Akhirnya peguam kanan yang
dikatakan menyediakan ‘draft’ akuan bersumpah kedua mendiang PI Bala sudah diketahui umum. Beliau sebagaimana yang disyaki ialah Tan Sri Cecil Abraham. Ini
telah didedahkan oleh peguam PI Bala, Americk Sidhu yang juga orang yang telah
menulis ‘draft’ akuan bersumpah PI Bala yang pertama dahulu. Pendedahan Americk
tentang pengakuan Cecil Abraham kepada beliau itu dibuat semasa mesyuarat agong tahunan Majlis Peguam semalam.
Americk Sidhu telah mendedahkan
yang beliau ditemui oleh Cecil Abraham dua minggu lepas meminta maaf kerana
telah menyediakan ‘draft’ akuan bersumpah yang kedua PI Bala yang telah menarik
balik akuan bersumpah Bala yang telah disediakan oleh Americk sebelum itu. Cecil
Abraham telah meminta Americk merahsiakan pengakuannya itu. Beliau telah
mengaku kepada Americk yang beliau telah menyediakan ‘draft’ akuan bersumpah
kedua itu atas arahan Perdana Menteri, Najib Tun Razak (semasa itu Timbalan Perdana Menteri).
Pada mulanya Americk Sidhu telah
bersetuju untuk mengekalkan kerahsiaan pengakuan Cecil Abraham kepada beliau
(Americk Sidhu) tetapi oleh kerana memikirkan kemahuan PI Bala untuk melihat
keadilan terlaksana, maka beliau mengambil keputusan untuk mendedahkannya.
Americk berharap pihak yang
berkuasa akan membuka kes pembunuhan Altantuya semula kerana dua orang pegawai
keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar
telah dihukum gantung kerana membunuh wanita Monggolia itu yang mereka tidak
kenal. Dalam perbicaraan kedua-dua anggota Polis itu tidak ada dipersoalkan
‘motive’ pembunuhan yang dilakukan oleh kedua-dua yang didapati bersalah itu.
Americk meminta penyiasatan
semula dilakukan dengan pengakuan Tan Sri Cecil Abraham ini kerana ia merupakan
isu yang sangat besar. Peguam kanan itu telah membuat pengakuan yang beliau
membuat ‘draft’ akuan bersumpah kedua untuk PI Bala itu atas arahan Perdana
Menteri.
Apa yang menyebabkan Perdana
Menteri mengarahkan Cecil Abraham menyediakan ‘draft’ akuan bersumpah kedua
itu? Dalam pada itu salah seorang ahli Majlis Peguam, Fadiah Nadia Fikri akan
membuat laporan Polis meminta pihak yang berkuasa membuat penyiasatan ke atas
pengakuan Cecil Abraham itu. Ia melibatkan pembunuhan seorang wanita Monggolia
dan isu ini perlu disiasat sehingga ke akar umbinya.
Apa yang dilakukan oleh Cecil
Abraham itu amat besar kesalahannya dan perkara ini tidak patut didiamkan
sahaja kerana ia akan menambah pencemaran terhadap sistem perundangan dan juga
sistem kehakiman negara kita.
Rakyat ingin tahu dan keluarga
mangsa pembunuhan itu tentunya mahukan kebenaran kenapa ahli keluarganya dibunuh dengan begitu kejam. Rakyat mahu tahu kenapa kedua-dua anggota
keselamatan yang bertugas dengan Najib dan keluarganya itu membunuh orang yang
mereka tidak mengenalinya.
DAN yang paling pentingnya kenapa
Sirul Azhar dan Azilah tidak dipersoalkan motif mereka melakukan pembunuhan
itu? Seorang wanita telah dibunuh tanpa
diketahui kenapa dia dibunuh dan ini merupakan pencemaran terhadap sistem
perundangan yang selama ini telah dicerobohi sejak pentadbiran Dr Mahathir
dahulu.
Kes ini perlu diselesaikan ‘once
and for all’.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteRenungkanlah nasihat berikut:
1)"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlakulah adil, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, seungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan."
(Q.S.al-Maidah: 8)
2)"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka."
(Surah Ar-Rad:11)
Wassalam
Sampai sekarang takde berita daripada IGP, AG nak siasat balik kes ni. RTM,TV3, Utusan pun senyap sunyi.Blog blog pro BN pun tak heboh. Ini kes besar. Mengapa mcm ada vacuum??
