Saya telah mengikuti sebahagian
ucapan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yasin semasa beliau merasmikan
Perhimpunan Agung 3 sayap parti itu malam tadi. Semasa saya terlihat saluran yang
memberikan siaran langsung dari PWTC itu Muhyiddin sedang menyebut tentang
Islam yang UMNO menjadi bentengnya, sebagai yang di akui oleh Muhyidin sendiri.
UMNO katanya tetap mempertahankan
Islam dan membangunkan Islam itu tanpa kompromi dan UMNO 'commited' untuk
mempertahankan kesucian Islam dengan segala tenaga yang ada. Itu sebabnya kata
Muhyiddin UMNO mengambil sikap jelas dan lantang tidak membenarkan fahaman
songsang dalam Islam seperti syiah dan sebagainya dan beliau menzahirkan niat
beliau untuk memasukkan ahli Sunnah wal jemaah di dalam perlembagaan negara.
Muhyidin berkata UMNO menentang
usaha mana-mana pihak untuk membenarkan kegiatan LBGT dan sebagainya secara
bebas. UMNO tidak tahan dengan tindakan seks di luar tabii dan apa-apa yang
menentang nilai dan syariat Islam yang suci itu. Banyak lain tentang Islam yang
beliau sebut dalam ucapan beliau itu. UMNO tetap mempertahankan nilai Islam
dengan tegas tanpa ada kompromi langsung, katanya.
Semua yang di sebut oleh Muhyidin
itu sememangnya isu dan tindakan yang baik untuk Islam, Melayu dan negara. Itu pun perjuangan UMNO dan
menjadi sebutan oleh pemimpin UMNO sejak dari dahulu sampai sekarang kerana
itulah kebenaran Islam dan landasan perjuangan UMNO itu. Muhyidin menyebut isu
ini dengan panjang lebar kerana isu agama menjadi isu besar dalam politik
tanahair dan dengan menyebut isu ini tentulah Muhyiddin cuba hendak bermain di padang PAS yang sedang mendapat sambutan
ramai sekarang ini.
Mungkin dalam keadaan terdesak
UMNO akan cuba
untuk melangsungkan apa yang di sebut oleh Timbalan Presiden parti itu. Tetapi
itu sahajakah yang mahu di sebut dan di cakapkan dengan jelas oleh Muhyidin?
Bolehkah UMNO mempertahankan
kesucian Islam dan memperbaiki persepsi agama Islam dimata rakyat berbilang
kaum dan agama itu, kerana ia disebut oleh pemimpin parti yang begitu jumud
jika dipandang dari sudut Islam, agama anutan seratus peratus ahli-ahlinya.
Sudah cukup bersediakah UMNO
untuk mempertahankan Islam itu kerana banyak perkara yang bertentangan dengan
Islam menjadi perkara biasa dalam UMNO dan dilakukan oleh hampir kesemua
pemimpinnya. Perkara ini disebut dalam setiap perhimpunan agung UMNO sejak
dari dulu lagi lebih-lebih lagi sejak negara memulakan budaya rasuah dan salah
guna kuasa melebihi lebih sedikit dari tiga dekad yang lalu.
Percakapan tentang Islam ini sama
naik dengan kebangkitan rasuah di dalam UMNO sejak awal lapan puluhan dahulu.
Bagaimana kumpulan perasuah boleh mempertahankan kesucian agama Islam?
Bukankah rasuah itu satu tindakan yang amat hina tidak terkira di sisi
masyarakat, lebih-lebih lagi di sisi agama anutan kita. kenapa pimpinan UMNO
mengaku sebagai perlindung agama Islam sedangkan apa yang mereka lakukan
bertentangan secara ‘head-on’ dengan agama dan Tuhan kita?
Bagaimana kumpulan yang menentang
syariat suci Islam mahu mempertahankan Islam itu tanpa kompromi sedangkan
kesucian Islam yang paling penting sudah dikompromikan oleh UMNO.
