31 October 2010

UMNO tak perlu sokongan bukan Melayu?

Samy Velu, Presiden MIC sekarang marah-marah dengan pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Johari Abd Ghani yang menyatakan UMNO Bahagiannya tidak perlu sokongan bukan Melayu kerana Titiwangsa mempunyai 70 peratus pengundi Melayu. Orang ramai yang mendengar kata-kata Johari ini tentunya akan menggeleng kepala kerana Johari masih ingat UMNO itu masih kuat tanpa menyedari yang pengundi-pengundi Titiwangsa telah memberikan mandat kepada PAS untuk mewakili mereka diDewan Parlimen Malaysia.

Samy Velu memberikan reaksi dengan marah-marah dan berkata UMNO akan menghadapi risiko untuk dikalahkan oleh pembangkang di70 kawasan jika bukan Melayu mengambil keputusan untuk tidak menyokong UMNO dalam pilihanraya yang akan datang. Walaupun Johari berucap didalam ‘function’ yang ‘private’ kata-kata ini melambangkan yang beliau tidak mempunyai ‘sensitivity’ yang betul dalam politik tanah air.

Dr Mahathir pernah mengalami kekalahan dikwasan Kota Setar pada 1969 apabila pengundi-pengundi Cina mengambil keputusan untuk mengundi PAS yang diwakili oleh Mursyidul Am PAS semasa itu Tuan Hj Yusuf Rawa. Orang Cina telah mengambil keputusan untuk membelakangkan Dr Mahathir kerana Dr M membayangkan yang beliau tidak perlukan sokongan kaum Cina disana untuk menang.

Perbilangan orang Melayu ada berkata, ‘telajak perahu boleh berundur, telajak kata binasa badan’. Adalah lebih molek untuk parti jika Johari memberikan kepimpinan itu kepada orang lain kalau kehadziran beliau boleh membawa padah kepada UMNO.

Kata-kata yang bodoh sombong itu dirakamkan didalam U-Tube dan ianya ditonton oleh ratusan ribu manusia dinegara ini. Johari lupa yang rakyat kita bukan lagi buta huruf; semuanya boleh membaca dan menulis. Saya sendiri sudah boleh membaca dan menulis sikit-sikit.

Dalam isu ini saya tidak menyalahkan Samy Velu.Beliau mengatakan semua ahli parti-parti dalam komponen mesti menyokong diantara satu dengan yang lain dan beliau mengakui yang kehadziran beliau dalam parlimen selama ini adalah diatas sokongan semua pihak. Apabila beliau tidak mendapat sokongan itu lagi didalam pilihanraya yang lalu beliau telah tewas dan kawasan itu diambil alih oleh PR.

Jika benar Titiwangsa tidak perlukan undi kaum lain kenapa pula UMNO telah tersungkur dibahagian itu didalam pilihanraya yang lalu. Apa gunanya mempunyai 70 peratus mengundi Melayu jika orang Melayu sendiri tidak menyokong UMNO dalam pilihanraya yang lalu? Nampaknya jika begini sikap pemimpin utama UMNO Bahagian ini bercakap maka PAS sudah tidak payah bersusah payah lagi untuk mengekalkan kerusi resebut didalam pilihanraya yang akan datang.

Kita tidak faham apa sebenarnya penyakit yang menghidapi penyakit pemimpin-pemimpin kita sekarang ini.saya berpendapat pemimpin seperti Johari ini patut diberikan tarbiah oleh pucuk pimpinan supaya berhati-hati bila berbicara. Tetapi masalahnya pemimpin-pemimpin tertinggi kita pun perlukan tarbiah juga.

Sesungguhnya UMNO perlukan sokongan semua kaum terutamanya kaum Cina. Terimalah hakikat itu.

Warisan Merdeka - Mewariskan penentangan

Usaha PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd untuk membangunkan project mega Warisan Merdeka yang setinggi seratus tingkat itu mendapat tentang yang menyeluruh dari rakyat dan PNB sedang mencari jalan untuk menepis tentangan ini. Semasa saya menulis artikel ini seramai 205000 orang telah menzahirkan penolakkan itu melalui facebook ‘1Malaysians Reject 100 storey mega towers’.

Angka 205000 orang itu hanyalah merupakan angka dikalangan mereka yang melayari facebook yang giat dan pandangan rakyat ini tidak boleh dipandang enteng oleh pihak kerajaan BN yang memerintah sekarang. Jika kerajaan tidak mengambil berat tentang isu ini maka ianya akan menjadi isu yang boleh membawa keruntuhan kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

Walaupun pimpinan memberi alasan yang wang yang digunakan untuk membangunkan projek mega itu bukan wang kerajaan, maka rakyat ingin bertanya pula; wang untuk penubuhan PNB itu datangnya dari mana? Sudah tentu wang itu bukan turun menggolek dari kayangan; ianya datang dari wang kerajaan yang kepunyaan rakyat dan ianya diberikan kepada PNB untuk menjayakan bidang ekonomi yang lain. Alasan untuk menjadikan bangunan ini sebagai lambang kejayaan orang Melayu itu menunjukkan yang kita masih berkhayal dengan kosmetik penampilan. Orang Melayu kini mahukan kejayaan bukannya dengan lambang semata-mata.

Sikap menunjuk-nunjuk ini elok dihentikan dan pemimpin kita tidak boleh memandang mereka yang menolak ini semata-mata untuk menolak sahaja. Diantara mereka yang menolak itu adalah orang-orang yang berfikir dan jika pimpinan memandang rendah kepada pandangan mereka maka BN harus bersedia untuk menghadapi risiko untuk ditolak didalam piliharaya yang akan datang.

Rakyat sekarang bukan lagi seperti rakyat dua dekad yang lalu dimana mereka mudah diperkotak-katekkan; mereka mahukan suara mereka didengar dan diambil perhatian. Sudah tamat waktunya dimana segala-gala yang datang dari atas itu disambut baik kerana rakyat sudah begitu curiga dengan apa sahaja yang dilakukan oleh lerajaan kerana pengalaman yang sudah-sudah. Didalam melaksanakan satu-satu projek mega itu selalunya mengendungnya sekali elemen rasuah dan ketirisan dalam jumlah yang terlalu besar.

Sebenarnya inilah salah satu indikasi yang pimpinan sekarang sedang menghadapi ‘crisis of confidence’ dan persepsi ini bukan mudah untuk dihapuskan. Kalau tuduhan saya ini tidak benar masakan BN hampir tersungkur didalam pilihanraya umum yang lalu. Penganalisa-penganalisa politik mempunyai pandangan yang ‘conclusive’ yang jika berlaku ‘swing’ sebanyak 8 peratus sahaja sokongan dari BN kepada barisan pembangkang maka riwayat BN selepas PRU 13 yang akan datang akan tamat secara ‘unceremonious’.

Jika PNB benar-benar ingin memainkan peranan dalam pembangunan negara (nation building) institusi gergasi ini lebih molek jika memberikan tumpuan kepada bidang pendidikkan dan pembangunan insan terutamanya dalam membina kumpulan pekerja mahir yang akan lebih memberikan keuntungan kepada negara dalam jangka masa yang panjang. Untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju kita perlukan kumpulan pekerja mahir dan sekali gus boleh menyelesaikan masalah pekerja tidak mahir yang membanjiri negara kita dalam jumlah yang begitu besar.

Dalam tulisan saya beberapa hari yang lalu saya telah menyuarakan perasaan ramai orang yang mengimpikan hidup dalam negara maju yang mempunyai dasar-dasar yang boleh membina kelas menengah yang besar dikalangan rakyat dinegara kita. PNB boleh mengasingkan jumlah dana yang besar dari keuntungan yang diperolehi dari pelaburannya untuk dikembalikan kepada rakyat dengan membangunkan bidang pendidikkan yang ketika ini belum mencukupi untuk menjadikan rakyat negara kita rakyat yang bertaraf dunia.

Blog ini telah menulis beberapa kali untuk memberikan pandangan kepada pihak yang ingin mendengarnya; iaitu kita mesti mengikut dan meneladani contoh-contoh yng baik yang dilakukan oleh pimpinan negara yang sudah maju dan yang mempunyai rakyat yang berpendapatan yang tinggi.

Saya telah menyebut negara-negara Scandinavia yang lebih maju dari negara G8 dalam mana pendapatan rakyatnya adalah 30 peratus lebih tinggi dari negara maju G8 itu. Disana tidak ada menara pencakar langit dan tidak ada apa-apa yang tertinggi, terpanjang dan terbesar dalam dunia. Yang ada hanyalah kerajaan yang membina negaranya mengikut kehendak rakyatnya dan mereka akur kepada undang-undang dan lebih-lebih lagi terhadap etika kepimpinan mereka.

Pemimpin-pemimpin negara ini tidak pun memaparkan wajah-wajah mereka melalui media letronik setaiap hari dan masa kerana mereka tidak memberikan ‘priority’ untuk menonjolkan imej peribadi mereka. Mereka hanya menunjukkan kemampuan mereka untuk membangunkan rakyat dengan fokus.

Tidak ada pun pemimpin dikalangan negara-negara ini yang dikenali oleh masyarakat antarabangsa dan saya ulangi mereka tidak ada ‘first ladies’ yang membelanjakan wang rakyat untuk mengendalikan ‘summit’ dikalangan ‘first-ladies’ kerana itu bukannya ‘priority’ kepada kehendak rakyat jelata dan pentadbiran kerajaan mereka.

Mereka tidak ada memberikan fokus untuk ber ’glamour’ dengan membangunkan pusat pentadbiran yang memakan belanja dari wang rakyat seperti yang kita lakukan disini. Britain merupakan gergasi ekonomi dan ketenteraan dunia tetapi pentadbiran negara maju itu hanya meletakkan pejabat PMnya diDowning Street, London yang terletak dihujung Downing Street, seolah-olah hanya sambungan kepada rumah kedai dijalan itu. Tetapi disitulah letaknya kuasa dunia yang terbesar.

Pejabat PM Britain kekal disitu sejak ratusan tahun yang lalu dan negara itu tetap maju dan pernah menjajah hampir separuh dunia ini suatu ketika dulu dan negara kita merupakan salah satu negara jajahan mereka. Kalau diikutkan kata akal, Britainlah yang sepatutnya membina pentadbiran kerajaan seperti yang ada diPutrajaya itu.

Kita terlalu memberikan tumpuan kepada ‘glamour’ dan masih kekal terkepong dengan ‘mentality’ pemimpin dunia ketiga walaupun pimpinan kita beretorik untuk menjadikan rakyat negara ini sebagai rakyat dunia pertama. Kita terlalu berbangga dengan structure bangunan yang mahal-mahal dan cantik-cantik tetapi kita hilang fokus kepada kehendak harian penduduk yang masih jauh ketinggalan terutamanya bumiputra yang sedang terkial-kial untuk hidup.

