13 June 2016

Kita sudah jemu dengan pemimpin-pemimpin curang


Kita tentunya tidak pernah menyangka yang negara kita akan menghadapi masalah yang berbagai yang sebegini besar seperti yang kita sedang hadapi sekarang ini. Walaupun tanda-tanda kerosakan sudah dapat ditelaah sejak tiga dekat yang lalu, tetapi kita tidak menyangka ianya menjangkau situasi yang begitu kusut seperti hari ini.

Masalah ketidak bertanggungjawapan pemimpin sekarang ini terlalu besar yang tidak dapat diukur dari kemampuan manusia rasional berfikir dan ia telah menyebabkan keruntuhan struktur sebuah kerajaan dan negara.  Kesannya terhadap negara begitu besar dan negara kita tidak akan mampu di perbaiki oleh mana-mana pemimpin dan kumpulan pemimpin yang sedang menduduki dan menguasai kerajaan pada hari ini.

‘Absurdity’ dan ‘enigma’ yang kita lihat berlaku dalam kerajaan dan kepimpinan sudah tidak dapat diterima dan ditanggung lagi oleh rakyat. Rakyat pula seolah-olah tidak lagi mampu berfikir dan membuat penilaian yang betul dalam semua hal kerana sistem penguasaan kerajaan dan kuasa yang telah dipunahkan oleh kepimpinan hari ini.

Sekarang ini sudah jelas dan nyata yang negara tidak boleh ditadbir oleh manusia secara individu kerana seseorang manusia dan pemimpin itu tidak akan berkemampuan untuk mentadbir negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan cara hidup mereka. Seharusnya negara amat perlu ditadbir oleh sistem yang betul dan kuat dengan dasar-dasarnya yang mencakupi semua keperluan dan kehendak rakyat bersesuaian dengan waktu dan zamannya.

Sudah berdekad lamanya kita ditadbir oleh manusia pemimpin mengikut nafsu dan shahwat individu yang memimpin dan tidak menghormati etika dan sistem yang digunapakai oleh setiap negara maju dan moden. Nasib negara terlalu bergantung kepada moral dan cara seseorang yang memimpin tanpa mempunyai sistem  yang bersesuaian dengan kehendak rakyat dan negara.


Kalau sesebuah negara ini mantap dan kuat sistem pentadbiran dan etikanya, negara akan terselamat dari segala kerosakan seperti yang kita alami di negara ini sekarang. Kita semua sudah mula merasakan yang keadaan ini akan sampai pada bila-bila masa sesudah pengasingan kuasa dalam sebuah negara demokrasi telah dicabuli sejak penghujung tahun 1980an dahulu. Tiada siapa boleh dan berdaya untuk mempertahankan sistem pengasingan kuasa itu dan kuasa penentu dalam kerajaan dan negara kita hanya bulat tertumpu ditangan seorang pemimpin tertinggi negara sahaja .

Disinilah mulanya negara kita beransur-ansur menuju kerosakan dan pada hari ini ia sudah menular begitu jauh sehinggakan kita sudah tidak lagi mengenali apa itu negara dan apa itu demokrasi dan kepimpinan yang berwibawa yang berjiwa besar untuk melindungi rakyat serta harta benda negara. Rakyat negara sudah merasakan tidak selamat lagi hidup dalam keadaan aman makmur seperti yang kita pernah alami dahulu. Keadaan negara bergantung kepada individu yang memimpin negara dan bukannya lagi bergantung kepada sistem bernegara yang betul seperti yang diamalkan dimana-mana negara yang sudah maju.

Suatu ketika dalam tahun 1990an negara Jepun pernah berkrisis dalam kepimpinan dan negara itu pernah bertukar Perdana Menteri sebanyak tiga kali dalam setahun itu. Semua Perdana Menteri yang diberhentikan itu dibersarakan oleh partinya sendiri iaitu parti pemerintah kerana kelemahan dan skandal-skandal yang tidak sebesar skandal yang dilakukan oleh pimpinan kita sekarang.

Mereka digugurkan oleh ahli-ahli legislatif mereka tetapi negara itu tetap tidak kecuh dan kerajaan negara itu tetap utuh kerana yang memerintah dan mentadbir itu ialah sistem kerajaan yang kuat. Pemimpin datang dan pergi tetapi sistem berkerajaan itu tetap wujud dan mengelakan negara itu dari terjerumus kekancah kekecuhan seperti yang kita alami disini. Tidak sesiapa yang boleh melanggar sistem yang digunapakai walaupun oleh seorang Perdana Menteri mereka.

Perdana menteri dan ahli-ahli legislatif mereka hanya duduk dalam kerajaan semata-mata untuk memantau yang kerajaan dan sistemnya berjalan tanpa halangan waimma dari Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin yang mempunyai kuasa politik. Dengan sistem itu tidak ada mana pemimpin setinggi mana sekali kedudukan mereka boleh dan berani melakukan onar terhadap negara dan rakyat yang mereka pimpin. Semua agensi-agensi kerajaan mempunyai bidang kuasa yang bebas dan tidak akan diganggu gugat oleh pemimpin politik dan kerajaan.

Pengarah Urusan Monetary Authority Singapura (MAS), Ravi Menon telah memutuskan yang Cawangan BSI Singapura ditutup operasinya dinegara itu. Bank itu telah melaku kecurangan dan terbabit dalam membenarkan kecurangan pemimpin kita dan 1MDB melalui bank dari Switzerland itu. Perdana Menteri Singapura atau isterinya tidak masuk campur dalam urusan MAS itu.

Undang-undang adalah undang-undang dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam semua tindakan dan keputusannya. Monetary Authority Singapura boleh melaksanakan urusan mereka tanpa campur tangan Perdana menteri atau isteri Perdana Menteri Singapura. Sistem mereka lah yang menyebabkan negara kecil itu tidak berlaku rasuah seperti yang berlaku disini.

Itu sebabnya saya berserta dengan ramai rakyat yang lain mengimpikan keadaan itu berlaku dinegara kita. Tetapi kita terpaksa melakukannya dengan menamatkan perkhidmatan pimpinan kita yang menjadi penghalang kepada pembentukan sistem  yang pernah kita laksanakan pada tahun-tahun sebelum lapan puluhan dahulu.

Seperti yang saya selalu sebutkan, ‘we need total structural changes and restart this nation anew’.

3 comments:

dt rahman pekan said...

alang kah lebih mantap kalau ym tr dpt d pujuk menetang perkara2 mungkar yg sedang berlaku sekarang. sdr bolih memainkan peranan tersebut. lakukan nya buat ABT. salam.

Anonymous said...

Berdoalah, berdoa dan berdoa kepada Allah yang esa untuk kebaikan umat di Malaysia. We desperately need divine intervention.

abrarmujahideen said...

Knp masih ramai yg bersekongkol dengan Najib???? Bermatian2 pertahankan Najib...setiap pemimpin tertinggi jawatan PERKHIDMATAN AWAM yg sepatutnya jadi urusan Yang Dipertuan AGONG.