Kita bukan ulamak besar malahan
bukan ulamak kecil sekali pun. Tetapi sebagai seorang Islam yang masih jahil
seperti saya memahami dengan jelas dan dan keyakinan saya agaknya sudah sampai
keperingkat haqul yakin yang perasuah tidak mungkin mampu membuat keputusan
yang baik dan itu sendiri ada penentangan terhadap Islam itu. Malahan elemen
rasuah inilah yang telah menjatuhkan kerajaan negara-negara Islam akhir-akhir
ini di Asia barat satu demi satu.
Kita juga memahami yang pemimpin
yang bercakap tentang rasuah seperti apa yang di sebut oleh Muhyiddin semalam
itu, yang rasuah sememangnya berlaku dikalangan jemaah kepimpinan mereka.
Tetapi bagaimana Muhyidin begitu berani mengaku yang UMNO itu adalah benteng
untuk Islam kerana beliau tahu UMNO tidak terlepas dengan isu tegahan mutlak
Islam itu.
Mungkin yang ramai-ramai dalam
UMNO itu tidak tahu apa itu komitmen terhadap agama itu kerana jiwa dan batin
mereka telah tertutup hijab untuk mengenali yang mana yang layak untuk
mempertahankan agama suci dan yang mana hanya pandai bercakap di pentas
perhimpunan agung UMNO sahaja.
Kita mahu mendengar ucapan
penangguhan Uztaz Kazim Elias dalam ucapan penangguhan Perhimpunan ini berhubung
dengan orang yang mengetahui rasuah berlaku dikalangan mereka tetapi
bergegar-gegar bercakap dan berjanji untuk kesucian agamanya. Kita tidak payah
mendengar lagi ucapan Jamil Khir Baharom kerana kita sudah tahu apa yang hendak
beliau katakan dan semua akan menjadi bahan cacian ramai semata-mata.
Kita hendak juga mendengar
kata-kata Uztaz Kazim, yang sangat di hormati oleh UMNO itu. Kalau tidak
tentunya beliau tidak dilantik menduduki ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama
Azeeez Rahim dan JJ itu. Saya berharap Uztaz Kazim akan menunjukkan bakat
kepimpinan beliau dan bukan lagi setakat menunjukkan bakat menyanyi dalam dakwah
agamanya.
Janji-janji pimpinan sama sejak
tiga puluh tahun dahulu, tetapi keadaan semakin hari semakin rumit. Alangkah
indahnya kita mendapat kepimpinan yang pandai berjanji dan mampu
melaksanakannya. Setakat ini kita hanya ada pimpinan yang berjanji seolah-olah
dunia pun hendak dialih dan dianjaknya. Janji Muhyidin semalam seolah-olah
tidak ada UMNO tidak selamat Islam di dunia ini.
Ugutan pemimpin UMNO kepada orang Melayu
jika tidak menyokong UMNO, Melayu akan hilang didunia ini. Selama ini
orang Melayu menyokong UMNO, tetapi Melayu hampir hilang dunianya. Inilah yang
terjadi kepada kita sekarang ini….UMNO masih lagi berjanji dan terus berjanji….
Golongan umno ini walaupun tidak pandai memerintah tapi pandai mengodam kuasa dari pembohongan sentimen agama dan bangsa.Terbukti mereka sanggup tahap pembangunan bangsa malaysia masih berada dilevel yang sama walaupun sudah lebih 50 tahun berkuasa.
ReplyDeletedia hanya cakap utk halwa telinga supaya ahli bersemangat...nk jadi pemimpin pun beli .mana dasar kepimpinan islam dia terapkan dlm parti. mana tarbiah .mana puak ini rajin pergi masjid.dengar org baca kitab.kalu mereka ikut lama dah umno tinggal nama tanpa ahli.