Dalam isu membangunan Warisan Merdeka ini kita tidak memberikan pertimbangan keadaan kesesakkan lalu lintas yang sekarang ini menjadi masalah besar kepada penghuni Kuala Lumpur. Kita belum pun lagi menyelesaikan masalah ini dan ditambah pula dengan pembangunan yang akan membuatkan keadaan kesesakkan itu lebih parah lagi.

Dengan pembangunan ini jika dilakukan juga nilai tanah disekitarnya akan naik melambong dan disini kita bertanya lagi, siapakah yang empunya tanah-tanah disekeliling Menara Warisan Merdeka ini? Jika kita ingin lakukan juga hasrat untuk menunjuk-nunjuk ini, tidak boleh kah kita bangunkannya dikawasan-kwasan yang mana tanah disekelilingnya dipunyai oleh kaum bumiputra supaya orang Malayu dan Bumiputra ini boleh menumpang dari pembangunan raksaksa ini?

Jika ianya dibangunkan dikawasan yang tanah dan ‘properties’ disekelilingnya yang dipunyai oleh orang Melayu maka nilai tanah-tanah orang Melayu ini akan naik dan memberikan faedah kepada mereka. Kita sekarang tidak lagi melakukan usaha pembangunan dengan memberikan pertimbangan dari sudut ‘pembangunan social dan economic engineering’ seperti apa yang dilakukan dalam DEB dahulu.

Pendeknya penentangan terhadap pembangunan Warisan Merdeka ini ada ‘basis’nya. Orang ramai bukan hendak menentang semata-mata untuk menentang. Kalau tidak ada arus yang kuat masakan sampah sarap hanyut sampai kemuara.

29 October 2010

Batu Sapi - kayu pengukur masa depan BN.

Batu Sapi akan menghadapi PRK kerana kematian Ahli Parlimennya Edmund dilebuhraya Sembulan Tanjung Aru 2 minggu yang lepas akibat kemalangan jalaraya. Kematian Ahli Parlimen yang mewakili PBS ini memaksa diadakan PRK dalam mana pertandingan 3 pejuru diantara BN (PBS), SAPP dan PKR yang akan berlaku serentak dengan PRK DUN Galas pada 4hb November ini.

Dalam banyak-banyak ‘input’ yang saya sendiri perolehi dari Sabah, Yong Teck Lee, calun SAPP dikatakan mampu untuk memberikan cabaran sengit kepada calun BN parti penyandang kepada kawasan Parlimen Batu Sapi ini. Bekas Ketua Menteri ini yang merupakan Presiden SAPP yang telah membawa partinya keluar dari BN awal tahun lepas nampaknya mempunyai ‘advantage’ jika dibandingkan dengan dua calun yang lain.

Sebagaimana ditempat-tempat yang lain isu nasional dan isu tempatan adalah isu yang besar yang bermain didalam pemikiran rakyat Sabah amnya dan juga pengundi diBatu Sapi khasnya. Penolakkan rakyat dan pengundi kepada BN diSemenanjung pada pilihanraya 2008 yang lalu sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi dalam PRK Batu Sapi ini. Ramai berpendapat pengundi Sabah telah memberikan sokongan yang padu kepada BN dalam pilihanraya yang lalu kerana mereka tidak menyangka yang penolakkan rakyat diSemenanjung terhadap BN begitu kuat.

Jika mereka dari awal telah menjangka yang diSemnanjung BN boleh kehilangan 80 kerusi parlimen, mereka secara terang-terang akan mengikut trend perubahan itu diSabah. Oleh kerana mereka tidak dapat merasakan angin perubahan itu maka mereka memberikan sokongan yang padu kepada calun-calun BN dan diSabah BN telah memenangi 100 peratus kerusi parlimen yang ditandinginya dan Sabah adalah ‘fixed deposit’ bagi BN.

Tetapi sekarang pengundi diSabah sedikit sebanyak merasakan mengundi pihak pembangkang bukan lagi satu isu besar lagi dan ini dirasakan oleh ramai kumpulan pengundi atas pagar. Sebagai seorang yang pernah menjadi Ketua Menteri Yong masih mempunyai 'network' politik yang menyeluruh terutamanya dikalangan orang Cina termasuk diBatu Sapi.

Yong merupakan tempat orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan diSabah sekarang ini. Dikalangan pemimpin-pemimpin diSabah mereka berpecah diantara satu dengan lain dan ditambah pula dengan isu yang dihadapi oleh Ketua Menterinya sendiri yang sedang hebuh diperkatakan oleh masyarakat.

Isu peribadi Musa Aman yang sedang dihadapinya menyebabkan beliau tidak mendapat sokongan padu dari pemimpin dalam komponen BN sendiri dan untuk mengalihkan sokongan kepada pihak-pihak yang membangkang agak mudah seperti mana yang berlaku diSemenanjung tanah air. Janji PM Najib untuk merobah kepimpinan diperingkat negeri untuk membersihkan imej parti semasa Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini diharapkan akan melibatkan juga kepimpinan diSabah.

Dengan penyertaan Ansari dari PKR dalam PRK ini ianya akan memberikan beban yang lebih kepada BN kerana perpecahan undi dari Melayu dan Bumiputra yang merangkumi 60 perataus dari 25582 pengundi berdaftar dikawasan ini. Fenomena ini juga akan memberikan kelebihan kepada Yong Teck Lee. Seandainya Yong mendapat hanya 38 peratus dari mereka yang keluar mengundi peluang bagi Yong untuk memenangi kerusi Batu Sapi ini akan lebih cerah.

Dengan perpecahan undi orang Melayu dan Bumiputra diBatu Sapi diantara BN dan PKR dan jumlah pengundi yang akan keluar mengundi melebihi 70 peratus maka kemenangan Yong Teck Lee adalah cerah dan akan menambah bilangan wakil parti SAPP kepada 3 orang diDewan Parlimen.

Walau bagaimana pun dalam politik berbagai-bagai kemungkinan akan terjadi. Tetapi kita kena akui untk BN mengekalkan kerusi Batu Sapi kali ini ianya memerlukan cara pendekatan pengundi yang berbeza dari yang selalu kita lakukan. Hanya orang Sabah sahaja yang sepatutnya faham bagaimana untuk meraih sokongan dari pengundi dikawasan ini.

Jika kerusi ini dimenangi oleh SAPP melalui Presidennya ini maka BN kehilangan satu lagi suara diDewan Parlimen dan sekali gus rakyat masih lagi tidak dapat menerima segala pembaharuan yang dijanjikan oleh pucuk pimpinan kita diKuala Lumpur.

Kemenangan Yong Teck Lee akan memberi gambaran yang trend penolakkan BN yang berlaku diSibu, Sarawak tidak berapa lama dahulu itu akan menular keSabah pula. Maka BN terpaksa mencari jalan lain untuk mengekang kemaraan parti alternative untuk menghampiri Putrajaya selepas PRU yang akan datang.

Kita tengok kali ini; samada BN benar-benar telah memilih ‘winable candidate’ atau pemilihan calun yang didasarkan kepada jawatan parti yang dipegangnya. Kita mesti ingat yang seseorang yang laku kepada parti mereka tidak semestinya laku kepada rakyat ramai yang mengundi.

Begitu jugalah didalam UMNO; yang berjaya memegang jawatan parti tidak semestinya memenangi hati rakyat. Jika seseorang yang memenangi jawatan dalam parti itu adalah juga yang disenangi oleh rakyat ramai masakan banyak calun UMNO jatuh tersungkur dalam PRU yang lalu.

Tetapi masih lagi ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli kita sedang dibuai oleh sindrom penafian kepada hakikat ini. Mungkin kita terpaksa menghadapi kekalahan mutlak dahulu sebelum kita menerima hakikat yang kita perlu perubahan secara ‘structural’ kepada parti kita.

Jika kita kalah secara ‘total’ adalah ditakuti kita tidak mampu bangun lagi kerana kita tidak lagi pernah mengalami menjadi pembangkang diperingkat pusat. Kita sama-sama sedang melihat bagaimana terseksa UMNO/BN untuk kembali memenangi hati rakyat dinegeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

BN diSelangor, Perak, Kedah, dan P Pinang serta Wilayah Persekutuan sampai sekarang belum lagi mampu untuk mencari seseorang yang sesuai mengikut kehendak rakyat siapa yang akan menjadi MB atau KM jika UMNO ingin mengambil kembali kuasa dari tangan Pakatan Rakyat.

Barisan yang yang telah gagal untuk mempertahankan negeri-negeri tersebut, tidak mungkin berjaya untuk merampasnya kembali dengan mudah. Barisan yang patut diberikan tugas itu perlu dari barisan yang baru yang tidak ada pengalaman menghadapi 'rejection' dari rakyat.

27 October 2010

PM Najib, help us to help you

Usaha PM Najib menyarankan supaya ahli-ahli dan pemimpin UMNO untuk memberikan dukongan kepada kepimpinan parti bagi mencapai sasaran untuk memajukan negara dan memberikan kesetabilan politiknya adalah wajar dan sesiapa yang menjadi pemimpin parti dan negara mesti berbuat demikian.

UMNO selama ini telah diabaikan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya memberikan konsestrasi terhadap pembangunan fisikal negara yang telah mengendung sekali bersamanya unsur rasuah dan pembaziran serta ketirisan wang rakyat yang ratusan billion jumlahnya tanpa memikirkan untuk memperkayakan budaya dan etika kepimpinan dalam parti sendiri.

UMNO telah terabai bermula sejak hampir 3 dekad dahulu dan selama itu ianya hanya ‘survive’ dengan menggunakan nama keramat UMNO itu sahaja. Tetapi apabila rakyat mula sedar dan faham tentang banyak perkara yang tidak menyenangkan berlaku didalam parti maka secara beransur-ansur parti ini tidak diberikan perhatian oleh orang Melayu dan rakyat semua kaum dinegara ini.

Isu-isu yang banyak itu telah ditulis dan diolah oleh banyak pihak tetapi keadaan tetap sama tanpa perubahan yang ketara dilakukan oleh kepimpinan kita. Saya sangat tertarik dengan salah satu dari banyak perkara yang disebutkan oleh PM Najib; iaitu untuk menurunkan ‘winable candidates’ dalam PRU yang akan datang.

Siapa kah mereka yang dianggap sebagai ‘winable candidates’ itu? Dimana nak dicari mereka yang dikatakan mampu untuk menjadi calun yang diterima ramai oleh pengundi? Mungkin PM Najib ada cara yang baik untuk melakukannya yang kita tidak tahu, tetapi jika dipandang dari sudut keadaan barisan pimpinan diBahagia-bahagian jelas tidak ramai yang memenuhi impian PM Najib untuk mendapatkan apa yang beliau sebut sebagai ‘winable candidates’ itu.