ReplyDeletePDRM tak nak temuramah Cecil Abraham ke?...oopss, belum ada laporan polis kan?. Tapi mengapa PDRM nak temuramah En Azlan wpun tak ada laporan polis?..pelik & amat memelikan..ini dah betul2 jaman edan..
DeleteJangan haraplah...
ReplyDeleteMenipu, pembunuhan{mokhtar hashim), memfitnah,,rasuah dan segala kejahatan sangat rapat kaitan dgn pemimpin umno.
ReplyDeletekalau BN/UMNO 'rela' kes tu buka balik maknanya 'kiamat' ler... najib mampuih hidup balik jadi katak kena langgar dengan trelar 18 tayar mampuih lagi pastu hidup balik jadi kongkang... jatuh pokok mampuih lagi pastu hidup balik jadi rosmah... tobat lahom takkan buka balik kes tu!!!! sebabnya laki dia ROSMAH @RM pun ada saham ek...!!! itu hanya sekadar nak citer betapa kes ni takkan dibuka balik MELAINKAN PR MEMERINTAH MALAYSIA... BONGKARRRRR!!!
ReplyDeletethe worms appear to be crawling out one by one, in ways not conceivable by mere mortals, take heed and while breathing is still possible repent.
ReplyDeleteSalam Sdr Aspan;
ReplyDeleteJangan mimpilah selagi puak umno/bn berkuasa. Lihat saja bagaimana mereka menguasai pasukan berwajib berhubung dgn keselamatan, kehakiman dan kewangan. Wajib bagi kita HARAM bagi Najib.
HARAM Bagi kita sunat Bagi Najib.
Najib ke hulu ke hilir macam seladang naik minyak(sementara berkuasa inilah) Bertempik sana bertempik sini, bersembur airliur(tapi dia sendiri tak faham apa yg dia cakap)Yang dia tahu, dia berkuasa.(orang, berkuasa pun ada hayatnya)
Kalau benar motto "Janji Ditepati", bagi saya satu perkara yg najib WAJIB lakukan, bayar ROYALTI minyak kepada kerajaan Kelantan yg ada hari ini juga, Bayar ROYALTI kpd Kerajaan Trengganu semasa PAS memerintah.
Ini bukan sebarang janji, jika Najib susah sangat nak faham anggaplah royalti ini sebagai pembahagian pusaka yg ditinggalkan oleh arwah ayahnya.Bagilah yg hak kepada yg berhak. Kemudian barulah boleh bercakap (walaupun sampai lemas dalam airliur sendiri)janji ditepati.
Ingat najib, kamu bukan menzalimi TGNA atau TGHH saja kerana tidak melunaskan janji ini, tetapi seluruh rakyat Kelantan dan Trengganu baik yg masih hidup atau yg telah mati semasa kamu berkuasa.
Janganlah berguru dgn mamak Mahadir kerana ajarannya banyah yang songsang terhadap lawannya.
Insya Allah masa kamu akan tiba kerana kamu juga manusia... HambaNya Yang ESa... .. Myi
ReplyDeleteMr Aspan, the best blogger in town. I am truly addicted to aspanaliasnet.
He writes with his heart and soul. Keep it up Aspan!!
Tuan Aspan,
ReplyDeleteKalau apa yang dinyatakan Cecil Abraham ini masih juga didiamkan oleh AG dan pihak polis, maka amat jelas AG dan jabatan polis terus dimandulkan oleh pimpinan UMNO BN. Selagi UMNO tidak ditumbangkan dan selagi AG sekarang tidak dinyahkan dari jawatannya....akan selamanya jabatan polis akan dibaculkan oleh pemerintah UMNO BN.
Fokus harus diberikan kepada Mahathir Mohamad dan Najib Razak. Masalah yang membelit UMNO BN dan negara Malaysia sebahagian besar adalah berpaksi kepada dua orang ini dan dibantu beberapa kerat pimpinan lain serta segelintir pemimpin NGO bermasalah.
Kenyataannya apa yang didedahkan oleh PI Bala, Deepak dan terkini dari Cecil Abraham adalah satu bukti yang cukup kuat untuk membawa Najib ke muka pengadilan dan seterusnya ke tali gantung setelah bersabit.
Selaku warga Malaysia saya amat malu dan rasa terhina malah amat kesal kerana masih terdapat segelintir rakyat khususnya yang berkhiblatkan UMNO yang masih bermata matian mempertahankan pemimpin bermasalah yang tidak saja telah dibukti terbabit dalam pembunuhan malah turut terlibat dalam pelbagai dosa lain termasuk merompak, memfitnah dan berbagai perbuatan keji lain.