ReplyDeleteDi harap pengunjung blog en aspan sudi meluangkan masa ke blog seorang hamba Allah ini yang tegar pertahankan Umno dan melayunya.ini nama blog nya.. http://zulhairifetani.blogspot.com
ReplyDeleteSudah melawat blog yang dipapar. Sebuah blog orang dalam khayalan. Menegak benang yang dah jatuh dalam sungai. Blog ini tidak menjawab apa yang dibangkitkan oleh tuan aspan. Cakap pertahan Islam tetapi yang dilarang Islam tu m3njadi amalan. Ambik cerita Kak Ijat dengan NFC cukup le....
DeleteSeriously Pak AA, Najib dan yang ada dalam kabinet hari ni memang tidak sepatutnya berada di atas tu. Apakan daya Pak, inilah warisan Dr Mahathir kerana terlalu takut dengan orang yang beliau takuti semasa mula mengambil alih kerajaan dulu. Persoalannya bolehke repair keadaan ini?
ReplyDeleteSaya rasa irreparable. Melainkan Umno ambil Ku Li sebagai pengganti pucuk pimpinan. Kalau tidak tak ada peluang lagi negara kita aman politik nya pak. It's gone and forever pak. Percayalah masa akan membuktikannya.
Kuli memang paling sesuai tetapi dia juga sudah tamat tempoh. Lagipun macamana Kuli nak jadi penyelamat sedangkan dia sudah lama dipastikan terpinggir. Tuan ada cadangan cara untuk mengangkat kuli.
DeletePeluang untuk Kuli ialah semasa pertandingan lawan Mahathir tahun 1987 dulu. Orang tu begitu takut sampai sanggup guna cara teknikal untuk mengharamkan UMNO dan menubuhkan parti baru iaitu UMNO BARU.Perkara pertama yang dibuat oleh tuan punya parti baru itu ialah memastikan seteru politiknya dalam UMNO LAMA seperti Kuli dll tak dibenarkan menjadi ahli UMNO BARU dengan buat syarat sesiapa nak masuk UMNO BARU kena memohon semula dengan mengisi borang baru. K3lulusan tertaklok kepada ibupejabat.
memang umno tidak mampu memertabatkan Islam 100%, tapi sekurang2 nya mereka berusaha ke arah itu. bersamalah kita membantu untuk menegakkan syiar Islam, walau siapa pun yg mengajaknya, samada umno @ pas.
ReplyDeleteDah 56 tahun memerintah berterusan tanpa rehat 1 hari pun - takkan masih bagi alasan masih mencuba. Cari le alasan yang l3bih cerrdik skit. Kalau dikata ....... kang kasar pulak bunyinya.
Delete
ReplyDeleteSayangnya Mahyudin tidak pula menjanjikan syurga .
Aden hanya menjanjikan rumput joo kek kobou Den.
Takpolah...dulu2, mat sabu n karpal singh jadi oelawak arena politik kita...skrg, pm najib juara lawak mega terbitan kak ros...plakon pacak tambahan ,shidan kasim..amat maslan...now ada jmputan tetamu plawok khas..kajim lias. Sumpah,makngah...makcik..abah mak teman kata..kita pertahankan umno walau imelda mngganas..walau lembu tak bertambat..umno sajalah pembela mlayu....org kampong pn smua stuju...
ReplyDeleteUMNO,Islam? Seriously?
ReplyDeleteSelama ini tindak tanduk pemerintah-pemerintah UMNO sendiri tidak menunjukkan sebarang ketakutan kepada Allah, tidak takut dan pikirkan pasal mati, tidak ingat akan dihisab, siksa kubur.. sama lah juga dengan penyokong2 Islam nya yang turut bersubahat.
Pada saya tiada lagi Islam dalam UMNO. Harapan saya agar kita tidak ditimpa bala yang amat berat atas keingkaran ini...
Subhanallah.
OrangMuslim.
setuju pendapat Bat8....blog sampah penuh budaya bodek dan perkauman......adakah umno tunggu orang berdosa mati hidup semula untuk menakutkan pemimpin umno tentang alam kematian.Pemimpin umno tahu kematian tidak dapat dielakkan tapi mereka mahu anak cucu mereka hidup senang.