Pertamanya kepimpinan negeri-negeri mesti dari pemimpin yang mampu untuk membawa kemenangan itu. Wan Mokhtar Ahmad telah diberitahu tidak mampu untuk menerajui Trengganu pada tahun 1999 dahulu tetapi beliau diberikan juga tugas itu. Hasilnya kerajaan Trengganu tumpas dengan kekalahan disemua kerusi Parlimen dan BN hanya memengai 5 kerusi DUN sahaja.

Rungutan rakyat Selangor sangat jelas dilihat diperingkat akar umbi yang MB Selangor yang dulu tidak akan berjaya membawa keyakinan rakyat terhadapnya, tetapi pucuk pimpinan kita tetap memberikan tugas berat itu kepada beliau dan akhirnya Selangor, negeri yang terkaya itu jatuh ketangan PR.

Begitu juga diPerak dan Kedah. Rungutan rakyat tidak diambil pusing oleh pucuk pimpinan maka terjadilah apa yang kita alami sekarang ini. Sekarang rungutan yang serupa didengari diNS dan banyak pihak telah menyampaikan kepada pihak atasan dengarnya. Tetapi indikasi awalnya pemimpi utama NS akan masih diberikan tugas untuk mengepalai BN dalam PRU yang akan datang.

Jika desas desus itu benar maka bak kata orang NS, ‘dongakan lah joghit eh’ dalam pilihanraya yang akan datang diNegeri Sembilan. Terpulang kepada pucuk pimpinan samada nak memenangkan BN atau nak kalahkan parti kita dalam pilihanraya yang akan datang. Kalau pucuk pimpinan dan Timbalannya memekakkan telinga maka risikonya wajar diambil oleh parti. Jangan salahkan rakyat NS, kerana rakyat negeri beradat ini pun ada maruah mereka sikit-sikit. Berikanlah tanggungjawab samada nak kalahkan atau nak memenangkan BN dalam piliharaya yang akan datang. Tepuk dada tanyalah selera.

Kebanyakkan pemimpin-pemimpin bahagian tidak lagi dipandang sebagai barisan yang mempunyai apa-apa kekuatan kerana mereka terpilih dari diantara yang tidak berketerampilan. Semua yang mempunyai potensi duduk diluar barisan kerana permainan politik yang kotor yang dilakukan oleh yang tidak berkepimpinan yang ingin menjadi pemimpin dengan menggunakan wang dan taktik yang boleh membinasakan parti.

Siapa yang kita nak letakkan dihadapan untuk menjadi Menteri Besar diSelangor, Perak, Kedah dan NS serta Trengganu jika kita inginkan perbezaan dengan apa yang ada pada hari ini? UMNO sudah ketandusan kepimpinan dipringkat cawangan dan Bahagian dan untuk mencari ‘winable candidates’ seperti yang disebut oleh Najib itu terpaksa dicari dari luar barisan pimpinan bahagian yang ada sekarang ini.

Letaknya imej parti ialah kepada kredibiliti pemimpin-pemimpinnya. Jika kata-kata pemimpin tidak dipandang tinggi oleh rakyat maka parti itu akan sekali gus menjadi parti yang akan menemui kegagalan. UMNO mesti yakinkan rakyat yang parti kita ini bersedia untuk berubah dalam erti kata yang sebenarnya.

Jika parti memilih calun-calun dari dalam barisan pimpinan bahagian, ianya merupakan usaha yang memenatkan dan payah untuk memenangi pilihanraya yang akan datang ini. Kalau diambil pula calun dari luar barisan pimpinan maka sabotaj akan dilakukan oleh mereka dari dalam UMNO sendiri yang juga akan membawa kegagalan kepada caulun-calun tersebut.

Walaubagaimana pun adalah diharapkan PM Najib kali ini benar-benar berani melakukan perubahan yang drastik untuk mendapatkan ‘winable candidates’ itu. PM Najib sekarang jangan lagi termakan ampuan pemimpin-pemimpin utama negeri yang sedang berusaha untuk menyambung kedudukkan mereka kerana hasilnya akan memakan diri UMNO itu sendiri, khususnya pemimpin kita sendiri.

Sesungguhnya jika PM Najib sanggup melakukan apa yang beliau janjikan untuk mendapatkan calun-calun yang diterima ramai maka ianya merupakan bantuan beliau kepada rakyat untuk rakyat membantu beliau dalam pilihanraya nanti.

As an adage goes, help us to help you.

Bersediakah pemimpin kita untuk menjadi pemimpin negara maju?

Matlamat ETP ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Cita-cita PM Najib untuk melihat negara mencapai sasaran itu sudah digembar gemburkan dengan meluas dan pihak yang akan membangunkan bagunan pencakar langit itu ialah PNB. Hamad Kama Piah Ketua Eksekutif PNB memberitahu media yang dana yang akan digunakan untuk pembangunan menara Warisan Merdeka itu datangnya dari sumber dalaman PNB.

Banyak pihak yang telah menentang usaha Najib untuk melaksanakan projek ini dan ada pihak yang telah mengambil tanda tangan ratusan ribu rakyat untuk menzahirkan tentangan mereka terhadap pembinaan Warisan Merdeka ini. Saya adalah kumpulan awal yang menyertai PNB sebagai pegawai kecilan tetapi saya masih merasakan bagaimana penat dan lelahnya kami memenuhi tuntutan kerajaan untuk menjayakan PNB itu.

Sedikit sebanyak saya tahu sikit-sikit dan menumpang berbangga dengan kejayaan PNB seperti yang kita lihat pada masa ini. PNB telah terasas diatas desakkan untuk menjayakan DEB dengan memegang ‘trustee’ bagi pihak orang Melayu dan Bumiputra dengan memegang kekayaan asset dan pelaburan bagi pihak mereka.

PNB ditugaskan untuk memegang saham-saham syarikat-syarikat awam yang berjaya dan seterusnya untuk memindahkan pegangan itu kepada orang Melayu. Itu adalah asas penubuhan PNB dan wajib diketahui oleh pemimpin dan rakyat yang berbangsa Melayu dan Peribumi kerana kesemua yang dimilikki oleh PNB itu adalah milik mereka.

Bagi saya PNB sepatutnya tidak lari dari tanggungjawab asasnya untuk menambah pegangan saham-saham dalam syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur yang mampu memberikan pulangan yang baik, yang tinggi sedikit dari kadar inflasi negara. PNB sepatutnya menumpukan kepada matlamat asasnya untuk memindahkan kekayaan ini kepada Bumiputra bagi mereka menikmati kekayaan negara melalui dividen yang diterima dari pelaburan dalam syarikat-syarikat terpilih dinegara ini.

Oleh kerana orang Melayu belum lagi berkemampuan untuk memilikki pegangan saham ini secara terus PNB sepatutnya meneruskan usaha pemindahan ini melalui Sekim Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh pengurus Sekim tersebut yang dikenali sebagai Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebuah anak syarikat milik penuh PNB.

Saya mendapat input yang agak banyak juga melalui email saya dan saya merasakan tentangan terhadap niat Najib untuk menunjukkan perbezaan kepimpinan beliau dengan membina menara yang tinggi ini. Untuk mencapai ketahap negara maju tidak memerlukan menara-menara yang tinggi untuk mengesahkan kemajuan negara.

Kesebelasan negara-negara Scandinavia merupakan negara dalam mana rakyat mereka merupakan rakyat yang berpendapatan yang tertinggi didunia ini, malahan pendapatan per Kapita nya adalah 25 peratus lebih tinggi dari negara-negara G-8. Di negara-negara tersebut tidak mempunyai menara-menara yang tinggi dan tidak ada tiang bendera yang tertinggi didunia. Disamping mendapat pendapatan yang tertinggi dinegara-negara tersebut pelajaran dan pendidikkan rakyatnya adalah percuma sehingga peringkat yang tertinggi.

Disana tidak ada rakyat yang sudah keluar dari university terus menanggung hutang seperti yang dialami oleh graduan-graduan kita dengan PTPTN. Anak-anak kita disini hampir kesemuanya terus menanggung hutang yang besar sebelum mereka dapat mensetabilkan kehidupan mereka. Ramai diantara graduan yang sepatutnya menggunakan pendapatan awal mereka untuk membantu ibu bapa mereka tidak kesampaian untuk membayar hutang kepada PTPTN yang selalu mendesak dengan surat-surat tutntutan yang datang setiap bulan.

Apabila hutang dengan PTPTN sudah hampir selesai ibu bapa yang mereka hendak bantu itu sudah pun terlalu tua untuk menikmati pelaburan terhadap anak-anak mereka. Inikah dia yang kita namakan sebagai sebuah negara maju?

Pemimpin-pemimpin negara-negara termaju dalam kumpulan negara Scandinavia ini menumpukan segala usaha untuk memberikan nikmat kehidupan kepada rakyat mereka. Itulah sebabnya PM dan pemimpin-pemimpin negara ini tidak dikenali oleh masyarakat antarabangsa kerana pemimpin mereka hanya fokus terhadap memajkan rakyat mereka. Saya percaya lebih dari 90 peratus pembaca blog saya ini tidak pernah mendengar nama PM Norway, Switzerland, Denmark dan lain-lain negara Scandinavia.

Pemimpin mereka tidak mencari nama untuk menjadi hero diarena antarabangsa tetapi hanya menumpukan kepada mentadbir negara mereka dengan baik dan sempurna. Dinegara Scandinavia tidak ada kita mendengar ‘First Lady’ mereka membelanjakan wang rakyat untuk seminar atau ‘summit’ bagi wanita pertama mereka. Tetapi negara mereka adalah negara-negara termaju dan negara-negara Scandinavia lah kelompok negara yang hampir mencapai ‘sifar rasuah’.

5 billion ringgit bukannya satu angka yang kecil. Sesiapa boleh menjadikan pelaburan jangka panjang sebagai alasan untuk melaksanakan projek ini. PNB sepatutnya kekal dengan matlamat asal untuk melabur didalam syarikat-syarikat yang berdaya saing diBursa Saham dan syarikat-syarikat besar dan maju yang tidak tersenarai diBursa Saham KL.

Jika Najib benar-benar jujur untuk menjadikan negara ini negara maju elemen yang terpenting yang wajib usahakan dengan gigih ialah untuk membina sikap atau ‘attitude’ yang betul sejajar dengan ‘attribute’ pemimpin-pemimpin dan rakyat negara maju. Terbinanya menara tertinggi didunia dinegara kita bukannya tali pengukur kepada kemajuan negara kita.

