09 March 2016

Kata perbilangan 'mati ayam mati tungau'

Sikap pemimpin UMNO bertentangan dengan niat dan perjuangan yang mereka laungkan. Tindakan sebahagian besar ahli-ahli Majlis Tertinggi mempertahankan Najib bila berhadapan dengan desakan orang ramai untuk berundur itu dengan sendirinya tindakan itu untuk menurunkan Najib.

Sepatutnya mereka tahu yang jika Najib masih bertahan untuk memimpin sehingga pilihanraya umum dan memimpin pilihanraya itu peluang untuk menjatuhkan BN dan UMNO itu amat besar dan dengan sekali gus Najib sendiri akan tersungkur dengan hinanya dimata rakyat. Sepatutnya pemimpin-pemimpin UMNO menyokong tindakan ‘citizen declaration’ untuk mempastikan Najib tersingkir dan menyelamatkan UMNO itu sendiri. Kita semua faham yang di Semenanjung itu BN itu hanya UMNO kerana UMNO tidak boleh mengharapkan kerusi kemenangan MCA kerana parti itu sudah lumpuh dan tidak bermaya lagi.

Tetapi ramai diantara pemimpin UMNO khususnya yang berada dalam Dewan Legislatif masih melekat dengan Najib yang akan membawa mereka rebah bersama pemimpin mereka. Kata orang ‘mati ayam mati tungau’. Matinya Najib matilah mereka sendiri. Tetapi kerana takut dengan kehilangan kebendaan mereka memilih untuk bersama bersekongkol dengan Najib kerana Najib masih mempunyai kuasa. Mereka ini akan menghadap angin yang bertiup sahaja dan tidak ubah seperti orang menghidap penyakit kurap.

Semasa negara masih mundur orang-orang dipendalaman selalu dihinggapi penyakit kurap, sejenis penyakit kulit dan selalunya kurap ini hinggap di belakang tubuh dan punggung. Yang paling ditakuti oleh yang berpenyakit kurap ialah angin yang bertiup. Mereka akan menghadap tiupan angin untuk mengelakkan angin itu melanggar kurap di belakang mereka dan mengelak dari rasa pedih dan sakit akibat tiupan angin tadi.

Ini boleh di anolojikan terhadap pimpinan UMNO khususnya ahli-ahli Dewan Legislatif yang tidak berani bertindak kerana takutkan angin tadi. Maka mereka ini tetap menghadap tiupan angin kerana mereka mungkin mempunyai kurap yang bertempek-tempek di belakang mereka. Mereka tidak mahu di langgar angin tadi kerana jika angin melanggar kurap mereka akan merasa kesakitannya.

Tetapi di zaman serba moden sekarang ini jarang-jarang kita dengar orang mendapat penyakit kurap kerana peningkatan kemudahan perubatan dan tahap kebersihan yang bertambah sempurna sekarang ini.

Maka bolehkah kita anggapkan yang kebanyakan pemimpin UMNO di peringkat Majlis Tertinggi and ahli-ahli Parlimen itu boleh dianggap sebagai pemimpin kurap?  Terpulang! Bersetuju pun boleh, tidak bersetuju pun boleh.

4 comments:

  1. AA, tungau suko inggap kek tolo. Kalau PeeM takdo tolo, tungau tu nak inggap kek mano agak eh ? Sajo yor tanyo.

    ReplyDelete
  2. Bukan sekadar kurap tuan tapi mereka juga dihinggapi siplis krn byk makan dan main luar. So terpaksa la diam dan ikut saja krn tak nak tembelang siplis pada diri masing2 terdedah pada umum.

    ReplyDelete
  3. sebenarnya pada UMNO penyakit kurap tu bermaksud "corrupt"...memang dorang2 tu berkurap bukan saja dibelakang, didepan pun banyak. geli I....owww

    ReplyDelete