Malaysia adalah satu-satunya
negara dalam mana sebahagian besar rakyat yang
bercakap politik setiap masa dan di mana-mana. Tidak kira di mana, di rumah
ibadah, di majlis kenduri, di kedai-kedai dan warung-warung kopi dan di setiap
pelosok negara. Mereka yang bercakap dan
berdebat politik itu terdiri dari setiap golongan masyarakat, sama-ada
penyokong-penyokong parti-parti politik, penggerak-penggerak NGO, anak-anak
dara dan janda-janda, yang tua dan yang muda atau yang masih bergigi atau yang
sudah rongak, malahan semua nya bercakap dan berdebat hal politik yang tidak
berkesudahan.
Di tambah pula dengan kejatuhan
ekonomi negara sekarang ini dalam mana yang berniaga sudah ramai yang tutup
kedai dan gulung tikar dan sudah mempunyai banyak masa untuk bercakap tentang
politik untuk menghabiskan masa sebelum pulang kerumah untuk tidur. Besok
sambung lagi kerana malam sebelumnya sudah cukup tidur dan sudah mempunyai
tenaga baru untuk bercakap politik laghi.
Tetapi tidak kurang ramainya
rakyat yang sudah jemu dan mual dengan keadaan ini. Gulungan ini menumpukan
masa mereka untuk duduk diam diri dan hanya mendengar setakat yang mereka mampu
mendengarnya dan kembali juga kerumah dan mereka ini tidak ada siapa yang tahu
apa yang mereka lakukan dirumah. Gulungan ini selalu amat membenci dengan
keadaan dan situasi yang membosankan mereka ini.
Mereka dari gulungan ini sentiasa
memerhatikan gelagat penggiat politik dan pemimpin-pemimpin mereka, tidak kira
mereka dari parti kerajaan mahu pun dari parti-parti pembangkang. Dalam waktu
yang sama mereka melihat secara ‘parallel’ nya banyak NGO bercambah dengan
melakukan kegiatan-kegiatan yang berbaur politik dan mengtahakik isu-isu
ekonomi dan social negara serta menyelitkan elemen keakuan dikalangan mereka
untuk mendapat perhatian ramai.
Apabila sampai situasi di tahap
ini kita melihat dengan jelas yang parti kerajaan sekarang begitu terdesak dan
pemimpin-pemimpinnya terutamanya Perdana Menteri Yang bercakap tidak berpandukan
kepada sifat kepimpinan yang sepatutnya berciri ‘magnanimity’ yang tinggi
tetapi sebaliknya membuat kenyataan yang dibenci rakyat dan di selangi yang
berbentuk komedi yang menggelikan hati mereka yang sentiasa berfikir dan
memerhati tindak tanduk mereka.
Perdana Menteri pun tidak
bercakap tentang kepentingan rakyat terbesar tetapi hanya memberikan tumpuan
kepada mereka yang menyokong mereka sahaja dan ini menunjukkan betapa
terdesak nya mereka ini untuk terus di beri mandate memimpin bagi mereka terus
bercakap dan menunjukkan kelucuan mereka dihadapan khalayak ramai dan di
media-media letronik milik mereka.
Akhirnya situasi sekarang sudah
sampai ketahap yang amat memalukan rakyat dan mereka sudah tidak lagi mampu untuk
memilih yang mana satu yang betul dan mana yang salah.
Bayangkan sahajalah yang melakukan
rasuah dan rompakan sekarang bercakap tentang agama dan adat serta budaya. Yang
telah merompak hasil negara untuk kepentingan isteri dan keluarga mereka
bercakap tentang dosa pahala serta berbicara tentang isu-isu memajukan negara
dan kesetiaan kepada Raja dan Rakyat. Mereka tidak menyedari yang perasuah yang
tidak tahu berhenti melakukan nya adalah penderhaka (treason) kepada negara.
Parti yang berlandaskan agama
tidak lagi mahu menentang keaiban pemimpin-pemimpin yang berkuasa yang sedang
begitu ghairah berasuah malah mereka bekerja sama untuk mempertahankan
penggiat rasuah dan mereka yang menyalahgunakan kuasa sekarang ini. Dulu mereka
menganggap Umno itu kafir sekarang sudah disucikan mereka. Umno pula dulu
menganggap PAS itu parti ‘terrorist’ tetapi sekarang parti itu parti yang baik
untuk orang Melayu dan Islam.
Landskap politik sudah berubah
begitu jelas kerana DAP yang dianggap sebagai parti komunis oleh sesetengah pihak
sekarang sudah menjadi rakan ‘seperjuangan’. DAP pula yang menganggap Umno itu
juga parti rasis dan sekarang Umno sedang berlembut dan mencari rakan yang
boleh dianggap sebagai pengganti Umno itu, dan membawa obor
Justru PAS yang berlandaskan
kepada agama dan syariat yang sedang melanggar syariah dan undang-undang agama
dengan mempertahankan kerosakan yang dibawa oleh ‘rakan baru’ nya Umno. Umno
sedang merudum sokongan rakyat terhadapnya dan PAS dalam waktu yang sama sedang
menghadapi krisis keyakinan ramai dikalangan orang Islam sendiri kerana lidah
pemimpin yang bercabang itu. Tiada apa yang diharapkan dari PAS lagi dan jika
ada pun tuntutan kita terhadap PAS itu ialah untuk meminta mereka membuka mulut
mereka luas-luas untuk melihat apakah jenis lidah yang mereka ada di dalam mulut
mereka itu.
Jadi kerjasama Umno dan PAS ini
sesungguhnya adalah kerjasama antara dua parti yang sedang kehilangan
sokongan dari rakyat ramai. Kedua-dua parti ini sedang menlaungkan sentiment perkauman
dan agama dan menakut-nakutkan rakyat yang jika mereka dianjak dan dialih maka
rakyat akan mengorbankan agama dan bangsanya kerana kononnya DAP akan berkuasa
di negara ini. Laungan ini tentunya merupakan laungan yang menunjukkan sifat
desperado UMNO dan rasa cemas parti agama yang entah mana agama yang
diperjuangkan mereka.
Akhirnya agama entah kemana,
kerana Islam tidak pernah memerintahkan penganutnya membenci dan mengkhianati
bangsa-bangsa dan agama lain kerana mereka wujud itu juga kerana kehendak dan
kejadian dari Allah tuhan semesta alam ini. Di sogok sahaja dengan wang ringgit
luruh segala iman yang dilakukan mereka.
Dalam kata yang pendek Umno dan
pimpinan nya berniaga dengan negara nya nya dan dan PAS pula pemimpinnya berniaga dengan bermodalkan
agama dan serbannya. Tiada langsung tindakan hasil dari gerakan Qalbi yang suci dan luhur.
Bersambung.
Now survival jadi yang haram dicari dalil dan dihalalkan maklumlah mereka control media. Orang kampung yang jadi fixed deposit UMNO anggap apa yang keluar dalam akhbar nasional dan keluar tv itulah yang betul.
ReplyDeleteOrang dah mula beri keyakinan kepada Pas semasa PRU 13 tetapi sejak mereka macam nak rujuk dengan Umno kini dah ramai tinggalkan Pas. Modal Pas melalui ugama orang dah mula persoalkan jadi Umno dan Pas cari modal dan business model baru untuk pertahankan kedudukan. Ini kerja berat kerana semua putar belit dah terbongkar....