Pertamanya pemimpin sendiri mesti bersikap seperti pemimpin negara maju. Pemimpin negara maju selalunya bersifat ‘gentlman’. Jika mereka merasakan yang mereka memberikan masalah atau tidak mampu mentadbir, mereka akan bersara dan jika rakyatnya menolak kepimpinannya mereka akan berundur secara terhormat. Dalam tempuh 4 jam sahaja Gordon Brown meletakkan jawatan selapas parti buruh kalah didalam pilihanraya Britain beberapa bulan yang lalu. Brown tidak cuba untuk kekalkan jawatan yang dipegangnya dengan melakukan helah-helah politik kerana Brown tahu jika beliau lakukan itu ianya akan memecah belahkan rakyat.

Dinegara maju pemimpin politik tidak ada yang membiarkan partinya mati untuk menyambung kekuasaan dengan menubuhkan parti baru misalnya. Margerat Thatcher meletakkan jawatan walaupun beliau menang pemilihan parti apabila Hesseltine menandingi beliau. Oleh kerana kemenangan beliau hanya kemenangan tipis maka beliau akhirnya menyerahkan jawatan beliau kepada John Major setelah menjadi PM Britain selama 11 tahun. Itu sifat pemimpin negara maju.

Sebaliknya disini pemimpin akan berusaha mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun sehinggakan sanggup membiarkan partinya mati dan membawa kesemua ahli untuk menyertai parti baru lebih dua dekad dahulu. Matlamat peribadi telah menhalalkan semua cara untuk berkuasa. Jika kita buangkan elemen moral didalam kepimpinan, mana-mana pemimpin pun boleh mengekalkan kuasa sampai bila-bila.

Justru, kita telah dan sedang melihat ‘attribute’ politik dunia ketiga masih mencengkami politik tanah air kita. Malah ada pemimpin yang telah begitu banyak melakukan kerja tidak bermoral masih ingin melaksanakan agenda peribadi untuk menguasai Putrajaya walaupun persepsi rakyat sangat buruk terhadapnya kerana turun naik mahkamah atas tuduhan-tuduhan tidak bermoral terhadapnya.

Jika dinegara-negara maju pemimpin seperti Anwar Ibrahim itu sudah lama mengundurkan diri dan memberikan laluan kepada pemimpin yang berkemampuan didalam partinya. Kalau moral diambil sebagai tonggak kepada kepimpinan, Anwar memang sepatutnya bersara dan carilah kerja-kerja lain yang lebih baik bagi dirinya. Selagi beliau masih menguasai PKR selagi itulah PKR akan menghadapi masalah berterusan.

Dalam PKR bukan tidak ada pemimpin yang berkemampuan untuk memimpin dan memberikan kekuatan untuk parti serpihan kepada UMNO ini yang juga merupakan serpihan kepada UMNO yang asal dahulu. PKR sepatutnya memberikan tumpuan kepada memperkuatkan parti untuk membantu menyelasaikan isu rakyat, bukannya untuk mempertahankan pemimpin individu didalamnya.

Anwar sepatutnya berehat sementara kes beliau masih didalam perbicaraan. Seandainya beliau berjaya membuktikan yang beliau tidak bersalah barulah beliau boleh kembali dan meneruskan cita-cita beliau. Dengan cara itu maka beliau tidak memberikan beban kepada partinya dalam politik tanah air.

Masing-masing hendak menjadi juara dan pemimpin besar negara, tetapi tidak berdaya untuk nmengekalkan keperibadian sebagai pemimpin yang bermoral. Baik dalam UMNO mahu pun PKR keadaan sangat menjolok mata. Pemimpin sepatutnya sibuk menyelesaikan masalah rakyat, tetapi sebaliknya rakyat pula yang dibebankan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh pemimpin kepada mereka.

Bak kato orang tuo-tuo dikampong sayo, ‘yang mudo buek ragam, yang tuo monahan ragam’. Tetapi didalam UMNO dan parti kelahiran darinya PKR pula, ‘yang tuo buek ragam, dan yang mudo pulak monahan ragam’.

25 October 2010

Nik Aziz, Lim Kit Siang, Guan Eng, Zaid Ibrahim, Raja Petra semuanya bersalah. Yang maksum hanya UMNO

“Putrajaya mesti dipertahankan dengan cara apa sekalipun,” kata Najib dalam ucapan penggulungan beliau di perhimpunan Agong UMNO Sabtu lalu. Kata-kata ini membayangkan betapa jelasnya kepercayaan pimpinan kita sendiri bahawa pihak alternatif berkemampuan untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan jika pilihanraya umum diadakan.

Buat kali pertama seorang PM membayangkan garis-garis pertahanan bagi UMNO untuk mengelak daripada PR mengambil alih Putrajaya dengan mengingati orang ramai bahawa jika mana-mana pihak bercita-cita untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan mestilah mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Peringatan PM Najib telah membayangkan bahawa beliau mempercayai Raja-raja Melayu itu hanya bertanggungjawab untuk mempertahankan UMNO sahaja untuk memerintah meskipun pemimpin-pemimpinnya melakukan perkara yang tidak baik dan tidak bermoral misalnya. Lain-lain perkataan memberikan taarifan bahawa Raja-Raja Melayu mesti mempertahankan UMNO ‘at all cost’. Intepretasi ini amat mengelirukan.

Sudah menjadi persepsi ramai bahawa ucapan Najib menterjemahkan perasaan desperate UMNO kerana kekalahan UMNO lebih banyak kerusi dalam PRU yang akan datang merupakan suatu yang ‘imminent’ maka beliau secara terus dan terang mengajak ahli-ahli UMNO di setiap peringkat untuk melakukan usaha ‘circumvention’ terhadap cita-cita PR untuk menjadi pentadbir kepada Kerajaan Persekutuan selepas sahaja keputusan pilihanraya diumumkan.

Tetapi apa yang disebut oleh PM Najib ‘at all cost’ itu membuahkan pula persepsi baru, iaitu berbuat apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya walaupun dengan permainan kotor. Ramai yang berpendapat tujuan Najib untuk mengeluarkan isu kuasa Raja-Raja sebagai benteng terakhir itu merupakan satu momokan dan menakut-nakutkan pengundi.

Sekarang Najib dan UMNO sedang cuba untuk menggunakan benteng terakhir dan jika benteng ini juga tidak termampu untuk menolak PR ‘marching’ ke Putrajaya maka sampailah hayat UMNO ke penghujungnya. Raja-Raja Melayu yang dihina dan dinista pada 1993 dahulu ini kembali djunjung oleh UMNO kerana keterdesakan parti itu menghadapi rakyat yang ramai ini. Alhamdulillah parti kita sudah sedar bahawa Raja-Raja Melayu itu merupakan institusi penting bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Semasa kuat dahulu, UMNO dan pemimpin-pemimpinnya cuba untuk menghilangkan kuasa Raja-Raja Melayu seperti yang dilakukan oleh British untuk menubuhkan Malayan Union dahulu. Sekarang apabila sudah terdesak barulah hendak mencelah di bawah ketiak Raja-Raja Melayu.

Keputusan Muhyiddin untuk menjadikan sejarah sebagai mata pelajaran wajib, patut kita sokong kerana melalui sejarah itulah kita boleh memberikan pengetahuan kepada generasi muda bagaimana UMNO menghina Raja-rajanya sendiri semasa krisis perlembagaan 1993 dahulu. Tuliskan dalam buku sejarah itu bagaimana BN dan UMNO meminda Perlembagaan Negara, Bab 159 (5) dan 181 (2) dan waktu itulah bermulanya Melayu sedikit sebanyak kehilangan identitinya.

Satu lagi isu yang ditimbulkan oleh Najib ialah bagi UMNO untuk bersedia melakukan perubahan dalam kepimpinan UMNO di peringkat negeri-negeri. Blog ini dan banyak lagi pihak telah memberikan ingatan beberapa tahun dahulu betapa pentingnya transformasi kepimpinan negeri-negeri itu dilakukan dengan mengorbankan pemimpin-pemimpin yang tidak lagi berguna kepada parti.

Kejatuhan beberapa negeri ke tangan pembangkang pada pilihanraya yang lepas yang disebabkan oleh penolakan kepimpinan negeri adalah penyumbang terbesar sehingga UMNO/BN tidak mampu mempertahankan gelombang perubahan semasa itu.

NS merupakan sebuah lagi negeri yang amat merbahaya jika isu kepimpinan negeri tidak diberikan perhatian serius oleh parti. Zaman pucuk pimpinan untuk berseronok dengan ampuan pemimpin-pemimpin negeri yang tidak laku untuk terus menyambung kepimpinan mereka sudah berakhir. NS perlu perubahan besar jika mahu berselera untuk mendapatkan keyakinan rakyat terhadap BN khususnya UMNO.

Persoalannya sekarang, jika pemimpin-pemimpin ini diketepikan, siapa pula yang menggantikan mereka? Masalah mencari pengganti kepada yang hendak diketepikan ini merupakan isu yang sangat besar, kerana pemimpin yang sebenarnya pemimpin secara relatifnya berada di luar kepimpinan Bahagian dan Negeri.

Usaha untuk mencari benih kepimpinan di setiap Bahagian dan Cawangan sudah terabai sejak 3 dekad yang lalu sehinggakan sudah menjadi persepsi ramai bahawa pemimpin-pemimpin yang berkuasa di peringkat bahagian di seluruh negara merupakan mereka yang tidak mempunyai ‘legitimacy’ sebagai pemimpin.

UMNO di setiap peringkat sudah hilang segala ‘connectivity’nya dengan rakyat pengundi. Sifat angkuh yang tidak mahu menerima pandangan berbeza selama ini telah terbukti menghasilkan UMNO yang kita lihat pada hari ini. Siapa yang hendak melakukan transformasi yang diidamkan oleh pucuk pimpinan pada hari ini? Siapa?

Bagaimana mereka yang perlu ditransformasikan itu melakukan transformasi? Setiap pemimpin di setiap peringkat wajar ditransformasikan dan saya tidak nampak bagaimana ianya hendak dilakukan sebab yang hendak melakukan transformasi itu pun perlu untuk direformasikan.

Persepsi rakyat sudah tidak dapat diperbaiki lagi dan secara logiknya jika transformasi hendak dilakukan pemimpin yang diperlukan untuk melakukan transformasi itu mesti datangnya dari luar barisan kepimpinan di setiap peringkat. Rakyat perlu ditunjukkan bahawa parti serius untuk berubah.