ReplyDeleteHanya yg bodoh & baghal aje sokong umno. Nak tegakkan Islam macam mana isteri & anak pun tak tutup aurat. Melayu,melayu tanpa Islam sesat entah kemana.
ReplyDeleteRasuah, arak & perempuan dah jadi darah daging pemimpin umno. Perangai golongan munafik sama aje dizaman Nabi SAW dgn sekarang.
Semoga Allah selamatkan kita dari sifat munafik.
Orang Melayu telah pun bersatu dibawah UMNO yang meningkatkan jumlah kerusinya dari 79 ke 88. Manakala PAS adalah parti yang paling banyak bertanding berbanding rakan pkatan yang lain tetapi hanya memenangi 20 kerusi dari 21 sebelumnya.. 99.2 peratus orang cina mengundi PR itu percaya akan tertegaknya kerajaan cina sebaik sahaja tamat pengiraan undi. Syukur Alhamdulillah berkat doa orang soleh yang masih sayangkan Malaysia Kerajaan ini masih lagi didominasi oleh orang Melayu Islam.. Tidak seperti PR yang dikuasai 53 kerusi bukan Islam dan hanya 36 kerusi milik orang Islam FAKTA jelas didominasi bukan Islam.. sebab itu dalam banyak hal PAS akan ikut saja isu yang dimastermindkan DAP dari isu kalimah Allah, negara kristian, chin peng, arak, rumah urut, pluralism agama, raja2 melayu dan banyak lagi..
DeleteSaya pernah menghadiri mesyuarat PKR sebaik sahaja selesai PRU12. Yang hadir semua bekas orang kuat UMNO.. Mereka ditanyakan soalan adakah kuasa orang melayu dapat di pertahankan dibawah PR.. Lalu jawapan ketua penerangan ketika itu ialah PKR sentiasa mahukan jumlah kerusi mengatasi DAP.. Maka kita semua tahu bahawa PKR sendiri tidak pernah yakin DAP boleh mempertahankan hak orang melayu.. Mereka bergabung dengan DAP hanya kerana dendam terhadap UMNO.. Bukan kerana nak bela orang melayu.. Melalui keputusan PRU 13 ini jelaslah bahawa melayu tiada tempat dalam pembangkang melainkan sebagai perkakas orang cina untuk menguasai negara. Saya di nasihatkan oleh pimpinan tertinggi UMNO baru2 ini agar tidak terlalu menyerang PAS kerana usaha untuk menyatukan UMNO dan PAS berada diperingkat akhir ketika ini.. Melalui Multaqa majlis Syura PAS baru2 ini kita Nampak tanda2nya walaupun di tentang pemimpin PAS pro DAP.. Siapa yang dapat nafikan bahawa tahaluf siyasi antara PAS dan sekutu kafir PR nya hanya merugikan PAS? FAKTA.. Kita semua orang Islam harus kembali kepada Al Quran apabila berlaku perbalahan ..FAKTA.. khatib pun baru sebut masa khutbah tadi.. Siapa yang terus memberi pelbagai alasan untuk menolak perpaduan Islam dan mengutamakan dendam kesumat maka jelaslah itu sekadar hasutan syaitan semata. Kita kenal Ahlak dan peribadi Nabi kita .. Takkan hanya sekadar berserban dan berjubah habis semua yang dikatakannya benar belaka termasuk yang jelas bertentangan dengan Islam?
Puak2 yang tak boleh langsung nak berkorban menolak politik wang sebanyak beberapa ratus RM semasa pemilihan UMNO yg lepas bersorak konon2nya mereka akan berkorban jiwa raga mempertahankan Islam? LOL! Lawak sungguh! Langsung tak logik orang2 yang gemar dan ketagihan rasuah juga amat suka pada islam. Pandai sungguh Muhyiddin buat lawak bagi mengubat hati rakyat yang gundah gulana disebabkan UMNO sekali lagi menyusahkan rakyat dengan membiarkan Presiden mereka menaikkan kos sara hidup rakyat yang memang sudah miskin sejak 50 tahun dahulu...