Adalah amat penting pihak PR melalui unit tertentu mengenal pasti mereka mereka yang kuat mempertahankan pemimpin bermasalah ini secara melampaui batas susila agar kumpulan ini tidak terlepas begitu saja oleh perbuatan dan aksi lampau mereka semata semata kerana mempertahankan pimpinan mereka. Saya sarankan satu unit khas dibentuk ( jika belum ada ) untuk menjalankan tugas ini dan mengumpul sebanyak mungkin bukti supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bila PR mendapat mandat kelak. Dalam apa keadaan sekali pun undang undang yang adil harus ditegakkan dan hukuman yang wajar harus dijatuhkan. Ini penting demi membela pihak pihak tertentu yang telah teraniaya oleh perbuatan " kurang ajar yang melampaui norma undang undang. Pengampu dan pencacai UMNO yang melampau ini tidak harus dibiarkan begitu saja tanpa apa apa tindakan yang wajar. Untuk itu bukti harus dikumpul secukupnya.
Hello..
ReplyDeleteMr Jermain, dont forget the brutal bloger 'sakmongkol AK47'.
Ini kali lah...
Masuk bulan 5 2013 AA & Sakmongkol akan senyap sunyi....
DeletePak Aspan,
ReplyDeleteSaya cadangkan agar PR hebahkan kepada semua pimpinan PR di Malaysia agar laporan polis serentak dibuat di seluruh negara berkaitan pengakuan Cecil Abraham ini. Pihak NGO NGO serta badan badan guaman perlu dilibatkan sekali melakukan laporan ini.
Seluruh pendedahan tentang pembunuhan Altantuya ini serta pengakuan terkini Cecil Abraham perlu juga disampaikan secara menyeluruh khususnya ke kawasan pendalaman melalui kaedah penyampaian yang mudah difahami terutamanya masyarakat Melayu generasi lama. Bahan bahan bercetak tentang skandal ini harus dipastikan sampai ke seramai mungkin warga Malaysia.
Untuk mengharapkan pimpinan UMNO diperingkat bawahan melakukan ini adalah sesuatu yang agak mustahil kerana kita sedia maklum kebanyakan mereka ada masalah dan kepentingan peribadi masing masing. Kegagalan pihak polis dan pihak berkuasa berkenaan untuk bertindak mewajarkan pisu ini dihebahkan juga ke seluruh dunia. Biar dunia tahu siapa sebenarnya PM Malaysia ini.
Saranan ini harus disegerakan. Jika undang undang gagal ditegak dan dikuatkuasakan maka PR harus gembeling tenaga seluruh anak watan agar bangun. Rakyat tidak boleh dipersalahkan lagi jika mereka mengambil keputusan sendiri kerana undang undang kelihatannya gagal berfungsi sedangkan kes yang terlibat adalah pembunuhan yang membawa hukuman mati mandatori jika bersabit.
Keluarga puaka ini tidak harus dibiarkan bebas lagi. Rakyat perlu bangkit sebelum anggota keluarga kita pula menerima nasib sama seperti mendiang Altantuya sekiranya mereka terus bebas dan berkuasa. Ini bukan suatu yang mustahil boleh berlaku. Kerana haloba dan rakus, segalanya halal bagi pemimpin puaka bertopengkan Islam seperti ini.
Bangunlah seluruh pimpinan PR! Rakyat sedia menanti arahan dan percaturan selanjutnya dari anda demi masa depan negara Malaysia tercinta ini.
-Pattani Warrior-
Sdr Aspan Alias
ReplyDeleteApa kata kita semua buat report polis ramai ramai di seluruh Malaysia tentang statement Cecil dan minta polis siasat segera. Bolehlah break guinness world records. Kes ni dan Najib boleh popular seluruh dunia dan itu baik untuk rakyat Malaysia. Pemimpin macam ni elok diajar sikit. Hormat aku kat pemimpin begini tak ada langsung. Taraf najis.
Segala institusi dan sistem negara sudah dinodai dan dirogol.
ReplyDeleteBEGINILAH HASIL AKHIRNYA.
Pun begitu masih ramai yang memuja dan berkiblatkan mahadei dan umno.
Dah SOSAT!!
DIA NI DEWA bagi ramai melayuuuu.
ReplyDeletehttp://www.malaysiakini.com/news/224098
dia boleh buat sesuka hati,
boleh kata sesuka hati,
boleh tipu sesuka hati,
boleh konar sesuka hati.
boleh tuduh sesuka hati,
PUN ramai melayuuuu pooja dia.