Jika pucuk pimpinan hanya meminta orang dan kepimpinan di peringkat bawahan melakukan transformasi itu ia tidak akan menjadi. Ianya akan terhempas sebelum terbang. Manusia yang patut diberikan tugas transformasi itu mestilah seorang yang dihormati masyarakat berbilang kaum dan budaya di negara ini.

Isi kandungan ucapan Presiden parti baru-baru ini banyak yang tidak perlu disebut kerana semuanya sudah lengkap di dalam Perlembagaan negara. Yang salahnya oleh kerana kepimpinan parti tidak lagi mendapat penghormatan yang sepatutnya maka masing-masing pemimpin dalam BN telah dibiarkan membuat kenyataan-kenyataan yang membayangkan BN itu tidak bersatu dengan baik.

Soi Lek dengan jelas membayangkan ketidakpuasan hati beliau terhadap kandungan ucapan Presiden UMNO itu apabila beliau meminta tidak diungkit lagi tentang bab 151, 152, 153 perlembagaan yang telah sama-sama dipersetujui oleh semua kaum semasa bekerja keras untuk mencapai kemerdekaan kita dahulu.

Soi Lek jelas mahukan peruntukan yang melibatkan keistimewaan orang Melayu itu dipinda dan diubah. Soi Lek jelas mahu perlembagaan kita patut dan perlu diubah dan dianjak. Nampaknya sikap dan pemikiran pemimpin parti kaum Cina itu tidak lagi menyokong perlembagaan kita secara terang-terangan. Mempersoalkan Perlembagaan serupalah tidak menghormati negara dengan terang kerana setiap negara akan melengkapkan Perlembagaannya setelah mendapat persetujuan ramai.

Kalau dahulu bab-bab dalam perlembagaan ini tidak dipersoalkan kenapa sekarang pula dipersoalkan? Kita bukan tidak tahu jawapan kepada soalan itu. Jawapanya ialah parti itu dan pemimpinnya sudah tidak relevan kepada bangsanya sendiri. Kenapa orang Cina tidak memberikan sokongan kepada parti itu lagi?

Jawapannya ialah kerana orang Cina memerhatikan bahawa MCA adalah parti yang bersekongkol dengan UMNO yang menjadi tunjang kepada BN tidak mempunyai kekuatan lagi, dan tidak dihormati sebagai parti yang parti yang didukung oleh orang Melayu sendiri.

Orang Melayu pula tidak lagi mahu memberikan sokongan padu kepada UMNO kerana terlalu ramai orang Melayu yang mereka tidak mempunyai faedah kepada mereka kerana faedahnya hanya diperolehi oleh hanya segelintiran orang Melayu yang mempunyai hubungan dengan mereka yang berkuasa. Walaupun mereka mempunyai keistimewaan dalam dasar-dasar yang tertentu mereka dapati yang mereka hanya mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang berkuasa sahaja yang dapat memanfaatkan keistimewaan itu.

Pendeknya, mereka berpendapat bahawa pembahagian rezeki dan peluang bukan didasarkan kepada dasar yang ada itu, tetapi dasar itu dimanipulasi oleh mereka yang ada hubungan istimewa dengan yang berkuasa. Keadaan sudah terlalu parah sehinggakan orang Melayu sudah tidak lagi mempercayai kata-kata dan janji-janji pemimpin walaupun dasar yang digubal untuk mereka itu ada dan nyata kewujudannya. Mereka tidak salah jika membuat tekaan yang apa-apa dasar yang disebut oleh Najib dalam perhimpunan agong UMNO itu tidak akan terlaksana seperti apa yang dijanjikan.

Sebenarnya rungutan ini sudah lama kita dengari, tetapi pemimpin kita mengambil segala-galanya ‘for granted’. Oleh kerana sejak berdekad orang Melayu memberikan sokongan tanpa berbelah bagi tetapi mereka dikecewakan satu demi satu. Justeru ucapan yang berbunyi seperti halalintar sekalipun amat payah untuk meyakinkan rakyat yang sudah mempunyai persepsi yang buruk terhadap kerajaan pada hari ini.

Jadi cara yang paling cocok untuk dilakukan ialah pengorbanan pimpinan yang ada pada hari ini. Jika terpaksa memberikan kepada seorang pemimpin yang mampu setidak-tidaknya untuk membawa pimpinan dari parti-parti yang berbagai di negara ini untuk berunding dan menggubal segala dasar-dasar yang baik untuk semua pihak maka ianya mesti dilakukan segera.

Kata-kata Najib yang memberikan ingatan yang kita mesti lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya itu merupakan satu ugutan kerana Najib tidak menyebut apa maksud beliau apabila mengatakan ‘akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya’ memberikan gambaran yang kita berkuasa akan melakukan perkara yang tidak diingini ramai asalkan sahaja kuasa berada di tangan kita.

Kata-kata itu bagi saya merupakan kata-kata yang amat merbahaya. Ianya membayangkan bahawa beliau tidak sanggup menerima keputusan rakyat dalam pilihanraya.

Kalau tidak sanggup menerima keputusan yang tidak memihak kepada kita maka cari sahaja jalan supaya kita tidak mengadakan pilihanraya lagi. Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin kita patut dari dulu lagi mendekati perasaan rakyat dan bukannya menggunakan kuasa eksekutif semata-mata untuk kekal berkuasa.

Jika rakyat menolak kita, kita wajar menerimanya kerana kesalahan letaknya kepada kita. Kita tidak mahu menerima teguran dan terus menerus melakukan perkara yang tidak disukai orang ramai.

Apabila rakyat menolak kita kita menyalahkan semua pihak dan tidak mahu menyalahkan diri kita sendiri. PAS salah, PKR salah, Pak Lah salah, Raja Petra salah, Nik Aziz salah, Kit Siang salah, Guan Eng salah dan semua pihak salah. Yang tak pernah salah hanyalah UMNO dan BN.

21 October 2010

Berfikir sejenak lebih baik daripada beramal sepanjang malam

Bagi orang-orang yang zuhud dan yang muktabar mereka selalu mengajar murid-murid mereka supaya berusaha menjadi orang yang ikhlas dan jujur sesama manusia. Apabila kita jujur dengan manusia yang lain maka sekaligus kita adalah seorang yang jujur kepada yang Maha Esa. Tiada siapa yang mengetahui sejauh mana kejujuran seseorang itu melainkan diriNya yang sebenarnya.

Tahap kejujuran itu hanya akan sampai apabila kita telah melakukan penyucian terhadap diri kita melalui ibadah pada zahirnya dan amalan pada hakikatnya. Jika kain dan baju kita itu kotor maka cara membersihkannya ialah dengan membasuh dengan air dan sabun pencuci. Tetapi penyucian diri kita itu hanya boleh dilakukan dengan mengamalkan zikirullah secara intensif yang merupakan solat berterusan yang dinamakan dalam kajian hakikat sebagai Solatul Daimun.

Bertawajjuh dan bertawassul kepada Allah merupakan satu amalan yang dituntut bagi kita menjolok rahmat Tuhan dan seterusnya kita berharap dibukakan hijab untuk menjadi orang yang ikhlas dan jujur dalam semua penghidupan termasuklah bidang siasah dan politik yang melibatkan manusia ramai. Itulah amalan pemimpin-pemimpin besar Islam zaman dahulu dan kebesaran gagasan dan jajahan takhluk Islam dilakukan oleh pemimpin-pemimin yang sentiasa bersama Tuhan.

Lain-lain perkataan pemimpin-pemimpin Islam semasa itu sentiasa berada bersama Tuhan dalam segala kehendak kehidupan mereka. Kesebatian mereka dengan unsur ketuhanan mereka sangat tinggi; ibaratnya, kalau tidur dibuat bantal, kalau berjalan dibuat tongkat. Inilah pakaian hidup pemimpin-pemimpin besar Islam dahulu kala yang mampu menakhluki sebahagian besar dunia ini dan mengembangkan Islam di merata pelosok dunia ini.

Kita berbalik kepada unsur ikhlas tadi. Sifat ikhlas ini merupakan sifat Tuhan yang Maha Esa dan mereka yang zuhud sahaja yang boleh dikategorikan sebagai ikhlas. Walaupun ramai di antara kita yang mengaku bahawa mereka serta perjuangan mereka adalah ikhlas hakikatnya yang ikhlas hanya mereka yang sudah sampai kesucian batin dan qalbi mereka sahaja.

Tindakan seorang yang ikhlas itu bersandarkan kepada 4 landasan yang dibahagikan kepada 2 elemen yang berbeza:-

2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat dan 2 lagi yang kita mesti lupakan sepanjang kehidupan kita.
  1. 2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat kita ialah baik orang kepada kita. Satu lagi ialah jahat kita kepada orang. Mengingati baik orang kepada kita itu merangkumi sifat berterima kasih dan sifat syukur. Mengingati jahat kita kepada orang lain sepanjang hayat kita ialah untuk membina sifat taubat dan menyesal di atas tindakan jahat kita kepada manusia lain.
  2. 2 perkara yang kita mesti lupakan sepanjang hayat kita ialah baik kita kepada orang lain dan jahat orang kepada kita. Melupakan baik kita kepada orang lain merupakan sifat ikhlas dan jujur yang dituntut oleh Tuhan kerana jika kita ikhlas dan jujur segala perbuatan kita itu tidak minta diingati mahupun minta dibalas. Ianya semata-mata kerana keredhaan kita sebagai makhluk Tuhan yang dikatakan sebagai secantik-cantik kejadian. Melupakan jahat orang kepada kita ialah untuk membina sifat pemaaf atas kesalahan manusia lain terhadap kita.
Perkara-perkara yang disebutkan di atas ini merupakan elemen kesempurnaan sebagai insan yang diberikan tanggungjawab menjaga kesucian dan kerahsiaan Tuhan dan jika ada di kalangan kita mempunyai ciri-ciri ini dalam kehidupan kita maka kitalah sebenarnya yang menguasai segala apa yang baik yang diturunkan oleh Allah melalui Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi serta Aulia-Aulia dan Wali-WaliNya.

Dalam konteks ini maka kita lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin boleh bertafakkur walaupun sejenak untuk meletakkan kita di mana yang sepatutnya diletakkan. Bertafakkur dan berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam. Itulah satu dari Fiman Tuhan yang Maha Esa.

Dah dimadukan baru nak bersolek dan minum kacip Fatimah

Perhimpunan Agong UMNO telah bermula semalam. Maka selesailah perhimpunan sayap-sayap parti, Pemuda ,Wanita dan Puteri. Saya mengikuti ucapan ketiga-tiga ketua sayap parti kita dengan agak teliti kali ini kerana ingin melihat jika ada perbezaan yang terdapat dalam perhimpunan tersebut kalau dibandingkan dengan perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu.

