan menjadi pembangkang. Hanya satu saja harapan terakhir utk umno baru utk menang..Najib kena turun dan adakan pemilihan umno baru sebelum pru..the only option..period.
ReplyDeleteTDM pastinya tidak akan memusnahkan UMNO. Cuma Najib yg ingin beliau jatuhkan. Najib turun, UMNO dan BN tidak akan musnah. Kerajaan akan mendapat sokongan rakyat sekiranya pemimpin sekarang bertindak sedemikian.
ReplyDeleteAnon 09.08 mungkin nak bawa balik seorang anak raja bagi mengiakan/kemaskini masalah yang terjadi?.
ReplyDeleteKata Anina' "Jika beruk tak mahu turun pokok, maka pokok perlu ditebang."
ReplyDeleteTDM memang mempunyai maruah tak sanggup berkompromi dengan orang yang merosakkan sistem politik sistem ekonomi sistem moral negara kita ini . Memang elok benar UMNO ni disisihkan dari sistem politik mulai dari sekarang . Najib sedang cari ilham dan talian hayat sanggup berulang alik ke mekah untuk bantuan Allah kerana jalan keluar baginya makin kelabu .
ReplyDeleteMenteri2 dari UMNO dan komponennya pun sedang mencari talian hayat kerana mereka tahu kalau bos dah tumbang takkan PM baru nak kekalkan mereka . Rakyat yang sedih dan kecewa adalah kerana mereka dinaikkan olih rakyat untuk rakyat tetapi kini bila dah naik ...penyokong2 pandai2 lah nak hidup... Perhimpunan yang dirancang olih Dato Zaid Ibrahim perlu disokong supaya pemimpin totok UMNO ni tahu mereka dah mula dikecewakan....
Rakyat mesti sedia mengubah sikap terlebih dahulu. Buang segala sikap ego angkuh bahawa diri dan bangsanya saja yang paling baik. Buang dendam dan hasad dengki. Sediakan platform teguh buat anak cucu kita. Terima hakikat bahawa negara yang berbagai keturunan kaum dan agama ini perlukan reformasi sistem secara holistik di samping menanam rasa saling 'penerimaan @ acceptance' antara berbilang latarbelakang. Jangan hanya berbuih di mulut hendakkan Malaysia yang harmoni tetapi hati masih diselaputi racism.
ReplyDeleteSemoga usaha murni Tun Dr. Mahathir diredhai Allah. Walaupun bersama-sama opposition tetapi negara bersama-sama dengan mereka ini demi mencapai satu niat yang sama ie. Selamatkan Malaysia.
Semoga usaha murni saudara Aspan Alias juga dilimpahi rahmat Allah.