ReplyDeleteNick.
I've visited the blog and after reading some of its posts (which is btw are nothing more than nonsensical and delusional ranting), I'm confident to say that I will not visit it again unless somehow I have mutated into a "politik wang" junkie who couldn't get enough of the tainted money and then would have no problem of selling myself, my religion and my country to the highest bidder or become an UMNO member.
ReplyDeleteNick.
Nick,
ReplyDeleteThe irony of it all is all the PR parties like DAP , PKR and Pas are too weak to be a government.They can't even beat UMNO performance last election despite all the road rallies and perceltions PR created.None of the PR ection appeal has succeded.The 40K Banglas are all false alarm and unproven.I have regretted voting for PR
Harap dapat luangkan masa kupasan saya dalam beberapa posting tentang melayu Islam dan UMNO
ReplyDeletehttp://zulhairifetani.blogspot.com/2013/12/siapa-sebenarnya-macai.html
http://zulhairifetani.blogspot.com/2013/05/soal-jawab-aku-untuk-sedarkan-orang.html
Orang Melayu telah pun bersatu dibawah UMNO yang meningkatkan jumlah kerusinya dari 79 ke 88. Manakala PAS adalah parti yang paling banyak bertanding berbanding rakan pkatan yang lain tetapi hanya memenangi 20 kerusi dari 21 sebelumnya.. 99.2 peratus orang cina mengundi PR itu percaya akan tertegaknya kerajaan cina sebaik sahaja tamat pengiraan undi. Syukur Alhamdulillah berkat doa orang soleh yang masih sayangkan Malaysia Kerajaan ini masih lagi didominasi oleh orang Melayu Islam.. Tidak seperti PR yang dikuasai 53 kerusi bukan Islam dan hanya 36 kerusi milik orang Islam FAKTA jelas didominasi bukan Islam.. sebab itu dalam banyak hal PAS akan ikut saja isu yang dimastermindkan DAP dari isu kalimah Allah, negara kristian, chin peng, arak, rumah urut, pluralism agama, raja2 melayu dan banyak lagi..
ReplyDeleteSaya pernah menghadiri mesyuarat PKR sebaik sahaja selesai PRU12. Yang hadir semua bekas orang kuat UMNO.. Mereka ditanyakan soalan adakah kuasa orang melayu dapat di pertahankan dibawah PR.. Lalu jawapan ketua penerangan ketika itu ialah PKR sentiasa mahukan jumlah kerusi mengatasi DAP.. Maka kita semua tahu bahawa PKR sendiri tidak pernah yakin DAP boleh mempertahankan hak orang melayu.. Mereka bergabung dengan DAP hanya kerana dendam terhadap UMNO.. Bukan kerana nak bela orang melayu.. Melalui keputusan PRU 13 ini jelaslah bahawa melayu tiada tempat dalam pembangkang melainkan sebagai perkakas orang cina untuk menguasai negara. Saya di nasihatkan oleh pimpinan tertinggi UMNO baru2 ini agar tidak terlalu menyerang PAS kerana usaha untuk menyatukan UMNO dan PAS berada diperingkat akhir ketika ini.. Melalui Multaqa majlis Syura PAS baru2 ini kita Nampak tanda2nya walaupun di tentang pemimpin PAS pro DAP.. Siapa yang dapat nafikan bahawa tahaluf siyasi antara PAS dan sekutu kafir PR nya hanya merugikan PAS? FAKTA.. Kita semua orang Islam harus kembali kepada Al Quran apabila berlaku perbalahan ..FAKTA.. khatib pun baru sebut masa khutbah tadi.. Siapa yang terus memberi pelbagai alasan untuk menolak perpaduan Islam dan mengutamakan dendam kesumat maka jelaslah itu sekadar hasutan syaitan semata. Kita kenal Ahlak dan peribadi Nabi kita .. Takkan hanya sekadar berserban dan berjubah habis semua yang dikatakannya benar belaka termasuk yang jelas bertentangan dengan Islam?