Bagi pandangan saya, perhimpunan kali ini tidak ada bezanya jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu kerana perhimpunan kali ini tidak ada perwakilan yang dari Perhubungan-perhubungan pemuda negeri yang memberikan cadangan yang bernas untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal tiba. Tidak ada keputusan yang dirumuskan dengan jelas dalam perhimpun ketiga-tiga sayap ini.

Yang dilihat dan didengar hanyalah ucapan berapi-api Ketua Pemuda dan Puteri tetapi apa yang diharapkan oleh orang ramai untuik mendengar ucapan yang memberikan perancangan untuk parti dimasa hadapan tidak kesampaian sehingga akhir persidangan itu semalam.

Kita hanya mendengar isu yang biasa; isu Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan TGNA serta ancaman terhadap Kerajaan PAS Kedah. Setiap perhimpunan seperti ini setiap tahun kita mendengar kutukkan tentang pemimpin pembangkang sehinggakan pemimpin-pemimpin pembangkang menjadi begitu popular dalam perhimpunan agung UMNO.

Perwakilan Kedah telah membidas kepimpinan PAS kedah khususnya terhadap MBnya iaitu Dato Seri Azizan. Perwakilan pemuda Kedah itu tidak pula memberikan cadangan-cadangan yang ‘solid’ bagaimana UMNO boleh kembali berkuasa dinegeri jelapang padi itu. Hanya yang kita semua dengar ialah untuk meminta pucuk pimpinan supaya menggantikan Pengerusi Perhubungannya ,Shafie Apdal dengan pemimpin tempatan Kedah.

Tidak ada terkeluar isu bagaimana pemimpin-pemimpin perhubungan tempatan Kedah yang tidak ada daya tarikkan kepimpinan untuk ditukar. Saya percaya Shafie Apdal lebih senang untuk tidak menjadi Pengerusi Perhubungan Kedah kerana sikap dan perangai pemimpin UMNO yang sudah dianggap ‘spent force’ oleh masyarakat ramai itu masih berkeliaran untuk bermain politik. Mana mugkin pemimpin-pemimpin yang mereka tolak boleh membawa perubahan untuk negeri dan negara?

Perwakilan Kedah itu hanya membuat kutukkan terhadap MB Azizan tetapi tidak memberikan cadangan yang konkrit untuk mengatasi pengaruh PAS dinegeri itu. Pemuda mesti ingat, bahawa pemimpin-pemimpin UMNO diKedah merupadiberikan tugas untuk membetulkan serta membaik pulhi UMNO diKedah maka hasilnya adalah ‘predictable’; tak mungkin berjaya.

Pemuda Kedah seolah-olah tidak mahu menerima yang perubahan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang belum lagi tercemar dan mereka mestilah dari kumpulan yang baru dan masih bersih politik mereka dari sudut pandangan umum.

Begitu jugalah perwakilan Pemuda dan Wanita PulauPinang; tidak terlepas dari membidas Lim Guan Eng. UMNO mesti sedar mereka memilih Guan Eng dan DAP kerana kelemahan pimpinan UMNO itu sendiri. Jadi elok pemimpin UMNO dan sekutunya dalam BN menumpukan kepada usaha pemulihan imej parti sahaja dari memberikan tumpuan dan tenaga untuk memncari kesalahan pihak lawan.

Kalau nak dicari kesalahan kita lebih banyak lagi dari kesalahan pihak lawan; kalau tidak masakan mereka memilih lawan kita untuk mentadbir pulau pinang. DiPulau Pinang UMNO mesti bersikap sebagai parti alternative bukannya bersifat sebagai pembangkang. Jika kita bersikap seperti pembangkang maka sampai bila pun UMNO akan menjadi pembangkang dinegeri itu.

Pulau Pinang juga perlu mencari barisan darah-darah yang baru untuk melakukan perubahan. Jika masih dipimpin oleh pemimpin yang sudah diketepikan rakyat usaha untuk membawa mereka kembali tidak akan menjadi.

Masa dan ruang terlalu sempit untuk memuatkan hujjah-hujjah yang kuat tetapi percayalah kepada formula ini; barisan yang sudah ditolak mempunayi harapan tipis untuk dikembalikan kuasa oleh rakyat. PM Najib jika benar-benar mahu melihat kemenagan, beliau berwajib untuk mencari ‘talent’ yang baru untuk membetulkan apa-kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh pimpinan parti dinegeri-negeri yang dikuasai oleh PR rakyat ini.

UMNO tidak boleh bersikap seperti isteri yang dimadukan. Selalunya isteri yang telah dimadukan akan menyerang madu yang muda tanpa berfikir panjang. Akhirnya sisuami akan menghabiskan banyak masa dengan isteri yang muda kerana tidak tahan leteran isteri yang dimadukan itu.

Setelah dimadukan barulah nak menghias diri serta mula makan herba kacip Fatimah. Tetapi tindakkan isteri tua itu sudah terlambat kerana suami sudah naik jelak dengan leteran yang tidak berhenti-henti. Isteri tua sepatutnya dari dulu tidak melakukan kesilapan dengan tidak mengambil indah tentang keterampilannya. Kalau UMNO yang sudah ditinggalkan itu baru sekarang nak bersolek dan bergincu maka masyarakat keliling akan memandangnya sebagai orang yang sedang ‘buang tebiat’.

UMNO sudah hilang keterampilan yang dahulu. Pagi ini kita akan mendengar ucapan dasar Presiden, DS Najib. Kita sama-sama dengar dan buatlah penilaiannya.

Akan adakah unsur-unsur perubahan yang ‘organic’ dan ‘realitik’ terdapat dalam ucapan beliau pagi ini? Kita berharap Najib tidak akan menekankan ucapannya kepada gaya berucap sahaja, tetapi kepada 'content' yang membawa harapan untuk kebaikkan kita semua.

19 October 2010

Siapa PM sebelum Pak Lah?

Semalam TDM berkata yang DS Najib mengahadapi kepayahan kerana mewarisi pentadbiran yang tidak baik dari Perdana Menteri sebelumnya dan yang beliau maksudkan ialah pentadbiran PM yang kelima dahulu.Nama PM itu ialah Abdullah Badawi (Pak Lah).

Dengan kata-kata beliau itu beliau masih lagi tidak melepaskan dendam kesumat beliau kepada Abdullah Badawi. TDM telah sanggup meninggalkan parti untuk memastikan Abdullah tidak mendapatkan mandat yang kuat semasa PRU yang ke12 pada mac 2008 dahulu. Beliau kembali menyertai UMNO setelah Abdullah berhenti dari semua jawatan parti dan kerajaan.

Belum pernah ada seorang pemimpin yang sanggup meninggalkan parti kerana ingin menjatuhkan musuh politik yang beliau sendiri taja semasa beliau (TDM) meletakkan jawatan pada penghujung October 2003.

Tetapi warisan siapa pula yang dipikul oleh Abdullah sehingga Abdullah tidak mampu untuk melakukan penyelesaian terhadap isu rasuah dan sebagainya? Menasabahkah kegiatan rasuah yang berada hingga ketahap merbahaya itu boleh berkembang hanya dalam masa 5 tahun pemerintahan PM kelima itu?

Rasuah yang begitu tidak terkawal tidak mungkin bermula dan merebak ketahap tinggi dizaman Pak Lah sahaja.Tentunyanya telah bermula lama sebelum Pak Lah mengambil alih dari PM sebelumnya.

Oleh kerana Pak Lah diakui sebagai seorang yang lemah, mana mungkin beliau mampu menyelesaikan warisan PM yang sebelumnya itu, kerana semasa beliau mengambil alih pentadbiran negara rasuah sudah berkembang pesat dan Pak Lah tidak tahu cara mana untuk memperbaikki keadaan.

Oleh kerana amalan rasuah sudah menjadi budaya pentadbiran negara, maka dizaman Pak Lah perbuatan itu telah menjadi lebih besar dan Pak Lah seperti juga PM sebelumnya tidak melakukan apa-apa untuk membasmi kegiatan rasuah itu.

Bolehlah kita sama-sama akui yang Pak Lah itu adalah pemimpin yang lemah, tetapi kenapa PM sebelumnya mewariskan terlau banyak masalah untuk beliau selesaikan?

Bak kata perpatah Melayu yang boleh kita kaitkan dengan Pak Lah: ‘Bapak burik anaknya rintik’, atau pun ‘bapak kencing berdiri anak kencing berlari’.

Kalau Najib mewarisi apa yang berlaku dizaman Pak Lah, Pak Lah tentunya mewarisi keadaan yang diwarisi dari PM sebelumnya. Mungkin sudah ramai diantara kita yang telah lupa siapa PM sbelum Pak Lah yang dikatakan lemah ini.Tentunya PM yang sebelum Pak Lah itu adalah seorang Melayu yang mudah lupa.

18 October 2010

Are we ready for change?

PM Najib evidently has the feel of what is going to be when the next GE comes by. He knows that UMNO/BN is facing crisis of confidence from the cross-section of the voting public and he is trying hard to rebuild the used-to-be strong support from the voters which is now thinning and contracting more than what the ruling party faced in the last GE.

Realizing this, PM Najib put up extra efforts by meeting the ex-civil servant in his residence recently to re-establish connectivity with the pensioners, a section of the voters who knows and comprehend the condition of the past and the present state of affairs in the government.

The other group that Najib wants to meet is the ex-servicemen from the military and the police. BUT until today there is only less than 5000 of them are registered voters from the 74000 registered members of the ex-military servicemen and efforts are being made to register them as voters with the hope of getting additional votes for the coming vulnerable GE.

All these pains that Najib undertake is to boost the moral of BN to supplement the current lame and weak activists of UMNO and BN on the ground. Without any complementary support from the ex-servicemen the result of the coming GE is more or less predictable.

The move by PM to meet every quarter for the campaign is really a laborious effort and too expensive and it will take extensively of his time which is supposed to be spent on managing the governmental affairs.

This nature of campaign normally won’t work well with the current environment as the colossal issues against the ruling government are perceived to be unresolved and unsettled.

You see, by numbers UMNO and MCA alone should be able to retain power without much exertions as adding up the memberships of these two major parties would have easily make up a number of more than 5 million votes. Adding up members of other 12 component parties in BN, the coalition could easily guarantee handsome majorities in both the Federal and the State Legislatives Assemblies. But where have all these voting members gone to when the GE came by and BN had only managed to achieve less than 55% of their members to vote for them?

On contrary PR with three components with less than 2 million members managed to take up 49% of the total votes. I have been writing in this blog of my disapproving opinion in securing support by numbers of party membership as party members can always turn-coats and damaging defectors in the ballot boxes during the GE and that had been proven to happen in the last 3 GE’s. Big membership will result in great propensity for the members to desert us in the ballot boxes when there are valid issues against their own party.

