19 April 2017

Menang jadi arang, kalah jadi abu, dendam kesumat jangan dibawa mati

Teruja pula untuk menulis sambungan kepada posting saya semalam kerana keadaan dan situasi politik negara terlalu meruncing disebabkan pimpinan masing-masing parti politik tidak mempunyai keupayaan untuk memimpin secara baik dan berdedikasi dengan perjuangan parti pimpinan mereka. Baik disebelah kerajaan dan pihak alternative masing-masing parti dipimpin oleh pemimpin utama yang bermasalah atau parti-parti itu sendiri yang bertindak tidak menyerupai apa yang mereka sebut dan laungkan sebagai perjuangan mereka.

Itu sebab acap kali saya menyebut dalam posting-posting saya yang lalu bahawa perjuangan rakyat sekarang bukan perjuangan mana-mana parti politik yang mahukan kuasa atau mempertahankan kuasa tapi perjuangan sekarang adalah perjuangan budaya buruk parti-parti politik yang lebih besar lagi masalah nya ialah dengan pemimpin utama mereka.

Umno bermasalah dengan pucuk pimpinannya Mohd Najib yang disertai oleh pimpinan tertinnginya baik dari Timbalannya, Naib-naibnya serta keseluruhan kepimpinan tertinggi parti itu. PAS bermasalah dengan pucuk pimpinan Hadi Awang yang amat dicurigai kemampuan untuk melaksanakan apa yang partinya perjuangkan.

PKR akan lebih mantap lagi jika Anwar tiada lagi memimpin parti itu dan terus bersara kerana Azmin secara relatifnya boleh dan berkemampuan untuk memimpin parti itu dengan lebih efektif lagi. Masing-masing parti terlalu sibuk untuk mempertahankan individu pemimpin dan pertelagahan yang begitu serius menyebabkan parti-parti tersebut sentiasa mempunyai masalah dan itu menyebabkan rakyat yang serius dalam membuat pilihan tidak begitu mudah untuk membuat keputusan.

Kita harus mengakui bahawa imej sesebuah parti itu bergantung kepada pucuk pimpinannya. Parti-parti politik dinegara ini terlalu sinonim dengan nama pemimpin utama mereka. Dalam bab ini setiap parti tanpa ada yang terkecuali mempunyai masalah peribadi yang sangat besar maka ia menjadikan politik itu menjadi kelam kabut untuk mempertahankan imej parti masing-masing disamping membuat serangan terhadap parti lawan yang juga mempunyai masalah dengan pucuk pimpinan masing-masing.

Itu sebabnya saya berulang kali menyatakan yang pucuk pimpinan mana-mana parti wajar wajar mempunyai imej yang tidak tercalar dengan rekod buruk dan rekod criminal yang besar bagi memudahkan rakyat membuat pilihan yang betul. Rakyat sudah jemu memilih pucuk pimpinan yang mempunyai rekod negative kerana masalah yang telah diselesaikan akan diganti dengan pemimpin lain yang mempunyai baggage yang besar walaupun baggage itu dalam bentuk yang berlainan.

Kita wajar mencari pimpinan yang ‘upright’ yang sedikit sebanyak boleh diterima oleh semua pihak bagi membawa situasi politik negara ini kepada ‘ambience’ dan ‘environment’ yang berlainan agar rakyat dapat melupakan masalah-masalah yang besar yang lalu.

Merintasi pertelingkahan yang besar tidak akan menghentikan perpecahan. Jika kita ceduk kata-kata Dr Mahathir sendiri satu ketika dahulu, ‘yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah tidak akan kalah semua’ itu membawa kita berfikir yang situasi politik dini hari wajar mencari calon kompromi untuk menggantikan Najib yang amat wajar bersara kerana ibu kepada masalah negara sekarang adalah disebabkan oleh beliau kesalahan ayng beliau lakukan sendiri.

Semua pihak akhirnya akan keletihan berperang mulut dan kata mengata yang tidak ada penghujungnya. Calon kompromi amat perlu dalam keadaan sekarang ini. Apa yang rakyat perlukan bagi meredakan keadaan dan situasi politik sekarang ini ia memerlukan seorang pemimpin teknokrat dan berpengalaman dalam politik serta mempunyai sifat bertimbang rasa kepada semua pihak.

Kalau kita mahu mendengar nasihat orang tua-tua dulu-dulu, ‘kalau tua itu tunjukkan tuanya, kalau muda tunjukkan mudanya’.

Kita tidak patut menafikan yang pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit yang kita belum pernah melalui nya dan ia lebih berbahaya lagi dari pilihanraya 1969 yang telah membawa pergaduhan antara kaum yang merupakan titik hitam dalam sejarah merdeka negara kita.

Apabila dua pihak yang berperang dengan hebat nya tidak ada sesiapa yang menang; yang menang hanyalah nafsu itu sahaja yang berjaya memporak perandakan kita sesama kita. Yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu, kata perbilangan melayu kita yang tidak lekang dek panas dan tidak reput dek hujan itu.

Maka mahu tidak mahu negara perlu mencari seorang pemimpin yang boleh meredakan suhu politik yang terlalu tinggi hari ini dan ia akan terus tinggi walau siapa dan pihak mana yang menang sekali pun atau kalah sekali pun.

Jangan ambil ringan dalam hal perpecahan yang amat meruncing pada hari ini. Slogan ‘untuk bangsa agama dan negara’ yang dilaungkan oleh pemimpin kita tidak membawa apa-apa makna kerana bangsa-bangsa di negara ini sudah berpecah, agama sudah hilang kesuciannya oleh kerana politik sempit pemimpin-pemimpin yang berjiwa fakir dan dan membawa negara dalam keadaan yang terumbang ambing.

