28 February 2016

T Adnan ibarat 'orang ambil upah menebas'

Saya ingin bertanya kepada Setiauaha Agong UMNO T Adnan, apa yang telah dirosakkan oleh Muhyiddin terhadap UMNO sehinggakan beliau menggertak untuk membuang Muhyiddin dari menjadi ahli parti? T Adnan telah memberi amaran terhadap Muhyiddin yang Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu boleh dipecat keahliannya jika beliau terus merosakkan UMNO. Saya hendak bertanya kepada Adnan apa yang telah Muhyiddin lakukan sehinggakan UMNO boleh rosak kerananya?

Bagi ramai orang Najib lah yang telah merosakkan UMNO sehinggakan UMNO sudah hilang rupa bentuknya. Najib telah menjadikan UMNO itu sebagai kelab eksekutif yang di anggotai oleh 'the rich and the famous' yang tidak mengendahkan parti dan disebaliknya menjadi Maharaja yang tidak boleh ditegur dan diberikan pandangan yang berbeza.

Najib telah menghancurkan UMNO sehinggakan yang kuat menyalak mempertahankan UMNO itu hanyalah dari kalangan individu yang berkepentingan peribadi. Diantaranya ada yang mahu mengambil kesempatan untuk menjadi Perdana Menteri secara 'express' dan ada yang mahu menjadi kaya raya sebagai balasan kerana menyokong Najib. Seluruh anggota UMNO diminta menyokong individu bernama Najib dan bukannya menyokong dan membina kembali UMNO yang sudah punah ranah oleh kerana permainan kotor politik pemimpin yang berjiwa fakir seperti Najib dan konconya.

Sangat menghairankan tindakan Muhyiddin yang tidak selesa dengan tindakan rakus Presiden partinya itu sememangnya timbul secara natural jika beliau sudah tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh Presiden parti dan setelah menerima ‘briefings’ dari pihak yang berwajib seperti Bank Negara, AG Gani dan SPRM. Kenapa pula yang ingin melihat perkara buruk itu dihentikan menjadi mangsa pemimpin dan parti buas dan mahu memecat keahliannya pula. Siapa sebenarnya T Adnan ini? Dia masih seorang ‘novis’ politik tetapi oleh kerana pandai memainkan peranan dan mengampu dan sebagainya beliau diberikan jawatan yang beliau jadikan sebagai modal untuk berniaga.

Tetapi jika hendak pecat keahliannya bolehlah dilakukan tetapi ia pasti memberikan imbasan yang UMNO dan pimpinan peringkat tertinggi itu semuanya tidak mempunyai jiwa, manusia yang terdidik. Ia hanya menunjukkan yang mereka merupakan dari gulungan ‘poorly bred’ yang sekarang menguasai kuasa yang disalahgunakan.

Elok pemimpin palsu seperti T. Adnan ini belajar untuk berfikir sejenak untuk kebaikan diri nya sendiri. Kata ulamak yang muktabar dan agama kita, 'berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam'. Beliau patut berfikir samada beliau mempunyai moral jika terus terusan menjadi ‘tentera upahan’ kepada pemimpin yang zalim dan tidak memahami yang diri nya sudah dibenci rakyat seluruhnya.

T Adnan ini seperti 'anak muda julung berkeris'. Anak muda yang julung berkeris selalunya batang pisang pun hendak disanggahnya. Jangan berpencak dengan orang yang sudah tidak mempunyai senjata.

Jika sesiapa yang mempunyai sifat malu ia tidak akan bercakap yang ‘decorum’ seperti T Adnan ini. Kenapa sanggup menjadi ‘conduit’ kepada pemimpin yang sah tidak jujur dan tidak boleh dipercayai ramai? Jika tidak merasa malu kepada orang lain, cuba-cuba lah berusaha untuk merasa malu terhadap diri sendiri.

Itu sahaja pandangan saya terhadap saudara saya T Adnan ini. Kenapa hendak bersama dengan Presiden parti saudara yang dicemuh oleh rakyat dimana-mana kita pergi. T Adnan tidak ubah seperti 'orang ambil upah untuk menebas belukar' lagak nya. Tentunya upahnya mahal. Maklumlah, tuan tanah nya Najib yang kaya raya itu.

9 comments:

  1. Pemimpin UMNO yang dilantik oleh najib semua kaki mengangguk itulah sebabnya T nan berkata sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  2. Teu Adnan tu bergaya macam orang besar yang malangnya bertingkah laku samseng.

    ReplyDelete
  3. Saudara Aspan,
    Dalam kelompok BINATANG tiada yg manusia tetapi dalam kelompok MANUSIA terlalu banyak binatang...malah ada yg buas!
    Contoh ketara....adnan 'the freddie'...en azalina....salleh keruak...rahmah dahalan...mad maslan...sharizat lembu pawah...dan nazri bodoh ?
    Ini kah rupa nya pemimpin? Phuiiii...
    Pemimpin mem bodohkan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Saya asih di zaman TDM menjadi Perdana Menteri, apabila mesyuarat MT hendak dilangsungkan, wartawan serta TV akan mengambil gambar2 para ahli MT (the men with powers). Bila TDM masuk ke dalam bilik mesyuarat, semua orang bangun, TDM pun terus menuju ke kerusi utama di bhg tengah kepala meja.

    Akan ada seorang lelaki gemuk yang tugasnya menarik kerusi Presiden dan menyorongnya penuh tertib bila Presiden duduk. Ala..ala.. seorang pelayan restoran eksklusif.

    Saya selalu terfikir, siapa orang ni? Apa tugas dia kat situ. Nak kata office boy, dah tua... nak kata body guard, fizikal beliau tak mungkin.

    Bila najib jadi Presiden, baru saya kenal... rupanya itulah Tg Adnan.

    kah..kah..kah... dan sekarang yg ambik alih tugas dia ialah Mohamad Raof (another powerful adviser of najib)...

    kah..kah...kah... berbaloi dia buat kerje Tarik kerusi sorong kerusi tu dulu kan... sekarang dah jadi powerful man in Malaysia..

    ReplyDelete
  5. Salam sdr Aspan,
    Pengantungan TSMY memburukkan lagi "perang saudara " dalam UMNO.UMNO akan punah dalam PRU 14 nanti. Banyak protest votes atau penyokong yang menyokong UMNO tidak akan keluar mengundi. Penyokong pembangkang akan keluar mengundi.

    Ini adalah telahan yang realistic.

    Hang Kasturi

    ReplyDelete
  6. seronoknya aku klu umno jahanam...nk tengok muka2 tak malu yg skrg cakap berdegar2 tu, mana mereka nk lari....

    ReplyDelete
  7. Buat malu anak cucu!! Macamana pak? Sokong orang yang memesong wang rakyat?

    ReplyDelete
  8. Ku Nan khadam yang dah kaya raya terisi temboloknya . Terhutang budi termakan dedak tak terkira banyaknya maka bagaimana bisa harus di-abandon saja sang daeng raja rampok?

    ReplyDelete
  9. Satu jer yang saya nampak, ku nan ni seorang yg paling kurang ajar. Said Keruak tak lama lgi cakap memakan diri sendiri. Husni dah merajuk sekarang tinggallah sendiri

    ReplyDelete