What are needed are the approving policies that stand on the actual and accepted reconciliatory point by all Malaysian with prevailing enormous diversities of races, religions and cultures that forms the facet of the nation’s population composition. It is a tough struggle but we used to joyously experience that situation before and there shouldn’t be any justification as to why it is not attainable at this instant.

What is looked-for by the people is the willingness for the leaders to recognize and acknowledge the crude fact that they are weak and having too tiny a cue that they are not up to the mark to administer this great nation which needs extra aptitude and an appropriate attitude to circumvent the people’s from repellent against the party and the government in the GE through the transparent ballot boxes.

UMNO is in grave need to take preemptive moves to prevaricate and dissemble the people rejection in the coming GE. If public’s lack of confidence on the leadership lineup is the raison d'ĂȘtre, than they have to sacrifice by letting some one else with different disposition and lineup to take the responsibility and answerability for the nation. If the party leaders have too much apprehension to execute the need the chances of the voters giving the mandate to another party lineup will be their option.

I have been writing on this issue few times in recent months and I conclusive that impeccable government policies and unimpeachable implementation of its policies is the only way that the current government can command respect and revere from the suspicious public on the government.

The flawlessness in the implementations of those policies would set in motion of support from the people and that is how political parties in good democratic nations retain power of the government. Their leaders do not need to be near to the people all the time but their unsullied and immaculate policies is the one that is always very near to the people.

That is the reason in advance and great nations in the west or even in this region, we seldom witness the political parties and their leaders organizing Juara Rakyat-like programs or of sorts in order to gain respect and high opinion by the voting public. They earn the support of the people after irreproachable records in administering their nations.

In contrary the same ruling political parties had to sit across the floor in their legislatives when the people began to see that the parties that had acquired the mandate for some while were not any longer relevant to their needs for the time. In any organization there must be an element of change that is needed by the changing times and needs.

This is what happens in UMNO which has no elasticity and flexibility to the changing times. Their leaders are still with patronizing attitude with noticeable uncharacteristic, untruthful and nauseating dispositions. Our leaders are taking everything for granted and expect to gain support without having to earn it. The hordes of current ruling leaders are losing the basic tenets of appropriate leadership outlook and perceptibly detachable with the people’s growing demands and expectations.

Realizing the unmistakable repugnance of the alert voting public leaders of BN in typical UMNO and MCA are now drumming the racial issues as the mean to ally support from their racially based party members. None in those leadership hierarchies of UMNO and MCA has the magnanimity of leadership and in the end the inter-racial animosity now prevails at a very perilous level.

The basic structure of our political goings and comings in this nation and the danger that comes along with it has never been to this extent before. Everyone is politically moving on racial lines and what we had enjoyed in whole decades of the seventies and the early eighties with racial harmony is now undetected and unseen by the generation after that episode of time.

UMNO leaders these days are perceptibly ungainly for the current nature of politics and the party needs a change. Any apprehension of change in the party would end up the party being changed in the ballot boxes in the coming GE. AND do accept the fact that it is the right of the people as they have been waiting for the change which never seems to become visible.

Stop battling on the opposition as we are supposed to battle within us to come up with well equipped leadership that suit to the demand for change..

15 October 2010

Bloggers VS Boss Media Perdana

Isu yang terpanas sekali yang kita sedang lihat dan dengar pada ketika ini ialah isu Rais Yatim dengan blogger kenalan ramai Dato' Ahiruddin Atan @ Rocky Bru. Reaksi dari bloggers tanah air nampaknya sangat panas dan ianya mendapat perhatian dari pimpinan negara. Rais yang dikenali sebagai juara silat politik kali ini nampaknya tersalah langkah dan tersilap silat kerana menyanggah ke tempat yang tidak betul.

Nampaknya Rais sudah hilang pencaknya dan beliau nampaknya tidak tertepis pukulan pencak dari Rocky Bru. Rais seolah-olah seperti anak muda julung berkeris; batang pisang pun beliau sanggah. Menyanggah Rocky itu sendiri adalah salah caranya. Rocky bukannya mengajak beliau berpencak tetapi semata-mata menulis untuk memberitahu apa yang beliau dengar tentang isu pemberian kontrak komputer riba untuk memberi jerk kepada penggunaannya oleh rakyat Malaysia.

Orang ramai jelas terkejut apabila beliau membuat laporan polis terhadap Rocky dan dalam tempuh 2 jam sahaja pegawai MCMC telah pantas membuat penyisasatan terhadap Rocky. Tetapi anehnya tidak ada pula pihak seperti MACC bertindak cepat untuk menyiasat Rais apabila berita yang kita dengar di hujung-hujung telinga itu benar atau sebaliknya.

Reaksi masyarakat blogger terhadap Rais jelas menjerat Menteri Kanan negara ini dan daripada sudut politiknya Rais sedang mula menghadapi zaman suram beliau. Rais yang mahir bersilat dan berpencak kini sudah terpaku oleh kerana tari dan lonjaknya yang sumbang. “Dek lonjak posok kotayap kek kopalo,” kata orang-orang tuo di kampung dio dan kampung sayo.

Mungkin oleh kerana faktor usia dan terlalu lama dalam kerajaan membuatkan beliau sudah hilang ‘reflect actions’nya; tidak seperti zaman beliau muda-muda dahulu di mana beliau begitu pantas membuka langkah serta pencak silatnya dalam politik. Beliau sentiasa menang dan orang lain akan terdampar dengan permainan silat beliau yang begitu penuh dengan seni itu.

Besar juga berita yang tersebar yang ada pihak yang sedang berusaha untuk kedua-dua orang yang bersilang pendapat ini berjabat tangan dan tentunya ini adalah usaha yang baik. Membaikkan hubungan antara dua orang yang sedang bersilang kata ini merupakan usaha baik, baik dari segi agama dan adab kita orang Melayu.

Jika Rais bersedia untuk berjabat tangan itu merupakan sikap yang baik bagi dirinya sendiri. Oleh kerana tindakannya membuat laporan polis terhadap blogger popular ini maka perhatian rakyat ramai sudah mula tertumpu kepada projek pemberian komputer yang bernilai 1 billion ini.

Apabila semua rakyat memberikan perhatian maka Rais mesti berhati-hati kerana manalah tahu apa yang didengar oleh Rocky dan juga orang ramai termasuk saya itu akan timbul kebenarannya. Justeru jika benar Rais bersedia untuk duduk dan berjabat tangan dengan pihak yang dimintanya untuk disiasat itu maka kemungkinan orang ramai menumpukan kepada isu yang timbul ini boleh dilupakan oleh mereka secara beransur-ansur. Rais boleh terus bermusuhan jika tidak ada sedikit pun kebenaran daripada apa yang kami orang ramai dengar sekarang ini.

Kalau nak berjabat tangan elok berjabat sekarang; jangan tunggu lama-lama.

14 October 2010

PKR-UMNO, 2 kali 5

PKR tidak belajar dari kesilapan pihak lain, malahan parti ini melakukan lebih besar dari kesalahan pihak lain itu. Pemimpin-pemimpin besar PKR sekarang adalahlah anak-anak kepada UMNO yang bercerai-berai tetapi tidak mahu menjadikan apa yang berlaku didalam UMNO itu sebagai pelajaran tetapi melakukan kesalahan demi kesalahan; lebih besar lagi nampaknya dari semasa mereka didalam UMNO dulu.

Betullah kata orang tua-tua dahulu; ‘bagaimana acuan begitulah bentuk kuehnya’ atau ‘kalau bapa kencing berdiri anak kencing berlari’. Nampaknya penyakit yang dihadapi oleh UMNO begitu ‘contagious’ sekali; kemana pemimpin-pemimpinnya pergi mereka akan membawa penyakit yang ada kepada mereka sekali dengan mereka dan penyakit itu akan merebak dengan cepat sekali.

Dalam proses pemilihan diperingkat cabang-cabang parti itu baru-baru ini penyakit itu berjangkit dari UMNO dengan nyata sekali. Semalam ramai diantara pemimpin-pemimpin cabang parti itu berdemonstrasi didepan Ibu Pejabat parti itu membantah permainan pemimpin-pemimpin besar mereka yang cuba menolak kemahuan dan kehendak ahli-ahli cabang siapa yang mereka hendak pilih sebagai pemimpin mereka.

Tindakkan Azmin Ali masuk campur didalam pemilihan cabang Hulu Selangor misalnya telah menafikan kemenangan Mohd Nazar Yakin sebagai Ketua Cabang tersebut dan keadaan ini berlaku dibanyak cabang selyuruh negara. Kebanyakkannya dilakukan oleh penyokong Azmin Ali, salah seorang dari Naib Presiden yang akan bertanding sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan pimpinan diperingkat pusat yang akan berlaku tidak lama lagi.

Azmin adalah calun yang Anwar Ibrahim hendak lihat memenangi kerusi Timbalan Presiden parti itu maka sesiapa sahaja yang mirip kepada penentang Azmin seperti Zaid Ibrahim misalnya akan menghadapi tekanan seperti yang kita lihat berlaku sekarang ini.

Dengan cara apa sekali pun Azmin dengan sokongan Anwar mahukan pemimpin-pemimpin dicabang-cabang parti itu adalah ‘orangnya’ sahaja. Semasa didalam UMNO dahulu ini jugalah permainan Anwar Ibrahim sehinggakan Ghaffar Baba yang penyanding kerusi Timbalan Presiden UMNO gagal untuk mendapatkan cukup pencalunan untuk bertanding dan Anwar mendapat slot kedudukkan sebagai orang nubor 2 dalam UMNO itu tanpa tentangan dari sesiapa. Maka Anwar jadilah Timbalan kepada Dr Mahathir Mohammed dalam UMNO.

Rupa-ruapanya Anwar mendapat banyak pelajaran dari Dr Mahathir bagaimana cara untuk mengekalkan kuasa, dan apabila mereka mempraktikkan ‘ilmu’ yang sama maka mereka pun berpecah dan Anwar dipecat dan beliau menubuhkan PKR dan mempraktikkan kaedah politik yang sama dengan lebih jelas semata-mata untuk mengekalkan kuasanya tanpa ada pihak yang menentangnya berada dalam parti pmpinannya.

Dialam UMNO dan PKR, inilah penyakit yang tidak ada ubatnya seperti penyakit barah. Selalunya inilah kaedah pemimpin-pemimpin yang lemah untuk memperkuatkan diri mereka. Kalau kita kaji secara halus pemimpin-pemimpin diktator terbentuk dari pemimpin yang lemah.

