08 March 2016

Najib berselindung disebalik telunjuk

UMNO sedang berada dalam keadaan kucar kacir dan Najib sedang menghadapi masalah yang tidak pernah dilalui oleh pimpinan tertinggi parti itu sejak merdeka. Di Terengganu Menteri Besarnya, menghadapi tindakan dari rakan UMNOnya dengan usul undi tidak percaya dan tentunya banyak lagi keadaan di dalam UMNO diseluruh negara sedang berada diambang kehancuran. Ini menunjukkan pimpinan UMNO sudah tidak lagi mampu mengawal keadaan dan rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya di seluruh negara dan tidak ada siapa dapat menafikan yang parti Melayu itu sudah hampir menemui ajalnya sebagai sebuah pertubuhan politik.

Di peringkat pusat Presidennya sedang menghadapi tekanan bukan sahaja dari rakyat biasa malahan dari masyarakat antarabangsa dan kini Najib sememangnya sudah hilang moral untuk memimpin negara lagi. Dalam isu 1MDB Najib sedang menghadapi masalah dari Kuala Lumpur sehingga ke Switzerland dan yang terakhir ke AS.

FBI AS telah mensapina Pengerusi Goldman Sach bagi Asia Tenggara yang bertanggungjawab untuk meluluskan pinjaman terhadap 1MDB sebanyak RM6 billion kepada 1MDB dengan kadar faedah yang jauh dari kadar biasa, iaitu 9 peratus. Tim Liesner yang mempunyai kerakyatan Germany telah bercuti panjang dan tiada lagi dalam Goldman Sach Asia Tenggara. FBI mengambil tindakan mensapina Tim kerana disyaki terlibat dalam menguruskan pinjaman yang begitu ‘dubious’ kepada 1MDB dan ada unsur-unsur tidak jujur dalam isu ini.

Tanpa menulisnya dengan lebih panjang ia amat berkaitan dengan isu wang dari pinjaman itu yang di masukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan tiada siapa yang dapat lari dari mensyaki Najib terlibat dalam skandal kewangan yang sangat hangat disebut oleh masyarakat antarabangsa khususnya dalam frataniti bidang kewangan. 1MDB telah selepas itu menghadapi hutang sebanyak RM42 juta dan kini semua mata dan perhatian rakyat serta masyarakat antarabangsa terhadap peranan Najib dalam skandal kotor yang tidak ada tolok bandingnya itu.

Najib dalam keadaan berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap tuduhan dan persepsi buruk beliau di mata masyarakat antarabangsa. Hanya beberapa kerat penyokongnya dalam kabinet dan partinya yang memberikan kenyataan berdiri teguh di belakang beliau. Tetapi tekanan untuk beliau diketepikan amat kuat yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad dan rakyat ramai termasuk pemimpin pembangkang untuk beliau meletakkan jawatan.

Saya telah dapat mendengar yang penyokong-penyokong beliau pun sudah ada yang tidak berdaya untuk mempertahankan pimpinannya kerana mereka memberikan sokong diatas paksaan dan desakan pihak tertentu yang sebenarnya mahu mengambil alih kepimpinannya secepat mungkin sebelum ada pihak lain mengambilnya. Tentunya kenyataan-kenyataan sokongan itu bukannya kenyataan yang jujur dan tidak mustahil dikalangan yang mempertahankan beliau itulah yang paling ghairah untuk menumpaskan beliau secepat mungkin.

Najib sudah sampai ketahap berada dijalan mati yang mana beliau tidak lagi mampu untuk mempertahankan dirinya dari menerima cantasan dari kumpulan nya sendiri. Dalam keadaan sekarang Najib sudah tidak dapat membuat keputusan dengan betul dalam segala-galanya. Angin berkencang kuat yang beliau akan memenuhi tuntutan penyokongnya yang oppotunistik disekelilingnya untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz kerana menandatangani ‘citizen declaration’ yang dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad beberapa hari yang lalu dan Muhyiddin berkata beliau rela dipecat dan tidak gentar dengan ugutan kuat dari pihak penyokong-penyokong palsu Najib itu.