Kepada ‘warlords-warlords’ politik, jangan meninggalkan dunia ini dengan membawa sekali sifat-sifat dendam kesumat yang amat kotor itu bersama kamu ke liang lahat.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi…..

8 comments:

  1. UMNO itu sendiri yang perlu dikuburkan, selagi UMNO wujud selagi itulah rakyat dan negara terus terusan bermasalah tiada penghujungnya. UMNO telah rosak seperti pernah diungkapkan oleh Tun Mahathir 'rotten to the core' dan begitu jugalah dengan PAS yang telah hilang kompas perjuangannya. Pilihlah asalkan bukan UMNO dan PAS, dua parti haprak inilah sebenarnya yang mengkucar-kacirkan keharmonian rakyat.

    ReplyDelete
  2. Memang benar semua pemimpin parti politik sekarang punyai masaalh peribadi sebabnya yang menang atau yang dilantik jadi pemimpin itu berasal dari kalangan ahli yang tiada warisan kekayaan meterial jadi pabila telah berkuasa mereka mula merasa nikmat kemewahan tidak seperti pemimpin negara-negara maju mereka dilantik selepas atau sememangnya mereka telah kaya dengan harta sendiri yang mereka usaha sebaliknya bagi pemimpin politik kita itulah sebabnya semua yang jadi pemimpin atau kroni disekelilinh pemimpin akan cuba memburukkan lawan masing-masing demi untuk servive parti maka berlakulah fitnah memfitnah hinggakan sudah tidak sedar diri yang berilmu agama pun sanggup memaki hamun sesama agama bagi rakyat orang berpolitik hanya satu matlamat mereka mahu cepat kaya dan mahu hidup mewah kucuali ada segelintir yang benar-benar berjuang untuk rakyat jadi lupakanlah retorik politik yang tidak membuahkan hasil untuk rakyat ,isue rakyat dikesampingkan isue peribadi politik diutamakan oleh orang politik .kita lihat saja aAdun atau MP baru satu penggal jadi YB telah pakai kereta Merz dengan rumah yang besar usah kira parti apa tapi itulah kenyataan yang rakyat hidup melarat dibawah jejambat dan orang politik pula merayu NGo suruh buat kerja sukarela inikah yang diperjuangkan oleh orang politki ilni luahan suara hati rakyat terbanyak.tolong buka mata wahai orang yang berpolitik

    ReplyDelete
  3. Kompas orang politik semua sudah rosak ibaratkan pada kompas juruterbang yang telah dilaraskan untuk menuju destinasi tapi dalam perjalanan ada penumpang telah menggangu ketepatan kompas yang telah dilaras maka juruterbang telah hilang arah maka dua kemungkinan akan berlaku satu arah tuju akan tersasar atau terkeluar dari landasan arah tuju kedua akan tterhempas kebumi dengan malapetaka sama ada semua penumpang itu mati atau ada yang akan sevive untuk menyambung hidup sebelum waktu kematian.Begitulah ibaratnya hidup pemimpin politik dengan penyokong yang hanya mahu ikut hawa nafu kuasa.

    ReplyDelete
  4. Tak guna mengubah pucuk pimpinan parti hanya untuk menggantikan pimpinan baru yang mempunyai imej yang tidak tercalar.


    Memang kerja musuh mencalarkan imej pemimpin lawan. Malah dengan kuasa wqang serta patner politik baru, ianya menjadi lebih mudah.


    Nabi pun diuji begitu.


    Pemimpin kena kerja lebih untuk yakinkan dan ubah mentaliti pengundi bodoh. Sedarkan rakyat yang parti dan pemimpin perlu ditukar(bila tak perform) sekiranya nak berubah macam negara maju.


    Rakyat yang sedar dah tak tahan dengan tekanan hidup.



    ReplyDelete
  5. jgn kita cepat berputus asa dan kecewa dgn scenario yg berlaku.

    maka akhirnya kita cuba mengecualikan diri dan menolak semua sekali.

    dlm setiap krisis mesti dikaji betul2 kerana mungkin ada pihak yg benar dan satu pihak yg zalim. wajib kita menyokong yg benar.

    kehidupan manusia tidak dapat lari dr krisis, kita di dunia bukan disyurga. Allah menerangkan bahawa kamu diperintahkan berperang walaupun kamu tak suka, boleh jadi ia lebih kpd kamu tetapi kamu tidak mengetahui. seruan ini ada butirannya dan garispanduan syariat.

    namun begitulah resam hidup ini. adakala terpaksa berkrisis utk membela diri dan kebenaran.

    contoh mcm ruu355, org yg kecewa dan fed up mungkin akan berkata sokong aje lah jgn bergaduh. bukan gaduh isunya. isunya satu pihak mahu ianya diurus cara betul dan patuhi perlembagaan. satu pihak bull doze saja kunun kerana ia utk kepentingan islam.

    kita yg menonton perlu kaji kedua2 pendapat dan buat penilaian dan memilih sokongan. ia tidak mnjadi masalah.

    ReplyDelete

  6. Buat pertama kalinya saya dan keluarga akan memilih parti yg lain dari Umno. Ironi nya yg berkempen untuk memberikan undi itu adalah AJK Bahagian Umno sendiri yg sudah jemu dgn kerenah pemimpin mereka.

    Baguslah begitu, saya berdoa biarlah parti lain dari Umno atau tidak mengundi terus jika parti-parti pembangkang tidak sehaluan diantara satu dgn yg lain.

    Istiqarah dulu....

    ReplyDelete

  7. Itu puchuk kalau sutak mengkok maa aa ,itu kayu tumbuh pasti mangkok jugak maa aa .

    ReplyDelete