Kita tentunya tidak pernah
menyangka yang negara kita akan menghadapi masalah yang berbagai yang sebegini
besar seperti yang kita sedang hadapi sekarang ini. Walaupun tanda-tanda
kerosakan sudah dapat ditelaah sejak tiga dekat yang lalu, tetapi kita tidak menyangka
ianya menjangkau situasi yang begitu kusut seperti hari ini.
Masalah ketidak
bertanggungjawapan pemimpin sekarang ini terlalu besar yang tidak dapat diukur
dari kemampuan manusia rasional berfikir dan ia telah menyebabkan keruntuhan
struktur sebuah kerajaan dan negara.
Kesannya terhadap negara begitu besar dan negara kita tidak akan mampu
di perbaiki oleh mana-mana pemimpin dan kumpulan pemimpin yang sedang menduduki
dan menguasai kerajaan pada hari ini.
‘Absurdity’ dan ‘enigma’ yang
kita lihat berlaku dalam kerajaan dan kepimpinan sudah tidak dapat diterima dan
ditanggung lagi oleh rakyat. Rakyat pula seolah-olah tidak lagi mampu berfikir
dan membuat penilaian yang betul dalam semua hal kerana sistem penguasaan
kerajaan dan kuasa yang telah dipunahkan oleh kepimpinan hari ini.
Sekarang ini sudah jelas dan
nyata yang negara tidak boleh ditadbir oleh manusia secara individu kerana seseorang
manusia dan pemimpin itu tidak akan berkemampuan untuk mentadbir negara yang
mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan cara hidup mereka. Seharusnya negara
amat perlu ditadbir oleh sistem yang betul dan kuat dengan dasar-dasarnya yang
mencakupi semua keperluan dan kehendak rakyat bersesuaian dengan waktu dan
zamannya.
Sudah berdekad lamanya kita
ditadbir oleh manusia pemimpin mengikut nafsu dan shahwat individu yang
memimpin dan tidak menghormati etika dan sistem yang digunapakai oleh setiap
negara maju dan moden. Nasib negara terlalu bergantung kepada moral dan cara seseorang
yang memimpin tanpa mempunyai sistem
yang bersesuaian dengan kehendak rakyat dan negara.
Kalau sesebuah negara ini mantap
dan kuat sistem pentadbiran dan etikanya, negara akan terselamat dari segala
kerosakan seperti yang kita alami di negara ini sekarang. Kita semua sudah mula
merasakan yang keadaan ini akan sampai pada bila-bila masa sesudah pengasingan
kuasa dalam sebuah negara demokrasi telah dicabuli sejak penghujung tahun
1980an dahulu. Tiada siapa boleh dan berdaya untuk mempertahankan sistem
pengasingan kuasa itu dan kuasa penentu dalam kerajaan dan negara kita hanya
bulat tertumpu ditangan seorang pemimpin tertinggi negara sahaja .
Disinilah mulanya negara kita
beransur-ansur menuju kerosakan dan pada hari ini ia sudah menular begitu jauh
sehinggakan kita sudah tidak lagi mengenali apa itu negara dan apa itu
demokrasi dan kepimpinan yang berwibawa yang berjiwa besar untuk melindungi rakyat
serta harta benda negara. Rakyat negara sudah merasakan tidak selamat lagi
hidup dalam keadaan aman makmur seperti yang kita pernah alami dahulu. Keadaan
negara bergantung kepada individu yang memimpin negara dan bukannya lagi bergantung
kepada sistem bernegara yang betul
seperti yang diamalkan dimana-mana negara yang sudah maju.
Suatu ketika dalam tahun 1990an
negara Jepun pernah berkrisis dalam kepimpinan dan negara itu pernah bertukar
Perdana Menteri sebanyak tiga kali dalam setahun itu. Semua Perdana Menteri
yang diberhentikan itu dibersarakan oleh partinya sendiri iaitu parti pemerintah
kerana kelemahan dan skandal-skandal yang tidak sebesar skandal yang dilakukan
oleh pimpinan kita sekarang.
Mereka digugurkan oleh ahli-ahli legislatif
mereka tetapi negara itu tetap tidak kecuh dan kerajaan negara itu tetap utuh
kerana yang memerintah dan mentadbir itu ialah sistem kerajaan yang kuat.
Pemimpin datang dan pergi tetapi sistem berkerajaan itu tetap wujud dan
mengelakan negara itu dari terjerumus kekancah kekecuhan seperti yang kita
alami disini. Tidak sesiapa yang boleh melanggar sistem yang digunapakai
walaupun oleh seorang Perdana Menteri mereka.
Perdana menteri dan ahli-ahli
legislatif mereka hanya duduk dalam kerajaan semata-mata untuk memantau yang
kerajaan dan sistemnya berjalan tanpa halangan waimma dari Perdana Menteri
atau mana-mana pemimpin yang mempunyai kuasa politik. Dengan sistem itu tidak
ada mana pemimpin setinggi mana sekali kedudukan mereka boleh dan berani
melakukan onar terhadap negara dan rakyat yang mereka pimpin. Semua
agensi-agensi kerajaan mempunyai bidang kuasa yang bebas dan tidak akan
diganggu gugat oleh pemimpin politik dan kerajaan.
Pengarah Urusan Monetary
Authority Singapura (MAS), Ravi Menon telah memutuskan yang Cawangan BSI
Singapura ditutup operasinya dinegara itu. Bank itu telah melaku kecurangan dan terbabit dalam
membenarkan kecurangan pemimpin kita dan 1MDB melalui bank dari Switzerland itu. Perdana Menteri Singapura atau isterinya tidak masuk campur dalam urusan MAS itu.
Undang-undang adalah
undang-undang dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam semua
tindakan dan keputusannya. Monetary Authority Singapura boleh melaksanakan
urusan mereka tanpa campur tangan Perdana menteri atau isteri Perdana Menteri
Singapura. Sistem mereka lah yang menyebabkan negara kecil itu tidak berlaku
rasuah seperti yang berlaku disini.
Itu sebabnya saya berserta dengan
ramai rakyat yang lain mengimpikan keadaan itu berlaku dinegara kita. Tetapi
kita terpaksa melakukannya dengan menamatkan perkhidmatan pimpinan kita yang
menjadi penghalang kepada pembentukan sistem yang pernah kita laksanakan pada tahun-tahun
sebelum lapan puluhan dahulu.
Seperti yang saya selalu
sebutkan, ‘we need total structural changes and restart this nation anew’.
alang kah lebih mantap kalau ym tr dpt d pujuk menetang perkara2 mungkar yg sedang berlaku sekarang. sdr bolih memainkan peranan tersebut. lakukan nya buat ABT. salam.
ReplyDeleteBerdoalah, berdoa dan berdoa kepada Allah yang esa untuk kebaikan umat di Malaysia. We desperately need divine intervention.
ReplyDeleteKnp masih ramai yg bersekongkol dengan Najib???? Bermatian2 pertahankan Najib...setiap pemimpin tertinggi jawatan PERKHIDMATAN AWAM yg sepatutnya jadi urusan Yang Dipertuan AGONG.
ReplyDelete