Anwar Ibrahim memang pandai saudara...
DeleteAssalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteNah, bukankah ini satu lagi dalil aqli nan sahih akan kezaliman dan kekejaman UMNO-BN yang sudah kegelinciran landasan? Namun begitu, sudah terang tanpa perlu bersuluh lagi, mereka pasti akan melindungi dengan serakus upaya mereka akan perangai dan tindak-tanduk kesyaitanan sebegini. Dengan itu, saya sangat bersetuju dengan pendapat beberapa orang rakan pengulas kita agar segala dalil nyata ini dikumpulkan dan seterusnya didedahkan kepada seberapa ramai rakyat khasnya menerusi media-media alternative dan siri jelajah awam dalam apa bentuk dan tema jua. Kemudian, apabila bertukar kepimpinan, jangan dibiar lepas sekalian para "mujrim" ini daripada diadili.
Satu lagi persoalan yang timbul: Di manakah sikap "professionalism" PDRM, khasnya, Peguam Negara, dan lain-lain agensi keselamatan dan kehakiman? Tidakkah kalian insaf lagi akan kedajalan atasan ini? Ya, untuk menyalahakn mereka 100 %, memanglah tak patut; tetapi, bukankah elok, sekiranya kita niatkan tugas yang kita jalankan itu hanya kerana Allah? Maknanya, kalau dah tahu si anu tu zalim, tak dapat nak tegur, letak ajalah jawatan, kan senang? Sekaligus, kita bebas bercakap mendedahkan kemungkaran si anu itu tadi walaupun risiko dibenci masyarakat sekitar akan dihadapi. Oleh itu, kini jelas sudah siapa yang patut kita pilih dan sokong; jangan sampai nanti sokong membawa rebah ...
Terima kasih dan salam jihad.
No wonder Shakespeare said "Firstly, we kill all lawyers".
ReplyDeleteWahai anon 13:43,
ReplyDeleteKo ingat apa yang geng2 ko rancang teramat hebat kah?
Buat berbagai wayang, cucuk sana, fitnah sini, samseng sana, lempar sini, PORNO saban hari, saban hari buat onar politik sehingga lebur agama Islam
TETIBA jer
selepas '13 mei 2013', semuanya akan senyap sepi? AA dan Sak AK47 udah tak relevan?
Alooooo melayu kuno aka anon 13:43, ingat sejarah. Mula2 pejuang2 melayu yang tinggi ilmu agama Islam menolak serta TINGGALKAN umno lalu mereka tubuhkan Pas. Ramai jugak melayu yang dokong perjuangan Parti Rakyat.
Kemudian ramai lagi TINGGALKAN umno untuk tubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan terakhir, lebih ramai lagi melayu tinggalkan umno baru milik Mahadeii utk sokong PKN dan PKR
Maka yang TERTINGGAL tu dalam umno baru adalah saki baki teraju awal melayu kaki belit, kaki cucuk, kaki bodek, kaki khianat, kaki fitnah yang ikut telunjuk British.
SEBENAR2NYA UMNO BARU KINI ADALAH TINGGALAN WARIS2 MELAYU PETUALANG AWAL YANG 'HIJACK' PERJUANGAN MELAYU YANG LUHUR LAGI MURNI.
AA dan SAK adalah waris2 kepada generasi yang perjuangkan keluhuran dan kemurniaan itu. Seperti generasi awal mereka, mereka berdua masih berpegang kepada yang haq!
Melayu2 yang kekal tertinggal dalam umno baru lagi kabur imannya adalah melayu2 yang SOSAT!
ada faham??
bro... wa sokong lu punya pendapat. mangkuk tu memang 'mangkuk ayun'. Blogger yg diam nanti BLOGGER UMNO/BN sbb dah tadak 'sugardaddy' & 'sugarmummy' nak sponsor. Blogger parasit ni tadak duit, blog tak jalan ler....
DeleteSiasat saje. Dia itu innosen, macam Sharizat dan lembu lembu nya di NFC kat Segamat. Hidup Cecil!
ReplyDeleteAnon 13;43
ReplyDeleteRakyat akan senyap dan sunyi bile pemerintahan buat kerja mulai dan tidak ada rasuah. Semua berjalan lancar.
Masuk bulan 5, Najib, Che Det dan Hasan Jati, Ezam akan meraung-raung menangis seorang diri dalam tandas macam budak kecik hilang barang mainan.
Kah...kah...kah...