Tidak semua pemimpin ingin menjadi diktator. Ferdinand Marcos misalnya mengambil alih kuasa melalui demokrasi tetapi apabila demokrasi tidak menjamin beliau akan berkuasa dalam tempuh yang lama, maka secara beransur-ansur Marcos menjadi diktator dan menggunakan kuasa diktatornya itu memerintah Filipina selama lebih dari 2 dekad.

Isterinya Imelda menggunakan kuasa suaminya tanpa halangan kerana suaminya adalah seorang diktator. Imelda menggunakan kesempatan untuk ber’shopping’ secara gigl-gilaan sehinggakan barang yang murah dibelinya dengan harga mahal dan apabila Marcos hilang kuasa kerana gerakkan ‘people’s power’ didapati Imelda mempunyai 7000 pasang kasut dan itu semua adalah hasil ‘shopping’ menggunakan wang rakyat tanpa halangan.

Kita berdoalah agar tidak ada isteri pemimpin-pemimpin kita yang seakan-akan sama dengan Imelda dinegara kita ini. Tetapi saya rasa tidak ada isteri pemimpin seperti itu diMalaysia ini. Tak tahulah jika ada dikalangan kita ternampak isteri pemimpin yang ‘glamor’ seperti Imelda itu. Mungkin ada yang nampak tetapi saya tak nampak pula. Jika seorang pemimpin itu tidak mampu mengawal kehendak dan keinginan isterinya tanpa kawalan pemimpin itu tidak mungkin boleh megawal politik dan negara dengan baik.

Barulah kita sedar PKR seperti juga UMNO dipimpin oleh pemimpin yang lemah; kerana takut kepada bayang-bayang sendiri, sanggup memecah belahkan parti yang dipimpinnya untuk berkuasa mengikut desakkan nafsu syahwat yang tidak terkawal.

Kesungguhan ahli-ahli untuk memperkuatkan parti keseluruhannya dicacatkan oleh kemahuan peribadi seorang dua pimpinan diibu pejabat parti yang tidak memikirkan kekuatan partinya dalam jangka masa yang panjang. Bagi Azmin kepentingan dia sendiri adalah yang terpenting, kerana parti itu hanya merupakan badan untuk mendapatkan kuasa semata-mata kerana kuasa; bukannya kerana perjuangan yang diretorikkannya siang dan malam.

Akhirnya kita lihat UMNO dan PKR adalah 2 kali 5 sahaja. Mungkin inilah sebabnya rakyat akan memilih batang tubuh pemimpin sahaja kali ini kerana hendak mengharapkan kepada parti tidak lagi cara memilih pemimpin yang relevan yang membawa kebaikkan kepada negara..

Selepas ini kita pilih pemimpin yang berani menyatukan rakyat dan mempunyai rekod cemerlang kepimpinan sahaja. Itu sahaja formula untuk memperbaikki keadaan politik dan siasah negara. Kita cari pemimpin seperti yang saya sebutkan ini. Jika hijab dibukakan tuhan, insyaallah kita akan bertemu dengan pemimpin yang saya maksudkan tadi.

Mungkin pemimpin yang saya maksudkan itu sedang berselindung disebalik cahaya yang terang.

Rocky! saudara tidak kesaorangan bro!

Dalam pada kita sibuk berbincang dan mentalaah tentang pilihanraya kecil Galas, kita berhadapan pula dengan ‘pertandingan’ diantara Blogger kenalan ramai Rocky Bru dengan Rais Yatim yang menjadi Menteri Penerangan, komunikasi media dan kebudayaan negara.

Banyak pihak telah menulis bagaimana kronoloji hingga Rais membuat lapuran polis terhadap Rocky Bru dan tidak payahlah saya menulisnya lagi kerana kesuntukkan masa. Lagi pula sehari dua ini saya tidak berada dalam tahap kesihatan yang sepenuhnya.

Walau bagaimana pun saya akan membuat sedikit komen dan memberikan pandangan tentang sikap Rais yang saya kenal sikit-sikit. Rais adalah seorang yang tidak mempunyai toleransi yang kuat terhadap sesiapa kecuali kepada yang lebih berkuasa darinya.

Rais amat sensitif orangnya dan akan cepat melompat apabila dikritik apa tah lagi jika kritikkan terhadap kepada beliau itu hampir kepada kebenarannya. Rais ialah seorang ‘very good servant but a bad master’. Beliau tidak ada sifat ‘allegiance’ kepada rakan dan taulan lebih-lebih lagi mereka yang tidak memberikan faedah kepada beliau.

Jika seseorang itu mempunyai kuasa dan bergelar serta bernama Rais akan menghormatinya walaupun orang itu mempunyai moral yang teruk dari orang seperti kita ini. Mulut dan kata-katanya manis tetapi lain ceritanya dibelakang.

Beliau merupakan seorang Menteri yang pertama membuat lapuran polis terhadap masyarakat blogger dan beliau mengambil tindakkan itu dengan cepat dengan meminta MCMC yang berada dibawah naungannya untuk bertindak.

Cara yang beliau sepatutnya lakukan sebagai orang yang selalu bercakap tentang adat dan adab tidak dibuatnya. Apa yang menahan beliau untuk memanggil blogger-blogger yang menulis tentangnya dahulu sebelum mengambil tindakkan seperti yang beliau lakukan itu.

Rais memang seorang yang tidak boleh disentuh walaupun sedikit dari mana-mana pihak yang tidak memberikan keuntungan kepada beliau. Tetapi kalau seorang yang lebih tinggi dari beliau beliau sanggup untuk tundukk dan mengangguk seperti burung balam untuk menyambung kedudukkan beliau dalam kerajaan.

Kapada Ahiruddin Atan, buatlah apa-apa yang patut yang dibenarkan oleh undang-undang untuk memberikan kerjasama kepada pihak yang menyiasat, kerana saudara tidak ada membuat apa-apa yang dianggap ‘defamatory’ terhadap Menteri itu. Saudara hanya mengatakan apa yang saudara dengar. Saya pun dengar juga banyak perkara tentang beliau dan KSU Kementeriannya.

Hanya saya tidak mengambil ‘pot’ terhadap apa yang saya dengar kerana cerita seperti itu memang cerita biasa bagi Menteri-Menteri dan pihak-pihak yang berkuasa mengambil kesempatan terhadap peluang mencari ‘extra cash’ selain dari gaji yang lumayan dan kemudahan yang banyak dari kerajaan.Saya berdoa agar Rocky akan melepasi tindakkan yang sedang beliau hadapi itu.

Rocky, saudara bukan kesaorangan. Ramai yang akan bersama saudara menghadapi isu yang saudara alami sekarang.

13 October 2010

Tengku Razaleigh, Galas and the nation politics.

TR met the party President Najib in the Parliament on Monday and officially received the appointment as the Director of Galas by-election and he has accepted the heavy but manageable responsibility that comes together with the appointment. TR is supposed to give BN a thumping win which is reasonably within reach (God willing).

TR is TR. He will be focused with the responsibilities given to him and god willing his chosen candidate will be the victor. Some political pundits who called me for the past few days think that the conquering BN candidate is due to TR’s personal influence in the constituency.

BUT that has been well accepted fact and does not need repetitive reassurance. What is of huge importance to note is the merit that UMNO/BN would garner with his assuring success in this important by election. We must admit that Kelantan is an opposition based state but Gua Musang has been the only Division that UMNO has proud flag bearers.

Gua Musang could have been like any other parts of Kelantan where PAS and other opposing groups to make up their base if not because of TR’s personal political existence and is in the biggest constituency of the peninsular. In essence TR personal subsistence is the fortress and bastion for UMNO and not because of the acceptance of UMNO as a party by voters in this scantly populated district. It is the acceptance of TR in person.

In situation like what UMNO is facing today TR can be the binding factor for all warring parties and he is all above politics. With his long experience and massive contributions to the country and government he is left to be the only leader with needed attributes to unite all the diversities of races, religions and cultures that this country desires.

Politics in Malaysia is not just about winning or losing mandates. It is about viable and sustainable inter racial, inter ethnicity and getting together all human beings who live within the border of this wealthy nation in perpetuity. Politic is also about having a nation with great opportunities for everybody to earn legitimate livelihood from the abundant wealth that God have graced on us.

For all intent and purposes TR is certainly a manly leader who does not need to play racial sentiments to rally and bring togetherness among all races to be looked relevant as he’s above all that narrow-minded politics that have brought the current political despondency to prevail.

Hence the likelihood of Galas to be back to UMNO’s fold is doable and TR is delivering it without much exertion (God willing). As for the opposing PAS there are some kinds of apprehensions of them being hard against TR in the campaign trails. TR has been persistent in wanting to see PETRONAS to pay the state government the Oil Royalty that both parties has inked on the 9th of May 1975.

There some reasonable views within PAS and PR leaders and members that with the win that Galas voters are going to give to TR or his chosen candidate, it is going to be stronger probability of Kelantanese to enjoy the Oil Royalty from PETRONAS through politics. Right now the issue is in the custodian of the court and to thrash out it in the open would be sub judicial and legally inappropriate campaign strategy for both sides of the divide.

We are not insisting PAS to give free passage for TR’s chosen candidate but we will be the first to congratulate if the party does that. By doing so PAS will be respected for the matured move as it will enhance the opportunity for the state to get nearer to what the party desires (oil royalty) besides taking this opportunity for the Unity Government that the party used to talk at length.

While the Chinese are almost realizing their wish for their unity within their race by tilting towards ultimate togetherness within DAP, the Malays can take this opportunity to be in togetherness by serious understandings between PAS and UMNO through TR. There is no harm done if we are to try for unity at this point. The most important thing that matters now we Malays can exhibit our ability to unite and slowly but surely erase the image of disunited and fractious race as it has been perceived by others since for centuries.

TR is still in the best bill of health and he is always ready if needed to play vital role beyond Kelantan politics to take up the responsibility to transform political structure that this country is in dire need. He plays no role in putting up the party in this current deteriorating state.

UMNO is in desperate need of having a leader who does not have to apply strong exertion to be readily accepted by the multiracial population. UMNO is having TR to fulfill much more than the basic features and constituents of an outstanding organizer and planner and that has been a proven testimonial when he was given by the government and party before he was unceremoniously by leaders within the party for their personal quench for power.

He has numerous other exceptional and incomparable testimonials attested to him that many of the young Malaysian is not aware. He was an elected Chairman of the World Bank, IMF Chairman, Islamic Development Bank and Asian Development Bank; all at the same time. To head these 4 international financial institutions with 4 different functions experienced by TR is a world record that is personal-to-holder to him.

I wish there is somebody else in this country having that similar records to make the country proud when TR is no more living. At the moment let us all proud of those records even though some leaders with inferiority feelings tried hard to obliterate and annihilate from the knowledge Malaysian.

But all those ill efforts do not disturb TR at all as he is complete man by birth.