Nasib dan masa depan Najib sudah hampir dapat di telah oleh banyak pihak. Sesungguhnya Najib tidak dapat bergerak lagi. Kita ingin melihat keadaan selanjutnya dan saya merasakan Najib akan kehilangan kuasa yang beliau sayangi itu.

Najib tidak boleh lagi berlindung dari kesalahan-kesalahan yang beliau lakukan. Beliau sekarang berusaha untuk berselindung tetapi ia ibarat 'berlindung di sebalik telunjuk atau berselindung di belakang pelita yang terang'.


Bagi PM Najib, kalau datang dahulu nampak mukanya semasa pergi nanti biarlah nampak belakangnya. Maksudnya jika datangnya dahulu disambut kalau berhenti biarlah ramai yang menghantarnya. Barulah terhormat dan bermaruah.

8 comments:

  1. Dalam permainan catur, dia sedang berada dalam situasi sangat hampir pada kedudukan kena checkmate dan jika dalam permainan congkak pula ABU.

    ReplyDelete
  2. abg aspan..

    DUIT.dan Kuasa

    mama membawa manusia pergi jauh

    runsing berduit lain ...
    runsing tak ada duit ... bercalaru

    najib akan terus berjaya

    ReplyDelete
  3. Lebih tinggi panjat , lebih sakit jatuhnya..

    ReplyDelete
  4. Jenayah berat rasuah dan pecah amanah.
    patut kena penjara seumur hidup dan di rotan kedua2nya...termasuk isterinya yg dikatakan duit RM 2Juta telah dimasukkan oleh induvidu yg sama kedlm account.

    ReplyDelete

  5. “Demokrasi hanya berjalan kalau disertai rasa tanggung jawab. Tidak ada demokrasi tanpa tanggung jawab. Dan, demokrasi yang melewati batasnya dan meluap menjadi anarki akan menemui ajalnya dan digantikan sementara waktu oleh diktator . . . Diktator yang bergantung pada kewibawaan orang seorang tak lama umurnya. Sebab itu pula, sistem yang dilahirkan Soekarno tidak akan lebih panjang umurnya dari Soekarno sendiri. Umur manusia terbatas. Apabila Soekarno sudah tidak ada lagi, maka sistemnya akan roboh seperti rumah kartu.”
    ― Mohammad Hatta, Wakil Presiden Republik Indonesia

    ReplyDelete
  6. Dia dok selindung belakang kain bini dia tu.......

    ReplyDelete
  7. Saudara AA.
    Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara, penyokong PM yang ada kini hanyalah penyokong2 reput yang akan membawa rebah.
    Olih itu saya secara ikhlas memberi sedikit pandangan kepasa YAB PM, sedar lah YAB sekarang terbelit dengan simpul mati yang mungkin tak terungkai lagi. Jalan terbaik buat PM berserah lah pada ketentuan ILAHI dengan tampil kedepan dan memberi pencerahan kepada rakyat akan segala kemelut yang membelit YAB.
    Insya ALLAH dengan demikian, YAB akan diberi sedikit ruang penafasan kelegaan. Apalah gunanya YAB mempertahankan satu kemelut yang semakin hari semakin menghimpit YAB, yang pastinya biarlah bangkai gajah itu dimamah terik matahari kerana akhirnya ia akan menghilang daripada coba diselindung dengan nyiru.
    Akhir kata YAB, saya ucapkan YAB diberi ALLAH kekuatan untuk menghadapi kenyataan dan kebenaran dengan penuh keyakinan. Wassalam.

    ReplyDelete
  8. Dah tiada tempat berlindung.ada sikong
    bawa rebsh.tunggu masuk dalsm penjara
    saja kalau dibuktikan bersalah.prnyokong
    akan lari dan cari tempat berteduh yang
    baru

    ReplyDelete